Menghilangkan Jerawat
Hilangkan jerrawat dengan sebungkus daun teh (masih hijau). Didihkan kemudian lekatkan ke jerawat.
Lalat jatuh ke dalam minuman
Jika lalat jatuh ke dalam minuman, rendamkan terus lalat itu kemudian buangkan. Air itu selamat untuk diminum.(Intipati dari hadis)
Senggugut
Ubati senggugut dengan minuman air rebusan rumput jarum emas atau rumput rempah padang atau rumput cengkih padang semasa kedatangan haid atau sebelumnya.
Pecah Bibir
Pecah bibir dalam mulut atau lidah akibat tergigit? Sapukan getah pokok sena yang berwarna merah.
Sakit Mata
Daun bunga melati, jika ditumbuk sampai lumat, kemudian ditampal pada kening, insyaAllah akan
sembuh dari sakit mata.
Demam
Lendir dari daun lidah buaya boleh mengurangkan suhu demam.
Makanan yang masam
Jangan makan banyak makanan yang serba masam, nanti badan jadi lemah.
Sakit Gigi
Aduh sakit gigi. Celupkan kapas ke dalam minyak yang sudah digunakan untuk memasak. Kemudian bakar seketika di dalam piring (jangan sampai jadi abu). Masukkan sisa bakaran ke tempat gigi yang berlubang. Hati-hati jangan terkena gusi.
Mengurangkan suhu badan
Ramas dan rendamkan beberapa kuntum bungan raya bersama lendirnya ke dalam air dan sapukan ke dahi.
Insya-Allah kurang suhu badan.
Jika terkena api
Kalau terkena api, sedangkan madu dan susu pekat tiada, gunakan ubat gigi ke atas tempat yang sakit.
Anak sesak nafas
Jika anak sesak nafas, ambil minyak kelapa dan gosokkan di atas kepalanya.
Supaya tidak panas memakan durian
Supaya tidak pening atau panas ketika memakan terlalu banyak durian, masukkan sedikit air ke dalam pangsa durian dan minum.
Baju terkena minyak
Jika baju terkena minyak masak atau sambal, bubuh bedak atau tepung di tempat yang kena dan biarkan semalaman.
Air dimasuki lalat
Jika lalat jatuh ke dalam minuman, rendamkan terus lalat itu kemudian buangkan. Air itu selamat untuk diminum. (Intipati dari hadis)
Tumbesaran Anak-anak
Anak-anak akan lebih giat membesar jika dikenakan pakaian yang longgar.
Minuman panas lebih cepat sejuk
Supaya minuman panas di dalam cawan lebih cepat sejuk, masukkan sebatang sudu besi dan biarkan beberapa ketika.
Ubat gigi
Arang yang didapati dari kayu yang dibakar hangus boleh dijadikan ubat gigi.
Membasuh beras
Jangan basuh beras lebih dari tiga kali kerana khasiat kebaikannya akan hilang jika dicuci terlalu bersih.
Tidur di siang hari
Jika terlalu banyak tidur pada siang hari adalah dikhuari boleh mendatangkan penyakit-penyakit kulit.
Mencuci sayur
Sayur yang hendak dimasak hendaklah dicuci lebih lama dengan mencucurkan air paip ke atasnya supaya selamat dari sisa-sisa racun serangga dan baja.
Menajamkan penglihatan
Tajamkan penglihatan anda dengan kerap memandang sesuatu yang berwarna hijau.
Menggoreng Ikan
Supaya ikan digoreng tidak melekat di kuali, masukkan seketul asam jawa ke dalam minyak semasa memanaskan kuali.
Menghilangkan bau peti
Letakkan arang di dalam peti sejuk untuk mengelak peti sejuk daripada berbau.
Mengilatkan emas
Untuk mengilatkan emas, rendamkan emas dengan air asam Jawa semalaman, kemudian gosok dengan ubat gigi.
Mata kiri terkena cili
i) Sekiranya mata kiri terkena cili, basuh ibu jari kaki kanan dan begitulah sebaliknya.
ii) Gosokkan dengan hujung rambut.