Forum Komuniti Teratak
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


 
HomeGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in
Log in
Username:
Password:
Log in automatically: 
:: I forgot my password
Jom Borak
Organisasi Teratak
PENAUNG
DYMM Sultan Teratak
DYMM Permaisuri
 
WEBMASTER
 
ADMINISTRATORS
Inspektor Sahab
Bendahara Teratak
 
MODERATORS
Temenggung Teratak
 
TDC's Logo
Designed by:
Latest topics
» TISSU MAGIC SPRAY - WWW.BATINSUAMI.COM
Pasangan Hidup Menurut Islam I_icon_minitimeTue Jan 09, 2024 3:13 pm by notrex

» A drop of ecstasy - MENINGKATKAN DAYA KEINGINAN SEKS WANITA
Pasangan Hidup Menurut Islam I_icon_minitimeWed Nov 22, 2023 1:48 pm by notrex

» STEVIA AJMAL Sweetener Pemanis Tanpa Gula
Pasangan Hidup Menurut Islam I_icon_minitimeWed Nov 22, 2023 1:44 pm by notrex

» BIG PENIS ORIGINAL - www.batinsuami.com
Pasangan Hidup Menurut Islam I_icon_minitimeWed Nov 22, 2023 1:35 pm by notrex

» Original Gambir Emas Plus Gel (Lulus KKM) - www.batinsuami.c
Pasangan Hidup Menurut Islam I_icon_minitimeThu Jun 15, 2023 9:52 am by notrex

» Herbal Rimba - WWW.BATINSUAMI.COM
Pasangan Hidup Menurut Islam I_icon_minitimeWed Jun 07, 2023 11:29 am by notrex

» Spring Returns (juga dikenali sebagai SR Capsule) - WWW.BATI
Pasangan Hidup Menurut Islam I_icon_minitimeWed Jun 07, 2023 10:45 am by notrex

» Xdrop Perangsang NAFSU SEX WANITA 100%ORIGINAL
Pasangan Hidup Menurut Islam I_icon_minitimeTue Jun 06, 2023 1:41 pm by notrex

» SEX POWER JAPAN SPRAY - 0133066540
Pasangan Hidup Menurut Islam I_icon_minitimeTue May 30, 2023 9:51 am by notrex

» TITAN CANDY SUPPLEMENT - www.batinsuami.com
Pasangan Hidup Menurut Islam I_icon_minitimeTue May 30, 2023 9:13 am by notrex

» BIG PENIS ENLARGEMENT - WWW.BATINSUAMI.COM
Pasangan Hidup Menurut Islam I_icon_minitimeMon May 29, 2023 10:07 am by notrex

» American Booster - 0133066540
Pasangan Hidup Menurut Islam I_icon_minitimeMon May 29, 2023 9:48 am by notrex

» SOLOCO SPRAY - Spray Tahan Lama - 0133066540
Pasangan Hidup Menurut Islam I_icon_minitimeWed May 24, 2023 7:39 am by notrex

» Hickel Spray ORGINAL - WWW.BATINSUAMI.COM
Pasangan Hidup Menurut Islam I_icon_minitimeWed May 24, 2023 7:28 am by notrex

» Tw booster gold original
Pasangan Hidup Menurut Islam I_icon_minitimeTue May 23, 2023 1:32 pm by notrex

Poll
Teratak Dunia Cyber
Membosankan
Pasangan Hidup Menurut Islam I_vote_lcap8%Pasangan Hidup Menurut Islam I_vote_rcap
 8% [ 3 ]
Biasa sahaja
Pasangan Hidup Menurut Islam I_vote_lcap19%Pasangan Hidup Menurut Islam I_vote_rcap
 19% [ 7 ]
Menarik
Pasangan Hidup Menurut Islam I_vote_lcap50%Pasangan Hidup Menurut Islam I_vote_rcap
 50% [ 18 ]
Amat menarik
Pasangan Hidup Menurut Islam I_vote_lcap22%Pasangan Hidup Menurut Islam I_vote_rcap
 22% [ 8 ]
Total Votes : 36
Top posters
zam
Pasangan Hidup Menurut Islam I_vote_lcapPasangan Hidup Menurut Islam I_voting_barPasangan Hidup Menurut Islam I_vote_rcap 
zoulle
Pasangan Hidup Menurut Islam I_vote_lcapPasangan Hidup Menurut Islam I_voting_barPasangan Hidup Menurut Islam I_vote_rcap 
mehatespink
Pasangan Hidup Menurut Islam I_vote_lcapPasangan Hidup Menurut Islam I_voting_barPasangan Hidup Menurut Islam I_vote_rcap 
nina2519
Pasangan Hidup Menurut Islam I_vote_lcapPasangan Hidup Menurut Islam I_voting_barPasangan Hidup Menurut Islam I_vote_rcap 
bayu_pagi
Pasangan Hidup Menurut Islam I_vote_lcapPasangan Hidup Menurut Islam I_voting_barPasangan Hidup Menurut Islam I_vote_rcap 
notme
Pasangan Hidup Menurut Islam I_vote_lcapPasangan Hidup Menurut Islam I_voting_barPasangan Hidup Menurut Islam I_vote_rcap 
roll_honey
Pasangan Hidup Menurut Islam I_vote_lcapPasangan Hidup Menurut Islam I_voting_barPasangan Hidup Menurut Islam I_vote_rcap 
notrex
Pasangan Hidup Menurut Islam I_vote_lcapPasangan Hidup Menurut Islam I_voting_barPasangan Hidup Menurut Islam I_vote_rcap 
irees_natasha
Pasangan Hidup Menurut Islam I_vote_lcapPasangan Hidup Menurut Islam I_voting_barPasangan Hidup Menurut Islam I_vote_rcap 
jay
Pasangan Hidup Menurut Islam I_vote_lcapPasangan Hidup Menurut Islam I_voting_barPasangan Hidup Menurut Islam I_vote_rcap 
Who is online?
In total there are 23 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 23 Guests :: 1 Bot

None

Most users ever online was 280 on Sun Apr 11, 2021 1:48 pm

 

 Pasangan Hidup Menurut Islam

Go down 
AuthorMessage
Spawn
Temenggung
Temenggung
Spawn


Male
Posts : 551
Age : 39
Location : Pasir Gudang
Status : 'Hilang Secara Misteri'
Joined : 2008-04-04

Pasangan Hidup Menurut Islam Empty
PostSubject: Pasangan Hidup Menurut Islam   Pasangan Hidup Menurut Islam I_icon_minitimeWed Jul 09, 2008 7:16 pm

Sering kita mendengar maksud sepotong hadith yang berbunyi, "Dikahwini wanita
itu (untuk dijadikan isteri) kerana empat perkara iaitu harta kekayaannya,
keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka utamakanlah (dalam pemilihanmu
itu) wanita yang kuat beragama, nescaya sejahtera hidupmu" (Riwayat Bukhari dan
Muslim).

Secara umumnya hadith ini menyenaraikan tentang ciri-ciri wanita yang biasanya
menarik perhatian lelaki untuk dijadikan calon isteri. Wanita yang kaya,
berharta, berdarjat tinggi dancantik jelita adalah pakej lengkap yang meruntun
hati kaum lelaki untuk menyuntingnya.

Namun yang lebih penting hadith di atas menyarankan kepada kaum lelaki agar
memilih bakal isteri yang memiliki ciri "kuat penghayatan agamanya". Ini
disebabkan wanita yang melaksanakan segala ajaran agama akan memberikan pengaruh
serta kesan yang besar terhadap kebahagiaan hidup berumahtangga.

Bagaimana pula ciri-ciri lelaki yang baik untuk dijadikan suami? Jika hadith di
atas memberi panduan kepada kaum lelaki dalam memilih bakal isteri mereka, maka
di samping itu Islam juga memberi panduan kepada kaum wanita dalam memilih bakal
suami mereka.

Hal ini disebabkan aspek memilih jodoh bukanlah perkara yang boleh dipandang
mudah. Ia tidak boleh dilakukan dengan terburu-buru atau tanpa penilitian yang
mendalam. Ini disebabkan perkahwinan melibatkan soal kehidupan, zuriat, hak,
tanggungjawab dan kasih sayang yang bakal kita jalani bersama dengan pasangan.

Lebih-lebih lagi bagi seorang wanita, ia perlu menyelidik terlebih dahulu latar
belakang bakal suaminya dari segi akhlak serta penghayatan agamanya.Ini kerana
menurut kajian, kaum wanitalah yang paling teruk menerima kesan buruk apabila
suami mengabaikan hak isteri, tidak mempergauli isteri dengan baik, curang,
tidak melaksanakan tanggungjawab terhadap keluarga dan sebagainya.

Adalah menjadi kewajipan ibu bapa memberikan panduan yang baik bagi anak-anak
perempuan mereka mencari bakal suami dari kalangan lelaki yang berakhlak tinggi
dan taat pada ajaran agama. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Jika
seorang lelaki datang untuk meminang anak perempuan kamu dan kamu redha (berpuas
hati) tentang agama dan akhlaknya, maka nikahkanlah dia (dengan anak perempuan
kamu). Jika hal itu tidak kamu lakukan, akan berlakulah fitnah di muka bumi dan
kerosakan yang besar".

Sesungguhnya sifat-sifat inilah (baik akhlak dan agama) yang mesti dijadikan
kriteria utama di dalam memilih bakal suami sebelum dilihat atau dipilih pada
sudut harta, pangkat dan kedudukan lelaki tersebut. Lelaki yang sederhana
kehidupannnya tetapi berakhlak mulia serta taat melaksanakan segala perintah
Allah SWT dan rasul-Nya itulah sebenarnya seorang yang kaya,sebaliknya lelaki
fasik (ingkar kepada suruhan Allah SWT ) walaupun hidup kaya raya, hakikatnya ia
adalah miskin.

Mengapa demikian? Kerana kefasikan hidup akan melesapkan harta kekayaan melalui
aktiviti perujudian, minuman keras, berkunjung ke tempat-tempat maksiat,
berfoya-foya dan sebagainya. Hak-hak isteri dengan sendirinya hilang dan
terabai. Isteri hidup dalam tekanan perasaan kerana tanggungjawab terhadap
keluarga dan anak-anak dilupakan. Inilah yang dimaksudkan oleh Rasulullah SAW
dalam hadis di atas sebagai "fitnah di muka bumi dan kerosakan yang besar".

Suami yang hidup dalam kefasikan bermakna mengundang murka Allah SWT. Jika Allah
SWT sudah murka, bagaimanakah rahmat dan keberkatan hidup berumahtangga akan
dapat dinikmati?

Diriwayatkan dalam sebuah kisah, seorang lelaki datang menemui Hasanbin Ali RA
(cucu Rasulullah SAW) untuk meminta nasihat. Katanya, "Anak perempuanku dipinang
oleh beberapa orang lelaki. Dengan lelaki yang bagaimanakah yang layak
dikahwinkan dengan puteriku?" Hasan menjawab,"Kahwinkanlah dia dengan lelaki
yang bertakwa kepada Allah, kerana jika ia menyukai isterinya ia pasti
mengasihinya, teteapi jika ia tidak menyukai isterinya pasti ia tidak akan
berlaku zalim terhadapnya (tetap menghormati isterinya)".

Prof. Dr. Miqdad Yaljan dalam bukunya bertajuk "al-Bayt al-Islami Kama Yanbaghi
An Yakun"menulis: Soal perkahwinan adalah persoalan hidup
keseluruhannya.Lebih-lebih lagi kaum wanita dalam membuat penelitian terhadap
bakal suami. Ini kerana kuasa talak terletak di tangan suami mereka.

Menurut beliau lagi, sekiranya perceraian berlaku, ia akan lebih mendatangkan
kemudaratan kepada wanita berbanding lelaki sama ada dari sudut sosial,
psikologi dan ekonomi. Tambahan lagi pandangan negatif sesetengah masyarakat
kepada wanita bergelar janda menambahkan lagi tekanan perasaan mereka. Malah
perasaan malu akibat perceraian lebih dirasai oleh golongan wanita berbanding
lelaki.

Rasulullah SAW juga amat benci kepada mana-mana bapa (atau wali)yang
mengahwinkan anak perempuan mereka dengan lelaki yang fasik. Baginda
mengingatkan dalam sabdanya yang bermaksud: "Sesiapa yang menikahkan anak
perempuannya dengan lelaki fasiq bererti ia telah memutuskan hubungan
silaturrahim dengan anaknya sendiri".

Lihatlah betapa tegasnya Rasulullah SAW dalam menggesa para ibu bapa agar
mengahwinkan anak perempuan mereka dengan lelaki yang beriman dan menjauhi dari
mengahwinkannya dengan lelaki yang fasik. Apakah fitnah atau malapetaka yang
lebih besar selain daripada menikahkan anak-anak yang berjiwa bersih,
berperibadi mulia dan taat menjalankan suruhan agama dengan lelaki yang tidak
menghiraukan perintah Allah SWT dan bergelumang pula dengan maksiat?

Kita melihat bahawa berapa ramai anak-anak perempuan yang ketika berada di bawah
naungan keluarganya tidak pernah melakukan maksiat, tetapi apabila berkahwin
dengan lelaki fasik, mereka terus hanyut dalam arus maksiatyang diterajui oleh
suami mereka sendiri.

Gadis yang pada mulanya berperibadi mulia, akhirnya terseret jauh oleh kesesatan
suaminya. Memakai pakaian yang mendedahkan aurat, meninggalkan solat dan
bentuk-bentuk ibadah lainnya. Semua ini jelas merupakan kerugian yang nyata
sekali bagi dirinya.

Oleh sebab itu, amat wajarlah Rasulullah SAW menghukum mana-manabapa atau wali
yang mengahwinkan anak perempuan mereka dengan lelaki yang fasik, yang
seolah-olah dia memutuskan hubungan silaturrahim dengan anak perempuannya
sendiri.

Kesimpulannya, kaum wanita perlu lebih teliti dan berhati-hati dalam soal
pemilihan jodoh. Ini kerana perkahwinan bukanlah kontrak perniagaan yang
berorientasikan keuntungan semata-mata, tetapi ia merupakan "ikatan sosial" yang
merangkumi pelbagai aspek kemanusiaan seperti pertalian jiwa, kasihsayang,
ketenangan hati, tuntutan biologi, nasab keturunan, hak,tanggungjawab, toleransi
dan sebagainya.

Hayatilah firman Allah SWT yang bermaksud: "Dan kahwinkanlah orang-orang bujang
(lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari
hamba-hamba kamu, lelaki mahupun perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan
memberikan kekayaan kepada mereka dengan limpah kurniaan-Nya, kerana Allah Maha
Luas rahmat-Nya lagi Maha Mengetahui". (an-Nur: 32)


sumber : Majalah Sinar Rohani, Oktober 2004"
Back to top Go down
http://www.lirikdanlagu.blogspot.com
 
Pasangan Hidup Menurut Islam
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Kaedah atasi gangguan mimpi (menurut islam)
» Pasangan Hidup VS Seks!!..
» Hidup Ini, Suatu Pertanyaan..
» RUGI HIDUP TANPA TAUBAT
» Kenyataan Hidup Di sebalik Permainan Ini...

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Forum Komuniti Teratak :: Teratak Forum I :: Teratak Keagamaan-
Jump to: