H1N1 keluaran Glaxo Smith Kline disyaki mempunyai thiomersal (C9H9HgNaO2S) iaitu sejenis sodium yang mengandungi 49% merkuri yang digunakan untuk antiseptik dan anti-fungus agen. Penggunaan thiomersal walaupun dibenarkan WHO, tetapi masyarakat antarabangsa masih khuatir kerana beberapa kontroversi yang wujud semenjak ia diperkenalkan di dalam pemvaksinan. Para penerima vaksin H1N1 ini dikhuatiri berhadapan dengan masalah gangguan otak yang dipanggil Guillain-Barre Syndrome (GBS).
Vaksin yang dibina oleh syarikat-syarikat farmasi gergasi dunia ini dijangka diedarkan kepada orang ramai pada awal Oktober. Di Amerika sahaja, sebanyak 13 juta rakyat akan disenaraikan untuk menerima suntikan. Pakar memberi amaran, permintaan tinggi bergabung dengan kelewatan pengeluaran boleh menyebabkan kekurangan bekalan, lalu memaksa kerajaan yang bakal menghadapi gelombang kedua selesema itu, yang mungkin lebih dahsyat, membuat pilihan sukar dalam menentukan siapa yang patut diberi vaksin terlebih dahulu.
Dalam kenyataan dari salah seorang Senior Neurologist yang ditemu ramah oleh wartawan Jo McFarlane menyatakan bahawa dia sendiri tidak akan mengambil suntikan vaksin tersebut.“I would not have swine flu jab because of the GBS risk.”Menurut neurologist tersebut, mereka percaya vaksin H1N1 hanya akan mengulang kembali tragedi kematian 25 orang rakyat Amerika pada 1976 dulu yang menerima suntikan vaksin H1N1.Walaupun kecenderungan untuk mati adalah 1 nisbah 80,000 orang tetapi kesemua 80,000 tersebut sudah mewarisi kesan kekal GSB seumur hidup. Bagi yang meninggal dunia kemungkinan ketahanan imunisasi badan sudah sedia lemah.visit http://daunzaitun.blogspot.com utk maklumat lanjut..