rotab_bam Ahli Mangku Negara (A.M.N)
Posts : 193 Age : 37 Location : somewhere in nowhere Status : online (masa register) Joined : 2008-08-06
| Subject: Samad Lefthanded meninggal dunia (23 Oct) Fri Oct 24, 2008 11:01 am | |
| KUALA LUMPUR - Gitaris utama Lefthanded, Abdul Samad Mian ( gambar) meninggal dunia akibat sesak nafas semalam. Samad, 45, menghembuskan nafas terakhir ketika dikejarkan ke Hospital Ampang selepas terjatuh dari tangga. Isteri Allahyarham, Norliza Sumairi, 41, menjelaskan, Samad dibawa oleh anaknya, Alif Ashraf Shafiq, 18, ke hospital selepas menerima panggilan telefon mengatakan arwah sesak nafas pada pukul 12.45 tengah hari, semalam. "Selepas kejadian, Allahyarham sempat menghubungi saya dan mengadu sesak nafas akibat terjatuh di pejabat abangnya, Rahmat yang terletak di Taman Cahaya, Ampang," kata Norliza ketika dihubungi. Menurut Norliza, selama ini Samad tidak pernah dimaklumkan menghidap sebarang penyakit kronik melainkan sakit dada. "Saya terkejut juga pada 5.30 pagi tadi arwah ada mengadu kepada saya mengatakan dadanya sakit tetapi selepas itu dia kembali okey. Saya tidak sangka itu merupakan aduan dan rintihan terakhir," ujarnya dalam nada sebak. Selain Alif, Samad yang berasal dari Kampung Majidi, Johor Bahru mempunyai tiga orang lagi cahaya mata iaitu Amad Ayunda Syaqim, 17, Alis Suhayana, 14, dan Amad Syafri, 6. KOSMO! | |
|
pendekar laut Ahli Mangku Negara (A.M.N)
Posts : 123 Age : 44 Location : Johor Status : married Joined : 2008-05-26
| Subject: Re: Samad Lefthanded meninggal dunia (23 Oct) Fri Oct 24, 2008 11:18 am | |
| | |
|
rotab_bam Ahli Mangku Negara (A.M.N)
Posts : 193 Age : 37 Location : somewhere in nowhere Status : online (masa register) Joined : 2008-08-06
| Subject: Re: Samad Lefthanded meninggal dunia (23 Oct) Fri Oct 24, 2008 12:35 pm | |
| *teringt lagu JOGET instrumental gitar dia.. beh solo dia | |
|
bayu_pagi Temenggung
Posts : 2295 Age : 45 Location : EARTH~ Status : MaRRieD Joined : 2008-05-05
| Subject: Re: Samad Lefthanded meninggal dunia (23 Oct) Thu Oct 30, 2008 7:56 am | |
| Innalillah....sesama kiter sedekahkan Al-Fatihah buat arwah | |
|
Sponsored content
| Subject: Re: Samad Lefthanded meninggal dunia (23 Oct) | |
| |
|