ADAB MENGUAP
1. Menahan menguap sekadar termampu:* Diriwayatkan oleh Al-Bukhari
daripada Abu Hura ira h r. a., daripada Nabi Muhammad s. a. w.,
bahwasanya baginda bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya Allah Ta'ala
suka orang yang bersin, dan membenci orang yang menguap. Maka apabila
seseorang kamu bersin, lalu dia mengucapkan 'Alhamdulillaah' , maka
adalah hak atas setiap Muslim yang mendengarnya pula mengucapkan
'Yarhamukallaah! '. Adapun menguap itu adalah daripada syaitan. Maka
apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia menahannya sekadar
termampu. Sebab sesungguhnya apabila seseorang kamu menguap, syaitan
akan mentertawakannya.
2. Meletakkan tangan di atas mulut untuk menahan menguap:*
Diriwayatkan oleh Muslim daripada Abu Said Al-Khudri r. a., katanya :
Telah bersabda Rasulullah s. a. w. yang bermaksud: Apabila seseorang
kamu menguap, hendaklah dia meletakkan tangannya pada mulutnya, kerana
sesungguhnya syaitan itu akan masuk (melalui mulut yang terbuka).
Kebanyakan ulama menghukumkan sunnat meletakkan tangan di mulut ketika
menguap, sama ada di dalam sembahyang ataupun di luarnya.
3. Makruh mengangkat suara ketika menguap:* Diriwayatkan oleh Muslim,
Ahmad dan At-Termizi daripada nabi Muhammad s. a. w. katanya yang
bermaksud: Sesungguhnya Allah suka kepada orang-orang yang bersin, dan
membenci orang-orang yang menguap. Maka apabila seseorang kamu
menguap, jangan sampai berbunyi haaa haaa, kerana yang demikian itu
daripada syaitan yang mentertawakanmu. Ibnu As-Sunni telah
meriwayatkan pula daripada Abdullah bin Az-Zubair r. a., katanya:
Telah bersabda Rasullah s. aw. yang bermaksud: Sesungguhnya Allah
azzawajalla membenci mengangkat suara ketika menguap dan bersin. Ada
diriwayatkan iaitu apabila seseorang itu dapat menahan menguap, lalu
dia berkhayal dalam ingatannya, bahawasanya Nabi alaihis-salam tidak
pernah menguap sama sekali, niscaya akan hilang perasaan hendak
menguap itu dengan izin Allah.
:yuk: nguap depan muka..(depan muke sape ek??? )