Samat
baru sahaja berkahwin. Kerana tidak mempunyai rumah, dia terpaksa menumpang di
rumah bapa mertuanya.
malangnya,
ada sesuatu yang tidak kena. Samat ni kuat sangat makan. Bapa mertuanya selalu
merungut. Beras 20kg,
tak
sampai seminggu dah habis. Selalu tak macam ini. Sejak Samat duduk di rumahnya...
cepat sangat barang-barang
dapur
habis. Samat betul-betul 'menghabiskan borehhh...' Kebaikan Samat pula ialah,
dia ni alim sikit. Tak pernah
tinggal
sembahyang. Malangnya bapa mertuanya tak pulak begitu... Waktu maghrib seronok
depan tv tengok roda
impian...
lepas tu sambung tengok berita... lepas tu makan... lepas tu tidur.. esok
bangun pukul 8... pergi kedai kopi.
..
bersembang, sampai tengahari. Balik makan, kemudian tidur... petang pergi kedai
kopi lagi... main dam, berborak
mengalahkan
orang politik. Kerana sama-sama ada kekurangan ni lah yang menyebabkan si
menantu tak berani
menasihati bapa mertua, dan bapa mertua tak
berani memarahi anak menantu yang kuat makan. Tetapi dia terus
mencari
idea... macam mana nak kenakan si Samat ni.. Bengang betul dia... dah lah tak
kerja... melantak kuat pulak tu...
Suatu
hari dia dapat idea... nak kenakan Samat.. "Samat, mari kita main dam
haji..." katanya kepada Samat... "Boleh juga.
.."
kata Samat tanpa mengesyaki sesuatu. Bila sahaja bermain, dia sengaja
membiarkan buah damnya dimakan oleh
Samat...
Dia hulur, Samat makan, hulur lagi... Samat makan lagi... hulur lagi makan
lagi, dan lagi... dan lagi..."Eh ko ni Samat.
..
kuat betul makan laa... agak-agak laa..." katanya tersenyum.. "Alamak
bapak mertua i ni perli i ni..
.
mentang-mentang i kuat makan.." fikirnya dalam hati... tapi tak apa...
Mereka bermain set kedua... bapa mertuanya
hulur...
dia tak makan... hulur lagi, tak makan juga... kena tangkap... tak macam set
pertama... dia dah bijak sikit...
Bila
tak makan, mestilah kena tangkap...(sesiapa tak tahu main dam haji tentu tak
faham cerita ini...) kemudian bapa
mertuanya
dapat melangkah hingga ke haji... ada lagi.... "Ehh orang tak pernah
sembahyang pun boleh pergi haji ke...?"
Merah
padam muka bapa mertuanya... dia nak perli anak menantunya, tetapi dia yang
terkena....
Selepas
dari itu, Samat tak lagi kuat makan dan bapa mertuanya dah jadi alim... tak
tinggal sembahyang lagi...
sekarang
ni ada kat Mekah kerjakan umrah... Nak pergi haji belum sampai seru... katanya
laa...
Moral
cerita : Jangan malu nak menegur kesilapan orang lain, jika untuk kebaikan.