Selepas tercetusnya kontroversi hangat mengenai foto-foto bogel
Sandra Dewi yang tersebar meluas di kalangan masyarakat di republik
itu, dengar orang di sana tengah heboh bercakap tentang foto
bikini Nia Ramadhani bersama dua jejaka yang bertubuh sasa.
Hai, siapa yang tidak kenal Nia yang cun itu. Kalau sebut siri
Bawang Merah Bawang Putih, ramai peminat di Malaysia kenal bukan?
Khabarnya,
foto Nia dengan pakaian bikini berwarna hitam yang seksi dan
menampakkan sebahagian lurah payu daranya itu dikatakan diambil bersama
dua jejaka itu dalam keadaan pose yang
daring. Sungguhpun begitu, bekas kekasih Bam iaitu vokalis Samsons ini
langsung tidak menganggap ia sebagai satu isu yang perlu
diperbesar-besarkan oleh kalangan masyarakat mahu pun pihak media.
Yalah, kata Nia, apa salahnya kalau dia berbikini di kolam renang?
Lainlah kalau berbikini dalam pusat beli-belah atau pra-tonton filem!
Hmm, pandai pula psiko jawapan, tapi ada ke orang waras nak pakai bikini pergi tengok wayang?
Kata
Nia lagi, gambar bersama dua jejaka yang sudah dianggap sebagai
saudaranya itu diambil sewaktu dia sedang bercuti pada akhir tahun
lalu.
Katanya, ayah dan ibu saya sendiri sudah tahu mengenai hal itu dan mereka langsung tidak marah. Agaknya dah dapat lesen...
kalau sudah artis top, segala yang dilakukan akan tentu
menjadi bualan masyarakat. Cuba kalau bukan Nia yang pakai bikini
seksi, ada ke orang nak bercakap?
Dengar juga cerita ciuman maut antara Nia dengan Andhika Pratama dalam filem Kesurupan.
Tentu kalau tanya Nia, jawapan standardnya, semuanya demi lakonan!