salam semua disini michi nak kongsi pengalaman michi beberapa bulan yg lepas..
mak michi meniaga nasi lemak depan umah..kecil-kecilan.ceritanya di satu pagi yang biasa mak michi bagun tuk masak nasi lemak mcm biasa, sambil masak mak tinggal je nasik tu psl masak dlm periuk elektrik, mak pun pegi solat subuh..
elok je lepas solat mak nak balik2 kan nasi tu bagi masak sekata tiba2.... bila bukak je periuk tu alangkah terperanjatnya mak michi melihat satu periuk nasik yang penuh itu bertukar warna (gambar disertakan).
mak terus menangis, mana taknya pagi tu mak michi dah rugi sebab nasi x dpt dijual sbb dh tukar kaler huhu....bukan itu sahaja kelapa kuih yang mak nak campur ngan kuih apam pun tibe2 je jadi basi padahal pagi masa keluarkan daripada peti sejuk ia masih putih dan segar lagi (mmg x logik).
michi hanya mampu memujuk mak agar mak bertenang dan bersabar.
selepas sebulan kejadian tu mak michi dpt thu yang membuat angkara itu adalah jiran michi
tekejut gak michi psl kami x de salah pun ngan dia.rupanya drp mulut jiran ramai dah kena dengan jiran michi yg sipolan nieh...dia x boleh tgk org maju sikit pun sbb dia pun berniaga.
ya allah kami hanya mampu berdoa moga jiran michi sipolan nie diberi petunjuk agar kembali kepangkal jalan amin...