| 10 Sebab DiLarang Pilih Suami Orang.. | |
|
+9pendekar laut hunny_kono zoulle mehatespink irees_natasha sempoiajer79 zam sHaFiZa nina2519 13 posters |
|
Author | Message |
---|
nina2519 Temenggung
Posts : 2324 Age : 39 Location : ~Jin Bertendang~ Status : ~ Single Tak single Sangat Laa ~ Joined : 2008-04-04
| Subject: 10 Sebab DiLarang Pilih Suami Orang.. Wed May 28, 2008 12:26 pm | |
| Cinta Itu Buta. Tidak mengenal usia, darjat, status dsbnya.. Itulah yang sering dikatakan oleh pujangga cinta. Bila terjerat susah untuk melepaskan diri. Tidak kurang juga ada cinta terhalang oleh sebab-sebab tertentu. Contohnya Cintakan Lelaki yang bujang 3, 2 atau 1. Makna dia suami orang laa.. Di sini disenaraikan sebab-sebab mengapa orang atau masyarakat sering menghalang perhubungan ini terus terjalin? Ini adalah kerana :-
1. SI DIA TIDAK AKAN BERANI MEMBUAT SEBARANG KOMITMEN DENGAN KAMU
Seorang lelaki yang tidak bahagia dalam rumah tangganya akan pasti terasa amat gembira dengan kehadiran kamu apatah lagi dia terasa dirinya diberi sepenuh perhatian yang mungkin tidak diperoleh dari isterinya sendiri. Pasti saban masa dia akan melahirkan rasa bahagianya berada di sisi kamu. Ini mungkin kelihatan seperti komitmen terhadap masa depan kamu. Tapi, percayalah itu hanyalah kata-kata manis sekadar untuk mendapatkan cinta kamu saja!
2. SANGGUP MENIPU ISTERINYA
Sikapnya yang tak jujur terhadap isterinya sendiri sudah cukup untuk dijadikan bukti jelas kepada kamu sikap sebenar si dia yang tak jujur. Dia sanggup mencari hiburan di luar rumah apabila mendapati ada masalah atau perkara yang tidak memuaskan hatinya di rumah, tanpa cuba untuk mengatasi masalah itu. Tambahan pula, kamu menjadi punca sebenar si dia menipu kepada isterinya. Ingat, si dia mungkin akan mengulangi sikap menipu ini terhadap kamu apabila kamu berdua menghadapi masalah dalam perhubungan kamu kelak.
3. HUBUNGAN SECARA SULIT
Merahsiakan sesebuah perhubungan itu sememangnya suatu perkara yang meletihkan. Melibatkan diri di dalam perhubungan sulit seperti ini akan membuatkan kamu kehilangan keyakinan diri kerana kamu akan ketinggalan dalam pelbagai aspek perhubungan yang indah. Kamu tidak boleh berjalan berdua-duaan dengan bebas dan bangga. Ini kerana kamu akan sentiasa diselubungi oleh perasaan takut dan bimbang. Takut orang lain terlihat kamu berdua-duaan lalu mengadu kepada isteri si dia. Mati kamu kena serang!
4. LELAKI LEBIH BERUNTUNG
Apa yang dimaksudkan di sini, dia dianggap lebih bertuah dalam masa yang sama tetap mempunyai sebuah keluarga yang akan tetap menyayanginya. Sebaliknya dalam diam kamu pula yang mengalami "kerugian" kerana terpaksa berkongsi kasih dengan keluarganya yang sah. Bayangkan, kamu tidak boleh menemaninya ke majlis-majlis formal kerana sudah pasti dia akan membawa isterinya. Kamu hanyalah sebagai teman di kala ingin mengubat kesunyian atau mencari hiburan jika ada masalah di rumah saja! Kamu kena ingat, mereka boleh berkahwin lebih daripada empat!
5. MAMPUKAH KAMU MENCINTAINYA?
Persoalannya, apakah kamu masih sanggup menersukan perhubungan dengan seorang lelaki yang tidak jujur dan tidak hormat kepada isterinya? Dengan menjalinkan perhubungan secara sulit dengan kamu sudah jelas menunjukkan bahawa dia menganggap perempuan mudah untuk dipikat dan diperlakukan sewenang-wenangnya. Jika dia benar-benar menyayangi dan jujur dengan isterinya, sudah pasti dia sanggup berterus-terang. Alasan untuk tidak melukai hati isterinya bukannya alasan yang kukuh memandangkan dia sememangnya sudah melukai hati isterinya di saat dia menjalinkan hubungan dengan wanita lain!
6. SI DIA AKAN HILANG HORMAT TERHADAP KAMU
Jangan terkejut! Walaupun dia yang jatuh cinta pada kamu dan menarik minat kamu, di dalam hati lelakinya dia pasti akan pandang rendah terhadap wanita seperti kamu yang mudah terpedaya dengan kata-kata lelaki sepertinya. Siapa tahu, mungkin pada awalnya dia sekadar nak "test market" saja. Tak sangka pula kamu benar-benar terpikat. Lelaki pula, mana yang sanggup menolak tuah kan? Dalam keadaan seperti inilah yang selalunya akan timbul soal dipermainkan.
7. PEMUSNAH RUMAH TANGGA ORANG LAIN
Ingat ! Sebagai wanita, kamu seharusnya lebih memahami perasaan dan naluri kaum sejenis kamu. Dengan menjalinkan hubungan dengan suami wanita lain, menunjukkan bahawa kamu tidak menghormati hak kaum kamu sendiri. Bayangkan jika hak kamu diganggu atau cuba dirampas oleh orang lain? Sebaliknya ada pula yang sanggup berkomplot dengan si lelaki untuk menipu isterinya. Ingat, jika hari ini kamu mengambil hak orang lain, tak mustahil orang lain pula akan mengambil hak kamu suatu hari nanti! Renungkan!
8. KAMU MENIPU DIRI SENDIRI
Si dia sentiasa mengucapkan kata-kata manis pada kamu tetapi masih tidak menamatkan perhubungannya dengan isterinya dan pada masa yang sama masih tidak memulakan perhubungan yang sah dengan kamu. Inilah yang dikatakan sebagai "Action that speak louder than words" (pandai cakap tapi buatnya tidak!)
9. BERWASPADALAH DENGAN "BOOMERANG KESALAHAN"
Kebanyakan orang tak kira sama ada wanita tau lelaki mempunyai sikap sukar untuk bertanggungjawab terhadap keputusan dan tindakan yang mereka lakukan secara terburu-buru. Manusia lebih mudah untuk mencari kesalahan orang lain daripada menanggung malu. Jika perbuatan si dia diketahui oleh isterinya atau saudara-mara, jangan terkejut jika dia menyalahkan kamu lalu membuatkan kamu terpaksa menanggung segala derita. Haiiiii Kasih ke mana, sayang ke mana. Tinggal kamu seorang yang menderita !
10. MASA ITU EMAS! DAN KAMU TIDAK SEPATUTNYA MENSIA-SIAKANNYA
Hubungan dengan lelaki yang telah berkahwin boleh berlanjutan selama beberapa tahun. Sedar tak sedar, usia kamu semakin meningkat. Apabila kamu sudah tua baru kamu sedar yang kamu terjerat dan tak boleh melarikan diri lagi. Jika boleh melarikan diri pun, kamu sudah tidak tahu apa yang patut kamu lakukan. Terasa begitu lama kamu mempersiakan zaman muda kamu menjalinkan hubungan yang TAK BERMAKNA!
Renung-renungkanlah sejauh mana kebenaran di sebalik apa yang cuba disampaikan. Moga boleh dijadikan panduan pada kita semua... .khususnya wanita...
| |
|
| |
nina2519 Temenggung
Posts : 2324 Age : 39 Location : ~Jin Bertendang~ Status : ~ Single Tak single Sangat Laa ~ Joined : 2008-04-04
| Subject: Re: 10 Sebab DiLarang Pilih Suami Orang.. Wed May 28, 2008 1:17 pm | |
| jgnlah pilih laki org..bahayas.. tapi kalo dh jodoh apakan daya kan..apapun semua itu sudah suratan yg tersurat..terimalah gan hati yg ikhlas..urmm | |
|
| |
sHaFiZa Temenggung
Posts : 709 Age : 45 Location : Putrajaya Status : Its complicated Joined : 2008-03-31
| Subject: Re: 10 Sebab DiLarang Pilih Suami Orang.. Wed May 28, 2008 1:31 pm | |
| tu ade dlm Islam ke tak... kalo cmtu..apsl Islam menghalal kn poligami.. pikir2 la balik... jgn ikut kata hati..tp hukum Allah kite nk pertikai.. tu pndpat saya je.. | |
|
| |
zam Bendahara
Posts : 5644 Age : 36 Location : Petaling Jaya Status : Married Joined : 2008-03-28
| Subject: Re: 10 Sebab DiLarang Pilih Suami Orang.. Wed May 28, 2008 2:01 pm | |
| masing2 tahu berfikir & tahu baik buruknya... hukum ALLAH mmg tidak boleh di pertikaikan.. tp manusia diberi pilihan.. jika xmampu 2..3..4 isteri cukuplah dgn yg satu tu.. perempuan plak kan byk pilihan lg..kalau ambik suami org tu fikirlah perasaan isteri dia.. kena fikir jgk betul ke niat dia ambik suami org tu kerana nak menurut hukum ALLAH dan ketentuan takdir semata2? segala tindakan dari awal mengenali sehingga kahwin dgn suami org tu mengikut landas2 syariat ke? | |
|
| |
sempoiajer79 Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K)
Posts : 352 Age : 45 Location : Tingkat Seploh... Status : Single Joined : 2008-04-24
| Subject: Re: 10 Sebab DiLarang Pilih Suami Orang.. Wed May 28, 2008 3:03 pm | |
| ya ampun... minta dijauhi dari hubungan dengan suami orang.... buat sakit hati jek dari bahagia diri.... dulu hampir terjebak tapi kini berjaya ku tepis... * To "suami org".. ko nak putus kwn pun putuslah.. asalkan diriku tidak kau ganggu... banyak kecewa dari bahagia.... | |
|
| |
nina2519 Temenggung
Posts : 2324 Age : 39 Location : ~Jin Bertendang~ Status : ~ Single Tak single Sangat Laa ~ Joined : 2008-04-04
| Subject: Re: 10 Sebab DiLarang Pilih Suami Orang.. Wed May 28, 2008 4:22 pm | |
| [quote="sempoiajer79 banyak kecewa dari bahagia....[/quote] betul tu sempoi byk kecewa dari bahagia..mybe kebahagian yg ada sekejap jerk sementara nak pujuk kita tapi bile dh dapat..urm pham2 sendirilah.. | |
|
| |
sempoiajer79 Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K)
Posts : 352 Age : 45 Location : Tingkat Seploh... Status : Single Joined : 2008-04-24
| Subject: Re: 10 Sebab DiLarang Pilih Suami Orang.. Wed May 28, 2008 6:46 pm | |
| time nak kahwin.. mmglah bahagia... sure sponsor baeeeekkkk punya.. tp contoh bila time nak raya, nak balik kampung start timbul satu hal... diikuti dengan hal yang lain punya... dan seterusnya... dan seterusnya... kesimpulannya, manis sementara yang balance pahit mcm hempedu rasanya... | |
|
| |
irees_natasha Temenggung
Posts : 1332 Age : 42 Location : .. My Heart .. Status : .. My Love .. Joined : 2008-04-03
| Subject: Re: 10 Sebab DiLarang Pilih Suami Orang.. Thu May 29, 2008 12:12 am | |
| 10. MASA ITU EMAS! DAN KAMU TIDAK SEPATUTNYA MENSIA-SIAKANNYA
Hubungan dengan lelaki yang telah berkahwin boleh berlanjutan selama beberapa tahun. Sedar tak sedar, usia kamu semakin meningkat. Apabila kamu sudah tua baru kamu sedar yang kamu terjerat dan tak boleh melarikan diri lagi. Jika boleh melarikan diri pun, kamu sudah tidak tahu apa yang patut kamu lakukan. Terasa begitu lama kamu mempersiakan zaman muda kamu menjalinkan hubungan yang TAK BERMAKNA!
jangan la sia sia kan masa anda dengan pekara macam nii ... adakah anda akan bahagia hidup di atas penderitaan org lain ???? fikir2kan lahhhh ..... | |
|
| |
mehatespink Temenggung
Posts : 2860 Age : 41 Location : sumwhere in malaysia Joined : 2008-04-03
| Subject: Re: 10 Sebab DiLarang Pilih Suami Orang.. Thu May 29, 2008 9:55 am | |
| 7. PEMUSNAH RUMAH TANGGA ORANG LAIN
Ingat ! Sebagai wanita, kamu seharusnya lebih memahami perasaan dan naluri kaum sejenis kamu. Dengan menjalinkan hubungan dengan suami wanita lain, menunjukkan bahawa kamu tidak menghormati hak kaum kamu sendiri. Bayangkan jika hak kamu diganggu atau cuba dirampas oleh orang lain? Sebaliknya ada pula yang sanggup berkomplot dengan si lelaki untuk menipu isterinya. Ingat, jika hari ini kamu mengambil hak orang lain, tak mustahil orang lain pula akan mengambil hak kamu suatu hari nanti! Renungkan!
huhuhuhuuh.. jgn la wat camgini.. | |
|
| |
nina2519 Temenggung
Posts : 2324 Age : 39 Location : ~Jin Bertendang~ Status : ~ Single Tak single Sangat Laa ~ Joined : 2008-04-04
| Subject: Re: 10 Sebab DiLarang Pilih Suami Orang.. Thu May 29, 2008 11:29 am | |
| 5. MAMPUKAH KAMU MENCINTAINYA?
Persoalannya, apakah kamu masih sanggup menersukan perhubungan dengan seorang lelaki yang tidak jujur dan tidak hormat kepada isterinya? Dengan menjalinkan perhubungan secara sulit dengan kamu sudah jelas menunjukkan bahawa dia menganggap perempuan mudah untuk dipikat dan diperlakukan sewenang-wenangnya. Jika dia benar-benar menyayangi dan jujur dengan isterinya, sudah pasti dia sanggup berterus-terang. Alasan untuk tidak melukai hati isterinya bukannya alasan yang kukuh memandangkan dia sememangnya sudah melukai hati isterinya di saat dia menjalinkan hubungan dengan wanita lain!
lelaki kalo sekali dh buat dier akan buat lagi..begitulah dalam perhubungan..kalo ada pompuan lain dalam hidup meksipun dh kawen bermakna tak mustahil hal itu akan berulang kembali n kitalah mangsanya pulak..bak kata org jgn rampas hak org lain nnti kita yg kena balik..pikir2 kanlah..mampukah kita menyintainya!!! | |
|
| |
irees_natasha Temenggung
Posts : 1332 Age : 42 Location : .. My Heart .. Status : .. My Love .. Joined : 2008-04-03
| Subject: Re: 10 Sebab DiLarang Pilih Suami Orang.. Fri May 30, 2008 4:34 pm | |
| emm memang tul tu nina ... siapa kah yang ada dalam hati dia ??? | |
|
| |
nina2519 Temenggung
Posts : 2324 Age : 39 Location : ~Jin Bertendang~ Status : ~ Single Tak single Sangat Laa ~ Joined : 2008-04-04
| Subject: Re: 10 Sebab DiLarang Pilih Suami Orang.. Fri May 30, 2008 4:38 pm | |
| tu lah.. kalo cinta 3 segi tue namanya takde lah kesetiaan..sedangkan dalam perhubungan perlukan kesetiaan n kejujuran barulah aman n damai rumahtangga..kecurangan hanya mengundang musibah yg tak terduga | |
|
| |
irees_natasha Temenggung
Posts : 1332 Age : 42 Location : .. My Heart .. Status : .. My Love .. Joined : 2008-04-03
| Subject: Re: 10 Sebab DiLarang Pilih Suami Orang.. Fri May 30, 2008 4:46 pm | |
| kepercayaan itu sukar utk dikembalikan jika ianya dah hancur .... | |
|
| |
nina2519 Temenggung
Posts : 2324 Age : 39 Location : ~Jin Bertendang~ Status : ~ Single Tak single Sangat Laa ~ Joined : 2008-04-04
| Subject: Re: 10 Sebab DiLarang Pilih Suami Orang.. Fri May 30, 2008 5:07 pm | |
| tu lah memang sukar..setelah kepercayaan yg diberikan dikianati.. | |
|
| |
irees_natasha Temenggung
Posts : 1332 Age : 42 Location : .. My Heart .. Status : .. My Love .. Joined : 2008-04-03
| Subject: Re: 10 Sebab DiLarang Pilih Suami Orang.. Fri May 30, 2008 5:09 pm | |
| tul nina ... dikianati tu lebih sakit dari luka yang mengeluarkan darah ... | |
|
| |
nina2519 Temenggung
Posts : 2324 Age : 39 Location : ~Jin Bertendang~ Status : ~ Single Tak single Sangat Laa ~ Joined : 2008-04-04
| Subject: Re: 10 Sebab DiLarang Pilih Suami Orang.. Fri May 30, 2008 5:13 pm | |
| sakit nyer yg takde ubat irees..kalo darah tue kite leh hentikan tapi kalo sakit hati camne?? kekadang dgn sakit hati ini macam2 leh jadi.. so pikir2kanlah kalo kite terasa nak ambil hak org tue..satu hari nnti bile terjadi kat kita camne..even kalo tak jadi kat kita tapi anak cucu kite sure kita marah kan..camtu lah perasaan derang..jgnlah mementingkan diri sendiri sampai mengetepikan org lain.. | |
|
| |
Guest Guest
| Subject: Re: 10 Sebab DiLarang Pilih Suami Orang.. Sat May 31, 2008 1:58 pm | |
| isu2 poligami ni sensitif..melibatkan HUKUM ALLAH.. berhati2 membuat kenyataan.. jangan sampai menafikan hukum2 yg di tentukan.. tiada istilah rampas merampas...diri kita bukan hak kita..diri suami anda pun bukan hak anda semata2..hanyalah pinjaman dari ALLAH semata2.. saya faham perasaan perempuan2... tiada siapa yg sanggup di madukan.. tiada siapa suka berkongsi kerana kita manusia ada sifat penakhluk...ingin memiliki secara mutlak.. |
|
| |
zoulle Inspekter Sahab
Posts : 5286 Age : 44 Location : world wide web Joined : 2008-03-29
| Subject: Re: 10 Sebab DiLarang Pilih Suami Orang.. Mon Jun 02, 2008 6:18 am | |
| - nina2519 wrote:
so pikir2kanlah kalo kite terasa nak ambil hak org tue..satu hari nnti bile terjadi kat kita camne..even kalo tak jadi kat kita tapi anak cucu kite sure kita marah kan..camtu lah perasaan derang..jgnlah mementingkan diri sendiri sampai mengetepikan org lain.. kenapa nak marah ea.. gue pun pelik arr.. soal jodoh n ajal bukan terletak di tangan kita..kita hanya boleh merancang tapi kalau da ditakdirkan cane? let say le kalau pilih suami org, memang le akan jadi kat diri seniri tu sebab da pilih suami org.. then anak cucu dah bertemu jodoh ngan suami org lain or suami anak cucu tu bercinta ngan wanita lain, kena marah2 ke? ala, anak cucu tu pepandai le jaga umahtangga diorang seniri.. nenek jangan le marah2 k.. huhuhu.. | |
|
| |
zam Bendahara
Posts : 5644 Age : 36 Location : Petaling Jaya Status : Married Joined : 2008-03-28
| Subject: Re: 10 Sebab DiLarang Pilih Suami Orang.. Mon Jun 02, 2008 12:35 pm | |
| kembali kepada fitrah kejadian..ingt asal usul kita.. xde apa milik kita...semua milik ALLAH.. apa yg ALLAH tentukan.. redha je la.. | |
|
| |
Guest Guest
| Subject: Re: 10 Sebab DiLarang Pilih Suami Orang.. Mon Jun 02, 2008 5:14 pm | |
| kenali diri n ALLAH s.wt. dulu... pasti kita tidak akan mermpertikaikannya.. |
|
| |
hunny_kono Ahli Mangku Negara (A.M.N)
Posts : 90 Age : 42 Location : pahang Status : married Joined : 2008-04-15
| Subject: Re: 10 Sebab DiLarang Pilih Suami Orang.. Sat Jun 07, 2008 2:09 am | |
| cuma kena beringatlah dan bersedia utk suami anda diambil satu hari nt..adatlah..hari ni kita ambik hak org..one day org akan ambil hak kita lak..adil kan??? | |
|
| |
sempoiajer79 Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K)
Posts : 352 Age : 45 Location : Tingkat Seploh... Status : Single Joined : 2008-04-24
| Subject: Re: 10 Sebab DiLarang Pilih Suami Orang.. Sat Jun 07, 2008 4:12 am | |
| - hunny_kono wrote:
- cuma kena beringatlah dan bersedia utk suami anda diambil satu hari nt..adatlah..hari ni kita ambik hak org..one day org akan ambil hak kita lak..adil kan???
hidup ini umpama roda yang berputar... sekejap turun and sekejap lagi naik.. sama mcm hukum karma.. buat baik dibalas baik... buat jahat, balasnya jahat juga.... setiap apa yg kita buat pasti akan mendapat balasanya.... oleh itu, berfikir sebelum bertindak /melakukan sesuatu......... | |
|
| |
nina2519 Temenggung
Posts : 2324 Age : 39 Location : ~Jin Bertendang~ Status : ~ Single Tak single Sangat Laa ~ Joined : 2008-04-04
| Subject: Re: 10 Sebab DiLarang Pilih Suami Orang.. Mon Jun 09, 2008 3:10 pm | |
| yer berfikirlah sebelum membuat apa2 jua tindakan..urm | |
|
| |
pendekar laut Ahli Mangku Negara (A.M.N)
Posts : 123 Age : 45 Location : Johor Status : married Joined : 2008-05-26
| |
| |
bayu_pagi Temenggung
Posts : 2295 Age : 46 Location : EARTH~ Status : MaRRieD Joined : 2008-05-05
| |
| |
Sponsored content
| Subject: Re: 10 Sebab DiLarang Pilih Suami Orang.. | |
| |
|
| |
| 10 Sebab DiLarang Pilih Suami Orang.. | |
|