Forum Komuniti Teratak
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


 
HomeGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in
Log in
Username:
Password:
Log in automatically: 
:: I forgot my password
Jom Borak
Organisasi Teratak
PENAUNG
DYMM Sultan Teratak
DYMM Permaisuri
 
WEBMASTER
 
ADMINISTRATORS
Inspektor Sahab
Bendahara Teratak
 
MODERATORS
Temenggung Teratak
 
TDC's Logo
Designed by:
Latest topics
» TISSU MAGIC SPRAY - WWW.BATINSUAMI.COM
Kisah-Kisah Dilema Dalam Perkahwinan I_icon_minitimeTue Jan 09, 2024 3:13 pm by notrex

» A drop of ecstasy - MENINGKATKAN DAYA KEINGINAN SEKS WANITA
Kisah-Kisah Dilema Dalam Perkahwinan I_icon_minitimeWed Nov 22, 2023 1:48 pm by notrex

» STEVIA AJMAL Sweetener Pemanis Tanpa Gula
Kisah-Kisah Dilema Dalam Perkahwinan I_icon_minitimeWed Nov 22, 2023 1:44 pm by notrex

» BIG PENIS ORIGINAL - www.batinsuami.com
Kisah-Kisah Dilema Dalam Perkahwinan I_icon_minitimeWed Nov 22, 2023 1:35 pm by notrex

» Original Gambir Emas Plus Gel (Lulus KKM) - www.batinsuami.c
Kisah-Kisah Dilema Dalam Perkahwinan I_icon_minitimeThu Jun 15, 2023 9:52 am by notrex

» Herbal Rimba - WWW.BATINSUAMI.COM
Kisah-Kisah Dilema Dalam Perkahwinan I_icon_minitimeWed Jun 07, 2023 11:29 am by notrex

» Spring Returns (juga dikenali sebagai SR Capsule) - WWW.BATI
Kisah-Kisah Dilema Dalam Perkahwinan I_icon_minitimeWed Jun 07, 2023 10:45 am by notrex

» Xdrop Perangsang NAFSU SEX WANITA 100%ORIGINAL
Kisah-Kisah Dilema Dalam Perkahwinan I_icon_minitimeTue Jun 06, 2023 1:41 pm by notrex

» SEX POWER JAPAN SPRAY - 0133066540
Kisah-Kisah Dilema Dalam Perkahwinan I_icon_minitimeTue May 30, 2023 9:51 am by notrex

» TITAN CANDY SUPPLEMENT - www.batinsuami.com
Kisah-Kisah Dilema Dalam Perkahwinan I_icon_minitimeTue May 30, 2023 9:13 am by notrex

» BIG PENIS ENLARGEMENT - WWW.BATINSUAMI.COM
Kisah-Kisah Dilema Dalam Perkahwinan I_icon_minitimeMon May 29, 2023 10:07 am by notrex

» American Booster - 0133066540
Kisah-Kisah Dilema Dalam Perkahwinan I_icon_minitimeMon May 29, 2023 9:48 am by notrex

» SOLOCO SPRAY - Spray Tahan Lama - 0133066540
Kisah-Kisah Dilema Dalam Perkahwinan I_icon_minitimeWed May 24, 2023 7:39 am by notrex

» Hickel Spray ORGINAL - WWW.BATINSUAMI.COM
Kisah-Kisah Dilema Dalam Perkahwinan I_icon_minitimeWed May 24, 2023 7:28 am by notrex

» Tw booster gold original
Kisah-Kisah Dilema Dalam Perkahwinan I_icon_minitimeTue May 23, 2023 1:32 pm by notrex

Poll
Teratak Dunia Cyber
Membosankan
Kisah-Kisah Dilema Dalam Perkahwinan I_vote_lcap8%Kisah-Kisah Dilema Dalam Perkahwinan I_vote_rcap
 8% [ 3 ]
Biasa sahaja
Kisah-Kisah Dilema Dalam Perkahwinan I_vote_lcap19%Kisah-Kisah Dilema Dalam Perkahwinan I_vote_rcap
 19% [ 7 ]
Menarik
Kisah-Kisah Dilema Dalam Perkahwinan I_vote_lcap50%Kisah-Kisah Dilema Dalam Perkahwinan I_vote_rcap
 50% [ 18 ]
Amat menarik
Kisah-Kisah Dilema Dalam Perkahwinan I_vote_lcap22%Kisah-Kisah Dilema Dalam Perkahwinan I_vote_rcap
 22% [ 8 ]
Total Votes : 36
Top posters
zam
Kisah-Kisah Dilema Dalam Perkahwinan I_vote_lcapKisah-Kisah Dilema Dalam Perkahwinan I_voting_barKisah-Kisah Dilema Dalam Perkahwinan I_vote_rcap 
zoulle
Kisah-Kisah Dilema Dalam Perkahwinan I_vote_lcapKisah-Kisah Dilema Dalam Perkahwinan I_voting_barKisah-Kisah Dilema Dalam Perkahwinan I_vote_rcap 
mehatespink
Kisah-Kisah Dilema Dalam Perkahwinan I_vote_lcapKisah-Kisah Dilema Dalam Perkahwinan I_voting_barKisah-Kisah Dilema Dalam Perkahwinan I_vote_rcap 
nina2519
Kisah-Kisah Dilema Dalam Perkahwinan I_vote_lcapKisah-Kisah Dilema Dalam Perkahwinan I_voting_barKisah-Kisah Dilema Dalam Perkahwinan I_vote_rcap 
bayu_pagi
Kisah-Kisah Dilema Dalam Perkahwinan I_vote_lcapKisah-Kisah Dilema Dalam Perkahwinan I_voting_barKisah-Kisah Dilema Dalam Perkahwinan I_vote_rcap 
notme
Kisah-Kisah Dilema Dalam Perkahwinan I_vote_lcapKisah-Kisah Dilema Dalam Perkahwinan I_voting_barKisah-Kisah Dilema Dalam Perkahwinan I_vote_rcap 
roll_honey
Kisah-Kisah Dilema Dalam Perkahwinan I_vote_lcapKisah-Kisah Dilema Dalam Perkahwinan I_voting_barKisah-Kisah Dilema Dalam Perkahwinan I_vote_rcap 
notrex
Kisah-Kisah Dilema Dalam Perkahwinan I_vote_lcapKisah-Kisah Dilema Dalam Perkahwinan I_voting_barKisah-Kisah Dilema Dalam Perkahwinan I_vote_rcap 
irees_natasha
Kisah-Kisah Dilema Dalam Perkahwinan I_vote_lcapKisah-Kisah Dilema Dalam Perkahwinan I_voting_barKisah-Kisah Dilema Dalam Perkahwinan I_vote_rcap 
jay
Kisah-Kisah Dilema Dalam Perkahwinan I_vote_lcapKisah-Kisah Dilema Dalam Perkahwinan I_voting_barKisah-Kisah Dilema Dalam Perkahwinan I_vote_rcap 
Who is online?
In total there are 40 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 40 Guests :: 2 Bots

None

Most users ever online was 363 on Wed Oct 23, 2024 10:25 pm

 

 Kisah-Kisah Dilema Dalam Perkahwinan

Go down 
+4
bayu_pagi
sempoiajer79
mehatespink
nina2519
8 posters
AuthorMessage
nina2519
Temenggung
Temenggung
nina2519


Female
Posts : 2324
Age : 39
Location : ~Jin Bertendang~
Status : ~ Single Tak single Sangat Laa ~
Joined : 2008-04-04

Kisah-Kisah Dilema Dalam Perkahwinan Empty
PostSubject: Kisah-Kisah Dilema Dalam Perkahwinan   Kisah-Kisah Dilema Dalam Perkahwinan I_icon_minitimeWed Jul 09, 2008 11:26 am

Citer-Citer Menarik Alam Rumahtangga..Sesiapa Yang Lom Kawen Leh La Buat Pengajaran..Saje Nak Kongsi..Sorylah Kalo Bagi Korg Membosankan Lak..

Kesatlah Airmatamu Wahai Wanita..

"Apabila hati terikat dengan Allah, kembalilah wanita dengan asal fitrah kejadiannya, menyejukkan hati dan menjadi perhiasan kepada dunia - si gadis dengan sifat sopan dan malu, anak yang taat kepada ibu bapa, isteri yang menyerahkan kasih sayang, kesetiaan dan ketaatan hanya pada suami."

Bait-bait kata itu aku tatapi dalam-dalam. Penuh penghayatan. Kata-kata yang dinukilkan dalam sebuah majalah yang ku baca. Alangkah indahnya jika aku bisa menjadi perhiasan dunia seperti yang dikatakan itu. Ku bulatkan tekad di hatiku. Aku ingin menjadi seorang gadis yang sopan, anak yang taat kepada ibu bapaku dan aku jua ingin menjadi seorang isteri yang menyerahkan kasih sayang, kesetiaan dan ketaatan hanya untuk suami, kerana Allah.

Menjadi seorang isteri....kepada insan yang disayangi.....idaman setiap wanita. Alhamdulillah, kesyukuran aku panjatkan ke hadrat Ilahi atas nikmat yang dikurniakan kepadaku.

Baru petang tadi, aku sah menjadi seorang isteri setelah mengikat tali pertunangan 6 bulan yang lalu. Suamiku, Muhammad Harris, alhamdulillah menepati ciri-ciri seorang muslim yang baik. Aku berazam untuk menjadi isteri yang sebaik mungkin kepadanya.

"Assalamualaikum," satu suara menyapa pendengaranku membuatkan aku gugup seketika.

"Waalaikumusalam," jawabku sepatah. Serentak dengan itu, ku lontarkan satu senyuman paling ikhlas dan paling manis untuk suamiku. Dengan perlahan dia melangkah menghampiriku.

"Ain buat apa dalam bilik ni ? Puas abang cari Ain dekat luar tadi. Rupanya kat sini buah hati abang ni bersembunyi. `'

Aku tersenyum mendengar bicaranya. Terasa panas pipiku ini. Inilah kali pertama aku mendengar ucapan `abang' dari bibirnya.

Dan itulah juga pertama kali dia membahasakan diriku ini sebagai `buah hati' nya. Aku sungguh senang mendengar ucapan itu. Perlahan-lahan ku dongakkan wajahku dan aku memberanikan diri menatap pandangan matanya.

Betapa murninya sinaran cinta yang terpancar dari matanya, betapa indahnya senyumannya, dan betapa bermaknanya renungannya itu. Aku tenggelam dalam renungannya, seolah-olah hanya kami berdua di dunia ini.

Seketika aku tersedar kembali ke alam nyata. "Ain baru je masuk. Nak mandi. Lagipun dah masuk Maghrib kan ? `' ujarku.

`' Ha'ah dah maghrib. Ain mandi dulu. Nanti abang mandi dan kita solat Maghrib sama-sama ye ? `'Dia tersenyum lagi. Senyum yang menggugah hati kewanitaanku. Alangkah beruntungnya aku memilikimu, suamiku.

Selesai solat Maghrib dan berdoa, dia berpusing mengadapku. Dengan penuh kasih, ku salami dan ku cium tangannya, lama.

Aku ingin dia tahu betapa dalam kasih ini hanya untuknya. Dan aku dapat merasai tangannya yang gagah itu mengusap kepalaku dengan lembut. Dengan perlahan aku menatap wajahnya.

"Abang....." aku terdiam seketika. Terasa segan menyebut kalimah itu di hadapannya. Tangan kami masih lagi saling berpautan. Seakan tidak mahu dilepaskan. Erat terasa genggamannya.

"Ya sayang..." Ahhh....bicaranya biarpun satu kalimah, amat menyentuh perasaanku.

"Abang... terima kasih atas kesudian abang memilih Ain sebagai isteri biarpun banyak kelemahan Ain. Ain insan yang lemah, masih perlu banyak tunjuk ajar dari abang. Ain harap abang sudi pandu Ain. Sama-sama kita melangkah hidup baru, menuju keredhaan Allah." Tutur bicaraku ku susun satu persatu.

"Ain, sepatutnya abang yang harus berterima kasih kerana Ain sudi terima abang dalam hidup Ain. Abang sayangkan Ain. Abang juga makhluk yang lemah, banyak kekurangan. Abang harap Ain boleh terima abang seadanya. Kita sama-sama lalui hidup baru demi redhaNya."

`'Insya Allah abang....Ain sayangkan abang. `'

`'Abang juga sayangkan Ain. Sayang sepenuh hati abang.''

Dengan telekung yang masih tersarung, aku tenggelam dalam pelukan suamiku.

Hari-hari yang mendatang aku lalui dengan penuh kesyukuran. Suamiku, ternyata seorang yang cukup penyayang dan penyabar. Sebagai wanita aku tidak dapat lari daripada rajuk dan tangis.

Setiap kali aku merajuk apabila dia pulang lewat, dia dengan penuh mesra memujukku, membelaiku. Membuatku rasa bersalah. Tak wajar ku sambut kepulangannya dengan wajah yang mencuka dan dengan tangisan.

Bukankah aku ingin menjadi perhiasan yang menyejukkan hati suami? Sedangkan Khadijah dulu juga selalu ditinggalkan Rasulullah untuk berkhalwat di Gua Hira'.

Lalu, ku cium tangannya, ku pohon ampun dan maaf. Ku hadiahkan senyuman untuknya. Katanya senyumku bila aku lepas menangis, cantik!

Ahhh....dia pandai mengambil hatiku. Aku semakin sayang padanya. Nampaknya hatiku masih belum sepenuhnya terikat dengan Allah. Lantaran itulah aku masih belum mampu menyerahkan seluruh kasih sayang, kesetiaan dan ketaatan hanya untuk suami.

`' Isteri yang paling baik ialah apabila kamu memandangnya, kamu merasa senang, apabila kamu menyuruh, dia taat dan apabila kamu berpergian, dia menjaga maruahnya dan hartamu .`'

Aku teringat akan potongan hadis itu. Aku ingin merebut gelaran isteri solehah. Aku ingin segala yang menyenangkan buat suamiku. Tuturku ku lapis dengan sebaik mungkin agar tidak tercalar hatinya dengan perkataanku. Ku hiaskan wajahku hanya untuk tatapannya semata-mata.

Makan minumnya ku jaga dengan sempurna. Biarpun aku jua sibuk lantaran aku juga berkerjaya. Pernah sekali, aku mengalirkan air mata lantaran aku terlalu penat menguruskan rumah tangga apabila kembali dari kerja. Segalanya perlu aku uruskan. Aku terasa seperti dia tidak memahami kepenatanku sedangkan kami sama-sama memerah keringat mencari rezeki.

Namun, aku teringat akan kisah Siti Fatimah, puteri Rasulullah yang menangis kerana terlalu penat menguruskan rumah tangga.

Aku teringat akan besarnya pahala seorang isteri yang menyiapkan segala keperluan suaminya. Hatiku menjadi sejuk sendiri.

Ya Allah, aku lakukan segala ini ikhlas keranaMu. Aku ingin mengejar redha suamiku demi untuk mengejar redhaMu. Berilah aku kekuatan, Ya Allah.

" Ain baik, cantik. Abang sayang Ain.`' Ungkapan itu tidak lekang dari bibirnya. Membuatkan aku terasa benar-benar dihargai. Tidak sia-sia pengorbananku selama ini. Betapa bahagianya menjadi isteri yang solehah.

Kehidupan yang ku lalui benar-benar bermakna, apatah lagi dengan kehadiran 2 orang putera dan seorang puteri. Kehadiran mereka melengkapkan kebahagiaanku.

Kami gembira dan bersyukur kepada Allah atas nikmat yang dikurniakan kepada kami.

Namun, pada suatu hari, aku telah dikejutkan dengan permintaannya yang tidak terduga.

"Ain.....abang ada sesuatu nak cakap dengan Ain."

"Apa dia abang?" tanyaku kembali. Aku menatap wajahnya dengan penuh kasih. `' Ain isteri yang baik. Abang cukup bahagia dengan Ain. Abang bertuah punya Ain sebagai isteri," bicaranya terhenti setakat itu. Aku tersenyum. Namun benakku dihinggap persoalan. Takkan hanya itu?

"Abang ada masalah ke?" Aku cuba meneka.

"Tidak Ain. Sebenarnya......," bicaranya terhenti lagi. Menambah kehairanan dan mencambahkan kerisauan di hatiku. Entah apa yang ingin diucapkannya.

"Ain......abang.....abang nak minta izin Ain......untuk berkahwin lagi," ujarnya perlahan namun sudah cukup untuk membuat aku tersentak. Seketika aku kehilangan kata.

"A.....Abang.....nak kahwin lagi?" aku seakan tidak percaya mendengar permintaannya itu. Ku sangka dia telah cukup bahagia dengannku. Aku sangka aku telah memberikan seluruh kegembiraan padanya. Aku sangka hatinya telah dipenuhi dengan limpahan kasih sayangku seorang.

Rupanya aku silap. Kasihku masih kurang. Hatinya masih punya ruang untuk insan selain aku.

Tanpa bicara, dia mengangguk. `' Dengan siapa abang ? `' Aku bertanya. Aku tidak tahu dari mana datang kekuatan untuk tidak mengalirkan air mata. Tapi....hatiku... hanya Allah yang tahu betapa azab dan pedih hati ini.

`' Faizah. Ain kenal dia, kan ? `'

Ya, aku kenal dengan insan yang bernama Faizah itu. Juniorku di universiti. Rakan satu jemaah. Suamiku aktif dalam jemaah dan aku tahu Faizah juga aktif berjemaah.

Orangnya aku kenali baik budi pekerti, sopan tingkah laku, indah tutur kata dan ayu paras rupa. Tidakku sangka, dalam diam suamiku menaruh hati pada Faizah.

" A....Abang......Apa salah Ain abang?" nada suaraku mula bergetar. Aku cuba menahan air mataku daripada gugur. Aku menatap wajah Abang Harris sedalam-dalamnya. Aku cuba mencari masih adakah cintanya untukku.

"Ain tak salah apa-apa sayang. Ain baik. Cukup baik. Abang sayang pada Ain."

"Tapi....Faizah. Abang juga sayang pada Faizah....bermakna.....sayang abang tidak sepenuh hati untuk Ain lagi."

"Ain.....sayang abang pada Ain tidak berubah. Ain cinta pertama abang. Abang rasa ini jalan terbaik. Tugasan dalam jemaah memerlukan abang banyak berurusan dengan Faizah....Abang tak mahu wujud fitnah antara kami.

Lagipun....abang lelaki Ain. Abang berhak untuk berkahwin lebih dari satu. `'

Bicara itu kurasakan amat tajam, mencalar hatiku. Merobek jiwa ragaku. Aku mengasihinya sepenuh hatiku. Ketaatanku padanya tidak pernah luntur. Kasih sayangku padanya tidak pernah pudar. Aku telah cuba memberikan layanan yang terbaik untuknya. Tapi inikah hadiahnya untukku?

Sesungguhnya aku tidak menolak hukum Tuhan. Aku tahu dia berhak. Namun, alangkah pedihnya hatiku ini mendengar ucapan itu terbit dari bibirnya. Bibir insan yang amat ku kasihi.

Malam itu, tidurku berendam air mata. Dalam kesayuan, aku memandang wajah Abang Harris penuh kasih. Nyenyak sekali tidurnya.


Last edited by nina2519 on Thu Jul 10, 2008 11:06 am; edited 4 times in total
Back to top Go down
http://arosamutiara-neina.blogspot.com/
nina2519
Temenggung
Temenggung
nina2519


Female
Posts : 2324
Age : 39
Location : ~Jin Bertendang~
Status : ~ Single Tak single Sangat Laa ~
Joined : 2008-04-04

Kisah-Kisah Dilema Dalam Perkahwinan Empty
PostSubject: Re: Kisah-Kisah Dilema Dalam Perkahwinan   Kisah-Kisah Dilema Dalam Perkahwinan I_icon_minitimeWed Jul 09, 2008 11:27 am

Sambungan..

Sesekali terdetik dalam hatiku, bagaimana dia mampu melelapkan mata semudah itu setelah hatiku ini digurisnya dengan sembilu.

Tidak fahamkah dia derita hati ini? Tak cukupkah selama ini pengorbananku untuknya? Alangkah peritnya menahan kepedihan ini. Alangkah pedihnya!

Selama seminggu, aku menjadi pendiam apabila bersama dengannya. Bukan aku sengaja tetapi aku tidak mampu membohongi hatiku sendiri. Tugasku sebagai seorang isteri aku laksanakan sebaik mungkin, tapi aku merasakan segalanya tawar. Aku melaksanakannya tidak sepenuh hati.

Oh Tuhan.....ampuni daku. Aku sayang suamiku, tapi aku terluka dengan permintaannya itu.

Apabila bertembung dua kehendak, kehendak mana yang harus /> dituruti. Kehendak diri sendiri atau kehendak Dia ?

Pastinya kehendak Dia. Apa lagi yang aku ragukan? Pasti ada hikmah Allah yang tersembunyi di sebalik ujian yang Dia turunkan buatku ini. Aku berasa amat serba-salah berada dalam keadaan demikian.

Aku rindukan suasana yang dulu. Riang bergurau senda dengan suamiku. Kini, aku hanya terhibur dengan keletah anak-anak.

Senyumku untuk Abang Harris telah tawar, tidak berperisa. Yang nyata, aku tidak mampu bertentang mata dengannya lagi. Aku benar-benar terluka.

Namun, Abang Harris masih seperti dulu. Tidak jemu dia memelukku setelah pulang dari kerja walau sambutan hambar. Tidak jemu dia mencuri pandang merenung wajahku walau aku selalu melarikan pandangan dari anak matanya.

Tidak jemu ucapan kasihnya untukku. Aku keliru. Benar-benar keliru. Adakah Abang Harris benar-benar tidak berubah sayangnya padaku atau dia hanya sekadar ingin mengambil hatiku untuk membolehkan dia berkahwin lagi?

`Oh Tuhan...berilah aku petunjukMu.' Dalam kegelapan malam, aku bangkit sujud menyembahNya, mohon petunjuk dariNya. Aku mengkoreksi kembali matlamat hidupku.

Untuk apa segala pengorbananku selama ini untuk suamiku ? Untuk mengejar cintanya atau untuk mengejar redha Allah ?

Ya Allah, seandainya ujian ini Engkau timpakan ke atas ku untuk menguji keimananku, aku rela Ya Allah. Aku rela.

Biarlah... Bukan cinta manusia yang ku kejar. Aku hanya mengejar cinta Allah. Cinta manusia hanya pemangkin. Bukankah aku telah berazam, aku inginkan segala yang menyenangkan buat suamiku?

Dengan hati yang tercalar seguris luka, aku mengizinkan Abang Harris berkahwin lagi. Dan, demi untuk mendidik hati ini, aku sendiri yang menyampaikan hasrat Abang Harris itu kepada Faizah.

Suamiku pada mulanya agak terkejut apabila aku menawarkan diri untuk merisik Faizah.

"Ain?......Ain serius?"

"Ya abang. Ain sendiri akan cakap pada Faizah. Ain lakukan ini semua atas kerelaan hati Ain sendiri. Abang jangan risau...Ain jujur terhadap abang. Ain tak akan khianati abang. Ain hanya mahu lihat abang bahagia," ujarku dengan senyuman tawar. Aku masih perlu masa untuk mengubat luka ini. Dan inilah satu caranya. Ibarat menyapu ubat luka. Pedih, tetapi cepat sembuhnya.

Aku mengumpul kekuatan untuk menjemput Faizah datang ke rumahku. Waktu itu, suamiku tiada di rumah dan dia telah memberi keizinan untuk menerima kedatangan Faizah. Faizah dengan segala senang hati menerima undanganku.

Sememangnya aku bukanlah asing baginya. Malah dia juga mesra dengan anak-anakku.

`' Izah......akak jemput Izah ke mari sebab ada hal yang akak nak
cakapkan, `' setelah aku merasakan cukup kuat, aku memulakan bicara.

`' Apa dia, Kak Ain. Cakaplah, `' lembut nada suaranya.

"Abang Harris ada pernah cakap apa-apa pada Faizah?"

"Maksud Kak Ain, Ustaz Harris?" Ada nada kehairanan pada suaranya. Sememangnya kami memanggil rakan satu jemaah dengan panggilan Ustaz dan Uztazah. Aku hanya mengangguk.

" Pernah dia cakap dia sukakan Izah?"

"Sukakan Izah? Isyyy....tak mungkinlah Kak Ain. Izah kenal Ustaz Harris. Dia kan amat sayangkan akak. Takkanlah dia nak sukakan saya pula. Kenapa Kak Ain tanya macam tu? Kak Ain ada dengar cerita dari orang ke ni? `'

`' Tidak Izah. Tiada siapa yang membawa cerita......." Aku terdiam seketika. "Izah, kalau Kak Ain cakap dia sukakan Izah dan nak ambil Izah jadi isterinya, Izah suka?" Dengan amat berat hati, aku tuturkan
kalimah itu.

" Kak Ain!" jelas riak kejutan terpapar di wajahnya. `' Apa yang Kak Ain cakap ni ? Jangan bergurau hal sebegini Kak Ain, `' kata Faizah seakan tidak percaya. Mungkin kerana aku sendiri yang menutur ayat itu. Isteri kepada Muhammad Harris sendiri merisik calon isteri kedua suaminya.

"Tidak Izah. Akak tak bergurau......Izah sudi jadi saudara Kak Ain?" ujarku lagi. Air mataku seolah ingin mengalir tapi tetap aku tahan. Faizah memandang tepat ke wajahku.

"Kak Ain. Soal ini bukan kecil Kak Ain. Kak Ain pastikah yang......Ustaz Harris.....mahu... melamar saya?"

Dari nada suaranya, aku tahu Faizah jelas tidak tahu apa-apa. Faizah gadis yang baik. Aku yakin dia tidak pernah menduga suamiku akan membuat permintaan seperti ini. Lantas, aku menceritakan kepada Faizah akan hasrat suamiku.

Demi untuk memudahkan urusan jemaah, untuk mengelakkan fitnah. Faizah termenung mendengar penjelasanku.

"Kak Ain.....saya tidak tahu bagaimana Kak Ain boleh hadapi semuanya ini dengan tabah. Saya kagum dengan semangat Kak Ain. Saya minta maaf kak. Saya tak tahu ini akan berlaku. Saya tak pernah menyangka saya menjadi punca hati Kak Ain terluka," ujarnya sebak. Matanya ku lihat berkaca-kaca.

"Izah...Kak Ain tahu kamu tak salah. Kak Ain juga tak salahkan Abang
Harris. Mungkin dia fikir ini jalan terbaik. Dan akak tahu, dia berhak dan mampu untuk melaksanakannya. Mungkin ini ujian untuk menguji keimanan Kak Ain."

"Kak...maafkan Izah." Dengan deraian air mata, Faizah meraihku ke dalam elukannya. Aku juga tidak mampu menahan sebak lagi. Air mataku terhambur jua. Hati wanita. Biarpun bukan dia yang menerima kepedihan ini, tetapi tersentuh jua hatinya dengan kelukaan yang ku alami. Memang hanya wanita yang memahami hati wanita yang lain.

"Jadi...Izah setuju?" Soalku apabila tangisan kami telah reda.

`' Kak Ain....ini semua kejutan buat Izah. Izah tak tahu nak cakap. Izah tak mahu lukakan hati Kak Ain."

"Soal Kak Ain....Izah jangan risau, hati Kak Ain...Insya Allah tahulah akak mendidiknya. Yang penting akak mahu Abang Harris bahagia. Dan akak sebenarnya gembira kerana Faizah pilihannya. Bukannya gadis lain yang akak tak tahu hati budinya. Insya Allah Izah. Sepanjang Kak Ain mengenali Abang Harris dan sepanjang akak hidup sebumbung dengannya, dia seorang yang baik, seorang suami yang soleh, penyayang dan penyabar. Selama ini akak gembira dengan dia. Dia seorang calon yang baik buat Izah. `'

"Akak.....Izah terharu dengan kebaikan hati akak. Tapi bagi Izah masa dan Izah perlu tanya ibu bapa Izah dulu."

"Seeloknya begitulah. Kalau Izah setuju, Kak Ain akan cuba cakap pada ibu bapa Izah."

Pertemuan kami petang itu berakhir. Aku berasa puas kerana telah menyampaikan hasrat suamiku. `Ya Allah.....inilah pengorbananku untuk membahagiakan suamiku. Aku lakukan ini hanya semata-mata demi redhaMu.'

Pada mulanya, keluarga Faizah agak keberatan untuk membenarkan Faizah menjadi isteri kedua Abang Harris. Mereka khuatir Faizah akan terabai dan bimbang jika dikata anak gadis mereka merampas suami orang.

Namun, aku yakinkan mereka akan kemampuan suamiku. Alhamdulillah, keluarga Faizah juga adalah keluarga yang menitikberatkan ajaran agama. Akhirnya, majlis pertunangan antara suamiku dan Faizah diadakan jua.

"Ain.....abang minta maaf sayang," ujar suamiku pada suatu hari,
beberapa minggu sebelum tarikh pernikahannya dengan Faizah.

"Kenapa?"

"Abang rasa serba salah. Abang tahu abang telah lukakan hati Ain. Tapi....Ain sedikit pun tidak marahkan abang. Ain terima segalanya demi untuk abang. Abang terharu. Abang....malu dengan Ain."

"Abang....syurga seorang isteri itu terletak di bawah tapak kaki suaminya. Redha abang pada Ain Insya Allah, menjanjikan redha Allah pada Ain. Itu yang Ain cari abang. Ain sayangkan abang. Ain mahu abang gembira. Ain anggap ini semua ujian Allah abang. `'

`' Ain....Insya Allah abang tak akan sia-siakan pengorbanan Ain ini.
Abang bangga sayang. Abang bangga punya isteri seperti Ain. Ain adalah cinta abang selamanya. Abang cintakan Ain."

"Tapi...abang harus ingat. Tanggungjawab abang akan jadi semakin berat. Abang ada dua amanah yang perlu dijaga. Ain harap abang dapat laksanakan tanggungjawab abang sebaik mungkin."

"Insya Allah abang akan cuba berlaku seadilnya." Dengan lembut dia mengucup dahiku. Masih hangat seperti dulu. Aku tahu kasihnya padaku tidak pernah luntur. Aku terasa air jernih yang hangat mula membasahi pipiku. Cukuplah aku tahu, dia masih sayangkan aku seperti dulu walaupun masanya bersamaku nanti akan terbatas.

Pada hari pertama pernikahan mereka, aku menjadi lemah. Tidak bermaya. Aku tiada daya untuk bergembira. Hari itu sememangnya amat perit bagiku walau aku telah bersedia untuk menghadapinya.

Malam pertama mereka disahkan sebagai suami isteri adalah malam pertama aku ditinggalkan sendirian menganyam sepi. Aku sungguh sedih. Maha hebat gelora perasaan yang ku alami. Aku tidak mampu lena walau sepicing pun. Hatiku melayang terkenangkan Abang Harris dan Faizah. Pasti mereka berdua bahagia menjadi pengantin baru.

Bahagia melayari kehidupan bersama, sedangkan aku ? Berendam air mata mengubat rasa kesepian ini. Alhamdulillah. Aku punya anak-anak. Merekalah teman
bermainku.

Seminggu selepas itu, barulah Abang Harris pulang ke rumah. Aku memelukknya seakan tidak mahu ku lepaskan. Seminggu berjauhan, terasa seperti setahun. Alangkah rindunya hati ini. Sekali lagi air mata ku rembeskan tanpa dapat ditahan.

`' Kenapa sayang abang menangis ni? Tak suka abang balik ke?" ujarnya lembut.

"Ain rindu abang. Rindu sangat. `' Tangisku makin menjadi-jadi. Aku mengeratkan pelukanku. Dan dia juga membalas dengan penuh kehangatan.

`' Abang pun rindu Ain. Abang rindu senyuman Ain. Boleh Ain senyum pada abang ? `' Lembut tangannya memegang daguku dan mengangkat wajahku.

`'Abang ada teman baru. Mungkinkah abang masih rindu pada Ain ? `'Aku menduga keikhlasan bicaranya.

`' Teman baru tidak mungkin sama dengan yang lama. Kan abang dah kata, sayang abang pada Ain masih seperti dulu. Tidak pernah berubah, malah semakin sayang. Seminggu abang berjauhan dari Ain, tentulah abang rindu. Rindu pada senyuman Ain, suara Ain, masakan Ain, sentuhan Ain. Semuanya itu tiada di tempat lain, hanya pada Ain saja. Senyumlah sayang, untuk abang. `'

Aku mengukir senyum penuh ikhlas. Aku yakin dengan kata-katanya. Aku tahu sayangnya masih utuh buatku.

Kini, genap sebulan Faizah menjadi maduku. Aku melayannya seperti adik sendiri. Hubungan kami yang dulunya baik bertambah mesra. Apa tidaknya, kami berkongsi sesuatu yang amat dekat di hati.

Dan, Faizah, menyedari dirinya adalah orang baru dalam keluarga, sentiasa berlapang dada menerima teguranku. Katanya, aku lebih mengenali Abang Harris dan dia tidak perlu bersusah payah untuk cuba mengorek sendiri apa yang disukai dan apa yang tidak disukai oleh Abang Harris. Aku, sebagai kakak, juga sentiasa berpesan kepada Faizah supaya sentiasa menghormati dan menjaga hati Abang Harris. Aku bersyukur, Faizah tidak pernah mengongkong suamiku. Giliran kami dihormatinya.

Walaupun kini masa untuk aku bersama dengan suamiku terbatas, tetapi aku dapat merasakan kebahagiaan yang semakin bertambah apabila kami bersama. Benarlah, perpisahan sementara menjadikan kami semakin rindu. Waktu bersama, kami manfaatkan sebaiknya. Alhamdulillah, suamiku tidak pernah mengabaikan aku dan Faizah. Aku tidak merasa kurang daripada kasih sayangnya malah aku merasakan sayangnya padaku bertambah. Kepulangannya kini sentiasa bersama sekurang-kurangnya sekuntum mawar merah. Dia menjadi semakin penyayang, semakin romantik. Aku rasa aku harus berterima kasih pada Faizah kerana kata suamiku, Faizahlah yang selalu mengingatkannya supaya jangan mensia-akan kasih sayangku padanya.

Memang aku tidak dapat menafikan, adakalanya aku digigit rindu apabila dia pulang untuk bersama-sama dengan Faizah. Rindu itu, aku ubati dengan zikrullah. Aku gunakan kesempatan ketiadaannya di rumah dengan menghabiskan masa bersama Kekasih Yang Agung. Aku habiskan masaku dengan mengalunkan ayat-ayatNya sebanyak mungkin. Sedikit demi sedikit kesedihan yang ku alami mula pudar. Ia diganti dengan rasa ketenangan. Aku tenang beribadat kepadaNya. Terasa diriku ini lebih hampir dengan Maha Pencipta.

Soal anak-anak, aku tidak mempunyai masalah kerana sememangnya aku mempunyai pembantu rumah setelah aku melahirkan anak kedua. Cuma, sewaktu mula-mula dulu, mereka kerap juga bertanya kemana abah mereka pergi, tak pulang ke rumah. Aku terangkan secara baik dengan mereka. Mereka punyai ibu baru. Makcik Faizah. Abah perlu temankan Makcik Faizah seperti abah temankan mama. Anak-anakku suka bila mengetahui Faizah juga menjadi `ibu' mereka. Kata mereka, Makcik Izah baik. Mereka suka ada dua ibu. Lebih dari orang lain. Ahhh...anak-anak kecil. Apa yang kita terapkan itulah yang mereka terima. Aku tidak pernah menunjukkan riak kesedihan bila mereka bertanya tentang Faizah. Bagiku Faizah seperti adikku sendiri.

Kadang-kadang, bila memikirkan suamiku menyayangi seorang perempuan lain selain aku, memang aku rasa cemburu, rasa terluka. Aku cemburu mengingatkan belaian kasihnya itu dilimpahkan kepada orang lain. Aku terluka kerana di hatinya ada orang lain yang menjadi penghuni. Aisyah, isteri Rasulullah jua cemburukan Khadijah, insan yang telah tiada. Inikan pula aku, manusia biasa. Tapi..... ku kikis segala perasaan itu. Cemburu itukan fitrah wanita, tanda sayangkan suami.
Tetapi cemburu itu tidak harus dilayan. Kelak hati sendiri yang merana. Bagiku, kasih dan redha suami padaku itu yang penting, bukan kasihnya pada orang lain. Selagi aku tahu, kasihnya masih utuh buatku, aku sudah cukup bahagia. Dan aku yakin, ketaatan, kesetiaan dan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi kepadanya itulah kunci kasihnya kepadaku. Aku ingin nafasku terhenti dalam keadaan redhanya padaku, supaya nanti Allah jua meredhai aku. Kerana sabda Rasulullah s.a.w

"Mana-mana wanita (isteri) yang meninggal dunia dalam keadaan suaminya meredhainya, maka ia akan masuk ke dalam syurga." (Riwayat-Tirmizi, al-Hakim dan Ibnu Majah).

Sungguh bukan mudah aku melalui semuanya itu. Saban hari aku berperang dengan perasaan. Perasaan sayang, luka, marah, geram, cemburu semuanya bercampur aduk. Jiwaku sentiasa berperang antara kewarasan akal dan emosi. Pedih hatiku hanya Tuhan yang tahu. KepadaNyalah aku pohon kekuatan untuk menempuhi segala kepedihan itu. KepadaNyalah aku pinta kerahmatan dan kasih sayang, semoga keresahan hati ini kan berkurangan.

Namun, jika aku punya pilihan, pastinya aku tidak mahu bermadu. Kerana ia sesungguhnya memeritkan. Perlukan ketabahan dan kesabaran. Walau bagaimanapun, aku amat bersyukur kerana suamiku tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya. Dan aku juga bersyukur kerana menjadi intan terpilih untuk menerima ujian ini.
"
Back to top Go down
http://arosamutiara-neina.blogspot.com/
mehatespink
Temenggung
Temenggung
mehatespink


Female
Posts : 2860
Age : 41
Location : sumwhere in malaysia
Joined : 2008-04-03

Kisah-Kisah Dilema Dalam Perkahwinan Empty
PostSubject: Re: Kisah-Kisah Dilema Dalam Perkahwinan   Kisah-Kisah Dilema Dalam Perkahwinan I_icon_minitimeWed Jul 09, 2008 1:56 pm

huhuhu, tade org yg nak bermadu..
Back to top Go down
sempoiajer79
Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K)
Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K)
sempoiajer79


Female
Posts : 352
Age : 45
Location : Tingkat Seploh...
Status : Single
Joined : 2008-04-24

Kisah-Kisah Dilema Dalam Perkahwinan Empty
PostSubject: Re: Kisah-Kisah Dilema Dalam Perkahwinan   Kisah-Kisah Dilema Dalam Perkahwinan I_icon_minitimeWed Jul 09, 2008 3:38 pm

memang tak ada yang nak bermadu.. tap sekiranya ada lelaki yang exactly macam cerita diatas.. Insya Allah kan ku terima seadanya.... kasih sayang dan cinta tak kurang... malah bertambah2...
Back to top Go down
http://sempoiajer.blogs.friendster.com/sempoiajer/
nina2519
Temenggung
Temenggung
nina2519


Female
Posts : 2324
Age : 39
Location : ~Jin Bertendang~
Status : ~ Single Tak single Sangat Laa ~
Joined : 2008-04-04

Kisah-Kisah Dilema Dalam Perkahwinan Empty
PostSubject: Re: Kisah-Kisah Dilema Dalam Perkahwinan   Kisah-Kisah Dilema Dalam Perkahwinan I_icon_minitimeWed Jul 09, 2008 3:40 pm

erm tulah..
sebarang kemungkinan akan berlaku..
apapun yg terjadi..nak ke taknak
kite tetap harus terima kan..ermm
Back to top Go down
http://arosamutiara-neina.blogspot.com/
mehatespink
Temenggung
Temenggung
mehatespink


Female
Posts : 2860
Age : 41
Location : sumwhere in malaysia
Joined : 2008-04-03

Kisah-Kisah Dilema Dalam Perkahwinan Empty
PostSubject: Re: Kisah-Kisah Dilema Dalam Perkahwinan   Kisah-Kisah Dilema Dalam Perkahwinan I_icon_minitimeWed Jul 09, 2008 4:05 pm

hehehhe, yg bermadu tu pun name ain..
Back to top Go down
bayu_pagi
Temenggung
Temenggung
bayu_pagi


Female
Posts : 2295
Age : 46
Location : EARTH~
Status : MaRRieD
Joined : 2008-05-05

Kisah-Kisah Dilema Dalam Perkahwinan Empty
PostSubject: Re: Kisah-Kisah Dilema Dalam Perkahwinan   Kisah-Kisah Dilema Dalam Perkahwinan I_icon_minitimeWed Jul 09, 2008 4:50 pm

cik ain nak BERMADU ker???? whistle
Back to top Go down
http://www.yahoo.com
nina2519
Temenggung
Temenggung
nina2519


Female
Posts : 2324
Age : 39
Location : ~Jin Bertendang~
Status : ~ Single Tak single Sangat Laa ~
Joined : 2008-04-04

Kisah-Kisah Dilema Dalam Perkahwinan Empty
PostSubject: Re: Kisah-Kisah Dilema Dalam Perkahwinan   Kisah-Kisah Dilema Dalam Perkahwinan I_icon_minitimeWed Jul 09, 2008 4:57 pm

ish jgn cik ain..
MADU tu sedap dimakan jerk
Back to top Go down
http://arosamutiara-neina.blogspot.com/
Spawn
Temenggung
Temenggung
Spawn


Male
Posts : 551
Age : 40
Location : Pasir Gudang
Status : 'Hilang Secara Misteri'
Joined : 2008-04-04

Kisah-Kisah Dilema Dalam Perkahwinan Empty
PostSubject: Re: Kisah-Kisah Dilema Dalam Perkahwinan   Kisah-Kisah Dilema Dalam Perkahwinan I_icon_minitimeWed Jul 09, 2008 6:25 pm

hantu bungkus makan karipap wrote:
"ku wanita dengan air mata,bukan untuk meminta simpati,sekadar melepaskan rasa hati"
Back to top Go down
http://www.lirikdanlagu.blogspot.com
nina2519
Temenggung
Temenggung
nina2519


Female
Posts : 2324
Age : 39
Location : ~Jin Bertendang~
Status : ~ Single Tak single Sangat Laa ~
Joined : 2008-04-04

Kisah-Kisah Dilema Dalam Perkahwinan Empty
PostSubject: Re: Kisah-Kisah Dilema Dalam Perkahwinan   Kisah-Kisah Dilema Dalam Perkahwinan I_icon_minitimeThu Jul 10, 2008 10:57 am

Dosa Semalam

Anak kecil itu dibiarkan bermain dengan bola dan duduk di atas perutnya. Tangannya pula tidak lepas membelai lembut rambut anak kecil yang diikat dua dengan reben warna kuning. Matanya merayap menjamah sebujur wajah comel itu. Anak yang dinamakan Suhaila ini dikurniakan sepasang alis mata yang hitam lebat, mata yang jernih kecoklatan dan dihiasi dengan bulu mata yang lentik. Bibir mungil berlesung pipit yang menghiasi wajah si kecil itu seolah-olah dicetak mirip Mastura.


Manakala hidung dan kulit si comel imbasan dirinya. Sesekali dia melayan omelan insan yang baru berusia setahun setengah itu. Entah apa yang dibicarakan tidak menjadi masalah. Apa per tanyaan Suhaila tidak pernah diambil peduli kerana anak itu akhirnya akan terangguk-angguk sambil tersenyum memperlihatkan giginya yang baru tumbuh.

Zamri sememangnya gembira tapi dia sebenarnya kesunyian. Masih terasa kucupan dan dakapan mesra Mastura menyambut kepulangannya dari pejabat. Terbayang-bayang di matanya akan susuk tubuh Mastura dan senyumannya. Senyum Mastura itu bagaimanapun akhirnya pudar, tenggelam, sepi dan hilang.

Memegang status sebagai seorang suami di usia muda adalah satu perkara yang tidak pernah terfikir olehnya. Tidak pernah terlintas tema warna untuk majlis persandingannya apatah lagi memikirkan apa yang patut dilakukan pada malam pertama. Bukan kerana dia tidak ber nafsu tetapi dia perlu kejarkan sesuatu yang lebih bermakna iaitu membangunkan syarikat peninggalan arwah datuknya. Kehilangan ayahnya sedari dalam kandungan membuatkan dia buta untuk mencari cinta lantaran sibuk dengan tanggungjawab yang terpikul di bahunya. Syarikat itulah cintanya. Sejak kecil dia sudah berjinak-jinak dengan situasi pelabuhan itu dan angan-angannya untuk memegang tampuk pemerintahan syarikat tercapai sudah.

“Ibu, Am nak bangunkan perkapalan atuk. Am nak fokus pada kerjaya Am. Am tak nak Mastura terabai dek kerana kesibukan Am nanti. Ibu tahu kan macam mana sibuknya datuk menguruskan syarikat ini.”

Wanita yang dipanggil ibu itu tersenyum. “Kau ni terlalu ego. Lembutkan hatimu sedikit. Jangan terlalu tanamkan besi semangat hingga menepis keperluan lain,” katanya memujuk.

Direnungkan kembali detik itu. Kelewatannya berkahwin akan mengundang buruk pandang kerana gadis itu terlalu setia menantinya. Perkenalan mereka bukan setakat setahun dua malah sejak di bangku sekolah menengah lagi dan jika bukan kerana tingginya nilai kasih sayang Mastura, mana mungkin Mastura akan tetap menantinya.

Mastura, wanita yang selembut namanya. Segala-galanya lengkap dalam dirinya. Zamri masih ingat lagi, sudah beberapa kali dia maklumkan kepada Mastura untuk tidak menunggu namun Mastura tetap berteguh dengan pendiriannya. Sebagai lelaki, Zamri berat hati untuk melepaskan Mastura namun kerana ego dan impian membina kejayaan membuatkan Zamri rela kehilangan wanita itu.

************************************************************************************

Paluan kompang bergema di kawasan pelabuhan membuktikan dia berjaya menarik sedikit besi keegoan yang selama ini menjajah semangatnya. Ucapan ibu selembut bayu mengetuk pintu hatinya. Dia sebenarnya berkirakira untuk menamatkan zaman bujang lewat usia 30-an namun bila sampai detik itu dia masih tidak bersedia memikul tanggungjawab lain kerana leka mengendalikan projek yang melibatkan jutaan ringgit.

Pemergian datuknya sebulan setelah Zamri menamatkan zaman bujang semakin mengundang cabaran. Ketokohannya perlu ditonjolkan agar pengaruh arwah datuk tidak terbang dibawa angin. Sejak terbinanya ikatan sah dengan Mastura, dia tidak pernah merancang untuk pergi berbulan madu. Walaupun peta dunia terbentang luas menghiasi dinding pejabatnya, namun dia tidak pernah meletakkan jari pada mana-mana negara yang akan menjadi lokasi idaman untuk berbulan madu.

Tidak pernah terfikir di benaknya sama sekali lantaran Mastura sendiri pun tidak pernah mengungkapkannya. Sebagai isteri, Mastura seorang yang kaya dengan ketaatan. Dia tidak pernah meminta-minta. Bulan madunya hanya di kawasan pelabuhan. Hatinya syukur walaupun hanya mampu menyaksikan camar mencari rezeki dan mengira saat berlabuhnya mentari.

Mastura tetap dengan setianya menjaga makan pakai Zamri. Kepulangan Zamri disambut dan dilayan sebaik mungkin. Menyambut di muka pintu dengan kucupan dan dakapan mesra, menghidangkan air, membuka sarung kaki sambil jemarinya mengelus lembut tubuh Zamri agar hilang segala lelahnya di pejabat. Sayang Zamri pada Mastura semakin mendalam. Hanya kesibukannya yang membataskan Zamri untuk mempamerkan sayang pada wanita itu.

“Am, jangan terlalu memaksa diri. Am tidak perlu kerja terlalu keras. Ingat keluarga perlu diberikan perhatian tapi kalau Mas pun tak pernah Am ajak keluar bersama, macam mana Am nak buktikan kasih sayang Am padanya?”

“Am sibuk, Bu. Am perlu kukuhkan syarikat. Am nak lunaskan apa yang Am cita-citakan selama ini. Tapi ibu jangan lupa kerana selama ini ibu dan arwah datuklah yang banyak membentuk impian Am selama ini,” ujarnya jengkel setiap kali ibunya menegur sikapnya selama dia berumah tangga.

Hati kecil ibunya tersentuh. Bebanan kerja si anak telah mendorong hati dan suara Zamri untuk meninggikan suara kepadanya. “Memang ibu dan datuk yang menyemai benih impian dalam hidup Am tapi kami tidak pernah didik Am untuk menjadi seorang yang terlalu mengejar keduniaan sehingga melupakan tanggungjawab yang lain. Ingat, ada lagi perkara lain yang lebih penting dari material. Syarikat itu sudah cukup kukuh, Am. Peranan Am hanya untuk mengurus dan mempertahankannya sahaja, bukan bertindak seperti mahu mendirikannya semula!” Balas ibu lantas berlalu.

*****************************************************
Mahligai yang bakal ditamu dengan orang baru itu adalah sebuah penantian yang menuju ke puncaknya. Dia mengangankan agar insan yang sedang meringkuk dalam rahim Mastura merupakan seorang anak lelaki yang bakal menerajui syarikat warisan turun temurun itu. Namun, segala keinginan Mastura disanggahkan dengan tugas yang bertimbun lantas digalas pada bahu ibu atau Amir, tukang kebun yang juga pemandu isterinya untuk melayani isterinya yang sedang sarat. Naluri kewanitaan Mastura tersentuh juga, namun sebagai isteri dia tetap akur akan tanggungjawab Zamri untuk melunaskan impian dan wasiat datuknya. Suara hatinya dibisikkan pada ibu namun yang selebihnya hanya dijerit di gaung hati yang maha dalam.

“Cuba belajar menghargai seseorang, belajar membelai dan membalas kasih sayang. Selami hatinya yang banyak makan hati dan menelan kepahitan lantaran terpaksa belajar menerima corak hidup Am. Dalam keadaannya yang sarat begini, dia tentunya lebih sensitif.”

“Tapi dia tak pernah mengadu apa-apa pada Am, pun?”

“Sebab dia tahu Am terlalu mementingkan kerjaya dari perkara lain termasuk dirinya.”

“Ibu, dia pasti tahu betapa dalamnya cinta Am.”

“Apa gunanya cinta tanpa perhatian, keprihatinan dan bukti kasih sayang. Ibu tak mahu Am menyesal satu hari nanti.”

************************************************************************************

Bencana muncul di tengah samudera dan dia telah menyaksikan sendiri kawasan tersebut. Kepalanya ligat berpusing memikirkan apakah ada penyelesaian bagi mengatasi bencana tumpahan minyak hingga membuatkan Zamri alpa dengan masalah isterinya yang turut memerlukan perhatiannya. Apatah lagi ketika Mastura yang hanya menantikan hari-hari kelahiran bayi yang semakin hampir. Dek kesibukan dan masalah yang berlegar di fikiran Zamri menyebabkan Mastura terpaksa melahirkan anak tanpa ditemani suami sebagaimana ibu-ibu bertuah yang lain. Nasibnya sama seperti ibu mentuanya namun apa yang berbeza adalah suaminya masih hidup! Ya, pejabat ibarat rumah keduanya. Makan minumnya kini sudah berpindah di pejabat. Zamri dihantui oleh masalah yang telah menangkis segala perasaan yang sepatutnya wujud dalam dirinya.

“You tak boleh diamkan baby tu ke? Dekat office, I dah sakit kepala dengan macam-macam masalah. Sesekali I nak bermalam di rumah sendiri, baby pula buat masalah,” rungutnya antara dengar atau tidak oleh Mastura. Suaranya serak parau namun Mastura tetap tahu biji butirnya rungutan itu. Zamri mencapai selimut dan keluar menuju ke kereta. Dia bercadang untuk menyambung kembali lenanya. Apa yang pasti selepas ini dia pasti tidur nyenyak, jauh dari rengekan si kecil itu.

“Sejak Su lahir abang belum pernah kucup pipi dia. Malah si Amir yang iqamatkannya, bukan abang. Abang belum pernah dukung dia malah abang tak pernah berusaha mendapatkan apa yang Su hendak. Abang tak pernah bermesra atau bercakap dengannya sejak dari dalam kandungan lagi. Apatah lagi nak dodoikan dia. Sebab itu dia menangis kerana berasa janggal dengan kehadiran abang dalam rumah ini biarpun abang adalah darah dagingnya sendiri. Tolonglah bang, hargailah kehadiran Su. Walaupun masih kecil, dia juga ada hati dan perasaan.”

Zamri membetulkan kain selimutnya dan pembaringannya. “Abang penat. Esok nak kerja. Mas tidurlah dengan baby kat atas. Nanti dia menangis lagi,” balasnya. Zamri cuba melelapkan mata namun dia segera terfikir kata-kata Mastura yang ada kebenarannya.

“Semakin abang berpisah tidur begini, semakin dia terasa abang seakan tidak menghargai kehadirannya.” Kata-kata Mastura sebelum meninggalkannya tadi masih terngiang-ngiang di telinganya.

Sebenarnya dia sendiri kecewa kerana Suhaila bukanlah seperti harapannya untuk menerajui syarikat itu. Dia melangkah masuk dan memijak anak tangga untuk ke dalam bilik. Melihatkan Mastura yang sedang meringkuk memeluk Suhaila, dia tahu Mastura masih belum tidur. Masih terdengar sedu-sedannya. Namun kelesuan yang bermaharajalela dalam dirinya memaksa diri Zamri untuk membiarkan saja.

Saban malam di rumah, Mastura sedaya upaya menjaga lena suaminya. Sedikit terdengar rengekan Suhaila, pasti dengan pantas dia bertindak. Diraba lampinnya, ditepuk lembut pahanya atau disuapkan puting susu ke mulutnya. Dia tidak mahu tangisan Suhaila menambah sarat di fikiran Zamri.

Pulangnya Zamri dari pejabat masih lagi dilayan mesra. Namun senyuman dan urutan Mastura masih tidak dapat membantu menyelesaikan beban kerja yang menggunung di benaknya. “Abang nak makan? Nanti Mas sediakan,” tanya Mastura walau tiada jawapan daripada Zamri seperti kebiasaannya.

Hidangan Mastura masih enak. Air tangannya tidak kalah dengan tukang masak di restoran terkenal yang pernah dijamunya. Namun malam itu dia lihat Mastura tidak banyak bersuara dan kurang melayani juadahnya.

“Ah, mungkin penat sangat jaga baby,” teka Zamri mengambil mudah.

Tangisan Suhaila yang nyaring malam itu mengganggu mimpinya. Untuk seketika dia membiarkan sambil berharap agar Mastura bertindak seperti selalu. Namun lama kelamaan, tangisan si kecil itu makin nyaring dan keras.

“Mas, baby Mas,” panggilnya dengan suara parau. Panggilannya tidak berbalas. “Mas, baby nangis tu. You tak dengar ke?” Tanyanya dengan suara yang kurang senang dan agak keras berbanding tadi.

Tidak tahan mendengarnya, mahu tidak mahu Zamri bingkas bangun menuju ke pintu bilik untuk menyambung lenanya di ruang tamu. Namun tiba-tiba langkahnya terhenti dan dia menoleh ke arah Mastura dalam kesamaran lampu bilik tidur. Dia sendiri tidak mengerti mengapa secara tiba-tiba jantungnya berdegup kencang. Dia berpatah ke katil untuk mendukung Suhaila sambil tangannya yang satu lagi menggoyang-goyangkan tubuh isterinya sejuk dan kaku.

************************************************************************************

“Jangan dikenang perkara yang lepas. Am sendiri yang akan makan hati. Kita tak minta semuanya berlaku. Semuanya takdir, Am,” suara ibu membunuh tilikan kamus memorinya.

Zamri hanya membisu sambil membetulkan kedudukan Suhaila di atas perutnya. Anak itu masih leka dengan permainannya. Perlahan-lahan Zamri menyeka air matanya yang tumpah. “Am tak mahu tahu punca kematian Mas sebab Am tahu jika Am ikut kata dulu, takkan terjadi itu semua. Am sayangkan Mas, Bu. Am sayangkan dia.” Ujarnya yang kembali berlagu hiba.

Dia membetulkan duduknya dan meriba Suhaila. Anak kecil itu didakap rapat ke dadanya yang bidang. “Am sayangkan Mas, Bu Am rindukan Mas”, ujarnya perlahan. Dan air mata ibu membasahi pipi.
Back to top Go down
http://arosamutiara-neina.blogspot.com/
bayu_pagi
Temenggung
Temenggung
bayu_pagi


Female
Posts : 2295
Age : 46
Location : EARTH~
Status : MaRRieD
Joined : 2008-05-05

Kisah-Kisah Dilema Dalam Perkahwinan Empty
PostSubject: Re: Kisah-Kisah Dilema Dalam Perkahwinan   Kisah-Kisah Dilema Dalam Perkahwinan I_icon_minitimeThu Jul 10, 2008 11:17 am

hargailah org yg kita sayang...sementara mereka berada di depan mata
syahdu jer citer nie....huhuhu
Back to top Go down
http://www.yahoo.com
zulsa
Temenggung
Temenggung
zulsa


Male
Posts : 595
Age : 46
Location : szbap
Status : three in the row
Joined : 2008-04-16

Kisah-Kisah Dilema Dalam Perkahwinan Empty
PostSubject: Re: Kisah-Kisah Dilema Dalam Perkahwinan   Kisah-Kisah Dilema Dalam Perkahwinan I_icon_minitimeThu Jul 10, 2008 11:20 am

Ehmm.. seronok membaca kisah ini.. memang memberi pengajaran.
Back to top Go down
http://insanbakti.blogspot.com/
nina2519
Temenggung
Temenggung
nina2519


Female
Posts : 2324
Age : 39
Location : ~Jin Bertendang~
Status : ~ Single Tak single Sangat Laa ~
Joined : 2008-04-04

Kisah-Kisah Dilema Dalam Perkahwinan Empty
PostSubject: Re: Kisah-Kisah Dilema Dalam Perkahwinan   Kisah-Kisah Dilema Dalam Perkahwinan I_icon_minitimeThu Jul 10, 2008 11:37 am

Duka Hati Seorang Isteri

"Maafkan abang, sayang." Remuk hati seorang isteri dikala suami yang selama 10 tahun menjadi cinta agung dalam hidupnya akhirnya mengakui akan hubungan terlarang yang kini menjadi alunan hidupnya. Sungguh tidak kuduga... inikah balasan yang kuterima atas setiap bibit cintaku padamu suami? Perlahan-lahan kuusap airmata yang mengalir. Kehangatan air mataku meneyelinap kedalam diri.

Sayang kasihmu abang sudah tidak sehangat ini. Perlahan suamiku melangkah keluar dari kamar yang menjadi saksi cinta kami selama sepuluh tahun ini. Kurenung langkahnya yang perlahan. Tidak sedikit pun abang menoleh kembali. Seolah-olah di dalam hati cinta kita sudah tidak bersisa lagi.

Malam yang sunyi ini menjadi saksi akan hancurnya hati seorang wanita yang bergelar isteri. Kadangkala aku sendiri tidak yakin dengan dirimu abang. Hanya kerana asmara yang singkat, abang lupa akan cinta yang sedekad waktu ini. Abang lupa di gerbang perkahwinan, susah senang kita bersama. Di saat adik-adik abang memerlukan wang untuk perbelanjaan sekolah, kita suami isteri menguis saki baki simpanan yang ada untuk membantu adik abang. Di saat-saat abang kemalangan yang nyaris meragut nyawa , siapa yang setia menemanimu siang dan malam? Ingatkah abang akan janjimu ketika abang terselamat dari maut? Ketika Abang mengenggam jari Sayang dan Abang bisikan betapa abang bersyukur kerana diberi peluang kedua untuk bersama sayang.

Betapa abang rasa hidup abang lebih lengkap kini kerana baru ketika ini abang tahu nilai kasih sayang yang abang takut abang sudah tidak mampu kecapi lagi. Selama 2 bulan, abang berulang-alik ke hospital untuk rawatan lanjutan. Selama itu , Sayang rasa bertuah kerana dapat berbakti padamu, Abang. Namun semuanya sudah tidak bermakna lagi buatmu.

Sayang ikhlas membantu mu, Abang. Selama ini sayang ikhlas menjaga makan minummu. Sayang jujur dalam membina jambatan kasih kita. Mungkin ada waktunya, sayang terleka dalam melaksana tanggungjawab isteri. Sayang sedar ada masanya sayang sendiri melukai hatimu. Dan Sayang hargai toleransimu. Sesunguhnya toleransi dan kasih sayang abang adalah 2 perkaran yang sentiasa
membuatkan hidup Sayang seunik-unik kehiudpan. Sayang bahagia. Dan kerana itu sayang tak meragui Abang. Tidak dalam secubit waktu pun. Tapi Sayang silap abang. Rupanya kasihmu layu juga.

Sekali lagi air mataku gugur. Kurenung surat permohonan abang untuk menikah lagi. Kutatap perlahan-lahan permohonan yang masih kemas kugengam. Memang dalam hidup seorang isteri seperti Sayang, poligami adalah seperkara sayang takuti. Sayang takut bila isteri abang dua ..kasih abang satu. Dan Sayang takut jika kasih yang satu itu bukan milik Sayang lagi. Abang malam ini abang mengaku akan hubungan yang selama ini tidak sayang ragui. Sayang ikhlas dengan bantuan abang. Sayang bangga kerana punya suami sepertimu abang. Suami yang bukan sahaja penyayang malah seoarng lelaki yang mudah simpati pada orang yang memerlukan. Dan dikala Farah yang waktu itu datang menangis-nangis kerana sudah tidak betah hidup terseksa bersama suaminya,
kita bantu Farah dan anak-anaknya.

Selama 3 bulan, kita suami isteri membantu Farah kenalan Sayang di Universiti dulu. Kita sediakan keselesaan untuk Farah anak-beranak di rumah sewa kita. Kita bantu Farah dengan menempatkan Farah di tempat Abang makan gaji. Dan Anak-anak Farah Sayang jaga di waktu siang. Mungkin kerana ketidakhadiaran cahaya mata dalam kamus hidup kita, Sayang menerima anak-anak Farah seperti anak sendiri. Selama 3 bulan itu Sayang bahagia kerana pertama kali dalam hidup sayang, Sayang dapat menjalani kehidupan seorang ibu. Di waktu Farah rasa terancam dengan ugutan suaminya, Sayang bangga abang berani melindungi Farah dan anak-anak. Betapa di kala itu, abang bagaikan wira dahulukala. Di saat Farah merasai hidupnya musnah dirobek suaminya, Sayang beri Farah Harapan. Sayang tiupkan semangat. Segala-galanya demi nilai satu persahabatan. Tapi cermin persahabatan itu remuk berderai. Malah hati seorang wanita ini lebih terluka bila wanita yang menjadi dalang cinta kami adalah Farah.

Sampai hatimu Farah, madu yang kami beri tapi racun yang kau balas. Rupanya kasih sayang yang kucurahkan pada anak-anakmu kau balas dengan belaian manja pada suamiku. Apa dosaku padamu Farah? Kata orang bertepuk sebelah tangan tak akan berbunyi. Mungkin salahnya datang dari suamiku tapi tak bolehkah kau fikirkan akan nilai persahabatan kita? Dan kerana persahabatan itu tak mampukah kau menolak suamiku jauh dari hidupmu? Tidak pernaha dalam sekelumit aku waktu, kupinta darimu untuk melayan suamiku sebegitu rupa.
Tidak Farah! Tidak. Tidakkah kau sedar kau masih isteri orang. Proses
ceraimu masih belum sampai jauh talak. Kau masih isteri orang Farah.

Perlahan-lahan aku bangkit dari katil. Segera diriku yang kusut itu diperkemaskan. Tiada apa yang mampu kuucapakan lagi. Kukutip permohonan suamiku dari atas katil. Perlahan aku melangkah keluar dari bilikku. Di kala itu kulihat suami sedang leka dibuai perasaan. Di atas Sofa empuk itu, Suamiku cuba memikirkan keserabutan hidup. Kuhampiri suamiku. Di kala itu pandangan kami bertemu. Jika semalam, pasti ada gelora asmara cinta bila pandangan kita bertaut tapi malam ini.......pertama kali sayang rasakan pandangan kita kosong. Keruh sungguh wajahmu abang. Lembut Suamiku menarikku kesisi.

"Abang... Sayang cuma mahu tahu seperkara darimu abang. Berterus-teranglah walaupun ianya paling pahit untuk diterima. Apa yang abanag cari pada Farah?

Apa yang membuatkan Farah lebih bernilai dalam hidup Abang sekarang?"

Sakit hati ini bila kata-kata itu meluncur dari bibirku. Tidak dapat ku bayangkan kekecewaan yang melanda. Perlahan kuamati suamiku. Abang walaupun hakikatnya kita belum bermadu, Sayang sudah merasakan peritnya kehilanganmu.

"Abang berdosa padamu, Sayang. Dan Abang tak salahkan Sayang kerana membenci Abang. Cuma Abang rasa Farah perlu dilindungi. Dan Abang simpati pada Farah yang tak memiliki bahagia." Dalam saat-saat sebegini Farah masih dihatimu.

"Tapi kenapa sampai ada keterlanjuran berlaku?"

"Abang lelaki punya keinginan .. punya kemahuan..." Walaupun payah, Abang masih memenangi dirimu. Abang.. Abang.. Aku mengeleng sendirian. Sayang semakin tidak mengenali dirimu kini. Air mata sudah makin murah untuk menagalir. Tapi Sayang akan kekal kuat. Sayang masih kekal kuat seperti
dahulu.

"Bagaimana halal dan Haram Abang?" Aku masih cuba berlaku tenang. Aku kalau boleh mahu Suamiku sedar keterlanjuran yang berlaku. Suamiku terdiam. Dia semakin resah.

"Abang dah bertaubat , Sayang. Dan kerana itu Abang mahu bertanggungjawab atas keterlanjuran kami." Mudah sungguh Abang membina alasan. Indah sungguh takrifan bertanggungjawab dan taubatmu. Aku tersenyum sendirian.

"Abang masih belum jawab soalan Sayang. ? Apa yang membuatkan Farah lebih bernilai dalam hidup Abang sekarang?" Antara dengar dengan tidak aku cuba mendapatkan kepastian.

"Farah.. Farah.." Suamiku resah. Kata-katanya mati. Ada nada-nada ktidakpastian pada raut wajahnya. Lembut kugenggam tangan suamiku.

"Abang Sayang cuma mahukan kejujuranmu.." Dengan isyarat mata aku cuba memberi keberanian pada suamiku untuk berlaku jujur denganku.

"Sayang.. Farah mampu menjadiakan Abang...AYAH.." Dan aku cuma tersenyum mendengar alasan suamiku. Seperti yang telah kuduga. Luruh hatiku mendengar alasannya. Dulu janjimu lain Abang tapi kini..

"Dulu , Sayang izinkan abang menikah lain tapi Abang menolak. Abang kata biar susah senang kita sehidup semati..hanya ajal memisahkan kita. Tak akan ada dua atau tiga dalam diri Abang.."

"Sayang... itu dulu.. Abang juga mahukan anak. Hidup abang sepi Sayang tanpa Anak. Abang tahu sayang tak mampu.. Tapi Abang berkebolehan mendapatkan anak." Aku semakin sakit mendengarnya. Abang hina kecacatan hidup ini. Abang ungkit kekurangan diri ini.

"Kalau anak yang abang mahu, Nikahlah Farah. Gauli farah setelah Farah Halal buatmu." Segera aku bangkit dari duduku. Dengan kekuatan yang masih berbaki, ku pandang suamiku sebagai pandangan terakhir. Hati ku sudah terluka abang.

Sayang boleh terima kalau abang pilih Farah sebagi madu Sayang tapi.. yang tak mampu Sayang terima ialah.. layanan haram Farah buat Abang dikala Sayang sedang menjaga anak-anaknya. Hancur hati ini Abang. Biarlah kisah cinta kita terkubur disini. Kuhulur salam terakhir buat suamiku. Kukucup suamiku dan kubisikkan padanya...

"Tapi Abang Sayang tidak mampu membuang hubungan haram abang dari kaca mata Sayang. Bebaskan Sayang.." Tersentak suamiku.

"Nanti Sayang..." Suamiku menarikku hampir padanya.

"Abang perlu bertanggungjawab terhadap Farah. Berikanlah Farah kebahagian yang ingin Abang berikan. Jadilah Abang Ayah sepertimana yang Abang impikan. Cuma.. Sayang tak mampu berkongsi kasih lebih-lebih lagi bila Sayang fikirkan hanya kerana 3 bulan perkenalan.. Abang lupakan Sayang. Hanya kerana 3 bulan pertemuan Abang musnahkan kepercayaan sayang dan Hanya kerana 3 bulan simpati Abang buang halal haram satu hubungan. Dan Sayang tak mahu anak-anak Sayang ada ayah seperti itu.. Maafkan Sayang,Abang."

Perlahan-lahan aku melangkah pergi jauh dari suamiku. Tiada tolehan kedua buatnya. Tiada lagi simpati buatnya. Yang ada cuma ....janin berusia 2 bulan yang menjadi lambang kasih kita. Itulah kebesaran tuhan Abang.

Assalamualaikum suamiku.
Back to top Go down
http://arosamutiara-neina.blogspot.com/
Spawn
Temenggung
Temenggung
Spawn


Male
Posts : 551
Age : 40
Location : Pasir Gudang
Status : 'Hilang Secara Misteri'
Joined : 2008-04-04

Kisah-Kisah Dilema Dalam Perkahwinan Empty
PostSubject: Re: Kisah-Kisah Dilema Dalam Perkahwinan   Kisah-Kisah Dilema Dalam Perkahwinan I_icon_minitimeThu Jul 10, 2008 11:52 am

nina90210 (Bukan Nama Sebenar) wrote:
Duka Hati Seorang Isteri

Assalamualaikum suamiku.

Waalaikumsalam isteriku,hehehehe......
Back to top Go down
http://www.lirikdanlagu.blogspot.com
mehatespink
Temenggung
Temenggung
mehatespink


Female
Posts : 2860
Age : 41
Location : sumwhere in malaysia
Joined : 2008-04-03

Kisah-Kisah Dilema Dalam Perkahwinan Empty
PostSubject: Re: Kisah-Kisah Dilema Dalam Perkahwinan   Kisah-Kisah Dilema Dalam Perkahwinan I_icon_minitimeThu Jul 10, 2008 11:53 am

hurmm.. kan da kate, xde sape yg nk berkongsi kaseh..
Back to top Go down
Spawn
Temenggung
Temenggung
Spawn


Male
Posts : 551
Age : 40
Location : Pasir Gudang
Status : 'Hilang Secara Misteri'
Joined : 2008-04-04

Kisah-Kisah Dilema Dalam Perkahwinan Empty
PostSubject: Re: Kisah-Kisah Dilema Dalam Perkahwinan   Kisah-Kisah Dilema Dalam Perkahwinan I_icon_minitimeThu Jul 10, 2008 12:00 pm

ain cam tetau jer.ade pengalaman ke?
Back to top Go down
http://www.lirikdanlagu.blogspot.com
mehatespink
Temenggung
Temenggung
mehatespink


Female
Posts : 2860
Age : 41
Location : sumwhere in malaysia
Joined : 2008-04-03

Kisah-Kisah Dilema Dalam Perkahwinan Empty
PostSubject: Re: Kisah-Kisah Dilema Dalam Perkahwinan   Kisah-Kisah Dilema Dalam Perkahwinan I_icon_minitimeThu Jul 10, 2008 12:10 pm

eden bolom bersuami, tatau la cemane rase ea.. muahhahah..
Back to top Go down
nina2519
Temenggung
Temenggung
nina2519


Female
Posts : 2324
Age : 39
Location : ~Jin Bertendang~
Status : ~ Single Tak single Sangat Laa ~
Joined : 2008-04-04

Kisah-Kisah Dilema Dalam Perkahwinan Empty
PostSubject: Re: Kisah-Kisah Dilema Dalam Perkahwinan   Kisah-Kisah Dilema Dalam Perkahwinan I_icon_minitimeThu Jul 10, 2008 12:25 pm

Spawn wrote:
nina90210 (Bukan Nama Sebenar) wrote:
Duka Hati Seorang Isteri

Assalamualaikum suamiku.

Waalaikumsalam isteriku,hehehehe......

hehehehe..nina90210 tu apa..huhuhu..
yer suami ku..adakah anda ingin berkahwin lagi..huhu
Back to top Go down
http://arosamutiara-neina.blogspot.com/
Spawn
Temenggung
Temenggung
Spawn


Male
Posts : 551
Age : 40
Location : Pasir Gudang
Status : 'Hilang Secara Misteri'
Joined : 2008-04-04

Kisah-Kisah Dilema Dalam Perkahwinan Empty
PostSubject: Re: Kisah-Kisah Dilema Dalam Perkahwinan   Kisah-Kisah Dilema Dalam Perkahwinan I_icon_minitimeThu Jul 10, 2008 12:27 pm

tah sape punye name tah?hehehe,sebab tu letak bukan nama sebenar......huhuhuhuhuhu.......
Back to top Go down
http://www.lirikdanlagu.blogspot.com
nina2519
Temenggung
Temenggung
nina2519


Female
Posts : 2324
Age : 39
Location : ~Jin Bertendang~
Status : ~ Single Tak single Sangat Laa ~
Joined : 2008-04-04

Kisah-Kisah Dilema Dalam Perkahwinan Empty
PostSubject: Re: Kisah-Kisah Dilema Dalam Perkahwinan   Kisah-Kisah Dilema Dalam Perkahwinan I_icon_minitimeThu Jul 10, 2008 12:35 pm

huhuhu..pandai ler spawn..
Back to top Go down
http://arosamutiara-neina.blogspot.com/
nina2519
Temenggung
Temenggung
nina2519


Female
Posts : 2324
Age : 39
Location : ~Jin Bertendang~
Status : ~ Single Tak single Sangat Laa ~
Joined : 2008-04-04

Kisah-Kisah Dilema Dalam Perkahwinan Empty
PostSubject: Re: Kisah-Kisah Dilema Dalam Perkahwinan   Kisah-Kisah Dilema Dalam Perkahwinan I_icon_minitimeFri Jul 11, 2008 10:16 am

Seorang Isteri..

Suatu malam, di dalam kamar tidur yang samar-samar, di antara bisikan kedua suami isteri ini, sang suami bertanya kepada isterinya.

Suami : Esok awak tak kerja kan?
Isteri : Sabtu, memanglah tak kerja. Esok nak makan apa?
(Si isteri bagai dapat mengagak itulah arah perbualan suami)
Suami : Awat masak mee kuah boleh. Senang saya nak ceduk saja bila-bila rasa lapar.
Isteri : Boleh, nanti esok saya ke pasar belikan bahan-bahannya.

Esoknya si isteri selepas menghantar suami keluar bekerja, bergegas ke pasar mencari bahan-bahan untuk memasak mee kuah seperti kehendak suami. Di belinya ketam, udang dan sotong. Ikan pun di beli juga untuk beberapa hari mendatang. Sayur-sayur dan rencah-rencah lain seperti ubi keledek, kentang, tahu basah, mee kuning, tauge, daun bawang dan daun salad juga tidak ditinggalkan.

Setelah pulang ke rumah, dia mula memasak. Ketam, udang dan sotong setelah di basuh di masukkan ke dalam periuk yang telah di tumis dengan cili. Ubi kentang, keledek dan karot di rebusnya. Karot, keledek dan setengah dari ubi kentang kemudian dikisar halus dan dimasukkan ke dalam ramuan kuah. Kacang tumbuk, sos tiram, garam, gula kicap semuanya di masukkan. Akhirnya tersedialah kuah mee yang pada firasatnya telah menepati citarasa suaminya itu.

Setelah itu si isteri kemudian mencelur mee basah, sayur sawi dan tauge. Tahu, fish ball dan fish cake di goreng dan dipotong juga. Ubi kentang dipotong nipis2, daun bawang dan daun sup buat hiasan bersama telur rebus serta bawang goreng. Setelah siap dia pun menghidang hidangan di atas meja lalu menunggu suaminya pulang dari kerja.

Apabila suami pulang dia disambut dengan senyuman oleh isteri di muka pintu. Ditanya samada sudah makan ke belum, Suami menjawab belum kerana mengingati mee kuah yang dimasak isterinya. Lalu mereka makan bersama-sama. Seperti biasalah, si isteri memang tahu ekspektasi suami memang terlalu tinggi, ditanya kepada suami bagaimana rasanya sajian yang dimasak pada hari itu. Namum suami nampaknya tidak berpuas hati. Jawabnya, kuah mee boleh lah tahan tapi tak cukup rasa, simple sangat. Kalau macam inilah saya pun boleh masak. Kenapa tak ada daging atau isi ayam yang di rebus dan hiris buat rencahnya.

Terpegun si isteri mendengar kata2 suami. Tergenang air matanya kerana tidak langsung si suami menghargai kerja yang dibuat nya seharian. Dua jam lamanya dia berada di dapur untuk menghasilkan permintaan suaminya itu. Lalu dia memalingkan mukanya untuk tidak membenarkan suami melihat air mata yang tergenang itu. Katanya, lain kali awak pulak lah masak saya nak rasa, dengan nada suara perlahan yang penuh dengan kekecewaan.
Tiada lagi perbualan selepas itu antara mereka.

Petang nya isteri tertidur kerana terlalu penat. Bila bangun sudah hampir waktu maghrib. Bergegas dia mengerjakan solat dan kemudian ke dapur semula. Suami di bilik tidur melayan television. Setelah di lihat suami tak keluar ke dapur untuk makan di suruh salah seorang anaknya bertanya kepada ayahnya samada mahu makan ke tidak. Jawapan si ayah adalah, tak lapar. Namun si isteri masih juga menyediakan makanan untuk suami, di bawanya ayam goreng kepada suami. Apabila di hulurkan suami tidak manyambut hidangan itu, malah di suruh letak saja di lantai. Malam semakin dinihari, sajian tidak dijamah, muka makin mencuka, sepatah perkataan pun tidak diucapkan kepada isteri. Tetiba, apabila hampir tengah malam suami bersiap lalu mencapai kunci kereta, bila ditanya, tiada jawapan yang diterima. Keluarlah suami dari rumah untuk apa tidak diketahuinya. Namun, isteri dapat meneka suami merasa lapar tetapi kerana rajuknya tadi, dia terlalu ego untuk menjamah makanan sediaan isterinya.

Si isteri merasa tersangat bersalah, langsung dia juga tidak boleh melelapkan matanya. Dibenaknya terfikir, apakah dia berdosa? Jika di takdirkan Allah mengambil nyawanya malam itu pastinya dia tidak akan mencium syurga kerana perginya tanpa keredhaan suaminya. Terasa terlalu sedih dan sayu hatinya pada masa itu. Hampir pukul 2.30 pagi si suami masih belum pulang. Si isteri masih lagi merasa gundah, lalu dia mengambil wuduk dan bersembahyang sunat taubat. Dia berdoa agar Allah ampunkan dosanya serta dosa suaminya. Dia merayu agar Allah tidak mengambil nyawanya sebelum suaminya meredhai pemergiannya ke Rahmatullah. Akhirnya dia tertidur juga, tanpa memadamkan lampu di bilik tidur.

Keesokan hari, di lihat suami telah tidur di sofa si ruang tamu sahaja. Dia tidak tahu bila kah si suami pulang dan dari pintu manakah dia masuk ke rumah. Dia pun terus memasak untuk hari itu. Biasanya pada hari minggu mereka sekeluarga akan makan pagi lambat (brunch kata orang sekarang). Jadi di sedianya cucur udang kegemaran suami, serta nasi dan lauk-lauk lain. Kari ayam, ikan siakap bercili, ikan kembung goreng, sayur campur fucuk dan cendawan, sambal belacan dan ulam pun ada. Namun, bila hampir siap makanan di hidang ke atas meja, suami sudah meninggalkan rumah tanpa sebarang kata. Tidak dijamah makanan yang terhidang itu. Si isteri merasa kecewa lagi.

Sehingga malam masih lagi si suami tidak menegur si isteri. Masakan tak di jamah, tidurnya jugak tidak bersama. Apakah berdosa si isteri, jika di dalam benaknya dia merasa tidak adil dia diperlakukan sebegini? Haruskan dia yang dahulu meminta maaf dari suaminya atas hanya kerana masakan yang tidak seberapa? Haruskah si suami mengenepikan segala apa yang telah dilakukan oleh si isteri hanya kerana tidak tercapai apa yang dikehendakinya. Telah lebih 20 puluh tahun mereka mengenal diri masing2. Dalam tempoh sedemikian si isteri tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya kepada suami. Walaupun ada bibik, namum makan pakai suami diurus sendiri. Tidak kah itu menjadi ukuran?

Entah lah...
Back to top Go down
http://arosamutiara-neina.blogspot.com/
irees_natasha
Temenggung
Temenggung
irees_natasha


Female
Posts : 1332
Age : 42
Location : .. My Heart ..
Status : .. My Love ..
Joined : 2008-04-03

Kisah-Kisah Dilema Dalam Perkahwinan Empty
PostSubject: Re: Kisah-Kisah Dilema Dalam Perkahwinan   Kisah-Kisah Dilema Dalam Perkahwinan I_icon_minitimeFri Aug 07, 2009 12:28 am

thanks nina .... banyak pekara yang irees belajar ... ada lagi tak ???
Back to top Go down
http://profiles.friendster.com/ivynatasha2002
ilhamhainy
Ahli Mangku Negara (A.M.N)
Ahli Mangku Negara (A.M.N)
ilhamhainy


Female
Posts : 89
Age : 49
Location : seremban
Status : married
Joined : 2009-03-26

Kisah-Kisah Dilema Dalam Perkahwinan Empty
PostSubject: Re: Kisah-Kisah Dilema Dalam Perkahwinan   Kisah-Kisah Dilema Dalam Perkahwinan I_icon_minitimeFri Aug 07, 2009 5:26 pm

sedihnya citer2 ni...kisah yg fisrt tu exactly mcm my aunt...tapi...lautan mana yg tak bergelombang Very Happy
Back to top Go down
http://www.ilhamhainy.blogspot.com
irees_natasha
Temenggung
Temenggung
irees_natasha


Female
Posts : 1332
Age : 42
Location : .. My Heart ..
Status : .. My Love ..
Joined : 2008-04-03

Kisah-Kisah Dilema Dalam Perkahwinan Empty
PostSubject: Re: Kisah-Kisah Dilema Dalam Perkahwinan   Kisah-Kisah Dilema Dalam Perkahwinan I_icon_minitimeThu Aug 20, 2009 12:35 pm

hidup tak penah lari dari ujian ... setiap org ada ujian masing2 ...
dan jadikan la kesilapan itu sebagai panduan utk meneruskan kehidupan ...
Back to top Go down
http://profiles.friendster.com/ivynatasha2002
nina2519
Temenggung
Temenggung
nina2519


Female
Posts : 2324
Age : 39
Location : ~Jin Bertendang~
Status : ~ Single Tak single Sangat Laa ~
Joined : 2008-04-04

Kisah-Kisah Dilema Dalam Perkahwinan Empty
PostSubject: Re: Kisah-Kisah Dilema Dalam Perkahwinan   Kisah-Kisah Dilema Dalam Perkahwinan I_icon_minitimeThu Aug 27, 2009 4:13 pm

em tak de lagi laa irees.. lama dh tak cari aktikel2 nie..
nntilah ada masa yer..
Back to top Go down
http://arosamutiara-neina.blogspot.com/
Sponsored content





Kisah-Kisah Dilema Dalam Perkahwinan Empty
PostSubject: Re: Kisah-Kisah Dilema Dalam Perkahwinan   Kisah-Kisah Dilema Dalam Perkahwinan I_icon_minitime

Back to top Go down
 
Kisah-Kisah Dilema Dalam Perkahwinan
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Kisah Air Tin
» kisah ayam
» Kisah Ayam
» Kisah penjual roti
» Kisah Seram Sejuk

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Forum Komuniti Teratak :: Teratak Forum I :: Teratak Kekeluargaan-
Jump to: