Pasaran drama TV pada 2007 lalu membawa sinar baru bagi industri
perfileman Korea. Ini semua kerana setiap drama yang keluar pasti
mendapat sambutan. Kebanyakan drama Korea bukan saja popular tapi
berkualiti dengan jalan cerita menarik dan banyak menyelitkan
pengajaran.
Namun apa yang ketara, babak yang paling banyak mendapat
perhatian adalah babak romantis iaitu cium. Rata-rata berpendapat,
babak cium boleh menilai tahap penghayatan pelakon tersebut.
Berikut adalah senarai drama Korea yang dianggap memaparkan babak cium terhangat.
Ciuman tak disangka - Prince HoursCerita yang menampilkan hero kacak, Se7en's ini sangat menghiburkan.
Ia menonjolkan kisah cinta bersamanya Heo I-Jeo. Namun, pasangan ini
dianggap kekok lebih-lebih lagi dalam penghayatan sebagai putera raja
dan dayang. Pun begitu, ciuman istimewa dari Se7en's pada gadis itu
pada babak akhir filem ini cukup memikat penonton.
Ciuman teragak-agak - Thank YouJang Hyeok menaruh perasaan kepada Kong Hyo-Jin yang berjuang
sebagai ibu tunggal. Walaupun tiada babak cium, penonton tetap dibuai
dengan perasaan malah mahukan mereka benar-benar bercium terutama
sekali babak bertentangan mata.
Cinta hanyut dalam hujan - Que Sera SeraBibit cinta Eric Moon bermula apabila mendapat ciuman dari Jeong
Yu-Mi. Hubungan cinta mereka perlu dibajai semula berikutan cinta
mereka menempuh banyak dugaan. Babak ciuman yang berterusan dalam drama
ini membuatkan peminat semakin teruja.
Ciuman orang miskin - Merry MarryPercintaan antara teruna dara yang miskin dalam
Merry Mary hanya sekadar memuaskan. Namun, cerita ini semakin memuncak apabila cinta Lee Ha-Na terbalas dengan ciuman dari Ji Hyeon-Woo.
Ciuman berperisa timun - War of MoneyBercium sambil makan timun! Kendengaran sangat pelik tetapi penonton
tertarik cara Park Shin-Yang dan Park Jin-Hee mengisahkan hubungan
cinta mereka ibarat kesegaran timun.
Ciuman murahan tapi hebat - Capital ScandalPasangan ini mula jatuh cinta apabila sering bertengkar. Secara
tiba-tiba, ciuman dari Kang Ji-Hwan menyejuk hati Han Ji-Min dan mereka
tidak lagi bersengketa. Jika dibandingkan dengan drama lain, adegan ini
kelakar dan murahan.
Mengharap ciuman Gong Yoo - Coffee PrincePasangan paling popular 2007, Gong Yoo dan Yoon Eun-Hye tidak dapat
menerima hakikat bahawa mereka saling tertarik apatah lagi Gong Yoo
merasakan Yoon Eun-Hye wanita yang kasar. Pun begitu, cerita ini ada
kesan skrip yang tak boleh dilupakan. "Tak kisahlah awak lelaki atau
alien. Yang penting saya tak boleh lari dari kamu."