Terkejut pula apabila mendengar khabar angin yang
mengatakan pasangan paling romantis Hollywood Angelina Jolie, 32, dan
Brad Pitt, 44, akhirnya mengikat ikatan perkahwinan pada Sabtu lalu.
Mana boleh jadi, yalah tak diundang sama, wah perasan gitu!
Tapi akhirnya difahamkan bahawa ia hanya khabar angin. Berita itu disahkan satu sumber kepada
USmagazine.com dan majalah
Peopleyang mendakwa tiadanya majlis pernikahan antara Brad dan Angelina
seperti yang dikatakan berlangsung di New Orleans, Amerika Syarikat
(AS).
Menurut laporan yang ditulis kebanyakan beberapa media
antarabangsa, pasangan itu sebaliknya berada di New Orleans 2 minggu
lalu bagi memenuhi program
Make It Right iaitu program pembangunan semula bandar berkenaan yang musnah akibat bencana Taufan Katrina.
Menurut laporan, pasangan Brangelina berada di Texas minggu lalu bagi menjayakan penggambaran filem
Tree of Life yang dilakonkan Brad bersama Sean Penn.
Hai, tak berenggang langsung. Di mana ada Brad, di situlah ada
Angelina meskipun pelakon berbibir seksi itu sedang sarat
mengandung. Dalam tak sabar menanti kelahiran bayi kembar mereka,
Angelina akan tampil dengan filem terbarunya, berjudul
Wanted, pada Jun ini.
Brad dijangka akan berada di Kodak Theatre,
Hollywood Ahad ini bagi menjayakan program amal mengutip dana
anjuran program realiti popular,
American Idol. Rancangan
Idol Gives Back itu hanya akan ditayangkan pada 9 April ini dan akan menjelajah beberapa bandar sekitar AS.
Sedang tunggu pengumuman rasmi dua artis wanita terkenal di Malaysia mengenai pernikahan masing-masing.