Posts : 5286 Age : 43 Location : world wide web Joined : 2008-03-29
Subject: Alkohol dalam minyak wangi, hukumnya... Wed Jun 11, 2008 9:45 am
hmmm.. bila ditanya nami, aku pun search for this matter utk memastikan lagi pemahaman aku... so ni le jawapannya..
Sebahagian kaum muslimin berdalil tentang najisnya alkohol dari firman Allah yang ertinya, “Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khomr, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah najis termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan.” (Al Maa’idah: 90). Yaitu dari perkataan ‘adalah najis’.
Pendapat yang benar, makna kata najis di atas bukanlah najis secara hakiki tetapi najis secara maknawi (najis pada makna di dalamnya). Dimaknakan demikian kerana judi, berhala, undian pada ayat tersebut tidaklah dikatakan najis secara hakiki. Maka alkohol (khomr) boleh disentuh (tidak najis), sebagaimana juga berhala dan lainnya.
Bahkan terdapat dalil tentang sucinya alkohol dalam hadits dari sahabat Abu Sa’id Al Khudri, bahawa ketika ayat pelarangan khomr itu turun, para sahabat menumpahkan khomr-khomr mereka di jalan-jalan kota Madinah (HR. Muslim)
Syaikh Al Albani rohimahulloh mengatakan, “Dalam hadits ini terdapat faedah penting yaitu isyarat tentang sucinya khomr sekalipun haram hukumnya. Sebab seandainya khomr tidak suci, tentu para sahabat tidak akan menuangkannya di jalan-jalan dan tempat lalu banyak orang, tetapi mereka akan membuangnya ke tempat yang jauh sebagaimana layaknya barang-barang najis lainnya. (Lihat Irwa’ul Gholil).
Daripada kaedah fiqhiyyah dapat juga dibuktikan bahawa alkohol tidaklah najis. Sebagaimana Syaikh Ibnu Utsaimin rohimahulloh juga mengatakan, “Tidak ada dalil yang menunjukkan najisnya dzat khomr. Dan jika tidak ada dalil yang menunjukan demikian maka dzat khomr adalah suci kerana (kaedah mengatakan) asal segala sesuatu adalah suci dan tidak setiap yang haram itu najis, sebagaimana racun itu haram namun tidak najis. (Fatawa Syaikh Utsaimin, no 210). Jika telah jelas bahawa dzat alkohol tidaklah najis, maka tidaklah wajib untuk mencuci sesuatu yang terkena alkohol.
Minyak wangi yang Mengandung Alkohol
Bagaimana hukum menggunakan minyak wangi yang mengandung alkohol? Pertanyaan ini telah dijawab oleh Syaikh Al Albani rohimahulloh. Beliau mengatakan, “Minyak wangi-minyak wangi yang mengandung alkohol yang bukan minyak tidaklah najis, namun boleh jadi hukumnya adalah haram. Hukumnya haram jika peratusan alkohol pada minyak wangi-minyak wangi tersebut besar hingga menjadikan minyak wangi-minyak wangi tersebut suatu cairan yang memabukan, maka jika demikian jadilah minyak wangi tersebut memabukan (khomr) dan masuklah ia dalam keumuman hadits-hadits yang melarang dari jual beli dan pembuatan khomr. Maka tidaklah boleh bagi kaum muslimin jika demikian untuk menggunakan minyak wangi tersebut kerana jenis penggunaan apapun terhadap minyak wangi ini telah masuk dalam keumuman firman Allah, “Dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran.” (Al Maa’idah: 2). Dan sabda Nabi shollAllahu ‘alaihi wa sallam, “Allah melaknat khomr pada sepuluh perkara, peminumnya, penuangnya, yang meminta untuk dituangkan, yang membawanya, yang dibawakan untuknya, yang menjualnya, yang membelinya.” (Al-Hadits). Oleh kerananya kami menasihati untuk menjauhi perdagangan minyak wangi-minyak wangi yang mengandung alkohol terlebih lagi jika tertulis dalam labelnya bahawa kandungan alkoholnya 60% atau 70 %, maknanya yaitu memungkinkan untuk mengubah minyak wangi tersebut menjadi minuman yang memabukan walaupun tidak najis secara dzatnya.” (Fatawa Al-Madinah Al-Munawwaroh no. 23).
***
Sumber: Buletin At-Tauhid Tingkat pembahasan: Dasar Penulis: Abu Isma’il M. Abduh Al Ambony
Berikut ini adalah petikan dari kertas kerja perbincangan Majlis Fatwa Kebangsaan mengenai hukum alkohol. Anda boleh mendapatkan secara lengkap kertas kerja ini dengan menulis surat kepada Pusat Islam.
Dan, kami memohon kemaafan atas kesilapan ejaan yang berlaku (jika ada).
-------------------------------------------------------------------------------------------------- Alkohol terdiri daripada berbagai-bagai bahan bahan kimia iaitu Ethanol atau ethyl alkohol, Bothanal dan lain-lain lagi. Dalam
minuman keras ethanol, ialah bahan yang menyebabkan mabuk dan ia merupakan bahan yang terbanyak sekali dicampurkan. 1) Setiap minuman arak mengandungi alkohol bukan alkohol itu dari arak. Alkohol dari proses pembuatan arak hukumnya haram dan najis, tetapi alkohol yang dibuat bukan melalui proses pembuatan arak maka hukumnya tidak najis dan tidak haram diminum. 2) Minuman ringan yang dibuat sama caranya dengan arak samaada mengandungi sedikit alkohol atau alkoholnya disulingkan adalah haram diminum. 3) Minuman yang dibuat bukan untuk dijadikan arak atau bukan yang memabukkan dan tidak sama caranya dengan proses arak adalah halal diminum. 4) Alkohol yang terjadi sampingan dalam proses pembuatan makanan tidak najis dan halal dimakan. 5) Ubat-ubatan dan pewangi yang ada kandungan alkohol adalah dimaafkan. 1. Penggunaan alkohol dalam bahan citarasa (Flavour) minuman ringan ini.
2. Proses pembuatan minuman ringan tidak sama dengan pembuatan arak, oleh itu minuman ringan halal diminum kerana ia tidak memabukkan dan tidak memberi mudharat kepada orang yang meminumnya. Menurut kitab"AlFiqh Al-Muzahibil ar'baah " dalam bab "An najasat juzu 1, Alkohol yang dimasukkan ke dalam minyak wangi untuk menahan minyak wangi agar tahan lama atau untuk menaikkan roti adalah harus.
Lembaga Fatwa Al-Azhar berpendapat bahawa alkohol itu tidak najis manakala arak tetap najis. Setelah membincangkan perkara ini dengan panjang lebar maka jawatankuasa mengambil keputusan bahawa minuman ringan yang dibuat sama caranya dengan arak adalah haram alkohol yang terjadi sampingan dalam proses pembuatan makanan tidak
najis dan boleh di makan. Ubat-ubatan dan pewangi yang ada kandugan alkohol adalah harus dan dimaafkan.
notme Bendahara
Posts : 1746 Age : 42 Location : JB Status : single not available Joined : 2008-03-31
Subject: Re: Alkohol dalam minyak wangi, hukumnya... Wed Jun 11, 2008 1:45 pm
maceh bebanyak zol.. :k:
zoulle Inspekter Sahab
Posts : 5286 Age : 43 Location : world wide web Joined : 2008-03-29
Subject: Re: Alkohol dalam minyak wangi, hukumnya... Wed Jun 11, 2008 1:58 pm
things mcm ni baik kita share reramai kan.. takut was was plak nanti.. semoga semua mendapat kebaikan..
mehatespink Temenggung
Posts : 2860 Age : 41 Location : sumwhere in malaysia Joined : 2008-04-03
Subject: Re: Alkohol dalam minyak wangi, hukumnya... Wed Jun 11, 2008 5:52 pm
tq 4 sharing ye.. sharing is luv.. erkk
bayu_pagi Temenggung
Posts : 2295 Age : 45 Location : EARTH~ Status : MaRRieD Joined : 2008-05-05
Subject: Re: Alkohol dalam minyak wangi, hukumnya... Wed Jun 11, 2008 5:55 pm
ko nak "sharing is luv" ngan saper lak nie ain oiii....
zoulle Inspekter Sahab
Posts : 5286 Age : 43 Location : world wide web Joined : 2008-03-29
Subject: Re: Alkohol dalam minyak wangi, hukumnya... Wed Jun 11, 2008 9:33 pm
ngan sape lagi bayu.. ngan topic starter le.. huhuhu.. sharing is love, tu baru dengar tu.. normally sharing is caring je..
Sponsored content
Subject: Re: Alkohol dalam minyak wangi, hukumnya...