Selepas menonton drama Korea popular,
My Girl pasti semua
peminat selebriti Korea mahukan hero (Lee Dong-wook) dan heroinnya (Lee
Da-hae) bercinta terus. Gandingan mereka semestinya yang paling serasi
dan romantik.
Walau bagaimanapun, khabar terbaru dari Korea, pasangan ini benar-benar bercinta. Adakah berita ini benar?
Sementara itu, bagi peminat Lee Da-hae (Da-hae) yang merindui
aksinya akan terubat selepas 8TV akan menayangkan drama terbaru
lakonannya iaitu
Hello My Lady. Selepas anda menonton drama ini, jalan cerita agak menarik dan ia boleh dikategorikan sekuel drama
My Girl lakonan Da-hae bersama Dong-wook.
Selain Da-hae, peminat Dong-wook juga akan terubat rindu dengan
comebacknya yang dijadualkan pada Mei ini.
Berbalik pada kisah cinta Da-hae dan Dong-w pertengahan Februari
lalu, ahli kelab peminat Dong-wook dapati aktor kacak ini menggunakan
topi dan hiasan telefon yang sama dengan Da-hae. Malah, skrin telefon
Dong-wook tertera foto pasangan ini di hadapan rumahnya.
Justeru itu juga, foto berkenaan diambil ketika mereka keluar bersama (
dating). Pun begitu, Dong-wook sempat menjawab isu berkenaan dalam sebuah akhbar Korea.
"Sebenarnya, topi dan hiasan tersebut adalah hadiah daripada
peminat. Malah, hadiah berkenaan merupakan hadiah untuk pasangan. Saya
rasa mereka sukakan kami bersama jadi mereka berikan kami hadiah
sebegini.
"Kami juga mempunyai peminat yang berbeza. Saya juga tak pernah
hadiri mesyuarat peminat bersama Da-hae. Saya rasa mereka mahu kami
dating bersama," jelas Dong-wook dengan nada ketawa.
Selain itu, aktor mancung ini akui rumus mereka bercinta bermula selepas sambutan hangat daram
My Girl. Apapun, Dong-wook tak kisah dan berterima kasih kepada peminat yang mahukannya terus bercinta dengan Da-hae.
"Sudah lebih 2 tahun
My Girl di pasaran. Dari
My Girl saya mula diminati ramai bukan saja peminat di Korea tetapi turut diminati di seluruh Asia," katanya.
Ketika penggambaran drama terbarunya,
A Bittersweet Life di Jepun, Dong-wook merasai populariti
My Girl. Beliau berkata, tujuan dia ke sana hanya untuk berlakon tetapi kebetulan ketika itu drama
My Girl baru saja menyinggah pasaran di sana. Sambutan yang diterimanya amat memberangsangkan.