skymax Rakyat Jelata
Posts : 13 Age : 39 Location : kolumpor.. Status : married Joined : 2009-02-18
| Subject: mungkin esok ajal kita Wed Feb 18, 2009 4:11 pm | |
| ai BIMBANG
ai bimbang. Sangat bimbang .. Bagaimanakah kalau esok..ai mati mendadak? Sembahyangku masih banyak..yang belum terqada' Ingin membayar puasa yang tertinggal..masih belum ai bertindak Hutangku masih berlambak-lambak. Finance keretaku belum lagi lunas tertunai Hutang bank rumahku masih belum selesa Kewajipanku masih banyak yang terbengkalai.
Ai bimbang..sangat bimbang. Apakah ai akan diberi VIP Welcome di alam barzakh oleh Munkar dan Nankir dengan senyuman bermanis wajah Atau apakah ai akan dibelasah oleh pembengis-pembengis di alam barzakh ? Apakah ai dapat menahan sakit Bila ular kubur datang menggigit Kerana sembahyangku yang amat sedikit
ai bimbang..sangat bimbang.. Isya’ masuk..ayah ke surau menyembah Allah SWT ai depan tv menonton AKADEMI FANTASIA, Ayah bertasbih, bertahmid..berzikir memuji Tuhan ai terjerit²..MENYOKONG PESERTA REALITI TV YANG SIA-SIA. Ayah menggunakan masa mencari redhaan Tuhan Tapi ai masih berpoya-poya seperti NYAWAKU PANJANG LAGI. Kalaulah besok subuh Izrail datang bertandang Bagaimanakah nasibku..setelah dunia ai tinggalkan?
ai bimbang..amat bimbang Imanku masih terumbang-ambing Ketika ai di dalam kubur.. adakah orang yang akan mendo'akan? Siapa akan menyedekahkan bacaan Yasin dan surah-surah Al-Qur'an Buat meredakan siksa kubur yang datang tanpa kasihan Nasibku di bawah tanah..adakah siapa yang akan mengenangkan? Hilang ai dari pandangan..hilanglah ai dalam kenangan. Jadi..kenapa ai kurang berusaha menyiapkan bekalan? Supaya di kubur nanti ai diberi VIP Welcome.
ai bimbang..sangat bimbang.. Amal ibadahku sangat berkurang ! WAHAI MANUSIA ... taubatlah engkau dari sekarang Tinggalkanlah padang bola..
TINGGALKAN HIBURAN MELAMPAU dan pergi ke masjid seperti orang lain.
Qada'lah sembahyangmu yang tertinggal, bayarlah puasamu Berhentilah menjadi sahabat syaitan Agar hidupmu mendapat keredhaan Sebelum engkau kembali ke ALAM BARZAKH
Cukup bermakna peringatan ini. Mengingati mati sungguh menginsafkan. Lebih-lebih lagi, bila melihat yang ‘pergi’ itu sahabat sendiri. Terasa bagai diri ini pula bakal dijemput sebentar lagi. Rasa cuak menyelubungi hati bila membayangkannya. Teringat saya pada tulisan Imam Al-Ghazli dalam kitab Bidayatul Hidayah menyebutDan janganlah engkau panjangkan angan-anganmu, kelak engkau merasa malas berbuat ibadat. Katakan di dalam hatimu setiap hari: Bersabarlah engkau hari ini, mungkin engkau akan mati pada malam nanti dan bersabarlah malam ini, mungkin engkau akan mati pada esok pagi kerana mati tidak datang pada masa yang tertentu dan dalam keadaan yang tertentu dan ataupun pada umur yang tertentu. Kematian pasti akan datang. Oleh itu, bersiap-siap untuk menghadapinya adalah lebih utama daripada bersiap-siap untuk mendapatkan kebahagiaan dunia. Bukankah engkau memang sudah mengetahui bahawa engkau tidak akan lama hidup di dunia ini? Barangkali umurmu hanya tinggal satu hari atau hanya sekali bernafas sahaja lagi”Keinsafan menguasai diri. Kini, yang perlu diamati,ialah amal. Amal yang IKHLAS perlu ditingkatkan, taubat mesti diperbanyakkan. Meninggalkan dosa harus dilakukan agar diri tidak mendapat azab Ilahi. Ayuh bersama kita perbaiki diri sebelum diri dijemput Ilahi. Moga kita semua mendapat naungan rahmat-Nya. Amin. | |
|
mehatespink Temenggung
Posts : 2860 Age : 40 Location : sumwhere in malaysia Joined : 2008-04-03
| Subject: Re: mungkin esok ajal kita Thu Feb 19, 2009 8:21 am | |
| nice post cik skymax sbg peringatan tok sume. | |
|
skymax Rakyat Jelata
Posts : 13 Age : 39 Location : kolumpor.. Status : married Joined : 2009-02-18
| Subject: Re: mungkin esok ajal kita Thu Feb 19, 2009 5:16 pm | |
| erm..thx a lot | |
|
irees_natasha Temenggung
Posts : 1332 Age : 42 Location : .. My Heart .. Status : .. My Love .. Joined : 2008-04-03
| Subject: Re: mungkin esok ajal kita Mon Feb 23, 2009 10:22 am | |
| utk peringatan kita bersama ... nice topik .. | |
|
nina2519 Temenggung
Posts : 2324 Age : 38 Location : ~Jin Bertendang~ Status : ~ Single Tak single Sangat Laa ~ Joined : 2008-04-04
| Subject: Re: mungkin esok ajal kita Mon Feb 23, 2009 11:15 am | |
| nice topik.. tuk renungan kita bersama.. beringat2lah.. | |
|
Sponsored content
| Subject: Re: mungkin esok ajal kita | |
| |
|