nina2519 Temenggung
Posts : 2324 Age : 38 Location : ~Jin Bertendang~ Status : ~ Single Tak single Sangat Laa ~ Joined : 2008-04-04
| Subject: akhiri zaman bujang - hamidah pembaca berita Wed Jul 16, 2008 12:30 pm | |
|
|
| SELEPAS memecah tradisi menjadi pembaca berita wanita pertamamengenakan tudung bagi Radio Televisyen Malaysia (RTM) dalam tempoh 62tahun, Hamidah Hamzah memberi kejutan manis kedua apabila mengakuisedang membilang hari untuk menamatkan zaman bujangnya.
Dalam pengakuan secara eksklusif bersama Mega, pembaca berita DuniaHari Ini di RTM1 itu, memberitahu telah memilih 27 Julai ini sebagaitarikh bersejarah untuk memasuki fasa baru sebagai seorang wanitabergelar isteri.
Niat suci itu secara tidak langsung merungkai penantian keluarga danramai peminat yang mahu melihat wanita kesayangan mereka ini melangkahke jenjang pelamin.
Justeru, tidak hairanlah sepanjang sesi fotografi dijalankan,wajahnya yang ditata rias jurusolek Zana, tampak berseri-seri disebalik tudung koleksi Anggerik Avenue yang digayakan.
“Kehidupan setiap insan berbeza-beza. Seperti orang lain, saya jugamempunyai impian dan harapan untuk menjadi seseorang yang lebih baikdaripada hari semalam,” ujarnya penuh makna.
Sebagai individu yang pernah mengecapi hidup mewah dan percikanglamor, tiada lagi apa yang diharapkan dalam kehidupan selainkebahagiaan berkeluarga yang berkekalan.
Dalam usianya yang mencecah 43 tahun, Hamidah tidak pernah menyesalkerana bertemu jodoh agak lewat. Beliau teguh dengan pegangan bahawajodoh pertemuan, ajal maut itu ditentukan Allah Taala.
Enggan mendedahkan siapa jejaka bertuah berjaya menambat hatinya,Hamidah bagaimanapun mengakui sikap memahami, penyayang dan mengambilberat yang dimiliki membuatkan hatinya terbuka untuk melangkah ke alambaru.
Pemegang ijazah pengurusan perniagaan dari Universiti of Toledo,Ohio, Amerika Syarikat ini, mula dikenali selepas terpilih menjadiantara peserta akhir Pengacara Jemputan Nona anjuran salah sebuahstesen televisyen swasta pada tahun 1992.
Beliau yang ketika itu bertugas sebagai remiser dilamar RTM sebagaipengacara sambilan. Kemuncak karier bermula apabila mengambil keputusanmenumpukan sepenuh perhatian di stesen tersebut sekitar tahun 90-an.
Selepas sepuluh tahun mengacarakan Selamat Pagi Malaysia (SPM),beliau meraih peluang membaca berita sampai ke tahap berita dunia _yang beliau sifatkan sebagai kemuncak kariernya.
Memiliki segala-galanya kerjaya, wang ringgit dan harta, namun wanita ini masih mengakui berasa ada kekurangan dalam diri. Namun, sejak tampil dengan imej baru dengan mengenakan tudung ketikamenyampaikan berita sejak hampir tiga bulan lalu, anak kelahiranPontian, Johor, ini mengakui kehidupan yang dilalui kini lebih tentangdan itulah kepuasan sebenar yang dicari selama ini.
Kemunculannya dengan bertudung ketika membaca berita Dunia Hari ini,bukan sahaja menjadikan beliau satu-satu pembaca berita wanita pertamayang dibenarkan berbuat demikian sekali gus memecah tradisi selama 62tahun dalam sejarah penyiaran RTM.
Malah, reaksi penonton terutama para peminat yang menyambut positifterhadap perubahan itu lebih menyuntik semangatnya untuk terusmengekalkan imej tersebut.
‘‘Saya benar-benar bersyukur dengan keizinan yang Allah Taala berikan untuk saya. “Apa tidaknya, selepas tiga tahun saya memendam hasrat murni itu, akhirnya termakbul juga,’’ ujarnya.
Bukan untuk suka-suka
Akui Hamidah, perubahan yang dilakukan bukan sekadar suka-suka ataumahu mengikut trend, sebaliknya secara jujur mengakui bertudung denganniat mahu menutup aurat kerana Allah Taala.
Beliau yang telah bertudung sejak tiga tahun lalu, mengakui kini berasa lega kerana tidak lagi perlu berpura-pura. ‘‘Saya amat berterima kasih kepada pihak pengurusan tertinggi RTM,khususnya Menteri Penerangan Datuk Shabery Chek kerana memberi laluanuntuk wanita bertudung tampil menyampai berita di RTM.
‘‘Sebagai individu yang sudah sekian lama menanti berita ini, sayalah orang yang paling gembira ketika itu,’’ ceritanya. Namun, bukan mudah mendapatkan gaya sesuai, selain perlu adaidentiti sendiri iaitu menggunakan dua nada warna, pemakaiannya jugamestilah kemas, bersih, ringkas dan anggun.
Biarpun memang mengenakan tudung ketika di luar, mengayakan tudung untuk siaran televisyen agak berbeza. “Saya seorang yang serba-serbi sederhana, termasuklah jenis pakaian dan tudung yang digayakan,” katanya mengakhiri pertemuan. | |
|
wiser Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K)
Posts : 295 Age : 49 Location : Pahang Status : ~bujang 3~ Joined : 2008-06-25
| Subject: Re: akhiri zaman bujang - hamidah pembaca berita Wed Jul 16, 2008 7:08 pm | |
| Takpe.Walaupun lambat tapi ada jodoh juga untuknya.Syukur... | |
|
Spawn Temenggung
Posts : 551 Age : 39 Location : Pasir Gudang Status : 'Hilang Secara Misteri' Joined : 2008-04-04
| Subject: Re: akhiri zaman bujang - hamidah pembaca berita Wed Jul 16, 2008 8:22 pm | |
| sume orang dah diberi pasangan,cume lewat atau tak je.alhamdulillah........ | |
|
nina2519 Temenggung
Posts : 2324 Age : 38 Location : ~Jin Bertendang~ Status : ~ Single Tak single Sangat Laa ~ Joined : 2008-04-04
| Subject: Re: akhiri zaman bujang - hamidah pembaca berita Mon Jul 21, 2008 10:45 am | |
| tu la.. akhirnya penantian tu membuahkan hasil jugak biarpun masanya lewat tiba.. semoga berbahagia.. | |
|
Sponsored content
| Subject: Re: akhiri zaman bujang - hamidah pembaca berita | |
| |
|