Kerabu
Resipi 1.
Sesuai untuk ulam-ulan dedaun seperti pucuk kadok, cekur, selom, pucuk paku dan sebagainya. Juga sesuai untuk kekacang seperti kacang botol, kacang panjang atau kacang buncis.
Taugeh pun sesuai.
Bahan-bahan
Ulam-ulam yang perlu di potong halus-halus. Ada yang boleh di makan secara mentah ada juga yang perlu di celur sedikit seperti kekacang dan taugeh.
30 - 40 g Kerisek
Cili merah (5 - 7 biji) Kalau suka pedas boleh tambah cili padi.
Belacan
Bawang besar dimayang nipis
1/2 inci halia yang di mayang halus
Udang basah dalam 5 -6 ekor. Di rebus denganair yg sedikit.
2-3 sudu Air asam jawa dan garam secukup rasa.
Cara membuat kerabu.
1. Kalau ulam-ulam yang di gunakan perlu di celur sila celurkan dulu dan potong halus2.
2. Tumbuk cili, garam dan belacan seperti membuat sambal belacan.
3. Bila dah siap masukkan udang basah, kerisik, bawang besar dan halia. Gaulkan dengan rata campuran sambal itu. Masukkan air asam
4. Gaulkan Ulam-ulaman yang telah di potong tadi sehingga menjadi sebati dan rata.
5. Dah boleh di hidang dah ni.
Resipi 2
Resipi ni aku selalu buat sama ada guna ulam kacang botol/kacang kelisa atau daun selom.
Bahan-bahan
Ulam ( 5 -6 tangkai daun selom atau 3 -4 biji kacang botol)
1 kumtum Bunga kantan, di rincik halus-halus
1 biji limau nipis
3 - 5 biji cili merah
3 -4 ekor udang basah yang di rebus (air rebusan jangan banyak hanya sekedar untuk masakkan udang saja) Kalau ada air rebusan boleh masukkan dalam kerabu biar basah2 sikit.
Garam
1 labu bawang besar yang di mayang halus
Cara membuatnya
1. Tumbuk cili sampai lumat bersama garam dan udang yang telah di rebus tadi tu
2. Gaulkan bahan-bahan ini. Masukkan sedikit air perahan limau nipis.
3. Gaulkan semua ulam, bunga kantan dan bawang besar ke dalam campuran sambal tadi tu.
4. Gaul hingga rata
selamat mencuba...