HomeHome  ­Teratak GambarTeratak Gambar  ­GalleryGallery  ­FAQFAQ  ­SearchSearch  ­MemberlistMemberlist  ­RegisterRegister  ­Log inLog in  
Log in
Username:
Password:
Log me on automatically at each visit: 
:: I forgot my password
Jom Borak
Organisasi Teratak
PENAUNG
DYMM Sultan Teratak
DYMM Permaisuri
 
WEBMASTER
 
ADMINISTRATORS
Inspektor Sahab
Bendahara Teratak
 
MODERATORS
Temenggung Teratak
 
TDC's Logo
Designed by:
Latest topics
» DID I MARRY THE RIGHT PERSON ?
Today at 9:28 am by michiru

» PERKHIDMATAN PERKAHWINAN YANG SAH DI SELATAN THAILAND
Fri Nov 20, 2009 1:19 am by elmyda

» PERKHIDMATAN PERKAHWINAN YANG SAH DI SELATAN THAILAND
Fri Nov 20, 2009 1:11 am by elmyda

» Kisah Pohon Semalu
Tue Nov 17, 2009 4:56 pm by jay

» CHELSEA FC
Sun Nov 15, 2009 11:14 pm by joaquin

» Jalur Gemilang dah tukar ke?
Mon Nov 09, 2009 11:06 am by aza

» Kepala babi diletak dalam surau Akademi Pengajian Islam
Sun Nov 08, 2009 10:41 pm by qaidah

» H1N1
Sun Nov 08, 2009 10:39 pm by qaidah

» Wang Hantaran : Adakah Membebankan?
Sun Nov 08, 2009 1:26 pm by qaidah

» 10 Tips untuk Naik Gaji
Sun Nov 08, 2009 1:24 pm by qaidah

» Tips hilang mengantuk di pejabat
Sun Nov 08, 2009 1:23 pm by qaidah

» masalah..
Sun Nov 08, 2009 1:22 pm by qaidah

» Kenapa kita rasa penat bekerja?
Sun Nov 08, 2009 1:20 pm by qaidah

» Tips hendak seronok bekerja
Sun Nov 08, 2009 1:17 pm by qaidah

» Penjawat awam dilarang sembang guna Internet
Sun Nov 08, 2009 1:16 pm by qaidah

Poll
Teratak Dunia Cyber
Membosankan
9%
 9% [ 3 ]
Biasa sahaja
21%
 21% [ 7 ]
Menarik
48%
 48% [ 16 ]
Amat menarik
21%
 21% [ 7 ]
Total Votes : 33
Top posters
zam
 
zoulle
 
mehatespink
 
nina2519
 
bayu_pagi
 
notme
 
roll_honey
 
irees_natasha
 
jay
 
sHaFiZa
 
Who is Online ?
In total there are 10 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 10 Guests

None

Most users ever online was 22 on Tue Nov 10, 2009 4:45 pm
Post new topic   Reply to topicShare | 
 

 Ulat Keluar Dari Kemaluan

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
nina2519
Temenggung
Temenggung


Female
Posts: 2311
Age: 24
Location: ~Jin Bertendang~
Status: ~ Single Tak single Sangat Laa ~
Joined: 2008-04-04

PostSubject: Ulat Keluar Dari Kemaluan   Mon Oct 20, 2008 3:45 pm

Penangan Ilmu Lubang Jarum

Kira-kira 10 tahun lalu, Pak Lah datang ke rumah Pak Cu Rani untuk
memintanya mengubati penyakit anaknya yang terkena ilmu hitam. Ita (bukan
nama sebenar) merupakah anak Pak Lah yang sulung. Pada mulanya Pak Cu Rani
agak keberatan kerana inilah kali pertama dia berhadapan dengan situasi
yang sedemikian. Penyakit yang terkena Ita sememangnya sukar untuk diubati.


Bagi Pak Cu, dia bukanlah seorang bomoh handal kerana kebolehannya hanya
bergantung kepada jenis ilmu yang ditujukan. Setelah mendengar serba
sedikit daripada Pak Lah, Pak Cu berasa simpati dan mengambil keputusan
untuk pergi melihat sendiri keadaan anak Pak Lah itu.

"Begini sajalah Pak Lah, saya bukanlah pandai sangat, setakat nak
tengok-tengok tu bolehlah. Segala ikhtiar dan usaha itu segala-galanya
bergantung kepada kehendak dan izin Allah. Saya sekadar berusaha.." kata
Pak Cu merendah diri.

Pak Cu mencapai bajunya yang tersangkut di tiang dan terus pergi ke rumah
Pak Lah yang terletak kira-kira 500 meter dari rumahnya. Ketika Pak Cu
menjejaki halaman rumah Pak Lah, kelihatan ramai sanak saudara yang datang
menziarahi Ita. Kebanyakkan daripada mereka kelihatan muram dan sedih.
Kesayuan dan kesedihan jelas terukir pada wajah mereka.

Apabila Pak Cu memasuki rumah Pak Lah, matanya terus terpandang kepada
sekujur tubuh yang terletak di tengah-tengah ruang tamu. "MasyaAllah…" rasa
sayu dan terkejutnya bukan kepalang. Ita yang terkenal dengan kecantikannya
boleh berubah dengan sebegitu rupa. Kecantikannya telah berubah menjadi
wajah yang pucat lesi. Matanya menjadi bulat, lengannya menjadi terlalu
kecil sebesar buluh runcing. Beliau hanya mampu mengaduh dan mengerang
kesakitan.

Namun apa yang lebih menyedihkan lagi apabila Pak Cu menyaksikan perut Ita
yang sebar sebesar tempayan. Perutnya itu semakin membesar sehingga tidak
mampu lagi ditampung oleh badan Ita yang sekecil itu.

Cubalah kita renungkan perasaan ibu dan bapanya. Siapa yang sanggup melihat
anak kesayangan menjadi sebegitu rupa. Siang dan malam hanya mendengar
rintihan kesakitan. Bagi Pak Lah dan isterinya, mereka sudah kering air
mata dan tidak mampu lagi untuk berbuat apa-apa. Bukannya tidak mahu
berikhtiar tetapi sudah beribu-ribu duit habis dibelanjakan untuk mengubati
anaknya itu.

Namun bagi Pak Cu yang tinggi ilmunya, dari kali pertama dia memandang
tubuh Ita, dia sudah tahu sememangnya Ita telah terkena ilmu hitam. "Memang
sah Ita terkena ilmu 'Lubang Jarum'. Ilmu ini selalunya datang dari
bomoh-bomoh Siam bagi mereka yang ingin melaksanakan niat jahat. Ianya
terlalu jijik dan dialknati agama", kata Pak Cu kepada Pak Lah yang duduk
disisi anak kesayangannya itu.

Menurut Pak Cu, mereka yang mengamalkan ilmu 'Lubang Jarum' ini telah
melakukan perkara yang paling terkutuk iaitu mengambil surah Yassin dan
mengelap najis padanya setiap kali membuang air besar selama 7 hari
berturut-turut. Satu lagi benda yang digunakan ialah mendapatkan tuala
wanita yang masih terdapat darah haid. Surah Yassin yang disapu dengan
najis tadi dibakar dan disapukan pada tuala wanita tersebut. Kemudian kedua
bahan tadi diberikan kepada bomoh untuk dijampi dan dipuja.

Betapa kejam dan terkutuknya perbuatan manusia sehingga sanggup melakukan
kerja yang dilaknati agama. Mereka ini sememangnya telah terpesong jauh
dari ajaran Islam kerana sanggup melakukan perkara sedemikian.

Setelah dijampi dan dipuja, pengamal ilmu ini hendaklah pergi mencari satu
mata air yang sedang mengalir kemudian bahan tadi hendaklah digunakan bagi
menutup lubang bagi menyekat aliran air supaya tidak mengalir. Selagi
lubang itu tertutup selagi itulah darah haid tidak akan keluar dari
kemaluan wanita yang dituju itu dengan ilmu hitam tersebut.

Kepada para wanita, berhati-hatilah semasa membuang tuala wanita kerana
khuatir boleh dijadikan bahan untuk melaksanakan niat jahat seseorang.
Berdasarkan cerita dan pengamatan Pak Cu, dia sedar bahawa Ita telah
terkena ilmu hitam oleh seorang pemuda yang sangat tergila-gilakannya.

Memang benar, Ita pernah menolak cinta seorang pemuda kerana pemuda itu
khabarnya seorang pengedar dadah. Pemuda itu merasa kelakiannya tercabar
lalu menyimpan dendam apatah lagi bila mendengar Ita telah bertunang dengan
Lokman seorang pemuda yang selama ini menjadi musuhnya. Keadaan ini
menyebabkan pemuda itu hilang pertimbangan sehingga sanggup melakukan
perbuatan sedemikian bagi melaksanakan dendamnya.

Pada peringkat awal, pemuda tersebut telah melemparkan fitnah kepada Ita
dan Lokman dengan mengatakan mereka telah membuat hubungan sulit sehingga
Ita mengandung. Ramai penduduk kampung terpengaruh dengan kata-kata pemuda
itu sehingga Pak Lah dan isterinya juga turut percaya. Masakan tidak
percaya kerana perut Ita semakin hari semakin membesar.

Lalu Ita dipukul dan dihalau oleh Pak Lah kerana dia beranggapan Ita telah
mencemarkan nama baiknya. Namun begitu Ita dan Lokman masih tetap
mempertahankan kesucian cinta mereka. Ita telah keluar dari rumah setelah
dihalau oleh kedua ibubapanya sendiri dan menumpang di rumah ibu saudaranya
di kampung seberang untuk beberapa bulan sehinggalah keadaannya benar-benar
tenat barulah Pak Lah datang mengambilnya semula.

Ketika Pak Lah datang, keadaan Ita sudah teruk. Rasa menyesal tidak
terhingga di hati Pak Lah kerana telah menuduh Ita tanpa usul periksa.
Mujurlah adik iparnya telah menjaga Ita dengan baik. Pernah beberapa kali
iparnya datang memujuk agar menerima Ita kembali kerana iparnya tidak
percaya Ita melakukan perbuatan terkutuk itu dan dirasakan Ita telah
terkena ilmu sihir.

Apa yang lebih mengharukan, Ita turut dikeji dan dihina oleh penduduk
kampung. Bagi Pak Cu sendiri itulah pengalaman yang paling tragis dan dia
juga merasa sedih dan terharu. Begitu kejamnya manusia sehingga sanggup
melakukan perbuatan yang sedemikian rupa.

Pak Cu berpendapat, penyakit Ita itu bukan sembarangan kerana daripada
wajahnya yang pucat dan badannya yang kurus kering itu terjadi akibat
daripada semua darah telah berkumpul di bahagian perut. Jika tidak
berhati-hati boleh mengancam nyawa. Atas dasar simpati dan perikemanusiaan,
Pak Cu terpaksa berkorban masa dan tenaga untuk mengubati Ita kerana ia
memerlukan proses yang agak rumit. Usaha Pak Cu yang pertama ialah perlu
membaca surah Yassin sebanyak 3 kali setiap malam selama 3 malam
berturut-turut.

Dalam proses Pak Cu membaca ayat-ayat tersebut, banyak kejadian aneh telah
berlaku pada Ita. Ita meracau-racau mengatakan Pak Cu ingin membunuhnya
namun Pak Cu tidak menghiraukan kata-kata Ita itu. Setelah membaca Yassin
selesai, ia dihembuskan ke dalam air dan kemudian air Yassin itu disapukan
pada celah ibu jari Ita. Pada masa itu Ita meraung sekuat hati.

Untuk malam berikutnya, Pak Cu membaca ayat Kursi sebanyak 170 kali iaitu
sebanyak bilangannya selama 3 malam berturut-turut. Ayat-ayat tersebut
dibaca dengan tertib mengikut tajwid yang betul. Dalam proses itu, Ita
meraung-raung, matanya bertukar menjadi merah dengan urat-urat kelihatan
merekah. Ketika air surah Yassin disapukan dikepalanya, rambut kelihatan
gugur sehingga kulit kepalanya jelas kelihatan. Sukar untuk dibayangkan
betapa dahsyatnya penderitaan yang dialami oleh Ita. Pak Cu masih
meneruskan usahanya selama 3 malam. Pak Cu berserah dan bertawakal kepada
Allah s.w.t.

Setelah sampai di rumah Pak Lah, dia mendapati keadaan Ita semakin serius
dan teruk. Pada malam itu, usahanya agak berlainan sedikit di mana dia
terpaksa menggunakan kemenyan, kapas dan buluh runcing yang dikerat
bukunya. Ketika ayat Kursi dibaca sebanyak 120 kali, Ita bangun dan
meronta-ronta mengamuk dan ingin mencekik semua orang yang ada pada malam
itu. Keadaan rumah menjadi kelam-kabut. Masing-masing lari bertempiaran
untuk menyelamatkan diri, Pak Cu segera mengambil air surah Yassin lalu
disimbah kepada Ita, barulah dia rebah kembali kepada asalnya. Namun
selepas itu, Ita kembali mengamuk dan mengigit lengannya sehingga beberapa
bahagian lengan terkoyak.

Boleh dikatakan jika sesiapa yang ada pada malam itu pasti akan menitiskan
air mata termasuklah Lokman yang sudah tidak tahan lagi meratapi
penderitaan yang dialami oleh Ita yang begitu dahsyat. Setelah selesai
membaca ayat Kursi sebanyak 170 kali, Pak Cu melakukan ikhtiarnya yang
terakhir.

Pak Cu mengambil kapas yang dibasahkan dengan air surah Yassin dan dikepal
sambil membaca ayat-ayat penyembuh. Kapas tersebut digumpal sehingga
menjadi bulat dan kemudian disumbat pada hujung pangkal buluh. Pak Cu
mencurahkan air surah Yassin perlahan-lahan ke dalam buluh tersebut
sehingga penuh. Dia membakar kemenyan dan mengasap buluh tadi sambil
membaca ayat penyembuh. Ita semakin kuat meronta-ronta dan ketika itu atap
rumah yang terletak setentang dengan tempat pembaringan Ita tercabut dan
terpelanting tiba-tiba. Seluruh tetamu terkejut dan terpaku serta tidak
berkata apa-apa.

Pak Cu tahu yang merempuh atap tersebut ialah sejenis makhluk halus yang
digunakan bagi melaksanakan niat jahat tersebut. Pak Cu nampak seekor beruk
besar dan bertaring panjang sedang merempuh atap sehingga tercabut. Wajah
Ita kelihatan berubah dan dia sudah mampu menyebut dan memanggil ayah dan
ibunya.

Segera Pak Cu memanggil Pak Lah untuk menyatakan sesuatu. Bagi Pak Cu, apa
yang perlu sekarang ini ialah berserah dan berdoa sahaja kepada Allah agar
Ita dipanjangkan umur. Ini memandangkan penyakit Ita sudah amat kritikal.
Setelah mendapat keizinan Pak Lah, Pak Cu meneruskan ikhtiarnya. Dia
mengambil buluh runcing tadi lalu ditiup sambil membaca ayat-ayat suci.
Seketika kemudian kapas yang ada pada hujung buluh runcing tadi tercabut
dan terjatuh bersama air surah Yassin.

Di saat itu, Ita meraung kesakitan dan darah mengalir keluar dari
kemaluannya. Darah hitam pekat busuk itu bercampur dengan ulat-ulat yang
cukup meloyakan. Ia terlalu banyak sehingga memenuhi ruang tamu. Pak Lah
mengajar Ita supaya mengucap dan ingat kepada Allah.

Seketika kemudian, Ita menghembuskan nafasnya yang terakhir. Seluruh isi
rumah ketika itu meratap hiba dengan pemergian Ita yang sungguh menyedihkan
itu. Ayam dan itik di bawah rumah habis mati bergelimpangan pada keesokkan
harinya disebabkan termakan ulat beracun yang keluar bersama darah Ita
malam itu.

Ita telah selamat dikebumikan dan semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh
Ita. Sesungguhnya beliau benar-benar telah terseksa sepanjang hidupnya
akibat sifat dengki manusia yang tidak berhati perut

_________________
.:: Belajarlah Bersyukur Dengan Jodoh Anugerah Tuhan..
Usah Mendambakan Teman Secantik Balqis, Andai Dirimu
Tidak Seindah Sulaiman.. Mengapa Diharapkan Teman
Setampan Yusof, Andai Dirimu Tidak Setulus Zulaikha...
Tak Perlu Mencari Seistimewa Khadijah, Andai Dirimu T
idak Sesempurna Rasulullah SAW ::.
Back to top Go down
View user profile http://arosamutiara-neina.blogspot.com/
@>-- phantageerow85
Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K)
Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K)


Female
Posts: 392
Age: 24
Location: de' johore
Status: married
Joined: 2008-04-18

PostSubject: Re: Ulat Keluar Dari Kemaluan   Tue Oct 21, 2008 12:42 pm

erm kesian pmpuan tu ek, ni cita btul ke ek??knp la manusia kejam sgt ek??
Back to top Go down
View user profile http://www.myspace.com
gee
Darjah Setia Di Raja
Darjah Setia Di Raja


Female
Posts: 208
Age: 36
Location: seberang tambak
Status: M3
Joined: 2008-06-23

PostSubject: Re: Ulat Keluar Dari Kemaluan   Tue Oct 21, 2008 1:51 pm

Ya Allah, tak ingat akhirat ke jantan tu.....
Back to top Go down
View user profile http://www.geena3.multiply.com
demetrie
Ahli Mangku Negara (A.M.N)
Ahli Mangku Negara (A.M.N)


Male
Posts: 93
Age: 24
Location: KL
Status: "Penembak Tepat"
Joined: 2009-01-31

PostSubject: Re: Ulat Keluar Dari Kemaluan   Sat Jan 31, 2009 7:07 pm

Ni cerita betul ke?
Back to top Go down
View user profile http://www.yahoo.com
bayu_pagi
Temenggung
Temenggung


Female
Posts: 2295
Age: 31
Location: EARTH~
Status: MaRRieD
Joined: 2008-05-05

PostSubject: Re: Ulat Keluar Dari Kemaluan   Tue Feb 03, 2009 9:03 am

nauzubillahiminzalik...

_________________
~bayu_pagi~
^LiFe MusT Go oN^
::kawan-kawan takmo lawan::
Back to top Go down
View user profile http://www.yahoo.com
sally
Rakyat Jelata
Rakyat Jelata


Female
Posts: 13
Age: 37
Location: Shah Alam
Status: married
Joined: 2009-02-10

PostSubject: Re: Ulat Keluar Dari Kemaluan   Wed Feb 11, 2009 3:45 pm

kenapa busuk sungguh hati manusia tu, kalau orang dah suka jangan la dengki, tak baik....yang buat tu lelaki ke?..... selalu nya perempuan suka main bomoh dan jarang pulak dengar lelaki punya kerja.... tapi sesungguhnya memang lelaki ini jahat.
Back to top Go down
View user profile http://www.youtube.com/FIZSAL
fizsal
Rakyat Jelata
Rakyat Jelata


Male
Posts: 19
Age: 36
Location: Shah Alam
Status: Married
Joined: 2009-02-10

PostSubject: Re: Ulat Keluar Dari Kemaluan   Wed Feb 11, 2009 4:06 pm

Ya Allah panjangnya cerita, Sally tu minat sangat ler kalau baca cerita panjang cam gitu
Back to top Go down
View user profile http://www.youtube.com/FIZSAL
sally
Rakyat Jelata
Rakyat Jelata


Female
Posts: 13
Age: 37
Location: Shah Alam
Status: married
Joined: 2009-02-10

PostSubject: Re: Ulat Keluar Dari Kemaluan   Thu Feb 12, 2009 12:20 pm

fizsal wrote:
Ya Allah panjangnya cerita, Sally tu minat sangat ler kalau baca cerita panjang cam gitu
nak buat macam saya kan minat cite misteri dan pelik yang boleh di jadikan tauladan. salah ke bang?
Back to top Go down
View user profile http://www.youtube.com/FIZSAL
nina2519
Temenggung
Temenggung


Female
Posts: 2311
Age: 24
Location: ~Jin Bertendang~
Status: ~ Single Tak single Sangat Laa ~
Joined: 2008-04-04

PostSubject: Re: Ulat Keluar Dari Kemaluan   Wed Feb 25, 2009 12:36 pm

em biasalah manusia..
rambut sama hitam hati lelain..
bile apa yg dihajati tak dimiliki
semuanya sanggup dilakukan
even di luar landasan agama..

_________________
.:: Belajarlah Bersyukur Dengan Jodoh Anugerah Tuhan..
Usah Mendambakan Teman Secantik Balqis, Andai Dirimu
Tidak Seindah Sulaiman.. Mengapa Diharapkan Teman
Setampan Yusof, Andai Dirimu Tidak Setulus Zulaikha...
Tak Perlu Mencari Seistimewa Khadijah, Andai Dirimu T
idak Sesempurna Rasulullah SAW ::.
Back to top Go down
View user profile http://arosamutiara-neina.blogspot.com/
 

Ulat Keluar Dari Kemaluan

View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions of this forum:You cannot reply to topics in this forum
Forum Komuniti Teratak :: Teratak Forum III :: Teratak Misteri & Mistik-
Post new topic   Reply to topic