| "Jodoh" | |
|
|
Author | Message |
---|
sHaFiZa Temenggung
Posts : 709 Age : 45 Location : Putrajaya Status : Its complicated Joined : 2008-03-31
| Subject: "Jodoh" Wed Oct 08, 2008 10:00 am | |
| Renungkanlah Sedalam-dalamnya.
Tidak, Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya jauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa² kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu dalam doa² lewat sembahyang. Allah mendengar.
Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.
Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar² mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama masalah.
Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil pula org yang memandu kereta mewah (walaupun sebenarnya tak mewah) terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda.
Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hinggamampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di tgh² bandar raya.
Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar² membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda, pasti ada baik buruknya.
Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama, sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.
Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?
Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing² padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?
Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah, belajarlah dulu. Jika rasa² belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah anak², carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.
Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar² mengerti tuntutan2nya.
Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus² bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia²nya.
Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong²nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang. "
Seorang teman pernah berpesan..
"Kadang² Allah sembunyikan matahari.. Dia datangkan petir dan kilat.. kita menangis dan tertanya-tanya, kemana hilangnya sinar.. Rupa²nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi.." "
"Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang
lama pastikan sembuh selagi iman terselit didada..."
Sahabatku,
Jika hari ini aku terlalu gembira, Sedarkanlah aku dgn amaran2 Allah. Jika ku bersedih tanpa kata, pujuklah aku dgn tarbiah Pencipta. Jika ku lemah, Sedarkanlah agar aku berubah. Dan jika esok ku lena tanpa terjaga, Iringlah lenaku dgn kalungan doa.. Berjanjilah sahabatku, Ukhwah kita utk selamanya..
| |
|
| |
apatz Darjah Setia Di Raja
Posts : 325 Age : 43 Location : keyel Status : baker bakery Joined : 2008-08-14
| Subject: Re: "Jodoh" Wed Oct 08, 2008 11:56 am | |
| "Kadang² Allah sembunyikan matahari.. Dia datangkan petir dan kilat.. kita menangis dan tertanya-tanya, kemana hilangnya sinar.. Rupa²nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi.." "
.....nice words. thanks!
| |
|
| |
roll_honey DYMM Permaisuri Teratak
Posts : 1681 Age : 48 Location : Bandaraya Pesisir Air Status : Lumber HaraM Joined : 2008-04-01
| Subject: Re: "Jodoh" Wed Oct 08, 2008 2:38 pm | |
| Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. fikir....fikir dan fikir... jahat ker aku neh ? pesal laki aku terlalu baik.. baik ker aku neh ? | |
|
| |
zam Bendahara
Posts : 5644 Age : 36 Location : Petaling Jaya Status : Married Joined : 2008-03-28
| Subject: Re: "Jodoh" Wed Oct 08, 2008 4:13 pm | |
| JODOH dan MAUT di tangan ALLAH.. tiada JODOH tinggal maut je la.. ada yang dapat dua2..cam saya jodoh dah dapat cuma tunggu maut je..itu lah JANJI ALLAH.. yang belum dapat JODOH sabarlah..ia pasti datang.. | |
|
| |
roll_honey DYMM Permaisuri Teratak
Posts : 1681 Age : 48 Location : Bandaraya Pesisir Air Status : Lumber HaraM Joined : 2008-04-01
| Subject: Re: "Jodoh" Wed Oct 08, 2008 5:37 pm | |
| sama cam zam gak ...jodoh dah dapat anak2 pun dah dapat MAUT tu yg seram sket nak kata TUNGGU tu... tp semua tu mmg dah tersurat.. | |
|
| |
zoulle Inspekter Sahab
Posts : 5286 Age : 44 Location : world wide web Joined : 2008-03-29
| Subject: Re: "Jodoh" Thu Oct 09, 2008 9:21 am | |
| sesamalah kita sume perbanyakkan amalan buat bekalan menanti takdir yang akan mendatang tu.. banyak org ske membicarakan tentang jodoh je tapi tentang maut mcm wat2 lupa plak.. huhu.. | |
|
| |
zam Bendahara
Posts : 5644 Age : 36 Location : Petaling Jaya Status : Married Joined : 2008-03-28
| Subject: Re: "Jodoh" Thu Oct 09, 2008 10:04 am | |
| menunggu jodoh sama cam menunggu maut..dua2 kita tak tahu bila.. walaupun kad jemputan kahwin dah hantar pun kalau MAUT menjemput dulu xsempat gak nak kawen kan.. | |
|
| |
zoulle Inspekter Sahab
Posts : 5286 Age : 44 Location : world wide web Joined : 2008-03-29
| Subject: Re: "Jodoh" Thu Oct 09, 2008 10:43 am | |
| tu le.. kalau benda da nak ditakdirkan gitu sampai ke lubang cacing pun sure akan jadi nyer.. | |
|
| |
zam Bendahara
Posts : 5644 Age : 36 Location : Petaling Jaya Status : Married Joined : 2008-03-28
| Subject: Re: "Jodoh" Thu Oct 09, 2008 10:55 am | |
| aku kawen dulu pun bukannya aku merancang bila nak kawen..aku target kawen umur 30..maknanya tahun ni la..tp dah sampai jodoh dulu..terima je la.. MAUT ni org tak de target lak kan.. | |
|
| |
wiser Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K)
Posts : 295 Age : 50 Location : Pahang Status : ~bujang 3~ Joined : 2008-06-25
| Subject: Re: "Jodoh" Thu Oct 09, 2008 11:03 am | |
| Betullah tu jodoh smuanya di tangan Allah.Tp x blh lah tunggu je jodoh smpai.Sesuatu benda tu mesti ada usahanya..Yg lain tu Allah Maha mengetahui. | |
|
| |
zam Bendahara
Posts : 5644 Age : 36 Location : Petaling Jaya Status : Married Joined : 2008-03-28
| Subject: Re: "Jodoh" Thu Oct 09, 2008 11:08 am | |
| betul tu wiser..xleh berserah 100%...kena usaha..nak mati pun xleh berserah gak kena ada usaha tingkatkan amal sebagai bekalan... alim kejap.. | |
|
| |
mehatespink Temenggung
Posts : 2860 Age : 41 Location : sumwhere in malaysia Joined : 2008-04-03
| Subject: Re: "Jodoh" Thu Oct 09, 2008 11:22 am | |
| Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah, belajarlah dulu. Jika rasa² belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah anak², carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.
hurmm, kene blaja lg ni.. da master nnt bru bole kawin.. muahahhaha..
**psttt: nape kak da asek ngepost tetengah je ni.. | |
|
| |
zam Bendahara
Posts : 5644 Age : 36 Location : Petaling Jaya Status : Married Joined : 2008-03-28
| Subject: Re: "Jodoh" Thu Oct 09, 2008 11:53 am | |
| org yg start bercinta tu mmg kena fikir dan bersedia apa yg cik ain kata tu.. kalau xsedia semua tu jgn la bercinta..bercinta tu jalan menuju gerbang perkahwinan.. - Quote :
- Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka
lorong²nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang. " | |
|
| |
roll_honey DYMM Permaisuri Teratak
Posts : 1681 Age : 48 Location : Bandaraya Pesisir Air Status : Lumber HaraM Joined : 2008-04-01
| Subject: Re: "Jodoh" Thu Oct 09, 2008 12:19 pm | |
| **psttt: nape kak da asek ngepost tetengah je ni.. akak kat tengah2 neh ain antara JODAH N MAUT
Jodoh tu nak sentiasa kekal maut tu tak tau nak kata apa
tu tang ngepost tengah2 tu cik ain | |
|
| |
apatz Darjah Setia Di Raja
Posts : 325 Age : 43 Location : keyel Status : baker bakery Joined : 2008-08-14
| Subject: Re: "Jodoh" Thu Oct 09, 2008 12:28 pm | |
| ~antara jodoh n maut jgnla biar kosong..isila "sandwich" takwa ke ape ke, buat bekal d hari akhirat kelak.
-jaga diri,iman dan amal | |
|
| |
mehatespink Temenggung
Posts : 2860 Age : 41 Location : sumwhere in malaysia Joined : 2008-04-03
| Subject: Re: "Jodoh" Wed Dec 03, 2008 4:46 pm | |
| "Ya Allah, buka kan lah hati ini bila ia benar2 telah bersedia untuk mengharungi segalanya." AMin. | |
|
| |
Sponsored content
| Subject: Re: "Jodoh" | |
| |
|
| |
| "Jodoh" | |
|