Posts : 1681 Age : 48 Location : Bandaraya Pesisir Air Status : Lumber HaraM Joined : 2008-04-01
Subject: TIPS JIMAT MINYAK Tue Jul 01, 2008 9:41 am
Dibawah ini ada beberapa tips menjimatkan minyak Mungkin anda belum pernah mendengar suatu kaedah untuk mengurangkan penggunaan bahanapi kenderaan anda sebeluim ini. Terdapat satu teknik yang dipanggil “hypermiling” iaitu untuk mengurangkan penggunaan bahanapi.
1. Tekan pedal minyak perlahan-lahan apabila memulakan perjalanan. 2. Pandu kenderaan anda perlahan terutama apabila menghampiri lampu isyarat dan cuba dapatkan jarak masa sehingga lampu hijau supaya anda tidak perlu berhenti.
3. Apabila menuruni bukit, cuba tutup suis enjin atau ambil lajak dengan membiarkan kenderaan bergerak bebas tanpa menekan pedal minyak. 4. Tutup suis A/C dan gunakan “blower” tanpa pendingin udara. 5. Apabila melalui selekoh, cuba gunakan kelajuan yang sama tanpa menambah kelajuan kenderaan.
6. Gunakan “auto cruise” jika kenderaan anda mewmpunyai aksesori ini. Auto cruise mengatur penggunaan bahanapi secara minima. 7. Ekori belakang kenderaan seperti bas, lori atau van secara selamat supaya rintangan udara (aerodinamik) dapat diminimumkan.
8. Minimumkan berat muatan kenderaan anda suapay kenderaan dapat bergerak mudah tanpa beban yang memerlukan penggunaan tenaga yang lebih. Jika kenderaan anda 4WD, elakkan penggunaan pacuan empat roda. 9. Kurangkan penggunaan brek dengan mengurangkan kelajuan sebelum hendak berhenti kerana apabila membrek ketika kenderaan sedang bergerak laju, ia sedang membazirkan bahanapi tanpa memberi faedah kepada anda kerana anda mahu kenderaan anda berhenti.
10. Rancang perjalanan anda dengan bijak, cari jalan pintas dan elakkan kesesakan trafik atau pusingan yang jauh. Jauhi jalan yang berbukit atau berlopak-lopak.
Teknik di atas telah dicuba dan diuji oleh penduduk Amerika dan mereka mendapati dapat mengurangkan penggunaan bahanapi sebanyak 30%. Ada sesetengah kenderaan dapat jimat lebih dari itu. Anda bila lagi nak mencuba?
mehatespink Temenggung
Posts : 2860 Age : 41 Location : sumwhere in malaysia Joined : 2008-04-03
ala senang aje...kita jangan menbazirrrrr.baru ler boleh jimat.
mehatespink Temenggung
Posts : 2860 Age : 41 Location : sumwhere in malaysia Joined : 2008-04-03
Subject: Re: TIPS JIMAT MINYAK Thu Jul 10, 2008 10:23 am
huhuhuhuhu.. sakit je ati bile tgok meter minyak tggl tiga bar, nk kene isi lg latu.. kekadang rase cam nak nek beskal je g keje.. tp cam tak beh lak, pakai cung2 pastu kayuh beskal..
apai_chey Darjah Setia Di Raja
Posts : 310 Age : 41 Location : Kemamang Status : saudagar merempat Joined : 2008-11-25
Subject: Re: TIPS JIMAT MINYAK Sun Dec 07, 2008 10:33 am
camner nak jimat kalau Keter dah convert enjen turbo GT.. piping ezos besar.. skali tekan ilang 1 bar minyak...