Forum Komuniti Teratak
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


 
HomeGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in
Log in
Username:
Password:
Log in automatically: 
:: I forgot my password
Jom Borak
Organisasi Teratak
PENAUNG
DYMM Sultan Teratak
DYMM Permaisuri
 
WEBMASTER
 
ADMINISTRATORS
Inspektor Sahab
Bendahara Teratak
 
MODERATORS
Temenggung Teratak
 
TDC's Logo
Designed by:
Latest topics
» TISSU MAGIC SPRAY - WWW.BATINSUAMI.COM
Arwah ibu ziarah jenazah anaknya I_icon_minitimeTue Jan 09, 2024 3:13 pm by notrex

» A drop of ecstasy - MENINGKATKAN DAYA KEINGINAN SEKS WANITA
Arwah ibu ziarah jenazah anaknya I_icon_minitimeWed Nov 22, 2023 1:48 pm by notrex

» STEVIA AJMAL Sweetener Pemanis Tanpa Gula
Arwah ibu ziarah jenazah anaknya I_icon_minitimeWed Nov 22, 2023 1:44 pm by notrex

» BIG PENIS ORIGINAL - www.batinsuami.com
Arwah ibu ziarah jenazah anaknya I_icon_minitimeWed Nov 22, 2023 1:35 pm by notrex

» Original Gambir Emas Plus Gel (Lulus KKM) - www.batinsuami.c
Arwah ibu ziarah jenazah anaknya I_icon_minitimeThu Jun 15, 2023 9:52 am by notrex

» Herbal Rimba - WWW.BATINSUAMI.COM
Arwah ibu ziarah jenazah anaknya I_icon_minitimeWed Jun 07, 2023 11:29 am by notrex

» Spring Returns (juga dikenali sebagai SR Capsule) - WWW.BATI
Arwah ibu ziarah jenazah anaknya I_icon_minitimeWed Jun 07, 2023 10:45 am by notrex

» Xdrop Perangsang NAFSU SEX WANITA 100%ORIGINAL
Arwah ibu ziarah jenazah anaknya I_icon_minitimeTue Jun 06, 2023 1:41 pm by notrex

» SEX POWER JAPAN SPRAY - 0133066540
Arwah ibu ziarah jenazah anaknya I_icon_minitimeTue May 30, 2023 9:51 am by notrex

» TITAN CANDY SUPPLEMENT - www.batinsuami.com
Arwah ibu ziarah jenazah anaknya I_icon_minitimeTue May 30, 2023 9:13 am by notrex

» BIG PENIS ENLARGEMENT - WWW.BATINSUAMI.COM
Arwah ibu ziarah jenazah anaknya I_icon_minitimeMon May 29, 2023 10:07 am by notrex

» American Booster - 0133066540
Arwah ibu ziarah jenazah anaknya I_icon_minitimeMon May 29, 2023 9:48 am by notrex

» SOLOCO SPRAY - Spray Tahan Lama - 0133066540
Arwah ibu ziarah jenazah anaknya I_icon_minitimeWed May 24, 2023 7:39 am by notrex

» Hickel Spray ORGINAL - WWW.BATINSUAMI.COM
Arwah ibu ziarah jenazah anaknya I_icon_minitimeWed May 24, 2023 7:28 am by notrex

» Tw booster gold original
Arwah ibu ziarah jenazah anaknya I_icon_minitimeTue May 23, 2023 1:32 pm by notrex

Poll
Teratak Dunia Cyber
Membosankan
Arwah ibu ziarah jenazah anaknya I_vote_lcap8%Arwah ibu ziarah jenazah anaknya I_vote_rcap
 8% [ 3 ]
Biasa sahaja
Arwah ibu ziarah jenazah anaknya I_vote_lcap19%Arwah ibu ziarah jenazah anaknya I_vote_rcap
 19% [ 7 ]
Menarik
Arwah ibu ziarah jenazah anaknya I_vote_lcap50%Arwah ibu ziarah jenazah anaknya I_vote_rcap
 50% [ 18 ]
Amat menarik
Arwah ibu ziarah jenazah anaknya I_vote_lcap22%Arwah ibu ziarah jenazah anaknya I_vote_rcap
 22% [ 8 ]
Total Votes : 36
Top posters
zam
Arwah ibu ziarah jenazah anaknya I_vote_lcapArwah ibu ziarah jenazah anaknya I_voting_barArwah ibu ziarah jenazah anaknya I_vote_rcap 
zoulle
Arwah ibu ziarah jenazah anaknya I_vote_lcapArwah ibu ziarah jenazah anaknya I_voting_barArwah ibu ziarah jenazah anaknya I_vote_rcap 
mehatespink
Arwah ibu ziarah jenazah anaknya I_vote_lcapArwah ibu ziarah jenazah anaknya I_voting_barArwah ibu ziarah jenazah anaknya I_vote_rcap 
nina2519
Arwah ibu ziarah jenazah anaknya I_vote_lcapArwah ibu ziarah jenazah anaknya I_voting_barArwah ibu ziarah jenazah anaknya I_vote_rcap 
bayu_pagi
Arwah ibu ziarah jenazah anaknya I_vote_lcapArwah ibu ziarah jenazah anaknya I_voting_barArwah ibu ziarah jenazah anaknya I_vote_rcap 
notme
Arwah ibu ziarah jenazah anaknya I_vote_lcapArwah ibu ziarah jenazah anaknya I_voting_barArwah ibu ziarah jenazah anaknya I_vote_rcap 
roll_honey
Arwah ibu ziarah jenazah anaknya I_vote_lcapArwah ibu ziarah jenazah anaknya I_voting_barArwah ibu ziarah jenazah anaknya I_vote_rcap 
notrex
Arwah ibu ziarah jenazah anaknya I_vote_lcapArwah ibu ziarah jenazah anaknya I_voting_barArwah ibu ziarah jenazah anaknya I_vote_rcap 
irees_natasha
Arwah ibu ziarah jenazah anaknya I_vote_lcapArwah ibu ziarah jenazah anaknya I_voting_barArwah ibu ziarah jenazah anaknya I_vote_rcap 
jay
Arwah ibu ziarah jenazah anaknya I_vote_lcapArwah ibu ziarah jenazah anaknya I_voting_barArwah ibu ziarah jenazah anaknya I_vote_rcap 
Who is online?
In total there are 36 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 36 Guests :: 2 Bots

None

Most users ever online was 280 on Sun Apr 11, 2021 1:48 pm

 

 Arwah ibu ziarah jenazah anaknya

Go down 
4 posters
AuthorMessage
Penyimpan Mohor DYMM
Founder
Founder
Penyimpan Mohor DYMM


Posts : 123
Joined : 2008-03-28

Arwah ibu ziarah jenazah anaknya Empty
PostSubject: Arwah ibu ziarah jenazah anaknya   Arwah ibu ziarah jenazah anaknya I_icon_minitimeThu Oct 23, 2008 3:47 pm

Kisah ini diceritakan oleh seorang ustaz yang bertugas memandikan mayat orang Islam di hospital.

Lebih kurang jam 3.30 pagi, saya menerima panggilan dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor untuk menguruskan jenazah lelaki yang sudah seminggu tidak dituntut. Di luar bilik mayat itu cukup dingin dan gelap serta sunyi dan hening. Hanya saya dan seorang penjaga bilik tersebut yang berada dalam bilik berkenaan.

Saya membuka dengan hati-hati penutup muka jenazah.Kulitnya putih,badannya kecil dan berusia awal 20-an. Allah Maha Berkuasa. Tiba-tiba saya lihat muka jenazah itu sedikit demi sedikit bertukar menjadi hitam. Mulanya saya tidak menganggap ia sebagai aneh, namun apabila semakin lama semakin hitam, hati saya mula bertanya-tanya. Saya terus menatap perubahan itu dengan teliti, sambil di hati tidak berhenti-henti membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Detik demi detik berlalu,wajah jenazah semakin hitam. Selepas lima minit berlalu,barulah ia berhenti bertukar warna.

Ketika itu wajah mayat berkenaan tidak lagi putih seperti warna asalnya,tetapi hitam seperti terbakar.Saya keluar dari bilik berkenaan dan duduk termenung memikirkan kejadian aneh yang berlaku itu. Pelbagai pertanyaan timbul di kepala saya; apakah yang sebenarnya telah terjadi?

Siapakah pemuda itu? Mengapa wajahnya bertukar hitam? Persoalan demi persoalan muncul di fikiran saya. Sedang saya termenung tiba-tiba saya dapati ada seorang wanita berjalan menuju ke arah saya. Satu lagi pertanyaan timbul, siapa pula wanita ini yang berjalan seorang diri di bilik mayat pada pukul 4.00 pagi? Semakin lama dia semakin hampir, dan tidak lama kemudian berdiri di hadapan saya. Dia berusia 60-an dan memakai baju kurung.

Ustaz," kata wanita itu.

"Saya dengar anak saya meninggal dunia dan sudah seminggu mayatnya tidak dituntut. Jadi saya nak tengok jenazahnya." kata wanita berkenaan dengan lembut.

Walaupun hati saya ada sedikit tanda tanya,namun saya membawa juga wanita itu ke tempat jenazah tersebut. Saya tarik laci 313 dan buka kain penutup wajahnya.

"Betulkah ini mayat anak mak cik?"tanya saya.

"Mak cik rasa betul... tapi kulitnya putih."

"Makcik lihatlah betul-betul." kata saya.

Selepas ditelitinya jenazah berkenaan, wanita itu begitu yakin yang mayat itu adalah anaknya. Saya tutup kembali kain penutup mayat dan menolak kembali lacinya ke dalam dan membawa wanita itu keluar dari bilik mayat. Tiba di luar saya bertanya kepadanya.

"Mak cik, ceritakanlah kepada saya apa sebenarnya yang berlaku sampai wajah anak mak cik bertukar jadi hitam?" tanya saya.

Wanita itu tidak mahu menjawab sebaliknya menangis teresak-esak. Saya ulangi pertanyaan tetapi ia masih enggan menjawab. Dia seperti menyembunyikan sesuatu.

"Baiklah, kalau mak cik tidak mahu beritahu,saya tak mahu uruskan jenazah anak mak cik ini. " kata saya untuk menggertaknya.

Bila saya berkata demikian, barulah wanita itu membuka mulutnya. Sambil mengesat airmata, dia berkata.

"Ustaz, anak saya ni memang baik, patuh dan taat kepada saya. Jika dikejutkan di waktu malam atau pagi supaya buat sesuatu kerja, dia akan bangun dan buat kerja itu tanpa membantah sepatahpun. Dia memang anak yang baik. Tapi..." tambah wanita itu lagi.

"apabila makcik kejutkan dia untuk bangun sembahyang, Subuh misalnya, dia mengamuk marahkan mak cik. Kejutlah dia, suruhlah dia pergi ke kedai, dalam hujan lebat pun dia akan pergi, tapi kalau dikejutkan supaya bangun sembahyang,anak makcik ini akan terus naik angin.Itulah yang mak cik kesalkan." kata wanita tersebut.

Jawapannya itu memeranjatkan saya. Teringat saya kepada hadis nabi bahawa barang siapa yang tidak sembahyang, maka akan ditarik cahaya iman dari wajahnya. Mungkin itulah yang berlaku. Wajah pemuda itu bukan sahaja ditarik cahaya keimanannya, malah diaibkan dengan warna yang hitam.Selepas menceritakan perangai anaknya, wanita tersebut meminta diri untuk pulang.Dia berjalan dengan pantas dan hilang dalam persekitaran yang gelap.Kemudian saya pun memandikan, mengapankan dan menyembahyangkannya.Selesai urusan itu, saya kembali ke rumah semula. Saya perlu balik secepat mungkin kerana perlu bertugas keesokan harinya sebagai imam di Masjid Sultan Sallehuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.

Selang dua tiga hari kemudian, entah kenapa hati saya begitu tergerak untuk menghubungi waris mayat pemuda tersebut. Melalui nombor telefon yang diberikan oleh Hospital Tengku Ampuan Rahimah, saya hubungi saudara Allahyarham yang agak jauh pertalian persaudaraannya. Selepas memperkenalkan diri, saya berkata,

"Encik, kenapa encik biarkan orang tua itu datang ke hospital seorang diri di pagi-pagi hari. Rasanya lebih elok kalau encik dan keluarga encik yang datang sebab encik tinggal di Kuala Lumpur lebih dekat dengan Klang."Pertanyaan saya itu menyebabkan dia terkejut,

"Orang tua mana pula?" katanya.

Saya ceritakan tentang wanita berkenaan, tentang bentuk badannya, wajahnya,tuturannya serta pakaiannya. "Kalau wanita itu yang ustaz katakan, perempuan itu adalah emaknya, tapi.... emaknya dah meninggal lima tahun lalu!" Saya terpaku, tidak tahu apa yang hendak dikatakan lagi. Jadi 'apakah' yang datang menemui saya pagi itu?Walau siapa pun wanita itu dalam erti kata sebenarnya, saya yakin ia adalah 'sesuatu' yang Allah turunkan untuk memberitahu kita apa yang sebenarnya telah berlaku hingga menyebabkan wajah pemuda berkenaan bertukar hitam.

Peristiwa tersebut telah terjadi lebih setahun lalu, tapi masih segar dalam ingatan saya. Ia mengingatkan saya kepada sebuah hadis nabi, yang bermaksud bahawa jika seseorang itu meninggalkan sembahyang satu waktu dengan sengaja,dia akan ditempatkan di neraka selama 80,000 tahun. Bayangkanlah seksaan yang akan dilalui kerana satu hari di akhirat bersamaan dengan seribu tahun di dunia. Kalau 80,000 tahun?

Wallahualam...jadikan iktibar.
Back to top Go down
https://teratak.forumotion.com
rotab_bam
Ahli Mangku Negara (A.M.N)
Ahli Mangku Negara (A.M.N)
rotab_bam


Male
Posts : 193
Age : 37
Location : somewhere in nowhere
Status : online (masa register)
Joined : 2008-08-06

Arwah ibu ziarah jenazah anaknya Empty
PostSubject: Re: Arwah ibu ziarah jenazah anaknya   Arwah ibu ziarah jenazah anaknya I_icon_minitimeFri Oct 24, 2008 9:59 am

solat itu tiang agama..paksi keimanan kita..
tapi kita kadang2 cuai jugak..terleka..asyik dengan nikmat dunia..
perteguhkanlah imanku ya ALLAH...Amin
Back to top Go down
http://www.yuta.com
areDIKA
Temenggung
Temenggung
areDIKA


Male
Posts : 470
Age : 42
Location : putrajaya
Joined : 2008-03-31

Arwah ibu ziarah jenazah anaknya Empty
PostSubject: Re: Arwah ibu ziarah jenazah anaknya   Arwah ibu ziarah jenazah anaknya I_icon_minitimeTue Nov 18, 2008 10:36 am

mudah mudahan peringatan ini dpt menyedarkan kita ttg tggjwb dan rukun islam yg ke 2 ini
Back to top Go down
apai_chey
Darjah Setia Di Raja
Darjah Setia Di Raja
apai_chey


Male
Posts : 310
Age : 41
Location : Kemamang
Status : saudagar merempat
Joined : 2008-11-25

Arwah ibu ziarah jenazah anaknya Empty
PostSubject: Re: Arwah ibu ziarah jenazah anaknya   Arwah ibu ziarah jenazah anaknya I_icon_minitimeSun Dec 07, 2008 11:02 am

thinking sempena raya korban ni, perbanyakkanlah masa dengah perkara berfaedah.. korbankan masa rehat terlampau.. korbankan masa pergi karaoke, pub, dangdut,,
Back to top Go down
http://busanaisyah.blogstarz.my
Sponsored content





Arwah ibu ziarah jenazah anaknya Empty
PostSubject: Re: Arwah ibu ziarah jenazah anaknya   Arwah ibu ziarah jenazah anaknya I_icon_minitime

Back to top Go down
 
Arwah ibu ziarah jenazah anaknya
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Kenangan dengan arwah mak di pagi raya...
» Takziah kepada zulsa atas pemergian arwah bapanya.

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Forum Komuniti Teratak :: Teratak Forum III :: Teratak Misteri & Mistik-
Jump to: