| Seorang IBU yang berbohong | |
|
+8zalynn ummi_miirul Whitepearl nina2519 @>-- phantageerow85 mehatespink roll_honey zam 12 posters |
Author | Message |
---|
zam Bendahara
Posts : 5644 Age : 35 Location : Petaling Jaya Status : Married Joined : 2008-03-28
| Subject: Seorang IBU yang berbohong Tue Aug 19, 2008 1:50 pm | |
| Ibuku Seorang Pembohong ???
Memang sukar untuk orang lain percaya,tapi itulah yang berlaku. Ibu saya memang seorang pembohong!! Sepanjang ingatan saya sekurang-kurangnya
8 kali ibu membohongi saya. Saya perlu catatkan segala pembohongan itu untuk dijadikan renungan anda sekalian.
Cerita ini bermula ketika saya masih kecil. Saya lahir sebagai seorang anak lelaki dalam sebuah keluarga miskin. Makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan. Adakalanya, selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan ikan masin dikongsi satu keluarga. Sebagai anak yang masih kecil, saya sering saja merungut. Saya menangis mahukan nasi dan lauk yang banyak. Tapi ibu cepat memujuk. Ketika makan, ibu sering membahagikan bahagian nasinya untuk saya. Sambil memindahkan nasi ke mangkuk saya, ibu berkata : ""Makanlah nak ibu tak lapar." – PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA.
Ketika saya mulai besar ibu yang gigih sering meluangkan watu senggangnya untuk pergi memancing di tali air berhampiran rumah. Ibu berharap dari ikan hasil pancingan itu dapat memberikan sedikit makanan untuk membesarkan kami adik-beradik. Pulang dari memancing, ibu memasak gulai ikan yang segar dan mengundang selera. Sewaktu saya memakan gulai ikan itu ibu duduk disamping kami dan memakan sisa daging ikan yang masih menempel di tulang daripada bekas sisa ikan yang saya makan tadi. Saya sedih melihat ibu seperti itu.. Hati saya tersentuh lalu dengan menggunakan sudu saya memberikan ikan itu kepada ibu. Tetapi ibu dengan cepat menolaknya. Ibu berkata : "Makanlah nak, ibu tak suka makan ikan." – PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA.
Di usia awal remaja, saya masuk sekolah menengah. Ibu pergi ke kedai dengan membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih untuk menyara persekolahan saya,abang dan kakak. Suatu dinihari lebih kurang pukul 1.30 pagi saya terjaga dari tidur. Saya melihat ibu membuat kuih dengan beremankan sebuah pelita di hadapannya. Beberapa kali saya melihat kepala ibu terhangguk kerana mengantuk. Saya berkata : "Ibu, tidurlah, esok pagi ibu kena pergi kebun pula." Ibu tersenyum dan berkata : "Cepatlah tidur nak, ibu belum mengantuk lagi." – PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA.
Di hujung musim persekolahan, ibu meminta cuti kerja supaya dapat menemani saya pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaan penting. Ketika hari sudah siang, terik panas matahari mulai menyinari, ibu terus sabar menunggu saya di luar dewan. Ibu seringkali saja tersenyum dan mulutnya terkumat-kamit berdoa kepada Illahi agar saya lulus ujian peperiksaan ini dengan cemerlang. Ketika loceng berbunyi menandakan ujian sudah selesai, ibu dengan segera menyambut saya dan menuangkan kopi yang sudah disiapkan dalam botol yang dibawanya. Kopi yang kental itu tidak dapat dibandingkan dengan kasih sayang ibu yang jauh lebih kental. Melihat tubuh ibu yang dibasahi peluh, saya segera memberikan cawan saya itu kepada ibu dan menyuruhnya minum. Tapi ibu cepat-cepat menolaknya dan berkata : "Minumlah nak, ibu tak haus!!" – PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT.
Setelah pemergian ayah kerana sakit, iaitu selepas saya baru beberapa bulan dilahirkan, ibulah yang mengambil tugas sebagai ayah kepada kami sekeluarga. Ibu bekerja mengambil upah di kebun, membuat penyapu lidi dan menjual kuih-muih agar kami tidak kelaparan. Tapi apalah sangat kudrat seorang ibu. Kehidupan keluarga kami semakin susah dan susah. Melihat keadaan keluarga yang semakin parah, seorang pakcik yang baik hati dan tinggal berjiran dengan kami, datang untuk membantu ibu. Anehnya, ibu menolak bantuan itu. Jiran-jiran sering kali menasihati ibu supaya menikah lagi agar ada seorang lelaki yang akan menjaga dan mencarikan wang untuk kami sekeluarga. Tetapi ibu yang keras hatinya tidak mengendahkan nasihat mereka. Ibu berkata : "Saya tidak perlukan cinta dan saya tidak perlukan lelaki." – PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA.
Setelah kakak dan abang habis belajar dan mula bekerja, ibu sudah pun tua. Kakak dan abang menyuruh ibu supaya berehat sahaja di rumah. Tidak payahlah lagi bersusah payah dan bersengkang mata untuk mencari duit. Tetapi ibu tidak mahu. Ibu rela pergi ke pasar setiap pagi menjual sedikit sayur untuk memenuhi keperluan hidupnya. Kakak dan abang yang bekerja jauh di kota besar sering mengirimkan wang untuk membantu memenuhi keperluan ibu, pun begitu ibu tetap berkeras tidak mahu menerima wang tersebut. Malahan ibu mengirim balik wang itu dan ibu berkata : "Jangan susah-susah, ibu ada duit." – PEMBOHONGAN IBU YANG KEENAM.
Setelah tamat pengajian di universiti, saya melanjutkan lagi pelajaran ke peringkat sarjana di luar Negara. Pengajian saya di sana dibiayai sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar. Sarjana itu saya sudahi dengan cemerlang,kemudian saya pun bekerja dengan syarikat yang telah membiayai pengajian saya juga di luar negara. Dengan gaji yang agak lumayan, saya berhajat membawa ibu untuk menikmati penghujung hidupnya di luar negara. Pada pandangan saya, ibu sudah puas bersusah payah untuk kami. Hampir seluruh hidupnya habis dengan penderitaan, eloklah kalau hari-hari tuanya ini ibu habiskan dengan keceriaan dan keindahan pula. Tetapi ibu yang baik hati, menolak ajakan saya. Ibu tidak mahu menyusahkan anaknya ini dengan berkata ; "Tak payahlah, ibu tak biasa tinggal di negara orang." – PEMBOHONGAN IBU YANG KETUJUH.
Beberapa tahun berlalu, ibu semakin tua.. Suatu malam saya menerima berita ibu diserang penyakit kanser. Ibu mesti dibedah secepat mungkin. Saya yang ketika itu berada jauh diseberang samudera terus segera pulang untuk menjenguk ibunda tercinta. Saya melihat ibu terbaring lemah di katil hospital setelah menjalani pembedahan. Ibu yang kelihatan sangat tua, menatap wajah saya dengan penuh kerinduan. Ibu menghadiahkan saya sebuah senyuman biarpun agak kaku kerana terpaksa menahan sakit yang menjalari setiap inci tubuhnya.. Saya dapat melihat dengan jelas betapa seksanya penyakit itu telah memamah tubuh ibu sehingga ibu menjadi terlalu lemah dan kurus. Saya menatap wajah ibu sambil berlinangan air mata. Saya cium tangan ibu kemudian saya kecup pula pipi dan dahinya. Di saat itu hati saya terlalu pedih, sakit sekali melihat ibu dalam keadaan seperti ini. Tetapi ibu tetap tersenyum dan berkata : "Jangan menangis nak, ibu tak sakit." – PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN.
Setelah mengucapkan pembohongan yang kelapan itu, ibunda tercinta menutup matanya untuk kali terakhir kali.
Anda bertuah kerana masih mempunyai ibu dan ayah. Anda boleh memeluk dan menciumnya. Kalau ibu anda jauh dari mata, anda boleh menelefonnya sekarang, dan berkata, 'Ibu,saya sayangkan ibu.' Tapi tidak saya. Sehingga kini saya diburu rasa bersalah yang amat sangat kerana biarpun saya mengasihi ibu lebih dari segala-galanya, tapi tidak pernah sekalipun saya membisikkan kata-kata itu ke telinga ibu, sampailah saat ibu menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Ibu, maafkan saya. Saya sayangkan ibu… | |
|
| |
roll_honey DYMM Permaisuri Teratak
Posts : 1681 Age : 48 Location : Bandaraya Pesisir Air Status : Lumber HaraM Joined : 2008-04-01
| Subject: Re: Seorang IBU yang berbohong Tue Aug 19, 2008 2:17 pm | |
| ...mmg btuah siapa yg dapat kaseh ibu.. marah dia marah sayangtak cam kak da...hanya menumpang kaseh maksaudara/ayahsaudara dari kecil sampai kak da kawen... bila dah tua ni baru dapat rasa kaseh umi tapi tetap tak sama.. aku rindukan belaian seorang ibu...aku ingin nikmati alam kanak2ku dengan umi...tp siapa yg tahu hati dan naluriku... | |
|
| |
mehatespink Temenggung
Posts : 2860 Age : 41 Location : sumwhere in malaysia Joined : 2008-04-03
| Subject: Re: Seorang IBU yang berbohong Tue Aug 19, 2008 3:10 pm | |
| ibu nipu tok bahagie kat hati anaknya.. ibu mane yg nk nengok anak die xbahagie.. | |
|
| |
@>-- phantageerow85 Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K)
Posts : 392 Age : 38 Location : de' johore Status : married Joined : 2008-04-18
| Subject: Re: Seorang IBU yang berbohong Tue Aug 19, 2008 3:21 pm | |
| erm knp k da dari kecik duduk dgn mak/ayah sedara??? erm takper la k da, at least k da masih beruntung.... sbb masih ada peluang utk merasa kasih sayang dia org dan membahagiakan diaorg... | |
|
| |
mehatespink Temenggung
Posts : 2860 Age : 41 Location : sumwhere in malaysia Joined : 2008-04-03
| Subject: Re: Seorang IBU yang berbohong Tue Aug 19, 2008 3:47 pm | |
| btoi tu phantagirow.. at least kite mesti bangge sbb kite ade mak ayah.. so, berbakti la pada mak ayah selagi hayat mreka masih ade.. pada kak da, tamo sedih2.. kami kan ade.. even tak same mcm kasih syg sorang mak, tap kami sentiase ade tok kak da kalo kakda berkongsi susah & senang.. | |
|
| |
@>-- phantageerow85 Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K)
Posts : 392 Age : 38 Location : de' johore Status : married Joined : 2008-04-18
| Subject: Re: Seorang IBU yang berbohong Wed Aug 20, 2008 9:36 am | |
| btul tu koin, stuju 100%... berbangga dan berbakti lah dgn ibu bapa selagi berpeluang....jgn ingat2 yg lepas2,hargai la ms yg tgh dilalui dan yg akan dilalui... | |
|
| |
nina2519 Temenggung
Posts : 2324 Age : 38 Location : ~Jin Bertendang~ Status : ~ Single Tak single Sangat Laa ~ Joined : 2008-04-04
| Subject: Re: Seorang IBU yang berbohong Wed Aug 20, 2008 2:59 pm | |
| ibu mana yg sanggup tgk anaknya menangis ibu mana yg sanggup tgk anaknya menderita ibu mana yg sanggup tgk anaknya tak bahagia.. semua yg dilakukan adalah demi kebahagian anaknya.. biarpun benda tu terlalu sukar untuk dilakukan demi anak tersayang semua diredahi.. | |
|
| |
Whitepearl Darjah Setia Di Raja
Posts : 115 Age : 53 Location : Kota Kinabalu Status : Married Joined : 2008-08-13
| Subject: Re: Seorang IBU yang berbohong Thu Aug 21, 2008 12:39 pm | |
| hanya orang yang tak beribu sahaja yang memahami... betull.. kalau dulu.. kalau akak rindu dengan arwah mak.. akak akan telefon atau kalau free... balik KL jumpa dia.. tapi sekarang... tinggal kenangan... zam... you make me cry this morning .. | |
|
| |
nina2519 Temenggung
Posts : 2324 Age : 38 Location : ~Jin Bertendang~ Status : ~ Single Tak single Sangat Laa ~ Joined : 2008-04-04
| Subject: Re: Seorang IBU yang berbohong Thu Aug 21, 2008 12:46 pm | |
| erm yeker kak.. takper sabar yer.. ada jugak kenangan akk bersama arwah mak akk dari org yg takpenah jupe mahupun kenal mak sendiri...kita berdoa tuk dier disana yer.. | |
|
| |
zam Bendahara
Posts : 5644 Age : 35 Location : Petaling Jaya Status : Married Joined : 2008-03-28
| Subject: Re: Seorang IBU yang berbohong Thu Aug 21, 2008 12:53 pm | |
| sabar kak.. bukan niat saya nak bg akak sedih.. kita semua pasti akan lalui saat tu.. ajal maut dah di tentukan.. | |
|
| |
Whitepearl Darjah Setia Di Raja
Posts : 115 Age : 53 Location : Kota Kinabalu Status : Married Joined : 2008-08-13
| Subject: Re: Seorang IBU yang berbohong Thu Aug 21, 2008 1:20 pm | |
| zam.. ya.. akak sedar.... cumanya sometimes.. masih susah nak terima hakikat yang teramat sakit itu... dan akak sentiasa berharap ketabahan sentiasa menjadi milik akak ... | |
|
| |
zam Bendahara
Posts : 5644 Age : 35 Location : Petaling Jaya Status : Married Joined : 2008-03-28
| Subject: Re: Seorang IBU yang berbohong Thu Aug 21, 2008 1:33 pm | |
| mmg kak...tak de siapa suka bila org kita sayang tu tinggalkan kita..kadang2 saya harap biar saya mati dulu dari org2 yg saya syg...xsanggup nak lalui kehilangan org yg kita syg | |
|
| |
mehatespink Temenggung
Posts : 2860 Age : 41 Location : sumwhere in malaysia Joined : 2008-04-03
| Subject: Re: Seorang IBU yang berbohong Mon Aug 25, 2008 11:32 am | |
| - Whitepearl wrote:
- zam..
ya.. akak sedar.... cumanya sometimes.. masih susah nak terima hakikat yang teramat sakit itu... dan akak sentiasa berharap ketabahan sentiasa menjadi milik akak ... i kno ur feeling kak.. slalu tgok abah.. kalo raye je mesti die sedih.. even nenek da lame pergi pun, tiap kali dgar lagu ayah & ibu tu mesti abah sedih & menitik air mate die.. kehilangan org yg kite syg mmg dugaan yg amat berat skali.. tp sbgai manusia muslimin yg sejati kite kene tabah & sbr atas ujian itu.. | |
|
| |
ummi_miirul Temenggung
Posts : 701 Age : 45 Location : KL Joined : 2008-03-31
| Subject: Re: Seorang IBU yang berbohong Fri Aug 29, 2008 1:59 pm | |
| sabo ek kak da... setiap yang berlaku itu ada hikmahnya... ibu adalah segalanya bagi kita... seburuk2 mana seorang ibu itu, kasih sayangnya tiada tandingan... biarpun kalau kita bandingkan kasih sayang ibu ngan ayah tetap x sama. Betapa ibu sanggup lakukan apa sahaja tuk kebahagiaan anak2nya.. namun.. kita sebagai anak.. mampukah kita membalas or memberikan aksih sayang kita terhadap ibu kita sama seperti kasih sayang mereka. Kasih ibu bawa ke syurga.. itu pasti... masa wat lawatan ke Rumah Tunas Harapan di Seremban, banyak yang dapat orang terokai. Kasih sayang ibu terhadap anak yang x berbelah bagi namun ada jua ibu bapa yang sanggup membuang anak. Got 1 baby, masa tuh umo dia around 3 months, menurut PKMD di situ, bayi tersebut diaserahkan sendiri oleh ibunya setelah surat beranak bayi tersebut siap. Bayi yang x berdosa, bayi yang tiada cacat cela diserahkan begitu sahaja. Tapi bila orang tgk di sudut lain, sekurang2nya ibu tersebut serahkan bayinya di tempat yang selamat. At least bayi tersebut dipelihara daripada dibuang begitu sahaja. Ada juga anak2 istimewa yang di hantar oleh ibu bapa ke situ semata2 tuk melihat anak2 mereka diberi pemulihan yang secukupnya. Di sana, walaupun mereka istimewa, namun mereka mampu tuk berdikari. Di situ hati orang tersentuh melihat gelagat n cerita mereka tentang keluarga mereka. Lebih menyentuh hati, tatkala lawatan ke Ruamh Seri Kenangan Seremban. Sedih n sayu melihat ibu2 n ayah2 yang ditinggal anak2. Ada antara mereka yang anak2nya bergelar VVIP, hah.. jangan x caya. Lebih buat hati orang terguris, ada anak2 yang hanya akan melawat ibu atau bapa mereka di awal bulan sahaja.. sebab.. tuk kuarkan duit pencen ayah or ibu mereka, then setelah dapat duit, hilang tanpa khabar berita n tanpa henti menjanjikan janji2 kosong kepada ibu bapa mereka. Yang x der anak tuh lain cerita.. tapi yang ada anak.. hhm... x terpk kah mereka akan kasih sayang yang pernah mereka kecapi dahulu hingga tergamak mencampak ibu bapa mereka di sana... hhmmm.. entah lah.. hope kita di sini x wat gitu kat parents kita.... renunglah diri kita... lihat lah ke dalam mata mereka.. sedarilah akan kasih sayang mereka.. lebih2 lagi ibu yang menjaga kita sejak di alam kandungan lagik..... yaaaiitt!!! | |
|
| |
@>-- phantageerow85 Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K)
Posts : 392 Age : 38 Location : de' johore Status : married Joined : 2008-04-18
| Subject: Re: Seorang IBU yang berbohong Fri Aug 29, 2008 5:47 pm | |
| erm tersentuh dgr pengalaman ummi tu la, erm kt rasa klu kt pegi mesti lg menangis je mmjg.... lg lak tgk budak yg 3 bulan tu...awal tahun ni aritu ada la g spital dkt mana ek tak ingat anak kakak masuk hospital...skali masuk la satu wad tu budak tu dlm katil mcm kandang,skali nurse dkt situ ckp budak tu mak dia tgalkan dia dari dia lahir.... sbb dia juz budak tu ada tumor dkt leher jek, mak dia segan...dlm ati time tu tpk ada jgak mak yg cetek pkiran dia tgalkan anak juz sbb kecik mcm tu jek, yg diaorg cuma tau nama mak budak tu AISYAH...budak tu dgn surat beranak tkder apa apa pengenalan pon tkder... | |
|
| |
ummi_miirul Temenggung
Posts : 701 Age : 45 Location : KL Joined : 2008-03-31
| Subject: Re: Seorang IBU yang berbohong Thu Sep 04, 2008 3:20 pm | |
| hhmm.. dunia sekarang kan.. macam2... hope jangan lah kita lam golongan2 tersebut.. either membuang anak or membuang ibu bapa kita sendiri...
yaaaiitt!! | |
|
| |
zalynn Darjah Setia Di Raja
Posts : 42 Age : 48 Location : JB Status : Married Joined : 2008-06-20
| Subject: Re: Seorang IBU yang berbohong Mon Sep 08, 2008 4:26 pm | |
| betapa besarnye pengorbanan ibu..sabar dan tabah . Untuk ibu ku tercinta..semoga mak dipanjang kan umur . I luv u..mom. | |
|
| |
rotab_bam Ahli Mangku Negara (A.M.N)
Posts : 193 Age : 37 Location : somewhere in nowhere Status : online (masa register) Joined : 2008-08-06
| Subject: Re: Seorang IBU yang berbohong Tue Sep 23, 2008 3:17 pm | |
| last week tgk cite Ihsan kat TV3...menitis airmata..sedihnya, rasanya pasti ada aku wat ibu aku ni terluka hati... pada zaman nabi/sahabat dulu ada kisah sorang xleh ucap shahadah sebab dia lukakan hati ibu dia.. kita ni camne la ek.. | |
|
| |
mehatespink Temenggung
Posts : 2860 Age : 41 Location : sumwhere in malaysia Joined : 2008-04-03
| Subject: Re: Seorang IBU yang berbohong Wed Nov 05, 2008 5:31 pm | |
| kalo tamo jd camtu rotab, jgn la sakiti hati ibu tu.. huhuhuhu.. | |
|
| |
gee Darjah Setia Di Raja
Posts : 210 Age : 51 Location : seberang tambak Status : M3 Joined : 2008-06-23
| Subject: Re: Seorang IBU yang berbohong Tue Nov 11, 2008 1:03 pm | |
| i'm sorry mami........ | |
|
| |
mehatespink Temenggung
Posts : 2860 Age : 41 Location : sumwhere in malaysia Joined : 2008-04-03
| Subject: Re: Seorang IBU yang berbohong Thu Dec 04, 2008 8:08 am | |
| uishhh, kak gee nape ni.. nangeh2 ni, ape kak gee da buat?? | |
|
| |
apai_chey Darjah Setia Di Raja
Posts : 310 Age : 41 Location : Kemamang Status : saudagar merempat Joined : 2008-11-25
| Subject: Re: Seorang IBU yang berbohong Mon Dec 15, 2008 11:56 am | |
| sesungguhnya kasih ibu tiada penghujungnya.. setiap degupan jantung ibu adalah untuk anaknya setiap denyut nadinya adalah untuk kebahagiaan anaknya setelah tiada nyawapun dia sentiasa disisi untuk anaknya
hargailah ibu anda.. kasihi mereka sementara meraka masih ada.. | |
|
| |
hunny_kono Ahli Mangku Negara (A.M.N)
Posts : 90 Age : 41 Location : pahang Status : married Joined : 2008-04-15
| Subject: Re: Seorang IBU yang berbohong Fri Feb 20, 2009 2:00 pm | |
| dengarlah lagu "ayah dan ibu" n syurga di telapak kaki ibu..lagu yg menyayat hati...kasih ibu membawa ke syurga...mok...org mitok maah banyok..nok blk tranung ar ptg nih..g jenguk mok..ufh ufh | |
|
| |
Sponsored content
| Subject: Re: Seorang IBU yang berbohong | |
| |
|
| |
| Seorang IBU yang berbohong | |
|