FAKTA 1: Puteri Gunung Ledang
Setelah dikajiselidik melalui sebuah perkuburan yang terdapat dipinggir
Gunung Ledang, terdapat kesan-kesan peninggalan dan bukti yang
menunjukkan mayat di dalam kubur tersebut ialah Puteri Gunung Ledang.
Di sebelah bawah badan mayat tersebut terdapat secalik kertas dan
setelah diselidik ia sebenarnya Kad Pengenalan Puteri Gunung Ledang. Nama sebenar Puteri Gunung Ledang yang tertera didalam IC itu ialah Tiara Jeaquelina bin Abdullah.
FAKTA 2: Batu
Bersurat Terengganu Mengikut sejarah, ada seorang hamba sultan
Terengganu telah dipancung kerana telah melakukan kesalahan. Namun
tidak diberitahu apa kesalahannya. Di atas kajiselidik kami, hamba yang
dihukum bunuh itu sebenarnya ialah seorang yang bekerja sebagai posmen
tetapi tidak mahu menghantar surat-surat baginda kemudian posmen itu
melonggokkan surat dirumahnya. Pulis telah menemui 1,290 pucuk batu
bersurat di rumah posmen tersebut. Alasan posmen itu ialah macammana
dia nak angkat batu-batu bersurat tu naik basikal untuk dihantar ke
penerimanya.
FAKTA 3: Keris Taming Sari
Ramai yang mengatakan bahawa keris taming sari telah hilang dan tidak
dijumpai sehingga kini. Namun kami telah menemuinya di salah satu
kawasan di pendalaman Melaka. Setelah berbulan-bulan mengadakan
ekspedisi mencari keris taming sari barulah kami menemui motor Kris
yang ditunggang oleh pakcik Taming yang sedang memakai Sari.
FAKTA
4: Bangunan WTC Runtuh di New York Sebenarnya bangunan ini dapat
diselamatkan dari runtuh namun fakta kami sangat jelas kenapa
sebenarnya ia runtuh. Persoalan kenapa bangunan ini runtuh terjawab
kerana Superman pada masa tu spender dia basah lalu malu untuk dia
keluar tanpa spender dia, Batman pula takleh keluar siang sebab kelawar
tidur waktu siang. Spiderman pulak hari tu mengalami kincit perut dan
terberak-berak kerana tertelan sarang labah-labah. Manakala Kapten
Amerika pada hari tu sedang menghadiri majlis penerimaan pangkat
sebagai Kapten. Hulk dan wolverine pula tengah menghadiri interview
sebagai pelayan hotel dan last sekali catwomen tengah jahit kostumnya
yang koyak. Ini semuanya fakta kenapa bangunan tu runtuh kerana
superhero amerika mengalami masalah.