Manusia : "Eh dah subuh dah?"
Malaikat : "Bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu.."
Syaitan : "Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ni...awal lagi...zzzzzzzz "
Manusia : "Nak makan, laparlah"
Malaikat : "Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah... "
Syaitan : "Ahh, tak payahla... dah lapar ini!! Mmm..sedapnyaaaa"
Manusia : "Hari ni nak pakai apa ye?"
Malaikat : "Wahai anak Adam, pakailah pakaian yg menutup aurat"
Syaitan : "Ehh, panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!!"
Manusia : "Alamak, dah lewat!"
Malaikat : "Bersegeralah wahai manusia, nanti terlewat ke pejabat.."
Syaitan : "Ahhh awal lagi..mmm..aaahh? Suruh si X, punchkanlah"
Manusia : "Azan sudah kedengaran.. ."
Malaikat : "Wahai anak Adam, segeralah menunaikan kewajipan"
Syaitan : "Baru pukul berapa..rilexlah. .awal lagi nieii"
Manusia : "Eh, eh... tak boleh tengok ni, berdosa..."
Malaikat : "Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan mengetahui!"
Syaitan : "Perggghh.. best tu...rugi ooo kalau tak tengok nie.."
Manusia : "Saudaraku sedang melakukan dosa"
Malaikat : "Wahai anak Adam, cegahlah ia.."
Syaitan : "Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh"
Manusia : "Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain".
Malaikat : "Wahai anak Adam, nasihat-menasihatil ah sesama kamu.."
Syaitan : "Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2..pandai2lah"
Manusia : "Aku telah berdosa.."
Malaikat : "Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha Pengampun... "
Syaitan : "Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... lagipun muda hanya sekali.rugila. ..(kalau sempatla ha ha)"
Manusia : "Kalau pergi disko, mesti seronok!"
Malaikat : "Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu .."
Syaitan : "Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh"
Manusia : "Uuhhh letihnya arini..tak solat lagi nieee"
Malaikat : "Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu tiang agama"
Syaitan: "Hey anak Adam, ikutilah aku, kebahagiaan di dunia (sahaja) dankebahagiaan di akhirat (jangan mimpilah) untukmu..."