Berkali-kali Sawiyah berpusing-pusing di depan cermin besar. Lima enam
tujuh lapan....lapan kali! Pun masih belum puas hati. Ditatapnya dari
atas keningnya sehingga ibu jari kaki, mencari-cari kot-kot masih ada
yang tidak kena dengan penggayaan sakannya petang itu. Okey la ni, dah
cukup cantik hapa? Sawiyah bersoal dan berjawab sendiri. Memang sebelum
ini pun aku dah memang cantik, memanglah... Sawiyah berbangga pun
sendiri.
Selama ini pun Sawiyah acap benar mendengar
pujian-pujian tentang dirinya. Di pondok menunggu bas. Di dalam bas. Di
pejabat. Malah ke mana saja dia pergi banyak perhatian lelaki berhidung
zebra crossing tertumpu kepadanya. Sawiyah tahu itu. Sawiyah faham itu.
Sawiyah senang begitu! Cuma mujurlah Sawiyah tidak mudah cair dengan
segala pujian-pujian murahan begitu. Barang baik mesti berharga tinggi.
Itu kena jaga. Begitu pegangan Sawiyah. Dan kerana itulah, kalau
setakat kerani cabuk atau pegawai berabuk, Sawiyah bolayan terus. Apa
klasss diorang tue?
Namun demikian setelah kehadiran Sameon
sepejabat dengannya, pegangan hidup Sawiyah mulai goyah. Second bosnya
itu benar-benar membuatkan dia jadi sesuku angau. Dulu dia payah
memberikan senyum kepada sebarang lelaki, tetapi kepada Sameon
sengihnya melebar nampak gusi. Keramahan sapaan Sawiyah kepada Sameon
terkadang mendatangkan kemeluatan kengkawan sepejabat yg lain. Tapi
Sawiyah tak pedulik itu semua. Targetnya hanya satu, Sameon!
Katalah apa orang nak kata. Perigi cari timba ke, apa ke, itu semua Sawiyah
buat selamber jerrr. Selamba dog! Pada Sawiyah dia yakin sangat-sangat dia
tidak
bertepuk sebelah tangan, Sameon jugak bertepuk dengan dia. Cuma tepuk
Sameon ibarat tepuk kucing di depan ikan panggang. Sambil tepuk sambil
jeling, sambil jeling sambil dekat, tunggu masa nak ngap. Itu pun
sangat-sangat Sawiyah pasti!
"Malam ini u ada pree tak? Kalu boleh, I ndak ajak dinner!!" begitu lama
Sawiyah ternanti-nanti pelawaan sebegitu. Pelawaan dari Sameon yang selama
ini tak pernah lepas dari benak Sawiyah. Bagaimana mesti Sawiyah jawab,
kalau tidak anggukkan sajer yang mengalahkan kepala belatuk betina bila
berdepan dengan yang jantan. Lalu disitulah kemuncaknya.
Dua jam sebelum jam 8.00 malam seperti mana yang dipersetujui bersama,
Sawiyah
bersiap habiss. Dadanya tak berhenti-henti dug-dag-dug- dag enantikan
saat indah yang akan dilalui bersama jejaka pujaannya itu. Sameon!
Sameon! Berulang-ulang nama itu meniti di bibir nipis Sawiyah. Dan
apabila deru kereta Sameon memasuki laman rumah sewanya, Sawiyah laju
menuju ke pintu. Semuanya menepati seperti rencana asal.
Sameon
tersengih segak menanti, sedang Sawiyah buru-buru mengenakan kasut
tinggi mengejar waktu. Apapun yang paling ketara ketika itu, senyum
Sawiyah terlalu lebar semasa menutup pintu kereta Sameon. Cuma sayang
senyum Sawiyah itu tidak kekal lama. Hanya sekitar 1 jam 18 minit
kemudian, bibir yang menguntumkan senyum itu bersimpul
sesimpul-simpulnya.
Wajah Sawiyah cukup kelat, sewaktu
menghempaskan pintu kereta terakhir menuju pintu rumah sewanya, Sawiyah
tidak menoleh ke belakang lagi. Deru kereta Sameon yang semakin menjauh
begitu menyakitkan telinga. Berkali-kali Sawiyah berpusing-pusing di
depan cermin besar. Lima enam tujuh lapan... lapan kali! Dan semakin
ditatapnya wajah dicermin semakin berdengung-dengung kata-kata berbisa
Sameon di telinga... "U memang lawa. Body pun best. I minat g**a kat
u...cuma yang satu kurang gemar...bulu idung u terkeluar. Geli!!!!..."
Pelan-pelan Sawiyah meraba hidungnya... ...
Moral : Mana ada manusia yang sempurna?
...JANGAN BIARKAN BULU HIDUNG ANDA PANJANG
kuang...kuang. .kuang...