HomeGalleryFAQSearchMemberlistRegisterLog in
Log in
Username:
Password:
Log in automatically: 
:: I forgot my password
Jom Borak
Organisasi Teratak
PENAUNG
DYMM Sultan Teratak
DYMM Permaisuri
 
WEBMASTER
 
ADMINISTRATORS
Inspektor Sahab
Bendahara Teratak
 
MODERATORS
Temenggung Teratak
 
TDC's Logo
Designed by:
Latest topics
» Bazooka Pills 60 BIJI RM220 | www.kedaikuat.com 0133066540
Today at 6:04 pm by notrex

» Vimax Izon Original RM220 | www.kedaikuat.com
Yesterday at 6:18 pm by notrex

» PROEXTENDER v3– rm120 WWW.KEDAIBATIN.COM
Sat Nov 26, 2016 2:53 pm by notrex

» Energy Power Pump Murah - Alat Tambah Saiz Zakar
Thu Nov 24, 2016 5:55 pm by notrex

» X-MEN VACUUM PUMP RM180 - 0133066540
Wed Nov 23, 2016 6:07 pm by notrex

» PAM ZAKAR HIGH VACUUM WWW.KEDAIBATIN.COM - RM90
Tue Nov 22, 2016 5:55 pm by notrex

» PAM ZAKAR HANDSOME UP - WWW.KEDAIBATIN.COM
Mon Nov 21, 2016 5:48 pm by notrex

» Bathmate RM180 FREE SHOWER STRAP
Sun Nov 20, 2016 3:09 pm by notrex

» VIMAX DELAY SPRAY - WWW.KEDAIBATIN.COM
Thu Nov 17, 2016 6:12 pm by notrex

»  Topman 3 Malaysia | Topman 3 Pills | RM80 0133066540
Wed Nov 16, 2016 6:51 pm by notrex

» TISU SUPER MAGIC - www.kedaibatin.com
Tue Nov 15, 2016 1:43 pm by notrex

» STUD 100 SPRAY EJAKULASI - www.kedaikuat.com
Mon Nov 14, 2016 6:38 pm by notrex

» PL SUPER GEL - www.kedaibatin.com
Sun Nov 13, 2016 2:07 pm by notrex

» PENIS SLEEVE - WWW.KEDAIBATIN.COM
Fri Nov 11, 2016 5:40 pm by notrex

» MACA MEN DELAY SPRAY RM80 - WWW.KEDAIBATIN.COM
Fri Nov 11, 2016 12:27 am by notrex

Poll
Teratak Dunia Cyber
Membosankan
8%
 8% [ 3 ]
Biasa sahaja
19%
 19% [ 7 ]
Menarik
50%
 50% [ 18 ]
Amat menarik
22%
 22% [ 8 ]
Total Votes : 36
Top posters
zam
 
zoulle
 
mehatespink
 
nina2519
 
bayu_pagi
 
notme
 
roll_honey
 
irees_natasha
 
notrex
 
jay
 
Who is online?
In total there are 2 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 2 Guests :: 2 Bots

None

Most users ever online was 70 on Thu Jun 28, 2012 3:31 pm

Share | 
 

 DYMM Sultan Teratak dalam Berita Harian.

View previous topic View next topic Go down 
Go to page : 1, 2  Next
AuthorMessage
zam
Bendahara
Bendahara


Male
Posts : 5644
Age : 28
Location : Petaling Jaya
Status : Married
Joined : 2008-03-28

PostSubject: DYMM Sultan Teratak dalam Berita Harian.   Mon Sep 15, 2008 10:52 am


KELUARGA besar Wetland EP Gang menunjukkan alat permainan kawalan jauh masing-masing di Taman Wetland, Putrajaya.

Keluarga Wetland EP Gang membesar menerusi permainan alat kawalan jauh

JIKA sebelum ini, Sri Lanka mengharamkan pengimportan alat mainan kawalan jauh seperti kereta, bot dan kapal terbang kerana bimbang kemungkinan pemberontak Pembebasan Harimau Tamil Eelam (LTTE) menggunakannya sebagai bom, tetapi permainan alat kawalan jauh seperti kapal terbang kecil, helikopter dan Zagi menjadi permainan yang semakin popular di kalangan masyarakat negara ini.

Bagi peminat alat kawalan jauh itu, mereka sanggup meluangkan masa berjam-jam untuk memainkan pelbagai saiz serta model kapal terbang, helikopter dan zagi (berbentuk sayap diperbuat daripada polypropylene dan foam) yang diterbangkan dengan menggunakan alat kawalan jauh.

Melihat pada peralatan dan reka bentuk permainan itu nampak mewah dan hanya dimainkan golongan kaya, elit dan profesional.

Yang jelas, hobi bermain alat kawalan jauh semakin diterokai ramai di seluruh negara dan ia membabitkan pelbagai golongan, tidak semata-mata untuk mengisi masa lapang, sebaliknya turut mampu meningkatkan kreativiti, kemahiran diri, lebih fokus dan mengeratkan kerjasama berkumpulan.

Dengan bermodalkan wang serendah RM200 dan setinggi RM30,000, seseorang yang gemar dengan permainan itu boleh menerbangkan kapal terbang, helikopter atau Zagi tinggi di udara seolah-olah seperti pesawat asli dengan hanya menggunakan sentuhan dua ibu jari bagi mengawal alat kawalan jauh mereka.

Melihat pada peralatan dan reka bentuk permainan itu nampak mewah dan hanya dimainkan golongan kaya, elit dan profesional.

Lebih menarik permainan ini membolehkan mereka menunjukkan kreativiti menerbangkan kapal terbang atau helikopter dengan pelbagai formasi seperti akrobatik, roll, loop, prop hang dan invanted.

Sebuah kumpulan yang meminati permainan alat kawalan jauh ialah Wetland EP Gang, menjadikan kawasan rekreasi Taman Wetland Putrajaya, lokasi mereka berkumpul setiap hujung minggu dan cuti umum.

Ketuanya, Azrin Aris yang juga seorang jurutera syarikat Telekom Malaysia (TM), berkata Wetland EP Gang terbentuk secara tidak sengaja selepas semakin ramai yang datang ke lokasi berkenaan untuk menerbangkan alat itu.

Beliau berkata, pada awalnya hanya beliau dan dua lagi rakan, Eksekutif Sterling Crown, Jefrry Yusoff (DYMM Sultan Taratak) dan Penyelia Iris Corporation, Muhamad Syukri Selamat bermain di kawasan lapang di dalam Taman Wetland, sekitar Februari tahun lalu

“Kini daripada tiga ia bertambah kepada 20 orang yang bekerja dalam pelbagai profesion. Kami memilih nama sebagai Wetland EP Gang bersesuaian dengan lokasi di sini. Malah Perbadanan Putrajaya juga menggalakkan kami meneruskan aktiviti itu bagi menjadikan Taman Wetland destinasi tarikan orang ramai,” katanya.

Beliau berkata, kalangan ahlinya memainkan alat kawalan jauh seperti helikopter, kapal terbang kecil yang diperbuat daripada foam atau kayu Balsa (kayu yang lembut dan ringan) kemudian diselaputi plastik pelbagai warna, selain Zagi, iaitu berbentuk sayap yang dibuat sendiri menggunakan busa expanded polypropylene (EPP) atau foam.

Katanya, selain beliau, Jeffry dan Syukri juga mempunyai kepakaran membuat kapal terbang dan Zagi, kemudian dijual untuk ahli kumpulannya atau sesiapa saja yang berminat untuk mendapatkan peralatan itu.

Selain itu, bahan komponen untuk melengkapkan permainan itu ditempah dari Hong Kong, China dan Amerika Syarikat menerusi sistem on-line ‘Hobby Shops’. Beliau berkata, permainan itu sebenarnya bukan permainan yang mewah seperti tanggapan sesetengah pihak, sebaliknya ia bergantung kepada bajet seseorang serta tidak memerlukan kemahiran tinggi mengendalikannya.

“Bagi kapal terbang kosnya antara RM250 hingga RM1,000, manakala Zagi antara RM250 hingga RM500 mengikut saiz dan reka bentuk. Sebenarnya terpulang kepada seseorang jika memilih untuk peralatan mewah, pasti harganya mahal hingga boleh mencecah RM30,000. Bagi kumpulan kami pilih kos sederhana.

“Alat kawalan yang mahal berfungsi lebih baik serta boleh menerbangkan kapal terbang tinggi ke udara sekitar 1,000 meter,” katanya.

Sementara itu, Syukri berkata, minat bermain alat kawalan jauh itu juga semakin berkembang apabila saling bertukar pandangan dalam laman web, UmranRC.com untuk berkongsi cerita dan pengalaman masing-masing di seluruh negara.

“Bagi Wetland EP Gang sendiri mereka tahu wujudnya kawasan untuk bermain alat kawalan jauh itu menerusi UmranRC. Ini juga menjadikan ahli kumpulan kami bertambah ramai. Kebanyakan ahli adalah dari sekitar Putrajaya, Kajang dan Bangi selain dari jauh seperti Nilai, Negeri Sembilan dan Banting, Selangor untuk menyertai kami.

“Kami datang seawal 9 pagi dan habiskan masa bersama sehingga 6 petang. Di sini, kita juga saling bertukar fikiran. Kita juga akan melatih mereka yang tidak begitu mahir menerbangkan alat kawalan jauh,” katanya.

Jeffery pula berkata, permainan itu tidak berisiko tinggi walaupun mengakui ada juga yang pernah tercedera apabila terkena serpihan kapal terbang yang terjatuh gara-gara hilang kawalan.

“Yang menarik, sifat bekerjasama dapat diterapkan terutama apabila berlaku kerosakan pada peralatan dan kami saling membantu. Suasana lokasi yang luas dan lapang memudahkan aktiviti kami. Permainan ini tidak mencemarkan alam sekitar dan bunyi bising kerana menggunakan bateri berbanding minyak nitro.

“Kita juga tidak menganggap ia permainan yang sia-sia atau membuang masa, sebaliknya ia hobi yang sihat. Permainan ini mampu menguji kesabaran dan kreativiti. Kita rasa seakan mencapai kepuasan tersendiri apabila kapal terbang, Zagi dan helikopter itu melayang tinggi di udara,” katanya. Pengasas UmranRc.com yang juga jurutera syarikat Penerbangan Malaysia (MAS), Umran Abdul Rahman, berkata beliau mewujudkan laman web itu selepas mendapati tiada maklumat berkaitan permainan alat kawalan jauh di dalam bahasa Melayu.

Anak kelahiran Keramat, Kuala Lumpur ini yang mula bermain kapal terbang (alat kawalan jauh) sejak berusia 14 tahun berkata, menerusi laman web, peminat permainan itu di seluruh negara dapat berkomunikasi, sekali gus menjadi forum bertukar idea mengenai minat yang sama, selain mendedahkan mengenai majlis atau pertandingan yang dianjurkan oleh kumpulan masing-masing di seluruh negara.

“Sejak laman web itu diwujudkan pada 2006, lebih 600 orang mengunjunginya. Malah ia juga sudah mula dikenali pada peringkat antarabangsa. Pembekal komponen peralatan alat kawalan jauh di luar negara juga tidak ragu-ragu untuk membekalkan setiap tempahan mereka kerana sudah mengenali melalui laman web itu,” katanya yang kebetulan datang ke Taman Wetland bermain alat itu ketika wakil Berita Harian sedang menemuramah ahli kumpulan terbabit.

Ternyata katanya, zaman sudah berubah menyebabkan kreativiti dan teknologi permainan itu sudah jauh berubah berbanding dan yang paling membanggakan aktiviti berkenaan semakin popular.

Berita asal

:: Di petik dari Berita Harian Online::

_________________


Last edited by cencuroot on Mon Sep 15, 2008 11:07 am; edited 2 times in total
Back to top Go down
View user profile http://cencuroot.blogspot.com
jay
DYMM Sultan Teratak
DYMM Sultan Teratak


Male
Posts : 721
Age : 37
Location : dekat jer
Status : sgsgsd
Joined : 2008-03-28

PostSubject: Re: DYMM Sultan Teratak dalam Berita Harian.   Mon Sep 15, 2008 11:03 am

klu sesiapa berminat nak mengisi masa dihujung minggu mari ler....

terima kasih wahai memanda bendahara
Back to top Go down
View user profile
zam
Bendahara
Bendahara


Male
Posts : 5644
Age : 28
Location : Petaling Jaya
Status : Married
Joined : 2008-03-28

PostSubject: Re: DYMM Sultan Teratak dalam Berita Harian.   Mon Sep 15, 2008 11:17 am

patik cuma menjalankan kewajipan patik untuk menghebahkan perkara ini kepada semua rakyat tuanku..

modal besar gak ek tuanku.. nampak macam beh je..

_________________
Back to top Go down
View user profile http://cencuroot.blogspot.com
roll_honey
DYMM Permaisuri Teratak
DYMM Permaisuri Teratak


Female
Posts : 1681
Age : 40
Location : Bandaraya Pesisir Air
Status : Lumber HaraM
Joined : 2008-04-01

PostSubject: Re: DYMM Sultan Teratak dalam Berita Harian.   Mon Sep 15, 2008 11:25 am

wah kanda...bangga sungguh dinda n rakyat bsultankan kanda
siap masuk paper lagik..muahaha ikang kaler ping

_________________
"Dunia Ini Adalah Perhiasan Dan
Sebaik-Baik Perhiasan Adalah Wanita
Yang Solehah."

"MAMA NABILAH"

Amin
Back to top Go down
View user profile
jay
DYMM Sultan Teratak
DYMM Sultan Teratak


Male
Posts : 721
Age : 37
Location : dekat jer
Status : sgsgsd
Joined : 2008-03-28

PostSubject: Re: DYMM Sultan Teratak dalam Berita Harian.   Mon Sep 15, 2008 11:29 am

modal x ler berapa besar... klu minat kt boleh buah bujet yg paling kos effectif utk memanda bendahara...
Back to top Go down
View user profile
zam
Bendahara
Bendahara


Male
Posts : 5644
Age : 28
Location : Petaling Jaya
Status : Married
Joined : 2008-03-28

PostSubject: Re: DYMM Sultan Teratak dalam Berita Harian.   Mon Sep 15, 2008 11:31 am

ada kos gak ek...ingt di taja... Embarassed

_________________
Back to top Go down
View user profile http://cencuroot.blogspot.com
zoulle
Inspekter Sahab
Inspekter Sahab


Male
Posts : 5286
Age : 36
Location : world wide web
Joined : 2008-03-29

PostSubject: Re: DYMM Sultan Teratak dalam Berita Harian.   Mon Sep 15, 2008 11:36 am

aku ada modal 14 hengget ni tuanku... bole buat ke? huahuahua... isk bendahara kasi zoom sket arr pic tuaku tu.. pastu bold kat nama tuanku skali berserta pangkat dia..

_________________
~sila baca post saye dengan irama yang girang, ceria da positif, agar tak tersalah faham nanti.. hihihi~
Back to top Go down
View user profile
jay
DYMM Sultan Teratak
DYMM Sultan Teratak


Male
Posts : 721
Age : 37
Location : dekat jer
Status : sgsgsd
Joined : 2008-03-28

PostSubject: Re: DYMM Sultan Teratak dalam Berita Harian.   Mon Sep 15, 2008 11:37 am

hehehehe klu nak ditaja ko kena cari syarikat mana yg nak taja ko zam...

nanti ko boleh promote company yg sponser ko tu...
Back to top Go down
View user profile
jay
DYMM Sultan Teratak
DYMM Sultan Teratak


Male
Posts : 721
Age : 37
Location : dekat jer
Status : sgsgsd
Joined : 2008-03-28

PostSubject: Re: DYMM Sultan Teratak dalam Berita Harian.   Mon Sep 15, 2008 11:39 am

hmmmm 14 henggit aku boleh kasi satu servo jer lepas tu ko kumpul dulu bila barang component dah cukup baru kt pasang.... mcm mana tuan inspekter???
Back to top Go down
View user profile
zam
Bendahara
Bendahara


Male
Posts : 5644
Age : 28
Location : Petaling Jaya
Status : Married
Joined : 2008-03-28

PostSubject: Re: DYMM Sultan Teratak dalam Berita Harian.   Mon Sep 15, 2008 11:43 am

aku dah highlight dah muka n nama tuanku tuh zol..
kalau lah tuanku sponsor kita berdua kan beh zol.. imej tuanku sure lg di pandang tinggi...berhati mulia tuh..hehe

_________________
Back to top Go down
View user profile http://cencuroot.blogspot.com
hziemah
Temenggung
Temenggung


Female
Posts : 654
Age : 35
Location : Putrajaya
Joined : 2008-03-28

PostSubject: Re: DYMM Sultan Teratak dalam Berita Harian.   Mon Sep 15, 2008 11:58 am

tahniah laa tuanku..
nnti patik bleh usulkan aktiviti ni kepada pihak PPj..hehe..

_________________


Lilypie - Personal pictureLilypie
Back to top Go down
View user profile http://hziemah.fotopages.com
zoulle
Inspekter Sahab
Inspekter Sahab


Male
Posts : 5286
Age : 36
Location : world wide web
Joined : 2008-03-29

PostSubject: Re: DYMM Sultan Teratak dalam Berita Harian.   Mon Sep 15, 2008 12:04 pm

cencuroot wrote:
aku dah highlight dah muka n nama tuanku tuh zol..
kalau lah tuanku sponsor kita berdua kan beh zol.. imej tuanku sure lg di pandang tinggi...berhati mulia tuh..hehe

itu macam baru sukses zam... bior seantero dunia tau sape sultan teratak... jangan lupa mintak sponsor... kapal terbang kertas pun jadi lah tuanku..

_________________
~sila baca post saye dengan irama yang girang, ceria da positif, agar tak tersalah faham nanti.. hihihi~
Back to top Go down
View user profile
zam
Bendahara
Bendahara


Male
Posts : 5644
Age : 28
Location : Petaling Jaya
Status : Married
Joined : 2008-03-28

PostSubject: Re: DYMM Sultan Teratak dalam Berita Harian.   Mon Sep 15, 2008 12:08 pm

aku tgh berusaha memujuk tuanku la ni...ko pujuk la jgk..mana tau lembut hati dia nak sponsor kita

_________________
Back to top Go down
View user profile http://cencuroot.blogspot.com
zoulle
Inspekter Sahab
Inspekter Sahab


Male
Posts : 5286
Age : 36
Location : world wide web
Joined : 2008-03-29

PostSubject: Re: DYMM Sultan Teratak dalam Berita Harian.   Mon Sep 15, 2008 12:34 pm

pujukan aku susah sket arr tuanku nak makan.. dai da masak dah ngan pujukan aku tu... hmmm.. masalah tul..

_________________
~sila baca post saye dengan irama yang girang, ceria da positif, agar tak tersalah faham nanti.. hihihi~
Back to top Go down
View user profile
roll_honey
DYMM Permaisuri Teratak
DYMM Permaisuri Teratak


Female
Posts : 1681
Age : 40
Location : Bandaraya Pesisir Air
Status : Lumber HaraM
Joined : 2008-04-01

PostSubject: Re: DYMM Sultan Teratak dalam Berita Harian.   Mon Sep 15, 2008 1:47 pm

ninja turtle yeh yeh sape nak suh pujuk meh sini belanja pink donut ice cream dulu

_________________
"Dunia Ini Adalah Perhiasan Dan
Sebaik-Baik Perhiasan Adalah Wanita
Yang Solehah."

"MAMA NABILAH"

Amin
Back to top Go down
View user profile
zam
Bendahara
Bendahara


Male
Posts : 5644
Age : 28
Location : Petaling Jaya
Status : Married
Joined : 2008-03-28

PostSubject: Re: DYMM Sultan Teratak dalam Berita Harian.   Mon Sep 15, 2008 1:51 pm

kak da tolong pujukkan tuanku tuh..suh sponsor saya..zol tu xyah takpe..

_________________
Back to top Go down
View user profile http://cencuroot.blogspot.com
zoulle
Inspekter Sahab
Inspekter Sahab


Male
Posts : 5286
Age : 36
Location : world wide web
Joined : 2008-03-29

PostSubject: Re: DYMM Sultan Teratak dalam Berita Harian.   Mon Sep 15, 2008 2:24 pm

hanya puan permaisuri yg bole buatkan bagindda cayir... tolongarr puan permaisuriiiii... isk...

_________________
~sila baca post saye dengan irama yang girang, ceria da positif, agar tak tersalah faham nanti.. hihihi~
Back to top Go down
View user profile
shyeye
Darjah Setia Di Raja
Darjah Setia Di Raja


Female
Posts : 292
Age : 37
Location : Shah Alam
Joined : 2008-04-02

PostSubject: Re: DYMM Sultan Teratak dalam Berita Harian.   Mon Sep 15, 2008 10:04 pm

wah! masuk paper la...glemer la dia... cheers
Back to top Go down
View user profile
jay
DYMM Sultan Teratak
DYMM Sultan Teratak


Male
Posts : 721
Age : 37
Location : dekat jer
Status : sgsgsd
Joined : 2008-03-28

PostSubject: Re: DYMM Sultan Teratak dalam Berita Harian.   Tue Sep 16, 2008 10:40 am

zam dan zol klu ko datang kat tempat aku tu aku boleh kasi ko fly kapal terbang aku tapi dgn syarat dah ada basic pasal penerbangan....

tapi jgn la ko terbangkan kapal tu sampai xmo kembali.... uhuhuuuu
Back to top Go down
View user profile
jay
DYMM Sultan Teratak
DYMM Sultan Teratak


Male
Posts : 721
Age : 37
Location : dekat jer
Status : sgsgsd
Joined : 2008-03-28

PostSubject: Re: DYMM Sultan Teratak dalam Berita Harian.   Tue Sep 16, 2008 10:41 am

hziemah wrote:
tahniah laa tuanku..
nnti patik bleh usulkan aktiviti ni kepada pihak PPj..hehe..

terima kasih zimah... tapi ada gak orang ppj yg datang menjenguk kat sana dan bukan setakat tu jer polis pun ada melepak sama...
Back to top Go down
View user profile
zam
Bendahara
Bendahara


Male
Posts : 5644
Age : 28
Location : Petaling Jaya
Status : Married
Joined : 2008-03-28

PostSubject: Re: DYMM Sultan Teratak dalam Berita Harian.   Tue Sep 16, 2008 10:42 am

kau ajar la kitorg terbangkan pesawat tuh... bila dah pandai kau hadiahkan la sebiji dua kat kitorg jay..hehe

_________________
Back to top Go down
View user profile http://cencuroot.blogspot.com
jay
DYMM Sultan Teratak
DYMM Sultan Teratak


Male
Posts : 721
Age : 37
Location : dekat jer
Status : sgsgsd
Joined : 2008-03-28

PostSubject: Re: DYMM Sultan Teratak dalam Berita Harian.   Tue Sep 16, 2008 10:43 am

ishhhh x glamour mana as... biasa jer

tapi klu anat nak join aku amat galakkan....
Back to top Go down
View user profile
jay
DYMM Sultan Teratak
DYMM Sultan Teratak


Male
Posts : 721
Age : 37
Location : dekat jer
Status : sgsgsd
Joined : 2008-03-28

PostSubject: Re: DYMM Sultan Teratak dalam Berita Harian.   Tue Sep 16, 2008 10:44 am

xper zam bila ko dah pandai aku hadiahkan sebiji lepas tu ko kongsi dgn tuan inspekter
Back to top Go down
View user profile
zam
Bendahara
Bendahara


Male
Posts : 5644
Age : 28
Location : Petaling Jaya
Status : Married
Joined : 2008-03-28

PostSubject: Re: DYMM Sultan Teratak dalam Berita Harian.   Tue Sep 16, 2008 10:48 am

ko xajak ke member2 kat putrajaya tuh join ko.. naz..dika.. zimah.. fiza..

_________________
Back to top Go down
View user profile http://cencuroot.blogspot.com
mehatespink
Temenggung
Temenggung


Female
Posts : 2860
Age : 33
Location : sumwhere in malaysia
Joined : 2008-04-03

PostSubject: Re: DYMM Sultan Teratak dalam Berita Harian.   Tue Sep 16, 2008 11:03 am

congrat tunku, da masuk paper ni bile nak banje patik mekdi??
tunku kan da glemer da

_________________
::mehatespink::
Back to top Go down
View user profile
Sponsored content




PostSubject: Re: DYMM Sultan Teratak dalam Berita Harian.   Today at 8:26 pm

Back to top Go down
 
DYMM Sultan Teratak dalam Berita Harian.
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 2Go to page : 1, 2  Next
 Similar topics
-
» SBB - R.K - Sultan ki Mahajung - Video
» Sultan turns villain for Madhubala....
» RK and Sultan's "intense sword battle" promos for Colors' Madhubala
» Madhubala : "Rishbala's Love Strong Enough To Withstand Sultan?"
» What Other plec's have you got???

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Forum Komuniti Teratak :: Teratak Forum III :: Teratak Umum-
Jump to: