Kita semua akan mati, kita semua akan alami SAKARAT (haru biru nak mati).
Nak tak nak kita pasti akan merasainya. Mati tetap mati. Semua yang hidup
akan binasa, yang kekal hanyalah Allah SWT.
Ustaz ada bawakan kisah Salahuddin Al-Ayyubi. Pernah satu ketika,
Salahuddin Al-Ayyubi menyuruh wazirnya balutkan tubuh dia dengan kain kafan
tapi Salahuddin Al-Ayyubi pesan supaya tangannya dibiarkan terbuka.
Wazirnya menjawab "Aku tidak sanggup melakukannya". Kata Salahuddin
Al-Ayyubi, "Kalau begitu, engkau lakukannya di saat aku mati nanti. Sampai
waktunya yang telah ditetapkan, Salahuddin menghembuskan nafas yang
terakhir. Wazirnya melaksanakan pesan Salahuddin Al-Ayyubi. Seluruh
tubuhnya dibalut dengan kain kafan kecuali tangannya dibiarkan terbuka.
Semasa jenazah diusung, ramai la yang melihat tangan Salahuddin Al-Ayyubi
tak berbalut. Mereka bertanya kepada wazir Salahuddin Al-Ayyubi "Kenapa
engkau biarkan tangannya dibiarkan terbuka?" Jawab wazir tersebut, "Baru
kini aku mengerti. Salahuddin Al-Ayyubi ingin menunjukkan bahawa tiada ada
apa yang akan dibawa ketika mati nanti."
Diceritakan juga kisah Amru Al-As dan anaknya, Abdullah bin Amru. Abdullah
bin Amru terlebih dahulu menganut agama Islam sebelum bapanya. Amru Al-As,
seorang genius Arab masuk Islam selepas pembukaan Mekah. Pernah satu
ketika, Abdullah bertanya kepada bapanya, "Terangkan padaku tentang
kematian." Bapanya menjawab, "Demi Allah, kematian itu seolah-olah gunung
menghempap dada dan di saat itu, bernafas hanya seolah-olah daripada
sebesar lubang jarum."
Kata Ustaz, masa nyawa sampai ke halkum, segala perbuatan kita semasa di
dunia akan ditunjukkan satu- persatu. Ustaz ada sebutkan 5 perkara. 4
daripadanya bukan milik kita bila dah mati nanti, hanya 1 sahaja milik
kita...
1. Roh - milik malaikat maut
2. Harta - milik waris
3. Kulit, isi daging - milik ulat untuk dimakan
4. Tulang - milik tanah untuk diurai
5. Amalan - milik kita
Takde apa yang akan kita bawa bila mati nanti. Hanya amal soleh yang
menjadi bekalan kita. Sedarlah, hidup kita kat dunia ni tak berapa hari je
lagi. Entahkan esok, entahkan lusa, sampai saatnya, bila-bila masa sahaja
nyawa kita akan diambil. Sehari di akhirat sama dengan 1000 tahun di dunia.
Betapa singkatnya sebenarnya hidup kita di dunia ni...