|
| Author | Message |
|---|
babylizard Darjah Setia Di Raja

 Posts: 52 Age: 16 Location: tEraTak mAK mERtuA..ARggghH..! Status: mAsih IstEri oRAnG.. Joined: 2008-04-05
 | Subject: 5 Tips Dalam Berpasangan Sat Jan 17, 2009 9:51 am | |
| 1. Saling MempercayaiSetiap pasangan kekasih mestilah mempunyai sikap ini. Anda mestilah mempercayai kekasih anda dari setiap aspek. Samada dari segi percakapan, pemikiran mahupun perbuatan yang dilakukan oleh kekasih anda. Memang sukar untuk memberikan kepercayaan sekiranya anda pernah dikecewakan. Tetapi apa salahnya sekiranya anda memberikan si Dia kepercayaan anda. Ianya tidak salah bukan? 2. Saling MemahamiFahami diri kekasih anda. Sekiranya anda mengajak si Dia keluar, makan bersama atau pergi menonton wayang dan sebagainya, dan si Dia menjawab “tak nak”, “tak mahu”, biarkanlah si Dia. Maksud biarkan itu adalah, jangan dipaksa-paksa dan fahami kenapa si Dia menjawab demikian. Adakah si Dia sedang sibuk dengan urusan lain? Atau si Dia ada masalah lain? Cuba fahami dirinya. 3. Bertolak AnsurSetiap lautan, akan ada pasang surut airnya. Begitulah juga dalam berpasangan. Tidak dinamakan berpasangan sekiranya tiada sedikit salah faham atau pertelingkahan. Di sini, anda haruslah bertolak ansur dan menurunkan sedikit ego anda. Jangan mengharapkan si Dia bertolak ansur dulu, tapi, andalah yang perlu mulakan. Jangan biarkan pertelingkahan itu berlanjutan kerana ia ibarat seperti kanser. Semakin dibiarkan, semakin parah jadinya. 4. KejujuranAnda, ketika berpasangan hendaklah jujur. Jujur bukan hanya ketika dengan pasangan anda, tetapi juga pada semua masyarakat. Tidak kisah sama ada ibu bapa anda, adik-beradik, rakan-rakan dan sebagainya. Jujur dalam berpasangan adalah anda tidak berkata dusta, tidak bohong, tidak menipu dan tidak mengkhianati pasangan anda itu. Mungkin ada dikalangan anda berkata, ‘Kenapa aku nak jujur pulak pada dia? Lantak aku lah.” Anda mesti ingat, pada mula anda berpasangan, anda sayang pada si Dia, anda minat pada si Dia, anda suka pada si Dia. Sekiranya anda tidak jujur, adakah segala sayang, suka dan minat itu semuanya dusta belaka? 5. KesetiaanApabila anda berpasangan, kesetiaan merupakan faktor yang anda perlu jaga. Janganlah anda mencari pengganti bagi si Dia ketika anda berpasangan. Ini kerana, si Dia telah memberikan kepercayaan pada anda dan sekiranya anda menduakan si Dia, anda telah memusnahkan harapan dan impian seseorang yang anda pernah kata-katakan ucapan cinta. Cuba anda letakkan diri anda dalam situasi “ditinggalkan”. Adakah anda akan berasa sedih? Kecewa? Hampa? Sudah semestinya anda akan katakan Ya. Oleh itu, fikirkan perasaan si Dia dan setialah dengan pasangan anda. Diharapkan dengan tips-tips ini, anda dapat mewujudkan sebuah hubungan yang bahagia dan kekal selama-lamanya. |
|
 | |
areDIKA Temenggung


 Posts: 470 Age: 28 Location: putrajaya Joined: 2008-03-31
 | Subject: Re: 5 Tips Dalam Berpasangan Thu Jan 29, 2009 5:30 pm | |
| best betul bila baca thread ni.. mcm something je yg perlu dipelajari, ape pun nice topic liz. *dari saya kat johor sampai la saya kat sini da 3 tahun tak pernah lagi jumpa liz ni |
|
 | |
nina2519 Temenggung


 Posts: 2311 Age: 24 Location: ~Jin Bertendang~ Status: ~ Single Tak single Sangat Laa ~ Joined: 2008-04-04
 | Subject: Re: 5 Tips Dalam Berpasangan Wed Feb 25, 2009 12:24 pm | |
| 4. Kejujuran
Anda, ketika berpasangan hendaklah jujur. Jujur bukan hanya ketika dengan pasangan anda, tetapi juga pada semua masyarakat. Tidak kisah sama ada ibu bapa anda, adik-beradik, rakan-rakan dan sebagainya. Jujur dalam berpasangan adalah anda tidak berkata dusta, tidak bohong, tidak menipu dan tidak mengkhianati pasangan anda itu. Mungkin ada dikalangan anda berkata, ‘Kenapa aku nak jujur pulak pada dia? Lantak aku lah.” Anda mesti ingat, pada mula anda berpasangan, anda sayang pada si Dia, anda minat pada si Dia, anda suka pada si Dia. Sekiranya anda tidak jujur, adakah segala sayang, suka dan minat itu semuanya dusta belaka? - yer kejujuran tu amat penting dlm sesebuah perhubungan kerna dgn ada kejujuran tak mungkin timbul perbalahan.. tak timbul kecurigaan.. _________________ .:: Belajarlah Bersyukur Dengan Jodoh Anugerah Tuhan.. Usah Mendambakan Teman Secantik Balqis, Andai Dirimu Tidak Seindah Sulaiman.. Mengapa Diharapkan Teman Setampan Yusof, Andai Dirimu Tidak Setulus Zulaikha... Tak Perlu Mencari Seistimewa Khadijah, Andai Dirimu T idak Sesempurna Rasulullah SAW ::.
|
|
 | |
zam Bendahara


 Posts: 5637 Age: 21 Location: Petaling Jaya Status: Married Joined: 2008-03-28
 | Subject: Re: 5 Tips Dalam Berpasangan Wed Feb 25, 2009 12:31 pm | |
| jujur jgk leh timbul perbalahan.. "yang..smlm kan ai kuar ngan minah..yg seksi tuh.." hehe.. _________________  |
|
 | |
zoulle Inspekter Sahab


 Posts: 5286 Age: 29 Location: world wide web Joined: 2008-03-29
 | Subject: Re: 5 Tips Dalam Berpasangan Wed Feb 25, 2009 12:38 pm | |
| oleh itu takleh le jujur sangat... kikiki.. bak kata P Ramlee, tipu sunat, bagi mengelakkan perbalahan.. kikiki _________________ ~sila baca post saye dengan irama yang girang, ceria da positif, agar tak tersalah faham nanti.. hihihi~
|
|
 | |
nina2519 Temenggung


 Posts: 2311 Age: 24 Location: ~Jin Bertendang~ Status: ~ Single Tak single Sangat Laa ~ Joined: 2008-04-04
 | Subject: Re: 5 Tips Dalam Berpasangan Wed Feb 25, 2009 12:42 pm | |
| jgnlah lurus bendul sgt.. _________________ .:: Belajarlah Bersyukur Dengan Jodoh Anugerah Tuhan.. Usah Mendambakan Teman Secantik Balqis, Andai Dirimu Tidak Seindah Sulaiman.. Mengapa Diharapkan Teman Setampan Yusof, Andai Dirimu Tidak Setulus Zulaikha... Tak Perlu Mencari Seistimewa Khadijah, Andai Dirimu T idak Sesempurna Rasulullah SAW ::.
|
|
 | |
zoulle Inspekter Sahab


 Posts: 5286 Age: 29 Location: world wide web Joined: 2008-03-29
 | Subject: Re: 5 Tips Dalam Berpasangan Wed Feb 25, 2009 12:44 pm | |
| nina nak ke pasangan yg tak lurus bendul gitu? kikiki.. bahya tuuuu... kerap sangat bengkoknye bendul tu ada plak yg makan hati nanti..  _________________ ~sila baca post saye dengan irama yang girang, ceria da positif, agar tak tersalah faham nanti.. hihihi~
|
|
 | |
zam Bendahara


 Posts: 5637 Age: 21 Location: Petaling Jaya Status: Married Joined: 2008-03-28
 | Subject: Re: 5 Tips Dalam Berpasangan Wed Feb 25, 2009 12:44 pm | |
| kita alami sendiri tau la camne nak handle situasi kan.. kita tau apa kita buat.. hehe _________________  |
|
 | |
nina2519 Temenggung


 Posts: 2311 Age: 24 Location: ~Jin Bertendang~ Status: ~ Single Tak single Sangat Laa ~ Joined: 2008-04-04
 | Subject: Re: 5 Tips Dalam Berpasangan Wed Feb 25, 2009 12:58 pm | |
| erm betul tu pandai laa handle camne jgnlah lurus sgt.. jalan yg bengkok kat depan tu tak nampak kan.. huhuhuhu _________________ .:: Belajarlah Bersyukur Dengan Jodoh Anugerah Tuhan.. Usah Mendambakan Teman Secantik Balqis, Andai Dirimu Tidak Seindah Sulaiman.. Mengapa Diharapkan Teman Setampan Yusof, Andai Dirimu Tidak Setulus Zulaikha... Tak Perlu Mencari Seistimewa Khadijah, Andai Dirimu T idak Sesempurna Rasulullah SAW ::.
|
|
 | |
mehatespink Temenggung


 Posts: 2860 Age: 26 Location: sumwhere in malaysia Joined: 2008-04-03
 | Subject: Re: 5 Tips Dalam Berpasangan Wed Feb 25, 2009 3:26 pm | |
| bez je bace. akan cube dipraktikkan.  _________________  ::mehatespink:: |
|
 | |
zoulle Inspekter Sahab


 Posts: 5286 Age: 29 Location: world wide web Joined: 2008-03-29
 | Subject: Re: 5 Tips Dalam Berpasangan Thu Feb 26, 2009 9:05 am | |
| kita tau apa yg kita buat ea zam.. ko tau apa yg aku buat n aku tau apa yg ko buat.. huahauhauhauhauhau... _________________ ~sila baca post saye dengan irama yang girang, ceria da positif, agar tak tersalah faham nanti.. hihihi~
|
|
 | |
bayu_pagi Temenggung


 Posts: 2295 Age: 31 Location: EARTH~ Status: MaRRieD Joined: 2008-05-05
 | Subject: Re: 5 Tips Dalam Berpasangan Fri Feb 27, 2009 8:15 am | |
| taulah korang berdua pasangan belangkas xyah bgtau pon kami tauuuuuuuuuuuuuu  _________________ ~bayu_pagi~ ^LiFe MusT Go oN^ ::kawan-kawan takmo lawan::
|
|
 | |
hunny_kono Ahli Mangku Negara (A.M.N)


 Posts: 86 Age: 26 Location: pahang Status: married Joined: 2008-04-15
 | Subject: Re: 5 Tips Dalam Berpasangan Thu Mar 05, 2009 12:29 am | |
| ish..apa yg cgu zul wat yg abg zam tau???? leh kami tau???? |
|
 | |
zoulle Inspekter Sahab


 Posts: 5286 Age: 29 Location: world wide web Joined: 2008-03-29
 | Subject: Re: 5 Tips Dalam Berpasangan Thu Mar 05, 2009 12:21 pm | |
| yg tu biarlah kami berdua saja yg tawww.. nanti serong plak pandangan org lain kat kami berdua.. _________________ ~sila baca post saye dengan irama yang girang, ceria da positif, agar tak tersalah faham nanti.. hihihi~
|
|
 | |
zoulle Inspekter Sahab


 Posts: 5286 Age: 29 Location: world wide web Joined: 2008-03-29
 | Subject: Re: 5 Tips Dalam Berpasangan Thu Mar 05, 2009 12:22 pm | |
| ni satu lagi tips.. jangan cite kat org lain perihal dalaman anda dan pasangan anda.. (i lebiu zam) _________________ ~sila baca post saye dengan irama yang girang, ceria da positif, agar tak tersalah faham nanti.. hihihi~
|
|
 | |
zam Bendahara


 Posts: 5637 Age: 21 Location: Petaling Jaya Status: Married Joined: 2008-03-28
 | Subject: Re: 5 Tips Dalam Berpasangan Thu Mar 05, 2009 12:24 pm | |
| hahahhhaha...nape aku xpasan post zol yg atas yg sama2 tau tu ek.. nak gelak je.. betul tips ko tu zol..kalau kita xcite pun tp pasangan yg cite susah gak.. (ailebiu too zol) |
|
 | |
zoulle Inspekter Sahab


 Posts: 5286 Age: 29 Location: world wide web Joined: 2008-03-29
 | Subject: Re: 5 Tips Dalam Berpasangan Thu Mar 05, 2009 12:27 pm | |
| biar kita sama2 gelak zam.. huahuahuahau.. adeh laaaa.. merah muka aku ketawa.. kikiki.. i tak cite pepe pun zam.. pecayalahhhhhhh... _________________ ~sila baca post saye dengan irama yang girang, ceria da positif, agar tak tersalah faham nanti.. hihihi~
|
|
 | |
zam Bendahara


 Posts: 5637 Age: 21 Location: Petaling Jaya Status: Married Joined: 2008-03-28
 | Subject: Re: 5 Tips Dalam Berpasangan Thu Mar 05, 2009 12:30 pm | |
| dah la gelak zol..nanti serong lg pandangan org kat kita.. _________________  |
|
 | |
zoulle Inspekter Sahab


 Posts: 5286 Age: 29 Location: world wide web Joined: 2008-03-29
 | Subject: Re: 5 Tips Dalam Berpasangan Thu Mar 05, 2009 12:33 pm | |
| abis dah aku gelak zam.. tapi bila dipikir2 da dibayang2 rasa mcm nak gelak lagi arrr.. hik hik hik _________________ ~sila baca post saye dengan irama yang girang, ceria da positif, agar tak tersalah faham nanti.. hihihi~
|
|
 | |
hunny_kono Ahli Mangku Negara (A.M.N)


 Posts: 86 Age: 26 Location: pahang Status: married Joined: 2008-04-15
 | Subject: Re: 5 Tips Dalam Berpasangan Thu Mar 05, 2009 4:56 pm | |
| elok ar tu..dipandang serong oleh kami dr dalam kereta sorong...haaaa...wat per tuh???? |
|
 | |
irees_natasha Temenggung


 Posts: 1332 Age: 27 Location: .. My Heart .. Status: .. My Love .. Joined: 2008-04-03
 | Subject: Re: 5 Tips Dalam Berpasangan Fri Mar 27, 2009 10:11 am | |
| emm nice topik ... apa pun dalam perhubungan mesti sama rata .... baru semua nyer okehhh ... _________________  " ... tiada insan suci yg tidak mempunyai masa lampau ... ... tiada insan berdosa yg tidak punyai masa depan ..." |
|
 | |
|