lelakigagah Rakyat Jelata
Posts : 5 Age : 37 Location : Kuala Lumpur Status : single Joined : 2012-09-28
| Subject: ILMU PENUNDUK SUAMI & WANGIAN UNTUK WANITA DAN HUKUMNYA Thu Oct 25, 2012 12:12 am | |
| Assalamu alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh wahai sahabat-sahabatku. Saya suka memakai wangi-wangian, kerana ia menyegarkan dan memberikan keyakinan pada diri saya. Tapi tahukah kita, hukum memakai wangi-wangian ini. Hukum wanita memakai wangi-wangian mempunyai beberapa situasi. Ia adakalanya akan menjadi; WAJIB, SUNAT, MAKHRUH dan HARAM Hal ini adalah sebalik untuk kaum lelaki. Lelaki hukumnya memakai wangi-wangian adalah SUNAT sepanjang masa, kecuali terdapat keterangan yang menghukumkan sebaliknya.
WAKTU WAJIB WANITA BERWANGI-WANGIAN Bilakah agaknya wajib ya untuk berwangi-wangian. Sudah tentulah ketika suami ada di rumah. Khususnya ketika hendak melayan suami di waktu malam, hendaklah mereka terlebih dahulu bersolek dan memakai wangi-wangian. Selain daripada itu tujuan tersebut tidak diwajibkan. Nabi SAW bersabda.maksudnya
“Sebaik-baik wanita (isteri) ialah jika kamu (suami) memandang kepadanya sentiasa menyenangkan hati kamu…”
- (An Nasa’ie dari Abu Hurairah)
Apa yang dimaksudkan dengan ‘menyenangkan hati’? Ia memberi menerangkan dalam semua segi. Dari segi akhlak, wajahnya, dan dirinya sentiasa berhias dan bersolek, sentiasa berbau wangi di rumah dan di hadapan suami. Semuanya termasuk perkara yang boleh menyenangkan suami. Tetapi kalau keluar rumah, wanita dilarang, bahkan HARAM bersolek dan mengenakan bau-bauan dan bersolek ketika keluar rumah. Terdapat di dalam kitab Muhimmah dan ‘Uqudullujain’ bahawa ; “Para waniya (isteri) berhias (solek) dan menggenakan wangi-wangian untuk suami dan tidak memakainya ketika suami tidak ada di rumah dan ketika hendak keluar rumah”
Asma binti Khairiyyah Fazari telah menasihatkan anak perempuannya ketika anak perempuannya hendak berkahwin; “Peliharalah dirimu daripada berbau busuk oleh hidung suamimu, Janganlah sampai ia mencium baumu, kecuali yang harum-harum belaka.”
Umamah bin Haris menasihati kepada anak perempuannya, Ummu Ilyas, ketika telah selesai aqad nikah dengan Amru bin Hujuru, raha Kindah;
“Sentiasa menjaga hidung sumai kamu agar jangan ia tercium bau busukmu. Hendaklah sentiasa memakai bau-bauan agar sentiasa berbau wangi oleh suami.”
Sementara Abdullah bin Jaafar bin Abu Talib pula menasihati anak perempuannya;
“Sentiasalah kamu memakai celak untuk suami mu, kerana celak itu adalah sebaik-baik perhiasan.”
Ini menunjukkan Abdullah juga menyuruh anaknya sentiasa bersolek untuk suaminya. Ibnu Abbas pula berkata;
” Aku sentiasa berhias untuk isteriku sepertimana isteri ku sentiasa berhias untuk ku.”
Oleh demikian sebagai sepasang suami isteri, berhias untuk pasangan adalah perlu dan wajib untuk menimbulkan suasana menyenangkan dan menyenangkan mata dan hati pasangan kita. Kadang kala kita lihat perkara ini remeh, tetapi perkara ini jugalah akan boleh membahagiakan rumahtangga kita dan juga memualkan pasangan sekiranya kita tak menjaga keterampilan kita dihadapan suami kita. Malah ia juga kalau di kawal boleh membuatkan suami / isteri kita mencari yang lain atau lebih teruk lagi runtuhnya masjid yang dibina.
Semoga kita semua dapat keredhaan Allah dengan amalan kita sepanjang hayat. Kita berusaha, berdoa, dan tawakkal insya’allah | |
|