1. Jangan berjalan di dalam pejabat tanpa membawa sebarang fail atau kertas. Ini akan menunjukkan anda sentiasa sibuk
2. Sentiasa nampak sibuk di depan PC anda. Walaupun anda hanya chat or membuka laman web. Jangan biarkan keyboard anda sunyi dari ketukan jemari anda.
3. Meja anda jangan biarkan kemas dan teratur. kalau boleh lambakkan 5-6 fail di atas meja anda.
4. Jangan menjawab sebarang telefon jika boss anda ada. Sila pesan kepada setiausaha anda agar hanya mengambil pesanan dari pemanggil yang menghubungi anda. (Sila pergi ke meja setiausaha setiap kali boss anda lalu di situ supaya boss mendengar setiap pesanan setiausaha beri kepada anda)
5. Sentiasa bermuka serious seolah-olah di bebani dengan kerja yang banyak.
6. Sentiasa balik lambat.(Jika boss ada sahaja)
7. Sentiasa menarik nafas dan melepaskan secara kuat jika ada ramai di sekeliling anda. Seolah-olah anda memikirkan sesuatu dan sedang mencari idea.
8. Sentiasa menggunakan bahasa IT dan berteknologi tinggi jika berbincang dengan boss anda (Kononnya anda berpengetahuan luas)
9. Di waktu makan jangan keluar awal. (Jika boss ada).
10. Yang terpenting sekali, jangan biarkan boss anda baca tips ini.
_________________
