Bahan A:
1 kg beras basmathi (Basuh dan toskan)
4 cawan air
1 cawan kacang peas
1 cawan kismis
3 biji cili merah
1 tangkai daun sup (dihiris)
1 tangkai daun ketumbar (dihiris)
3 sudu makan minyak masak
5 sudu makan minyak sapi
3 sudu makan serbuk jintan manis (dibancuh dengan air)
1 cawan bawang goring
Garam secukup rasa
Bahan B (Ditumis)
5 biji bawang merah (dimayang)
3 ulas bawang putih (dimayang)
1 labu bawang besar (dimayang)
3 inci halia (dimayang)
2 inci kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelage
2 sudu makan jintan manis
1 sudu makan jintan putih
Cara membuatnya:
Panaskan minyak sapi dan minyak masak. Tumiskan semua bahan B sehingga wangi
Masukkan serbuk jintan yang sudah dibancuh dengan sedikit air. Kacau rata.
Masukkan beras, cili merah, air dan garam. Biarkan mendidih dan air kering
Masukkan nasi yang kering dalam kukusan dan taburkan daun ketumbar, daun sup, bawang goring, kacang peas dan kismis
Kukuskan selama 30 minit
Hidangkan dengan ayam goreng serai dan salad.
Nak resepi lagi?? jom singgah disini http://iresepi1malaysia.blogspot.com