| 8 Alasan Tolak Cinta Bestfriend | |
|
|
Author | Message |
---|
sHaFiZa Temenggung
Posts : 709 Age : 45 Location : Putrajaya Status : Its complicated Joined : 2008-03-31
| Subject: 8 Alasan Tolak Cinta Bestfriend Thu Aug 07, 2008 12:51 pm | |
| Dari kecil kamu berkawan dengan nya. malah keakraban seperti seorang yang bersaudara. Namun kini tiba-tiba dia meluahkan perasaan cintanya terhadapmu. Kamu pasti berasa serba salah untuk memberikan jawapan. Mahu terus mengatakan tidak sudi, bimbang menyakiti hatinya namun untuk menerimanya tidak pernah ada rasa cinta dihatimu terhadapnya. Berikut 8 alasan yang boleh kamu gunakan untuk menolak cinta sahabatmu itu. 1. Tidak sesuai bercinta Didalam apa sahaja perkara, beterus terang adalah satu cara penyelesaian terbaik. jadi untuk mengelakkan perkara ini terjadi, kamu perlu berterus terang kepadanya bahawa kamu tidak sesuai untuk bercinta dengannya. kamu hanya menganggap dia adalah sahabat karib kamu dunia dan akhirat. Untuk menolak kena ada caranya, jangan sehingga dia rasa terhina kamu menolak cintanya. sampai dengan cara baik serta ayat yang tersusun rapi agar dia faham maksud kamu sebenarnnya. 2. Tidak mampu menghormatinya sebagai kekasih Kamu juga boleh terangkan padanya sebab utama kamu tidak mungkin dapat bersamanya. Antara alasan yang boleh kamu gunakan ialah menyatakan kepada sekiranya kamu menjadi kekasihnya, kamu tidak mengikut kehendak, arahan dan permintaannya. Malah menghormatinya sebagai kekasih juga pastinya sukar buat diri kamu. Ini kerana persahabatan yang telah lama terjalin membuatkan antara kamu dan dia tidak jurang ketika berbual serta bergurau. jadi daripada bergaduh di kemudian hari, lebih baik kamu dan dia kekal sebagai sahabat. kampu perlu yakinkannya kamu sememangnya tidak sesuai untuknya. 3. Tidak mampu berubah Mungkin dia telah begitu mengenali kamu dan amat memahami sikap-sikap kamu. jadi kamu tudak perlu lagi berpura-pura berlakon untuk menjaga hatinya. Tunjukkan sahaja sikap sebenar kamu. Katakan padanya kamu tidak mungkin boleh berubah walaupun setelah bergelar kekasihnya, sanggupkah dia menerima kamu seperti diri kamu sekarang? kalau dia sanggup bagaimana pula dengan keluarganya. pastinya dia akan terfikir kamu tidak sesuai untuk dijadikan kekasih. dia pastinya akan memilih seorang yang bersopan santun dan tahu menghormatinya sebagai kekasih. 4. Buat tidak peduli. Kamu tidak pernah terfikir untuk bercinta dengannya kerena ketika bersahabat pun kamu tidak peduli dengan kehadirannya dalam hidup kamu. teruskan sikap tidak pedulu kamu tersebut. Berkawan seperti biasa anggap saha dia tidak pernah meluahkan apa-apa perasaan pada kamu. Andainya dia cuba untuk mendapatkan jawapan dari kamu sebaiknya kamu cuma mengelakkan daripada membincangkannya. cubalah ubah topik perbualan. lama-kelamaan secara tidak langsung pasti dia akn memahami jawapan yang ingin kamu sampaikan padanya 5. Menyepikan diri seketika Cuba mengelakkan diri kamu daripa bertembung dengannya di tempat kerja, di sekolah atau tempat kamu dan rakan kamu berkumpul. pastinya dia akan perasan bahawa kamu tidak berminat untuk berkawan dengannya lagi. Jika dia tetap mendesak kamu dan sanggup mengekori ke mana-mana sahaja kamu pergi, terangkan saha padanya kamu perlu bersendirian untuk seketika. lama kelamaan si dia akan bisa menanti jawapan dari mu 6. Pentingkan persahabatan Jelaskan padanya kamu lebih sayangkan ikatan persahabatan kamu daripada menjadi kekasihnya kerana hubungan kekasih pastinya memerlukan komitmen dan kesetiaan. Sedangkan sebagai sahabat, kamu boleh berkongsi apa sahaja dan tidak perlu ada komitmen yang tinggi dalam hubungan. Jika dia seorang yang rasional, pastinya dia akan memahami maksud yang mahu kamu sampaikan. 7. Beritahu kamu sudah ada calon lain Nyatakan kepadanya bahawa kamu sudah mempunyaiu calon dan bakal kekasih yang sesuai dengan dirimu. tetapi kamu haris berani menanggung risiko bakal kehilangan sahabat jika dia tidak dapat menerima perjelasan kamu. jika dia sahabat baik kamu, pasti dia akan turut sama mendoakan kebahagiaan kamu. Bukan berdendam semata-mata kamu menolak cintanya. 8. Tidak mahu kehilangan sahabat sebaiknya Sesekali bertegas dengan sahabat baik kamu pasti akan membawa kebaikan. berani menegakkan perndirian adalah satu sifat yang terpuji. sekurang-kurangnya kemu tidak menipu dia atau diri kamu sendiri. ikut kata hati dan jangan termakan pujuk rayu si dia. katakan padanya kamu tidak akan sama sekali menganggapnya lebih dari seorang sahabat kerana kamu tidak mahu kehilangan sahabat sebaiknya. | |
|
| |
wiser Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K)
Posts : 295 Age : 49 Location : Pahang Status : ~bujang 3~ Joined : 2008-06-25
| Subject: Re: 8 Alasan Tolak Cinta Bestfriend Thu Aug 07, 2008 2:12 pm | |
| uhuhuhu...sedih bila cinta ditolak.Tp apa kan daya cinta tak blh dipaksa. | |
|
| |
mehatespink Temenggung
Posts : 2860 Age : 41 Location : sumwhere in malaysia Joined : 2008-04-03
| Subject: Re: 8 Alasan Tolak Cinta Bestfriend Thu Aug 07, 2008 2:54 pm | |
| hhehehe, kalo org yg dcinta nk jadi besfren plak cemane??? hehehhehe.. | |
|
| |
nina2519 Temenggung
Posts : 2324 Age : 38 Location : ~Jin Bertendang~ Status : ~ Single Tak single Sangat Laa ~ Joined : 2008-04-04
| Subject: Re: 8 Alasan Tolak Cinta Bestfriend Thu Aug 07, 2008 3:17 pm | |
| ermm.. bak kata org persahabatan bole berakhir dgn percintaan tapi percintaan tak mungkin berakhir dgn persahabatan.. | |
|
| |
mehatespink Temenggung
Posts : 2860 Age : 41 Location : sumwhere in malaysia Joined : 2008-04-03
| Subject: Re: 8 Alasan Tolak Cinta Bestfriend Thu Aug 07, 2008 3:22 pm | |
| btoi tu, tak mungkin same skali da break nk jd bespren lak.. | |
|
| |
nina2519 Temenggung
Posts : 2324 Age : 38 Location : ~Jin Bertendang~ Status : ~ Single Tak single Sangat Laa ~ Joined : 2008-04-04
| Subject: Re: 8 Alasan Tolak Cinta Bestfriend Thu Aug 07, 2008 3:45 pm | |
| erm.. lagi2 kalo perpisahan tu tu menyakitkan.. | |
|
| |
mehatespink Temenggung
Posts : 2860 Age : 41 Location : sumwhere in malaysia Joined : 2008-04-03
| Subject: Re: 8 Alasan Tolak Cinta Bestfriend Thu Aug 07, 2008 3:52 pm | |
| perpisahan menyakitakan tp ia mendewasakan & mematangkan kite.. things hapen 4 a reason | |
|
| |
nina2519 Temenggung
Posts : 2324 Age : 38 Location : ~Jin Bertendang~ Status : ~ Single Tak single Sangat Laa ~ Joined : 2008-04-04
| Subject: Re: 8 Alasan Tolak Cinta Bestfriend Thu Aug 07, 2008 4:15 pm | |
| setiap apa yg jadi ada sebabnya.. baik mahupun buruk terimalah seadanya.. mgkin ada lg yg terbaik buat kita.. | |
|
| |
bayu_pagi Temenggung
Posts : 2295 Age : 45 Location : EARTH~ Status : MaRRieD Joined : 2008-05-05
| Subject: Re: 8 Alasan Tolak Cinta Bestfriend Thu Aug 07, 2008 6:40 pm | |
| x penah ada experience jatuh cinta ngan best friend... heheheh tak tahu la kalo my best friend tu jatuh cinta ngan i...ahaksss | |
|
| |
areDIKA Temenggung
Posts : 470 Age : 42 Location : putrajaya Joined : 2008-03-31
| Subject: Re: 8 Alasan Tolak Cinta Bestfriend Fri Aug 08, 2008 1:01 pm | |
| - nina2519 wrote:
- ermm.. bak kata org
persahabatan bole berakhir dgn percintaan tapi percintaan tak mungkin berakhir dgn persahabatan.. hmm selalu mcm tu lah.. kadang jadi besfren pun mcm ada niat nak sambung balik je | |
|
| |
nina2519 Temenggung
Posts : 2324 Age : 38 Location : ~Jin Bertendang~ Status : ~ Single Tak single Sangat Laa ~ Joined : 2008-04-04
| Subject: Re: 8 Alasan Tolak Cinta Bestfriend Wed Aug 20, 2008 3:23 pm | |
| huhuhuhu.. tu laa macam niat nak sambung jerk.. tapi slow2 laa erk.. huhuhu apapun bile percintaan berakhir bagaimana nak hadapi pula sebagai seorang kawan sedangkan perasaan yg ada lebih dari itu.. dan mampukah dihadapinya.. | |
|
| |
Sponsored content
| Subject: Re: 8 Alasan Tolak Cinta Bestfriend | |
| |
|
| |
| 8 Alasan Tolak Cinta Bestfriend | |
|