KL, 14 NOV 2008: Februari lalu, pernah menyiarkan gosip tentang bekas suami Ratu Etnik, Noraniza Idris, Fareez bakal menamatkan zaman dudanya pada Mei 2008. Namun tiba masanya, majlis gembira itu tidak terlaksana. Kenapa ya?
Difahamkan, perkahwinan yang sepatutnya dirancang pada Mei 2008 itu terpaksa ditangguhkan ke Disember ini atas sebab Fareez terlalu sibuk dengan kerja.
Tapi sebelum ini, ada juga dimaklumkan ia ditangguhkan kerana tunangnya Fareez itu dikatakan sakit. Entahlah. Tapi kalau sakit harapnya sekarang sudah sihat wal'afiat.
"Kalau tak silap saya, tarikh perkahwinan mereka itu adalah pada 27 Disember 2008. Kad jemputan pun saya dah dapat." Haa, baguslah. Harap-harap perancangan itu akan dimakbulkan.
Nampaknya, Fareez secara kebetulan turut memilih tarikh yang lebih kurang sama dengan majlis sambutan perkahwinan Mawi. Kalau ikut jaduallah, pada malam 27 Disember juga Mawi akan membuat konsert khas sempena majlis resepsinya di Johor.
nama mesranya adalah Mazlin. Baru semalam dapat menatap wajah Mazlin yang cantik itu yang sekali pandang macam penyanyi dan model Camelia. Tahniah untuk Fareez dan Mazlin.