"Sungguh memalukan!!"
"Maafkan saya bapak, sa..saya..saya menyesal!", Liana terisak-isak di hadapan bapaknya.
"Menyesal
? Dah terlambat! Kau tahu tak? Nama keluarga kita dah tercemar! ...
belum pernah keturunan kita kena macam nie? Kau tahu tak!" herdik bapak
Liana.
"Sudahlah bang", mak Liana menyampok, "Kita bincangkan sekeluarga."
"Nak
bincang aper lagi? ... anak awak nie dah mengaku... ... issshhh... ...
." balas bapanya sambil memalingkan mukanya ke arah pokok di luar.
Liana
betul betul menyesal dgn pengakuannya itu... kalau dia tahu bapaknya
jadi camnie dia diam je... toksah mengaku lagi baik. Seluruh hidupnya
seakan-akan runtuh di depan matanya, masa depan dia gelap? ... dia
telah mencemarkan nama baik keluarga dan keturunannya. Dia tahu
masyarakatnya tidak akan dapat menerima dia lagi. Dia tahu keluarganya
dah kecewa. What a letdown?
Di satu pagi yg hening dia keluar
berjalan ke arah satu bangunan pencakar langit yg tinggi.
Perlahan-lahan dia menaiki tangga sampai ke atas bumbung bangunan itu.
Dia memandang ke bawah... dia lihat kereta dan org ramai bersepah kat
bawah macam semut-semut yg baru kena spray dgn Baygon.
Liana dah
nekad apa terjadi... . jadilah... .. Dia dah memalukan keluarganya, dia
mencemarkan keturunannya, bapanya tidak mahu menerima atas kelemahannya
itu.
Liana tebayangkan wajah maknya, air matanya menitis. Emaknya
lah tempat dia bermanja, emaknya la yg akan meyelimutkan dikala sejuk,
menyuapkan dikala lapar, wajah adik-beradik kembarnya juga terbayang
dimata.
Sambil mengesat airmatanya, dia menarik nafas panjang...
berjalan kehadapan hingga ke hujung bangunan itu. Setapak demi setapak
dia melangkah ke hadapan hingga dirinya terjatuh melayang ke bawah...
dia dapat rasakan angin yg begitu deras memukul mukanya... jantungnya
berdegup pantas bila dia melihat bumi semakin dekat... .. dgn satu
tarikan nafas yg dalam, Liana mengembangkan sayapnya,
SWOOOOOSSSSHHHHHHHHH!!!... ... .. dia terbang .
"Yessss! Yessss! Yessssssssssssssss! I've made it!!!!!", dia memekik keriangan.
Finally
dia dapat melawan fobianya... dia dah no longer afraid of height...
sebagai seekor burung, itulah yg sepatutnya menjadi fitrah
semulajadi... selama ini dia takut... .. ye dia takut pada tempat
tinggi dan kerana ketakutan inilah membuatnya tidak mahu terbang... dah
bertahun dia rahsiakan hal ini dari keluarganya... . Sebab tu bapak dia
kecewa bila dia membuat pengakuan itu kerana memang tak pernah seumur
hidup seekor burung takut pada ketinggian.
Tapi sekarang dia dah tak takut, dia dah berani... . dia dah boleh terbang...