Forum Komuniti Teratak
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


 
HomeGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in
Log in
Username:
Password:
Log in automatically: 
:: I forgot my password
Jom Borak
Organisasi Teratak
PENAUNG
DYMM Sultan Teratak
DYMM Permaisuri
 
WEBMASTER
 
ADMINISTRATORS
Inspektor Sahab
Bendahara Teratak
 
MODERATORS
Temenggung Teratak
 
TDC's Logo
Designed by:
Latest topics
» TISSU MAGIC SPRAY - WWW.BATINSUAMI.COM
Pengorbanan Adik I_icon_minitimeTue Jan 09, 2024 3:13 pm by notrex

» A drop of ecstasy - MENINGKATKAN DAYA KEINGINAN SEKS WANITA
Pengorbanan Adik I_icon_minitimeWed Nov 22, 2023 1:48 pm by notrex

» STEVIA AJMAL Sweetener Pemanis Tanpa Gula
Pengorbanan Adik I_icon_minitimeWed Nov 22, 2023 1:44 pm by notrex

» BIG PENIS ORIGINAL - www.batinsuami.com
Pengorbanan Adik I_icon_minitimeWed Nov 22, 2023 1:35 pm by notrex

» Original Gambir Emas Plus Gel (Lulus KKM) - www.batinsuami.c
Pengorbanan Adik I_icon_minitimeThu Jun 15, 2023 9:52 am by notrex

» Herbal Rimba - WWW.BATINSUAMI.COM
Pengorbanan Adik I_icon_minitimeWed Jun 07, 2023 11:29 am by notrex

» Spring Returns (juga dikenali sebagai SR Capsule) - WWW.BATI
Pengorbanan Adik I_icon_minitimeWed Jun 07, 2023 10:45 am by notrex

» Xdrop Perangsang NAFSU SEX WANITA 100%ORIGINAL
Pengorbanan Adik I_icon_minitimeTue Jun 06, 2023 1:41 pm by notrex

» SEX POWER JAPAN SPRAY - 0133066540
Pengorbanan Adik I_icon_minitimeTue May 30, 2023 9:51 am by notrex

» TITAN CANDY SUPPLEMENT - www.batinsuami.com
Pengorbanan Adik I_icon_minitimeTue May 30, 2023 9:13 am by notrex

» BIG PENIS ENLARGEMENT - WWW.BATINSUAMI.COM
Pengorbanan Adik I_icon_minitimeMon May 29, 2023 10:07 am by notrex

» American Booster - 0133066540
Pengorbanan Adik I_icon_minitimeMon May 29, 2023 9:48 am by notrex

» SOLOCO SPRAY - Spray Tahan Lama - 0133066540
Pengorbanan Adik I_icon_minitimeWed May 24, 2023 7:39 am by notrex

» Hickel Spray ORGINAL - WWW.BATINSUAMI.COM
Pengorbanan Adik I_icon_minitimeWed May 24, 2023 7:28 am by notrex

» Tw booster gold original
Pengorbanan Adik I_icon_minitimeTue May 23, 2023 1:32 pm by notrex

Poll
Teratak Dunia Cyber
Membosankan
Pengorbanan Adik I_vote_lcap8%Pengorbanan Adik I_vote_rcap
 8% [ 3 ]
Biasa sahaja
Pengorbanan Adik I_vote_lcap19%Pengorbanan Adik I_vote_rcap
 19% [ 7 ]
Menarik
Pengorbanan Adik I_vote_lcap50%Pengorbanan Adik I_vote_rcap
 50% [ 18 ]
Amat menarik
Pengorbanan Adik I_vote_lcap22%Pengorbanan Adik I_vote_rcap
 22% [ 8 ]
Total Votes : 36
Top posters
zam
Pengorbanan Adik I_vote_lcapPengorbanan Adik I_voting_barPengorbanan Adik I_vote_rcap 
zoulle
Pengorbanan Adik I_vote_lcapPengorbanan Adik I_voting_barPengorbanan Adik I_vote_rcap 
mehatespink
Pengorbanan Adik I_vote_lcapPengorbanan Adik I_voting_barPengorbanan Adik I_vote_rcap 
nina2519
Pengorbanan Adik I_vote_lcapPengorbanan Adik I_voting_barPengorbanan Adik I_vote_rcap 
bayu_pagi
Pengorbanan Adik I_vote_lcapPengorbanan Adik I_voting_barPengorbanan Adik I_vote_rcap 
notme
Pengorbanan Adik I_vote_lcapPengorbanan Adik I_voting_barPengorbanan Adik I_vote_rcap 
roll_honey
Pengorbanan Adik I_vote_lcapPengorbanan Adik I_voting_barPengorbanan Adik I_vote_rcap 
notrex
Pengorbanan Adik I_vote_lcapPengorbanan Adik I_voting_barPengorbanan Adik I_vote_rcap 
irees_natasha
Pengorbanan Adik I_vote_lcapPengorbanan Adik I_voting_barPengorbanan Adik I_vote_rcap 
jay
Pengorbanan Adik I_vote_lcapPengorbanan Adik I_voting_barPengorbanan Adik I_vote_rcap 
Who is online?
In total there are 28 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 28 Guests

None

Most users ever online was 280 on Sun Apr 11, 2021 1:48 pm

 

 Pengorbanan Adik

Go down 
4 posters
AuthorMessage
Spawn
Temenggung
Temenggung
Spawn


Male
Posts : 551
Age : 39
Location : Pasir Gudang
Status : 'Hilang Secara Misteri'
Joined : 2008-04-04

Pengorbanan Adik Empty
PostSubject: Pengorbanan Adik   Pengorbanan Adik I_icon_minitimeFri Jun 27, 2008 12:37 pm

Aku rase bilik ni bukan untuk lawak je kan,cerita pun leh letakkan?Jadi aku letak kat sini.Aku first time bace cite ni kat mastika,dah lame dah.Sampai skang kalau bace aku tetap sebak jugak.Huhuhuhu.


Aku
cuma ada seorang adik. Usianya tiga tahun lebih muda daripada aku.
Suatu hari, untuk mendapatkan sehelai sapu tangan yang menjadi
keperluan anak gadis ketika itu, aku ambil 50 sen dari poket seluar
ayah. Petang itu, pulang saja dari sekolah - ayah memanggil kami
berdua. Dia meminta aku dan adik berdiri di tepi dinding. Aku
menggeletar melihat rotan panjang sedepa di tangan ayah. “Siapa ambil
duit ayah?” tanya ayah bagai singa lapar. Aku langsung tidak berdaya
menentang renungan tajam mata ayah. Kedua-dua kami membisu, cuma tunduk
memandang lantai. “Baik, kalau tak mengaku, dua-dua ayah rotan!”
sambung ayah sambil mengangkat tangan untuk melepaskan pukulan
sulungnya ke belakang aku. Tiba-tiba, adik menangkap tangan ayah dengan
kedua-dua belah tangannya sambil berkata, “Saya yang ambil!”


Belum
sempat adik menarik nafas selepas mengungkapkan kata-kata itu, hayunan
dan balunan silih berganti menghentam tubuh adik. Aku gamam, lidah kelu
untuk bersuara. Walau perit menahan sakit, setitis pun airmata adik tak
tumpah. Setelah puas melihat adik terjelepok di lantai, ayah merungut:
“Kamu sudah mula belajar mencuri di rumah sendiri. Apakah lagi
perbuatan kamu yang akan memalukan ayah di luar kelak?” Malam itu, emak
dan aku tak lepas-lepas mendakap adik. Belakangnya yang berbirat
dipenuhi calar-balar cuba kami ubati. Namun adik cukup tabah. Setitis
pun air matanya tidak mengiringi kesakitan yang mencucuk-cucuk. Melihat
keadaan itu, aku meraung sekuat hati, kesal dengan sikap aku yang takut
berkata benar. Adik segera menutup mulutku dengan kedua-dua belah
tangannya lalu berkata,”Jangan menangis kak, semuanya dah berlalu!” Aku
mengutuk diri sendiri kerana tidak mampu membela adik. Tahun bersilih
ganti, peristiwa adik dibelasah kerana mempertahankan aku bagaikan baru
semalam berlaku. Adik mendapat tawaran belajar ke sekolah berasrama
penuh dan aku pula ditawarkan menyambung pelajaran ke peringkat
pra-universiti. Malam itu ayah duduk di bawah cahaya lampu minyak tanah
bersama ibu di ruang tamu. Aku terdengar ayah berkata, “Zah, kedua-dua
anak kita cemerlang dalam pelajaran. Abang bangga sekali!” “Tapi apalah
maknanya bang…!” aku terdengar ibu teresak-esak. “Dimana kita nak cari
duit membiayai mereka?”


Ketika
itulah adik keluar dari biliknya. Dia berdiri di depan ayah dan ibu.
“Ayah, saya tak mahu ke sekolah lagi!” Perlahan-lahan ayah bangun,
membetulkan ikatan kain pelekatnya dan merenung wajah emak, kemudian
wajah adik dalam-dalam. Panggggg….sebuah penampar singgah di pipi adik.
Seperti biasa yang mampu aku lakukan ialah menutup muka dan menangis.
“Kenapa kamu ni? Tahu tak, kalau ayah terpaksa mengemis kerana
persekolahan kamu, ayah akan lakukan!” “Orang lelaki kena bersekolah.
Kalau tak, dia takkan dapat membawa keluarganya keluar daripada
kemiskinan,” aku memujuk adik tatkala menyapu minyak pada pipinya yang
bengkak. “Kakak perempuan…biarlah kakak yang berhenti.” Tiada siapa
yang menyangka, dinihari itu adik tiada dibiliknya. Dia membawa
bersamanya beberapa helai baju lusuh yang dia ada. Di atas pangkin
tempat dia lelapkan mata, terdapat sehelai kertas yang tercatat…..
“Kak…untuk dapat peluang ke universiti bukannya mudah. Saya cari kerja
dan akan kirim wang buat akak.” Apa lagi yang saya tahu selain meraung.
Ayah termenung, jelas dia cukup kecewa. Begitu juga emak yang
menggunakan air matanya memujuk ayah. Suatu petang ketika berehat di
asrama, teman sebilik menerpa: “Ada pemuda kampung tunggu kau kat
luar!” “Pemuda kampung?” bisikku. “Siapa?” Tergesa-gesa aku keluar
bilik. Dari jauh aku nampak adik berdiri dengan pakaian comotnya yang
dipenuhi lumpur dan simen. “Kenapa sebut orang kampung, sebutlah adik
yang datang!” Sambil tersenyum dia menjawab, “Akak lihatlah pakaian
adik ni. Apa yang akan kawan-kawan akak kata kalau mereka tahu saya
adik kakak?” Jantungku terasa berhenti berdenyut mendengarkan
jawapannya. Aku cukup tersentuh. Tanpa sedar, air jernih mengalir di
pipi. Aku kibas-kibas bebutir pasir dan tompokan simen pada pakaian
adik. Dalam suara antara dengar dan tidak, aku bersuara, “Akak tak
peduli apa orang lain kata.” Dari kocek seluarnya, adik keluarkan sepit
rambut berbentuk kupu-kupu. Dia mengenakan pada rambutku sambil
berkata, “Kak, saya tengok ramai gadis pakai sepit macam ni, saya beli
satu untuk akak.” Aku kaku. Sepatah kata pun tak terucap.


Aku
rangkul adik dan dadanya dibasahi air mataku yang tak dapat
ditahan-tahan. Tamat semester, aku pulang ke kampung sementara menunggu
konvokesyen. Aku lihat tingkap dan dinding rumah bersih, tak seperti
selalu. “Emak, tak payahlah kerja teruk-teruk bersihkan rumah sambut
saya balik.” “Adik kamu yang bersihkan. Dia pulang kelmarin. Habis
tangannya luka-luka.” Aku menerpa ke biliknya. Cantik senyum adik. Kami
berdakapan. “Sakit ke?” aku bertanya tatkala memeriksa luka pada
tangannya. “Tak….Kak tahu, semasa bekerja sebagai buruh kontrak,
kerikil dan serpihan simen jatuh seperti hujan menimpa tubuh saya
sepanjang masa. Kesakitan yang dirasa tidak dapat menghentikan usaha
saya untuk bekerja keras.” Apalagi…aku menangis seperti selalu. Aku
berkahwin pada usia menginjak 27 tahun. Suamiku seorang usahawan
menawarkan jawatan pengurus kepada adik. “Kalau adik terima jawatan tu,
apa kata orang lain?” kata adik. “Adik takde pelajaran. Biarlah adik
bekerja dengan kelulusan yang adik ada.” “Adik tak ke sekolah pun
kerana akak.” kata ku memujuk. “Kenapa sebut kisah lama, kak?” katanya
ringkas, cuba menyembunyikan kesedihannya. Adik terus tinggal di
kampung dan bekerja sebagai petani setelah ayah tiada.


Pada
majlis perkahwinannya dengan seorang gadis sekampung, juruacara majlis
bertanya, “Siapakah orang yang paling anda sayangi?” Spontan adik
menjawab, “Selain emak, kakak saya….” katanya lantas menceritakan suatu
kisah yang langsung tidak ku ingati. “Semasa sama-sama bersekolah
rendah, setiap hari kami berjalan kaki ke sekolah. Suatu hari tapak
kasut saya tertanggal. Melihat saya hanya memakai kasut sebelah, kakak
membuka kasutnya dan memberikannya pada saya. Dia berjalan dengan
sebelah kasut. Sampai di rumah saya lihat kakinya berdarah sebab
tertikam tunggul dan calar-balar.” “Sejak itulah saya berjanji pada
diri sendiri. Saya akan lakukan apa saja demi kebahagiaan kakak saya
itu. Saya berjanji akan menjaganya sampai bila-bila.” Sebaik adik tamat
bercerita, aku meluru ke pelamin, mendakap adik sungguh-sungguh sambil
meraung bagaikan diserang histeria.
Back to top Go down
http://www.lirikdanlagu.blogspot.com
bayu_pagi
Temenggung
Temenggung
bayu_pagi


Female
Posts : 2295
Age : 45
Location : EARTH~
Status : MaRRieD
Joined : 2008-05-05

Pengorbanan Adik Empty
PostSubject: Re: Pengorbanan Adik   Pengorbanan Adik I_icon_minitimeFri Jun 27, 2008 3:42 pm

YA ALLAH..... Crying or Very sad
nanges lagi petang neh...
mmg menyentuh jiwa raga laaaa
tak tergambarkan pengorbanan si adik
beruntunglah si kakak itu...
cerita yg cukup meruntun jiwa....
Back to top Go down
http://www.yahoo.com
zam
Bendahara
Bendahara
zam


Male
Posts : 5644
Age : 35
Location : Petaling Jaya
Status : Married
Joined : 2008-03-28

Pengorbanan Adik Empty
PostSubject: Re: Pengorbanan Adik   Pengorbanan Adik I_icon_minitimeFri Jun 27, 2008 3:51 pm

a'ah eh...sedih je... rasanya yg wat cite ni mmg pernah alami situasi2 susah camtu...
Back to top Go down
http://cencuroot.blogspot.com
mehatespink
Temenggung
Temenggung
mehatespink


Female
Posts : 2860
Age : 40
Location : sumwhere in malaysia
Joined : 2008-04-03

Pengorbanan Adik Empty
PostSubject: Re: Pengorbanan Adik   Pengorbanan Adik I_icon_minitimeFri Jun 27, 2008 4:28 pm

adoiai..
huhuhuhu..
im speechless
Back to top Go down
Sponsored content





Pengorbanan Adik Empty
PostSubject: Re: Pengorbanan Adik   Pengorbanan Adik I_icon_minitime

Back to top Go down
 
Pengorbanan Adik
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Pengorbanan Ibu
» Adik Aktor Dong-geon Dibunuh!

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Forum Komuniti Teratak :: Teratak Santai :: Teratak Lawak & Cerita-
Jump to: