Gosip yang tersebar kini tidak dapat dibendung lagi. Walaupun cuba
nak bersorok dan menafikan dia belum ada kekasih, dalam senyap-senyap,
sesuatu yang menarik khabarnya sedang berlaku antara pengacara cantik,
Nurul Syuhada Nurul Ain dengan calon kedua Angkasawan Negara, Mejar Dr
Mohd Faiz Khaleed!
Sumber memberitahu , semalam, mereka berdua sudah
intim sejak 3 bulan lalu. Pertemuan mesra yang sedang membawa ke bibit
mengenali hati budi masing-masing itu berlaku selepas Nurul diberi
tugasan untuk menemubual Dr Faiz tentang pencapaiannya dalam kerjaya,
tidak lama dulu. Cewaah... kira-kiranya ada
follow-up lah lepas tu ye!
Sebelum ini dalam satu laporan akhbar, Nurul sendiri mengakui
bahawa hatinya dah dimiliki. Kata Nurul, lelaki itu seorang doktor gigi
yang berkhidmat di klinik tentera dan usianya 28 tahun. Haa, selepas
Murai Batu menyiasat, rupanya orang itu tidak lain daripada Dr Faiz
tetapi Nurul merasakan tidak wajar ketika ini untuk mendedahkan
mengenai hubungan yang masih terlalu awal itu.
Jadi, sahlah gosip liar kononnya Nurul ada
something on dengan Datuk Seri Farid Ridzuan itu tidak benar, sampaikan mereka terpaksa buat laporan polis!
Meminjam sekejap kata-kata Saida AF6, "
OKlah Tuuuu..." rasa gembira dengan perkembangan ini kerana Nurul seorang
gadis yang baik dan peramah. Selayaknya dia juga harus mendapat lelaki
yang berhemah, bijak, berani dan berbudi macam Dr Faiz tu.
Kalau jadilah ikatan antara mereka, merasakan ia
sungguh unik kerana Nurul graduan dalam bidang Sains Marin manakala Dr
Faiz pula doktor gigi yang sedang mendalami ilmu angkasa lepas. Hah
kata orang, memang geniuslah percintaan tu! Eloklah, seorang boleh
diving ke dasar laut, seorang lagi boleh 'terbang' ke angkasa lepas!
Cuma yang perlu dinyatakan di sini, Dr Faiz masih terikat dengan
program angkasa lepas dan tidak digalakkan berkahwin dalam tempoh 3
tahun akan datang sehinggalah misi kedua untuk kita ke angkasa lepas
itu selesai pada 2011.
Alah, apa nak dirisaukan, 3 tahun
sekarang macam 3 bulan. Kalau ada jodoh yang kuat, ia takkan ke mana,
ibarat ikan di laut, asam di langit... di bumi juga bertemu mereka!