Tidak diragukan lagi bahawa kehidupan manusia terdiri drpd pelbagai aspek dan kebahagiaan mereka diperolehi dgn memelihara semua aspek-aspek tersebut melalui penyusunan dan perundangan yg rapi.
Oleh krn Fikah Islam merupakan hukum-hukum yg disyariatkn oleh Allah utk hamba-hambaNya bagi menjaga kemaslahatan dan menghindari berlakunya kerosakan maka Fikah Islam datang dlm keadaan merangkumi aspek tadi dan menyusun semua keperluan manusia dgn hukum-hukumnya.
Berpandukan kitab-kitab Fikah yg mengandungi hukum-hukum syarak yg disandarkan kpd kitab Allah, Sunnah Rasul, ijmak ulama dan ijtihad ulama, maka didapati hukum-hukum tersebut terbahagi kpd 7 bahagian dan daripadanya dibentuk perundangan umum bagi menjamin kehidupan manusia samada dlm bentuk individu @ masyarakat.
Bahagian Pertama
Hukum2 yg berkaitan dgn ibadat kpd Allah spt berwhudu', Solat, puasa, zakat, haji dan sebagainya. Hukum2 ini dinamakan HUKUM IBADAT.
Bahagian Kedua
Hukum2 yg berkaitan dgn kekeluargaan spt perkahwinan, penceraian, keturunan, penyusuan, nafkah, perwarisan dan lain-lain. Hukum2 ini dikategorikan sbg HUKUM2 HAL EHWAL KEKELUARGAAN.
Bahagian Ketiga
Hukum2 yg berkaitan dgn perbuatan manusia, muamalah sebahagian mereka dgn sebahagian yg lain spt berjual beli, gadaian, sewaan, pendakwaan, keterangan-keterangan, penunaian dan lain2. Ia dinamakan sbg HUKUM_HUKUM MUAMALAT
Bahagian Keempat
Hukum2 yg berkaitan dgn kewajipan pemerintah seperti menegakkan keadilan, menolak kezaliman dan melaksanakan hukum-hukum. Begitu juga kewajipan rakyat mentaati pemimpin dlm perkara yg bkn maksiat dan lain-lain lagi. Ia dikenali dgn HUKUM_HUKUM PEMERINTAH atau SIASAH SYAR'IYYAH (Corak pemerintahan yg berasaskan kepada hukum syarak)
Bahagian Kelima
Hukum2 yg berkaitan dgn hukum yg dijatuhkan ke atas org yg bersalah, menjaga keamanan dan peraturan spt hukuman kpd pembunuh, pencuri, peminum arak dan seumpamanya. Hukum2 ini dikenali dgn 'UQUBAH (Hukuman)
Bahagian Keenam
Hukum2 yg mengatur hubungan antara negara Islam dgn negara2 lain ketika peperangan dan damai. Ia dinamakn dgn AS-SIYAR.
Bahagian Ketujuh
Hukum2 yg berkaitan dgn akhlak, sifat malu, pekerti yg baik dan buruk dan lain2. Bahagian ini dinamakan dgn HUKUM AKHLAK Dan ADAB-ADAB.
Dgn demikian dpt dirumuskan bhw Ilmu Fikah merangkumi hukum-hukum yg berkaitan dgn segala keperluan manusia dan mengandungi semua perkara yg sesuai dgn kehidupan manusia samada utk individu atau masyarakat.
Islam itu agama yg sempurna.