Posts : 392 Age : 39 Location : de' johore Status : married Joined : 2008-04-18
Subject: keindahan jodoh... Wed Aug 20, 2008 11:31 am
Sahabat jangan kita lupa pelangi walaupun ia cantik namun ia hanyalah bersifat sementara..dan ia akan muncul tah bila lagi kitapun tak tahu..sedangkan matahari begitu setia dengan kita sampai waktunya akan menyinari kita semua..bila sampai waktu magrib akan hilanglah ia..namun esok sesudah subuh pasti ia akan kembali menyinari kita..oleh itu jgnlah kamu lupa akan jasa matahari..dek kerana terpesona dengan indahnya pelangi..
Tidak, Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya jauhlah perjalanan kita. Adaorg jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa2 kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu dalam doa2 lewat sembahyang. Allah mendengar.
Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.
Memang kita mudah ter silap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar2 mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama masalah.
Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil pula org yang memandu kereta mewah(walaupun sebenarnya tak mewah) terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda.
Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di tgh2 bandar raya.
Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar2 membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda, pasti ada baik buruknya.
Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama, sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.
Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabulselain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?
Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing2 padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?
Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah, belajarlah dulu. Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah anak2, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cubamendaki naik.
Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar2 mengerti tuntutan2nya.
Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus2 bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu semp adan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia2nya.
Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong2nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang. "
Seorang teman pernah berpesan..
"Kadang2 Allah sembunyikan matahari.. Dia datangkan petir dan kilat.. kita menangis dan tertanya-tanya, kemana hilangnya sinar.. Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi.." "
`Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang lama pastikan sembuh selagi iman terselit didada... `
areDIKA Temenggung
Posts : 470 Age : 43 Location : putrajaya Joined : 2008-03-31
Subject: Re: keindahan jodoh... Wed Aug 20, 2008 1:11 pm
walaupun dia tak sempurna tapi kehadirannya cukup membuatkan kita rasa berharga. Jodoh akan indah jika sesama kita sedar peranan dan melengkapi antaranya..
mehatespink Temenggung
Posts : 2860 Age : 41 Location : sumwhere in malaysia Joined : 2008-04-03
Subject: Re: keindahan jodoh... Thu Sep 04, 2008 9:00 am
Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang lama pastikan sembuh selagi iman terselit didada... `
insya-Allah, selagi iman masih di dada, sumenye kan baik2 saja.. amin..
nyamok Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K)
Posts : 252 Age : 44 Location : left behind u.... Status : laporrr Joined : 2008-06-19
Subject: Re: keindahan jodoh... Thu Sep 04, 2008 10:45 am
indahnye jodoh....dtg la cpt hai jodoh....muahahaha
nina2519 Temenggung
Posts : 2324 Age : 39 Location : ~Jin Bertendang~ Status : ~ Single Tak single Sangat Laa ~ Joined : 2008-04-04
Subject: Re: keindahan jodoh... Thu Sep 04, 2008 11:03 am
keindahan jodoh dapat dirasai tatkala kita betul2 menghargai dier disisi..
mehatespink Temenggung
Posts : 2860 Age : 41 Location : sumwhere in malaysia Joined : 2008-04-03
jodoh hendaklah dicari..walaupun dah ada depan mata tapi kadang2 kita xnampak kerana diselindungi hijab..rungkailah hijab itu insyaallah jodoh ada depan mata hehe..
nina2519 Temenggung
Posts : 2324 Age : 39 Location : ~Jin Bertendang~ Status : ~ Single Tak single Sangat Laa ~ Joined : 2008-04-04