Brad Pitt, 44, kelihatan beremosi tetapi tenang manakala Angelina
Jolie, 33, pula tidak henti-henti ketawa dan asyik berbicara selepas
selamat melahirkan bayi kembar mereka di Hospital Lenval, pada Sabtu,
12 Julai lalu.
Begitulah suasana yang berlaku di dalam
hospital yang terletak di Selatan Perancis itu tatkala bayi kembar
lelaki dan perempuan mereka yang dinamakan sebagai Knox Leon dan
Vivienna Marcheline itu dilahirkan dalam keadaan yang cukup sihat.
"Brad nampak kelihatan begitu gembira sekali. Begitu juga dengan
Angelina yang sering bercakap dan ketawa bersama Brad. Mereka nampak
begitu bahagia sekali," kata Dr Michel Sussmann yang bertanggung jawab
di atas kelahiran bayi kembar itu.
Sungguhpun begitu, kata Sussman, bagi memastikan kelahiran itu
tidak mengadapi risiko yang besar, Angelina terpaksa melakukan secara
pembedahan (caesarean) untuk melahirkan Knox yang seberat 2.28
kilogram, manakala Vivienna (2.27 kilogram).
Apa yang paling menyentuh hati, sepanjang proses kelahiran itu berlangsung, Brad sentiasa menunggu dengan sabar
serta tidak pernah lekang daripada berada di sisi wanita yang dicintainya itu.
"Dia ibarat pembantu saya," kata Sussman sambil tertawa.
Kelahiran bayi kembar tersebut membuatkan pasangan selebriti
paling hebat, paling ideal serta paling popular ini secara berterusan
mendapat tumpuan serta perhatian daripada masyarakat sedunia.
Begitu juga dengan pihak paparazzi yang tidak henti-henti
menghidu serta menjejaki kisah serta kehidupan peribadi mereka. Hal itu
turut membuatkan bayi kembar mereka terus bertaraf jutawan dalam
sekelip mata.
Apakan tidak, sebaik saja lahir, pasangan ini terus menjual
gambar eksklusif bayi kembar dengan harga AS$11 juta kepada salah
sebuah syarikat penerbitan di AS yang dirahsiakan namanya. Sungguhpun
begitu, wang tersebut itu akan disalurkan kepada tabung amal.
Dengan
kelahiran bayi kembar tersebut, anak-anak Angelina dan Brad kini
semakin bertambah menjadi 6 orang. Selain Knox dan Vivienna, pasangan
ini mempunyai seorang lagi cahaya mata, Shiloh, 2.
Selain
itu, Angelina dan Brad turut memiliki 3 anak angkat iaitu Maddox, 6;
serta Pax, 4; serta Zahara, 3. Sungguhpun, keempat-empat anak mereka
masih belum berkesempatan untuk melihat adik kembar mereka itu.
Mengenai pemilihan nama kembar perempuan mereka iaitu Vivienna
Marcheline, ia dipercayai diambil sempena nama ibu Angelina yang satu
ketika dulu seorang aktres, Macheline Bertrand. Dia meninggal dunia
pada Januari 2007 selepas 7 tahun setengah bertarung dengan penyakit
kanser.
Dalam perkembangan lain, Angelina masih dinasihatkan supaya
berada di hospital itu selama beberapa hari lagi untuk mendapatkan
rehat secukupnya.
*** mesti baby dia comel & cute ....