Diceritakan di hari pembalasan kelak, ada seorang hamba Allah sedang
diadili.
Dia dituduh bersalah kerana mensia-siakan hidupnya di dunia utkberbuat
maksiat. Namun begitu dia berkeras membantah, "Tidak demilangit dan
bumi,sungguh tidak benar. saya x pernah malakukan perkara itu..."
"Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul2 telah menjerumuskan dirimu sendiri ke dalam dosa "
Orang
itu menoleh ke kiri dan ke kanan, lalu merenung segenap penjuru ruang yg
ada. Kemudian dia pun menyanggah, "mana saksi2 yg engkau
maksudkan?disini tiada sesiapa melainkan aku dan suaramu sahaja."
Jawab
malaikat, "INilah saksi-saksimu....."
Tiba2 mata berbicara, "Saya yg memandang,"
disusuli dengan telinga, "Saya yg mendengar perkara itu"
Hidung pun tidak ketinggalan, "Saya yg mencium"
Bibir pun mengaku dengan slumbernye, "Saya yg merayu"
Lidah menambah dengan beran i, "Saya yang menjilat dan menghisap"
Tangan tanpa malu meneruskan, "Saya yang meraba dan meramas"
Kaki pula menyusul, "Saya yg berjalan dan berlari semasa itu"
"Nah
kalau dibiarkan kesemua anggota tubuhmu akan memberikan
kesaksian tentang perbuatan aibmu," ujar malaikat. Orang tersebut x
dapat membuka sanggahnya lagi. Ia berputus asa dan amat berduka kerana
sebentar lagiia akan dihumban ke dalam neraka jahannam.. Padahal ia
amat berharap agarsegala perbuatan jahatnya dapat diselindungi. Tatkala
dia sedang dilanda kesedihan, tiba-tiba terdengar satu suara yg amat
lembut dari sehelai bulu mata berbunyi, " Saya pun ingin mengangkat
sumpah untuk menjadi saksi dalam perkara ini." Malaikat menjawab dengan
tenang, "Silakan wahai bulu mata"
"Terus
terang sahaja, menjelang ajalnya pada satu malam yang hening,aku pernah
dibasahi dengan juraian air mata penyesalan mengenangkan
segalaperbuatan keji yang telah dilakukan. Bukankah rasulnya telah
berjanji,apabila ada seora ng hamba yang ingin bertaubat, walaupun
sehelai bulumata sahaja yg dibasahi dengan air mata, demikian itu
diharamkan dirinya dari ancaman api neraka? MAka, saya sehelai bulu
mata, berani tampil sebagaisaksi bahawa dia telah bertaubat sampai
membasahi saya dengan air mata penyesalan."
Dengan kesaksian bulu mata itu, orang tersebut dibebaskan dari neraka dansegera dihantar ke syurga:
"Lihatlah hamba Allah ini masuk syurga kerana pertolongan bulu mata.."
PENGAJARAN YANG BOLEH DI AMBIL............
WALAU SEBESAR MANA PUN KESILAPAN YANG DILAKUKAN APABILA ADA KESEDARANDAN KEINSAFAN BERTAUBAT LAH DENGAN
SEPENUH HATI MAKA ALLAH AKAN MEMBERIKEAMPUNAN PADA ORANG YANG BERTAUBAT