apai_chey Darjah Setia Di Raja


 Posts: 310 Age: 26 Location: Kemamang Status: saudagar merempat Joined: 2008-11-25
 | Subject: Kita fikirkan sendiri Fri Dec 05, 2008 6:20 pm | |
| Sesungguhnya kita patut BERSYUKUR...1. untuk suami/isteri yang tidur berdengkur diwaktu malam, kerana beliau tidur disisi kita bukan dengan orang lain.
2. untuk anak/adik perempuan kita yang mengomel apabila mencuci pinggan, kerana itu bermakna dia berada di rumah, bukan dijalanan berpeleseran.
3. untuk cukai pendapatan yang kita kena bayar, kerana itu bermakna kita masih mempunyai pekerjaan.
4. untuk pakaian kita yang dah tak muat, kerana itu bermakna kita cukup makan.
5. untuk lantai yang perlu dimop, tingkap yang perlu dilap, dan rumah yang perlu dikemas, kerana itu bermakna kita mempunyai tempat tinggal.
6. untuk bunyi bising jiran-jiran, kerana itu bermakna kita masih lagi boleh mendengar.
7. untuk timbunan pakaian yang perlu dicuci/digosok kerana itu bermakna kita ada pakaian untuk dipakai.
8. untuk keletihan/kesakitan otot selepas seharian bekerja, kerana itu bermakna kita masih berupaya untuk kerja kuat.
9. untuk tempat letak kereta yang jauh daripada lif, kerana itu bermakna kita masih berupaya untuk berjalan.
10.untuk jam loceng yang berdering pada waktu pagi, kerana itu bermakna kita masih hidup untuk meneruskan hari tersebut...
AND FINALLY ....... for received this personal and meaningful forwarded e-mails because it means you have friends who are thinking of you. HAVE A WONDERFUL DAY!!! BELAJARLAH BERSYUKUR....... “ Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu” Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan. ‘Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan’ "Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan. Teruskan perjuangan kita walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup"
"Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah.""Jadikan sebagai aturan hidup untuk melakukan yang terbaik dalam apa jua yang dilakukan, pasti akan menghasil kecemerlangan” Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah. Reaksi emosi jangan dituruti kerana implikasinya tidak seperti yang diimaginasi . "Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yg mensia-siakan sahabat yg telah dicari"Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang. Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya. Akal mengatakan perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya. Dan hati mengatakan perempuan itu cantik atas dasar akhlaknya.
"Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yg kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dgn baik berlandaskan kenyataan” Hadiah Terbaik : Kepada kawan - Kesetiaan Kepada musuh - Kemaafan Kepada ketua - Khidmat Kepada yang muda - Contoh terbaik Kepada yang tua - Hargai budi mereka dan kesetiaan. Kepada pasangan - Cinta dan ketaatan Kepada manusia – Kebebasan
"Kita selalu lupa atau jarang ingat apa yang kita miliki, tetapi kita sering kali ingat apa yang orang lain ada."
|
|
mehatespink Temenggung


 Posts: 2860 Age: 26 Location: sumwhere in malaysia Joined: 2008-04-03
 | Subject: Re: Kita fikirkan sendiri Tue Dec 09, 2008 9:00 am | |
| gud post apai.. beh je bace kate2 smangat tu.. _________________  ::mehatespink:: |
|
apai_chey Darjah Setia Di Raja


 Posts: 310 Age: 26 Location: Kemamang Status: saudagar merempat Joined: 2008-11-25
 | Subject: Re: Kita fikirkan sendiri Tue Dec 09, 2008 8:14 pm | |
| yang penting ada maklumat utk dimuatkan kedalam 30% bahagian kat dalam minda kita. yang baik jadikan pedoman, yang buruk kita sekatkan, yang dah berlaku kita renungkan, yang belum berlaku kt rangcangkan thanks koin, |
|
qaidah Ahli Mangku Negara (A.M.N)


 Posts: 148 Age: 27 Location: senawang Status: maried Joined: 2009-06-22
 | Subject: Re: Kita fikirkan sendiri Wed Sep 02, 2009 3:18 pm | |
| |
|