MUNGKINKAH Fahrin dan Linda akan terus bergandingan di mana-mana majlis hiburan selepas ini? Sama-sama kita lihat.DUA tahun seperti belangkas ketika menghadiri banyak majlis berkaitan dunia seni, hubungan mereka terjawab sudah.
Kisah
hubungan cinta atau persahabatan mereka yang sebelum ini memberi banyak
teka teki kepada pihak lain akhirnya bertemu titik nokhtah. Antara
Fahrin Ahmad dan Linda Onn tidak semesra dulu lagi. Itu yang pasti.
Apa
juga klasifikasi hubungan mereka, baik Linda atau Fahrin mengakui
mereka tidak akan pergi dengan lebih jauh lagi dalam hubungan berkenaan.
“Memang
kami tidak serapat dulu lagi,” demikian luah Fahrin kepada Kosmo!
ketika ditanya mengenai kisah terbaru membabitkan hubungannya itu.
Menurut
Fahrin dia sudah serik untuk melalui episod persahabatan yang
diterjemahkan sebagai ‘teman tetapi mesra’ seperti pernah dilaluinya
sebelum ini.
“Yang sudah tu sudahlah. Apa yang penting selepas
ini saya hendak berkawan dengan perempuan untuk dijadikan isteri. Saya
sudah serik dengan hubungan ‘teman tapi mesra’,” katanya dengan bahasa
yang tersirat penuh makna.
KATA Fahrin, dia sudah serik menjalin hubungan sebagai ‘teman tetapi mesra’ seperti ini.Diminta
mengulas lanjut status hubungannya dengan Linda, kata Fahrin dalam
persahabatan tidak mustahil berlaku banyak masalah. Demikian juga yang
berlaku apabila bercakap tentang hubungan dengan personaliti wanita
berkenaan.
“Mungkin kami tidak serapat macam dulu lagi. Biasalah
sebagai kawan-kawan selalu akan ada masalah. Tetapi kita tetap akan
berkawan sampai bila-bila,” kata aktor kacak ini.
Fahrin sempat
memberitahu bahawa dalam kehidupannya dia sering mendoakan yang terbaik
buat Linda tanpa mengira apa status hubungan mereka selepas ini.
Malah ketika Kosmo! memberitahu kenyataan Linda bahawa wanita itu bercadang berkahwin hujung tahun ini, begini komen Fahrin.
“Kalau benar dia sudah hendak kahwin, saya gembira. Memang dalam usia sekarang dia patut sudah berkahwin pun.”
Sementara itu Kosmo! turut mendapat penjelasan daripada Linda sendiri mengenai hal berkenaan.
Linda tidak menolak untuk memberitahu duduk perkara sebenar hubungan itu dalam status terkini.
“Saya tidak pernah bercinta dengan dia, macam mana saya boleh putus hubungan dengannya?”
Linda
ternyata tidak menolak untuk mengulas hal itu malah, dia masih lagi
tetap dengan pendiriannya dan berulang kali menegaskan bahawa mereka
berdua sekadar teman biasa.
Kenyataan yang sama dan
berulang-ulang daripada personaliti berkenaan setiap kali ditanya
mengenai status hubungannya dengan Fahrin.
Linda memberitahu
merujuk kepada hubungannya dengan Fahrin sebelum ini tidak wujud
perasaan istimewa dalam dirinya. Fahrin hanya sekadar teman baik, itu
sahaja.
Justeru Linda juga mengatakan perkataan pertunangan mahupun perkahwinan sudah pasti bukan milik mereka berdua.
“Kami
tidak akan pergi jauh sama ada di alam pertunangan mahupun
perkahwinan,” ujarnya memberikan gambaran terkini hubungannya dengan
aktor kacak itu.
Pun tatkala mendengar nada suara daripada
kenyataannya itu, ia seolah-olah memberi gambaran kepada penulis bahawa
jawapan sebenarnya ialah ‘ya, memang kami putus’.
Tetapi sejauh mana hati mereka terluka dengan perpisahan itu, yang tahu akan kebenarannya hanyalah Linda dan Fahrin sahaja.
Tanpa
berselindung Linda memberitahu, sejak kisah ‘cintanya’ itu di
gembar-gemburkan ia telah memberikan banyak tekanan kepadanya.
Malah
Linda berkata: “Kalau boleh saya nak pakai baju T dengan tulisan ‘saya
bukan kekasih Fahrin!’ agar orang ramai tidak perlu bertanyakan soalan
yang sama kepada saya.
“Sampaikan beberapa rakan saya juga
tanya, kenapa saya tak mahu mengaku bahawa kami bercinta? Macam mana
saya nak mengaku kalau benda ini tidak benar?” ulasnya lagi.
Kahwin hujung tahun ini
Walaupun
menafikan cerita cinta, Linda tidak berselindung dan memberitahu bahawa
dia bakal mendirikan rumah tangga pada hujung tahun ini ataupun
selewat-lewatnya awal tahun depan.
Runsing kepala memikirkan kenyataan Linda yang satu ini.
Jika Fahrin sekadar teman dan sahabat, siapa pula jejaka bertuah yang berjaya mencuri hati wanita tinggi lampai ini.
Ditebak pertanyaan adakah kini dia sudah pun memiliki calon lain yang lebih sesuai sebagai teman hidup? Begini jawapan Linda.
“Setakat
ini saya ada beberapa kenalan. Tetapi jika anda tanya bilakah saya akan
tutup diari bujang saya, perancangan saya ialah sama ada pada akhir
tahun ini ataupun awal tahun depan. Itu pun jika ada jodoh,” katanya
jujur.
Penyampai radio Era yang juga merupakan seorang ahli
perniagaan ini juga menegaskan dia hanya akan berkahwin selepas rumah
barunya yang terletak di satu lokasi eksklusif di Kuala Lumpur siap
dibina.
“Yang penting, selepas rumah baru saya siap. Ia
berkemungkinan besar pada akhir tahun ini,” tuturnya yang juga tidak
sabar-sabar untuk membuka restoran barunya, My Asam Pedas Shop di
sekitar Tesco Ampang tidak lama lagi.