si NH tu kalo ye pon nak memadukan si abby tu buat ler cara bebetul sket ini skandel mendel bagai ngan si sememeh tu nie umahtangga diabaikannya tahap kesabaran si abby sebagai isteri tercabar jugak akhirnya dia serang NH kat lokasi penggambaran amek kooo....
hziemah Temenggung
Posts : 654 Age : 43 Location : Putrajaya Joined : 2008-03-28
padan muka norman... ala..kalo dah menggatal..pastu pmpn tu layan..jd je.. abby dah x bleh sabo..ye la..dah lama norman tu xblk umh..ape kes.. x sian ke kat anak²..mesti budak² tu asek tnye psal ayah dia kan..??
zam Bendahara
Posts : 5644 Age : 36 Location : Petaling Jaya Status : Married Joined : 2008-03-28
anak2 satu hal...bini dlm pantang nie...buat hal gak si sememeh tu plak dok dendiam cam tak bersalah kaaaaan naper wartawan tak terjah si sememeh tu ekss???
sempoiajer79 Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K)
Posts : 352 Age : 45 Location : Tingkat Seploh... Status : Single Joined : 2008-04-24
tapi masalahnya dah dua kali dah.... kalau baru sekali gosip ada hubungan ada mahaplah sikit... dah tu pulak kena lak tangkap khalwat... wanita mana yang dapat terima?.... huh!!!.. cukuplah dua kali.. tak mahu lagi kali ketiga....
zam Bendahara
Posts : 5644 Age : 36 Location : Petaling Jaya Status : Married Joined : 2008-03-28
Penjelasan Memey Suhaiza isu khalwat dengan Norman Hakim - Malaysiakini October 31, 2008
“Saya tidak sedar Norman pulang ke pejabat pada waktu itu. Apa yang saya tahu, setelah serbuan dibuat, barulah saya sedar Norman berada di aras dua pejabat itu,” luah pelakon muda, Memey Suhaiza atau nama sebenarnya Suhaiza Suhaimi berhubung kes ditangkap khalwat bersama aktor dan suami kepada pelakon Abby Abadi, iaitu Norman Hakim.
Pelakon dan model berusia 20 tahun itu yang enggan memberikan sebarang komen semalam bagaimanapun hari ini tampil untuk menjelaskan perkara sebenar yang terjadi setelah dia dan Norman ditahan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di pejabat Norman di Ukay Perdana, Ampang sekitar pukul 3 pagi semalam.
Dalam nada sugul, Memey menceritakan insiden itu sama sekali tidak disangka akan terjadi kepada dirinya yang ketika ini baru saja merangkak untuk mengukir nama di dalam bidang lakonan.
“Setelah mesyuarat selesai kira-kira jam 12 malam, Norman keluar dan saya bersama beberapa lagi staf yang lain masih berada di pejabat. Kemudian seorang demi seorang pulang dan akhirnya tinggal saya saja di aras satu pejabat itu kerana saya perlu menyiapkan sedikit lagi urusan lain.
“Sehinggalah saya terdengar bunyi ketukan bertalu-talu di pintu, tetapi saya tidak berani untuk keluar lihat. Akhirnya saya hubungi abang Norman, Sophee dan lebih kurang setengah jam selepas itu dia sampai di pejabat.
“Barulah saya sedar yang pejabat itu telah diserbu oleh JAIS dan Norman berada di aras dua. Saya amat terkejut dengan apa yang berlaku dan saya akui, sehingga hari ini saya masih lagi bingung.
Memey sanggup berdepan dengan Abby untuk menjelaskan perkara sebenar
“Saya minta maaf kerana tidak dapat memberikan sebarang komen semalam, bukan kerana ingin menyembunyikan diri, tetapi saya perlu ruang untuk menenangkan fikiran.
“Alhamdulillah, setelah mendapat sokongan daripada ibu dan ahli keluarga semua, barusaya rasa saya mampu untuk berdepan dengan pihak media. Malah, ibulah orang pertama yang saya hubungi sebaik ditahan JAIS,” kata gadis yang dibesarkan di sebuah felda di Kota Tinggi, Johor ini.
Jelas pelakon yang popular menerusi beberapa buah drama seperti Graduan, Farah Syakirah dan Mahsuri ini, dia menganggap apa yang berlaku ini sebagai satu pengajaran buatdirinya.
Namun, Memey tidak nafikan perasaan gusar sentiasa menyelubunginya apatah lagi bila memikirkan perasaan isteri Norman, Abby, yang pastinya terguris ekoran kejadian itu.
Lebih memburukkan keadaan, Memey juga sebelum ini dicop menjadi ‘orang ketiga’ di dalam rumahtangga pasangan itu yang kini dikatakan sedang bergolak, malah sebelum berlakunya insiden itu lagi.
Gosip tentang hubungannya dengan aktor drama Gerak Khas itu mula bertiup awal tahun ini apabila mereka dikatakan mula rapat setelah membintangi drama bersiri Pasrah.
Sehinggalah baru-baru ini apabila khabar angin mengatakan Norman sudah pun bernikah lagi secara rahsia di sempadan Malaysia-Thailand dan wanita itu dikatakan adalah Memey.
Namun, kedua-duanya menafikan hal tersebut.
“Saya tidak harap orang akan faham masalah saya, tetapi cuba letak diri anda di tempatsaya sekarang, apa yang akan anda buat? Berkali-kali saya menafikan yang saya mempunyai hubungan lebih dari seorang sahabat dengan Norman, tetapi dengan apa yang baru terjadi ini, saya tahu orang akan cakap macam-macam pada saya.
“Saya tidak mampu buat apa-apa. Saya sedar, orang akan salahkan saya sebagai perampas mahupun punca pergolakan rumahtangga mereka. Saya hanya berharap saya mampu lakukan yang terbaik untuk membersihkan nama saya.
“Sejak semalam, saya asyik memikirkan bagaimana penerimaan ramai terhadap diri saya selepas ini. Saya amat takut jika kes ini akan turut menjejaskan karier saya.
“Tetapi setakat ini saya bersyukur, stesen televisyen dan pihak produksi drama yang saya terlibat tidak berhasrat untuk ‘gam’ saya atau sebagainya setelah saya hubungi mereka semalam,” kata anak saudara kepada pelakon dan penerbit drama, Darling Ngasri ini.
Ditanya sama ada dia akan berdepan sendiri dengan Abby untuk menjelaskan hal yang sebenar, Memey berkata:
“Saya tiada masalah untuk bersemuka dengannya. Kalau inilah satu-satunya cara boleh jernihkan semula keadaan, saya akan buat. Saya faham buat masa ini, emosi Abby pasti tidak menentu. Masalah sebelum ini pun belum selesai, ditambah pula dengan kes baru.
“Seboleh mungkin, saya akan cuba selesaikan masalah ini. Norman ada juga menghubungi saya semalam dan kami berbincang bagaimana untuk membersihkan nama masing-masing.
“Saya tidak marah jika Abby rasa terguris dengan saya kerana saya faham perasaan yang sedang dia alami,” kata Memey.
Menurut Memey, sewaktu gosip hubungannya bersama Norman bertiup kencang sekitar awaltahun ini, dia sendiri pernah menghubungi Abby dan menjelaskan khabar angin tersebut tidak benar.
“Ketika itu, Abby menerima penjelasan saya. Tetapi, sekarang ini, saya tidak tahu macam mana,” tutur Memey yang ketika ini sedang sibuk di penggambaran drama Bara Ku Genggam untuk siaran RTM.
rotab_bam Ahli Mangku Negara (A.M.N)
Posts : 193 Age : 38 Location : somewhere in nowhere Status : online (masa register) Joined : 2008-08-06
naper lak salah dia sorang?.. bg kita, masing2 ada silap masing2...
zam Bendahara
Posts : 5644 Age : 36 Location : Petaling Jaya Status : Married Joined : 2008-03-28
Subject: Re: Kronologi Kisah ABBY-Norman-Memey Wed Nov 05, 2008 9:02 am
Memey digugurkan - Tindakan penerbit drama Issandra elak tanggung risiko
KUALA LUMPUR - Gara-gara insiden ditangkap atas tuduhan berkhalwat dengan Norman Hakim, nama pelakon Memey Suhaiza Suhaimi, 20, digugurkan daripada pembikinan drama bersiri berjudul Issandra.
Watak yang sepatutnya disandang oleh Memey dalam drama bersiri 26 episod itu telah digantikan dengan pelakon Eira Syazira.
Pengarah Urusan Pro Pictures Sdn. Bhd., Aida Yusof berkata, keputusan itu dibuat sebagai langkah berjaga-jaga penerbit terhadap sebarang kemungkinan yang boleh menjejaskan peluang drama berkenaan untuk ditayangkan jika Memey didapati bersalah di mahkamah kelak.
"Sebagai penerbit kami tidak bersedia untuk menanggung sebarang risiko negatif yang mungkin boleh menyebabkan drama ini tidak dapat disiarkan menjelang slot tayangannya tahun depan.
"Setelah berfikir panjang lebar, nama Memey terpaksa kami gugurkan. Kami bimbang kes yang sedang dihadapi Memey akan memberikan implikasi negatif terhadap Issandra di kemudian hari," katanya.
Menurut Aida, keputusan itu juga diambil setelah pihak produksi berbincang dengan pihak Radio Televisyen Malaysia (RTM).
"Walaupun tidak timbul sebarang masalah ketika ini, pihak RTM memberi gambaran jika Memey didapati bersalah menjelang perbicaraan Januari nanti, drama lakonannya tidak boleh disiarkan.
"Saya bagi pihak produksi meminta maaf kepada Memey kerana terpaksa menggugurkan dia daripada senarai pelakon kami," katanya yang sudah pun membuat perbincangan awal dengan Memey mengenai drama berkenaan.
mehatespink Temenggung
Posts : 2860 Age : 41 Location : sumwhere in malaysia Joined : 2008-04-03
Subject: Re: Kronologi Kisah ABBY-Norman-Memey Wed Nov 05, 2008 9:34 am
uishhh, kesian plak.. dah ilang satu sumber rezki..
zam Bendahara
Posts : 5644 Age : 36 Location : Petaling Jaya Status : Married Joined : 2008-03-28
Subject: Re: Kronologi Kisah ABBY-Norman-Memey Wed Nov 05, 2008 9:41 am
Norman bersedia terima Memey sebagai isteri kedua
KUALA LUMPUR 4 Nov. - Aktor popular, Norman Hakim buat kali pertama mengakui, dia bersedia menerima pelakon muda, Memey Suhaiza sebagai isteri keduanya jika itu yang ditakdirkan oleh Allah.
Biarpun tidak mengesahkan yang dia mempunyai hubungan serius dengan aktres berusia 20 tahun itu, Norman atau nama sebenarnya, Mohamed Norhakim Zaidon, 32, berkata, sebagai umat Islam, dia akur dengan ketentuan qada dan qadar.
''Ketika ini, dalam hati, rasa kasih dan sayang pada isteri saya, Abby begitu menebal. Setiap hari, saya berdoa pada Allah biarlah maut yang memisahkan kami berdua. Saya tidak mahu berpisah dengan Abby melalui perceraian.
''Namun, pada masa yang sama, saya tidak mampu menolak ketentuan andai saya dan Memey bertemu jodoh satu hari nanti,'' katanya ketika dihubungi wartawan Utusan Malaysia, SAHARUDIN MUSTHAFA di sini hari ini.
Norman berkata demikian sebagai mengulas dakwaan kononnya dia dan Memey sudah merancang untuk berkahwin.
Bagaimanapun, rancangan tersebut dikatakan terpaksa ditunda berikutan dia dan Memey ditangkap berkhalwat di sebuah premis perniagaan di Ukay Perdana, Hulu Kelang, Selangor pada 30 Oktober lalu.
Sehubungan itu, pelakon utama drama bersiri Gerak Khas itu berkata, jauh di sudut hatinya, dia berkongsi rasa kasih dan sayang dengan banyak pihak.
''Ada 'wilayah' dalam hati yang saya bahagikan pada Allah, pada ibu dan ayah, pada isteri saya, anak-anak dan untuk orang lain juga.
''Bila saya fikirkan masalah yang sedang saya hadapi ketika ini, adalah lebih baik saya berterus-terang berhubung perasaan yang sedang saya alami ketika ini,'' jelas Norman yang berkali-kali menyatakan harapannya agar Abby memahami kedudukannya ketika ini.
Menurut Norman, dia tidak mampu untuk menghalang Abby meluahkan emosinya seperti yang berlaku di lokasi penggambaran Gerak Khas semalam. ''Saya mahu mencari penyelesaian terbaik dalam hal rumah tangga saya dengan Abby. Saya cuba memahami keadaannya ketika ini.
''Saya juga menyedari yang Abby seorang ibu yang baik buat anak-anak kami. Saya sangat menyayangi dia.
''Tetapi, kalau sudah tertulis takdir lain, apa daya saya sebagai manusia untuk menolaknya,'' ujar Norman lagi.
Ditanya kenapa dia beria-ia mempertahankan Memey dalam kenyataannya semalam, menurut Norman, Memey merupakan 'penyelamat' kepada keadaan yang dialaminya ketika ini.
''Abby hadir dalam hidup saya sebagai pembakar semangat. Memey pula hadir sebagai penyelamat dalam kehidupan saya.
''Saya perlu mempertahankan Memey kerana dia juga ada keluarga yang terpaksa melalui episod ini.
''Seperti yang saya kata, ada banyak hati yang perlu saya jaga. Jadi, saya harap Abby benar-benar memahami keadaan saya ketika ini. Saya tahu saya dan dia (Abby) masih ada masa depan demi anak-anak kami,'' kata Norman yang berhasrat untuk merujuk kepada pihak yang arif yang boleh menyelesaikan masalah rumah tangga mereka.
Pada masa sama, Norman berkata, dia akan memohon petunjuk daripada Allah dengan solat sunat istikarah.
zoulle Inspekter Sahab
Posts : 5286 Age : 44 Location : world wide web Joined : 2008-03-29
Subject: Re: Kronologi Kisah ABBY-Norman-Memey Wed Nov 05, 2008 9:45 am
eleeeeehhhhh...
zam Bendahara
Posts : 5644 Age : 36 Location : Petaling Jaya Status : Married Joined : 2008-03-28
Subject: Re: Kronologi Kisah ABBY-Norman-Memey Wed Nov 05, 2008 10:16 am
Abby tidak rela bermadu
Mengenai kehadirannya menemani Norman sebagai tanda sokongan sewaktu kes penangkapan khalwat Norman dan Memey pada 30 Oktober lalu, Abby berkata, dia berasa ralat apabila Norman meminta bantuannya untuk menyelamatkannya dan Memey pada masa yang sama, hingga menimbulkan rasa sangsi Abby terhadap suaminya.
Dia mengakui menghubungi Memey dan ia bersambut. Dalam nada tegas, Abby bersedia bersemuka dengan gadis yang dikaitkan Norman itu.
Katanya lagi, jika benar gosip bertiup kencang mengatakan suaminya dan Memey sudah berkahwin, dia tidak rela untuk dimadukan.
“Saya masih boleh terima kalau dia (Norman) meminta untuk saya menyelamatkan dirinya. Yang pelik, dia meminta saya menyelamatkan Memey juga dan saya rasa macam ada sesuatu antara mereka.
“Saya pun tak sangka dia (Memey) akan mengangkat panggilan telefon yang saya buat. Cara jawabnya memang sangat menyakitkan hati apabila diingat kembali. Dia boleh cakap apa yang sudah terjadi itu sudah terjadi. Jika saya berada di tempat dia sekalipun, saya mungkin tidak angkat mengangkat panggilan itu.
“Tidak timbul soal bermadu di sini, kerana saya memang sudah nekad untuk bercerai dengannya. Kalau mereka kahwin sekalipun, saya akan pastikan yang saya bukan madu dia (Memey),” ungkap Abby yang bersedia untuk bertemu Memey biarpun hakikatnya dia jelek melihat pelakon baru itu.
Menurut Abby lagi, dia rasa tidak mungkin Norman akan datang merayu kepadanya lagi untuk menyelamatkan rumah tangga mereka seperti perceraian yang terdahulu. Kata Abby, sayangnya masih ada kepada Norman, cuma dia bimbang kasih sayang itu terus dipersiakan kembali.
Berita Harian Online
mehatespink Temenggung
Posts : 2860 Age : 41 Location : sumwhere in malaysia Joined : 2008-04-03
Subject: Re: Kronologi Kisah ABBY-Norman-Memey Wed Nov 05, 2008 10:17 am
uishhh, ade gak laki camni.. dalam hati saye ada wilayah perseketuan..
sempoiajer79 Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K)
Posts : 352 Age : 45 Location : Tingkat Seploh... Status : Single Joined : 2008-04-24
Subject: Re: Kronologi Kisah ABBY-Norman-Memey Wed Nov 05, 2008 10:26 am
huh.. time sayang memanglah penyelamat... dah jadi macam nie pun tak serik2 lagi... sapa yang jadi penyelamat sapa lak nie?...
tp betol gak kalau ditempat abby... moga dia membuat keputusan yang bijak...
bayu_pagi Temenggung
Posts : 2295 Age : 46 Location : EARTH~ Status : MaRRieD Joined : 2008-05-05
Subject: Re: Kronologi Kisah ABBY-Norman-Memey Wed Nov 05, 2008 10:29 am
cam hampeh jer statement si NH tuuuu
zam Bendahara
Posts : 5644 Age : 36 Location : Petaling Jaya Status : Married Joined : 2008-03-28
Subject: Re: Kronologi Kisah ABBY-Norman-Memey Wed Nov 05, 2008 10:31 am
aku tak sedar lak dalam hati aku ada wilayah2.. nak kena isi wilayah2 yg ada nih...hahaha..