HomeHome  ­Teratak GambarTeratak Gambar  ­GalleryGallery  ­FAQFAQ  ­SearchSearch  ­MemberlistMemberlist  ­RegisterRegister  ­Log inLog in  
Log in
Username:
Password:
Log me on automatically at each visit: 
:: I forgot my password
Jom Borak
Organisasi Teratak
PENAUNG
DYMM Sultan Teratak
DYMM Permaisuri
 
WEBMASTER
 
ADMINISTRATORS
Inspektor Sahab
Bendahara Teratak
 
MODERATORS
Temenggung Teratak
 
TDC's Logo
Designed by:
Latest topics
» DID I MARRY THE RIGHT PERSON ?
Mon Nov 23, 2009 9:28 am by michiru

» PERKHIDMATAN PERKAHWINAN YANG SAH DI SELATAN THAILAND
Fri Nov 20, 2009 1:19 am by elmyda

» PERKHIDMATAN PERKAHWINAN YANG SAH DI SELATAN THAILAND
Fri Nov 20, 2009 1:11 am by elmyda

» Kisah Pohon Semalu
Tue Nov 17, 2009 4:56 pm by jay

» CHELSEA FC
Sun Nov 15, 2009 11:14 pm by joaquin

» Jalur Gemilang dah tukar ke?
Mon Nov 09, 2009 11:06 am by aza

» Kepala babi diletak dalam surau Akademi Pengajian Islam
Sun Nov 08, 2009 10:41 pm by qaidah

» H1N1
Sun Nov 08, 2009 10:39 pm by qaidah

» Wang Hantaran : Adakah Membebankan?
Sun Nov 08, 2009 1:26 pm by qaidah

» 10 Tips untuk Naik Gaji
Sun Nov 08, 2009 1:24 pm by qaidah

» Tips hilang mengantuk di pejabat
Sun Nov 08, 2009 1:23 pm by qaidah

» masalah..
Sun Nov 08, 2009 1:22 pm by qaidah

» Kenapa kita rasa penat bekerja?
Sun Nov 08, 2009 1:20 pm by qaidah

» Tips hendak seronok bekerja
Sun Nov 08, 2009 1:17 pm by qaidah

» Penjawat awam dilarang sembang guna Internet
Sun Nov 08, 2009 1:16 pm by qaidah

Poll
Teratak Dunia Cyber
Membosankan
9%
 9% [ 3 ]
Biasa sahaja
21%
 21% [ 7 ]
Menarik
48%
 48% [ 16 ]
Amat menarik
21%
 21% [ 7 ]
Total Votes : 33
Top posters
zam
 
zoulle
 
mehatespink
 
nina2519
 
bayu_pagi
 
notme
 
roll_honey
 
irees_natasha
 
jay
 
sHaFiZa
 
Who is Online ?
In total there are 3 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 3 Guests

None

Most users ever online was 22 on Tue Nov 10, 2009 4:45 pm
Post new topic   Reply to topicShare | 
 

 MUSIM ARTIS HOLLYWOOD DAPAT BABY

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
irees_natasha
Temenggung
Temenggung


Female
Posts: 1332
Age: 27
Location: .. My Heart ..
Status: .. My Love ..
Joined: 2008-04-03

PostSubject: MUSIM ARTIS HOLLYWOOD DAPAT BABY   Wed Jul 23, 2008 3:02 pm



Brad Pitt, 44, kelihatan beremosi tetapi tenang manakala Angelina
Jolie, 33, pula tidak henti-henti ketawa dan asyik berbicara selepas
selamat melahirkan bayi kembar mereka di Hospital Lenval, pada Sabtu,
12 Julai lalu.


Begitulah suasana yang berlaku di dalam
hospital yang terletak di Selatan Perancis itu tatkala bayi kembar
lelaki dan perempuan mereka yang dinamakan sebagai Knox Leon dan
Vivienna Marcheline itu dilahirkan dalam keadaan yang cukup sihat.

"Brad nampak kelihatan begitu gembira sekali. Begitu juga dengan
Angelina yang sering bercakap dan ketawa bersama Brad. Mereka nampak
begitu bahagia sekali," kata Dr Michel Sussmann yang bertanggung jawab
di atas kelahiran bayi kembar itu.


Sungguhpun begitu, kata Sussman, bagi memastikan kelahiran itu
tidak mengadapi risiko yang besar, Angelina terpaksa melakukan secara
pembedahan (caesarean) untuk melahirkan Knox yang seberat 2.28
kilogram, manakala Vivienna (2.27 kilogram).


Apa yang paling menyentuh hati, sepanjang proses kelahiran itu berlangsung, Brad sentiasa menunggu dengan sabar
serta tidak pernah lekang daripada berada di sisi wanita yang dicintainya itu.

"Dia ibarat pembantu saya," kata Sussman sambil tertawa.

Kelahiran bayi kembar tersebut membuatkan pasangan selebriti
paling hebat, paling ideal serta paling popular ini secara berterusan
mendapat tumpuan serta perhatian daripada masyarakat sedunia.


Begitu juga dengan pihak paparazzi yang tidak henti-henti
menghidu serta menjejaki kisah serta kehidupan peribadi mereka. Hal itu
turut membuatkan bayi kembar mereka terus bertaraf jutawan dalam
sekelip mata.


Apakan tidak, sebaik saja lahir, pasangan ini terus menjual
gambar eksklusif bayi kembar dengan harga AS$11 juta kepada salah
sebuah syarikat penerbitan di AS yang dirahsiakan namanya. Sungguhpun
begitu, wang tersebut itu akan disalurkan kepada tabung amal.


Dengan
kelahiran bayi kembar tersebut, anak-anak Angelina dan Brad kini
semakin bertambah menjadi 6 orang. Selain Knox dan Vivienna, pasangan
ini mempunyai seorang lagi cahaya mata, Shiloh, 2.


Selain
itu, Angelina dan Brad turut memiliki 3 anak angkat iaitu Maddox, 6;
serta Pax, 4; serta Zahara, 3. Sungguhpun, keempat-empat anak mereka
masih belum berkesempatan untuk melihat adik kembar mereka itu.


Mengenai pemilihan nama kembar perempuan mereka iaitu Vivienna
Marcheline, ia dipercayai diambil sempena nama ibu Angelina yang satu
ketika dulu seorang aktres, Macheline Bertrand. Dia meninggal dunia
pada Januari 2007 selepas 7 tahun setengah bertarung dengan penyakit
kanser.


Dalam perkembangan lain, Angelina masih dinasihatkan supaya
berada di hospital itu selama beberapa hari lagi untuk mendapatkan
rehat secukupnya.

*** mesti baby dia comel & cute ....

_________________


" ... tiada insan suci yg tidak mempunyai masa lampau ...
    ... tiada insan berdosa yg tidak punyai masa depan ..."
Back to top Go down
View user profile http://profiles.friendster.com/ivynatasha2002
irees_natasha
Temenggung
Temenggung


Female
Posts: 1332
Age: 27
Location: .. My Heart ..
Status: .. My Love ..
Joined: 2008-04-03

PostSubject: Re: MUSIM ARTIS HOLLYWOOD DAPAT BABY   Wed Jul 23, 2008 3:04 pm



Ternyata penantian mereka berbaloi. Pelakon filem dari Australia,
Nicole Kidman dan suaminya, Keith Urban, dikurniakan seorang anak
perempuan yang sungguh comel hasil perkongsian mereka bersama.


Menurut majalah People, bayi mereka dinamakan Sunday Rose Kidman Urban dilahirkan di Nashville dengan berat 6 paun 7.2 aun pada Isnin lalu.


"Keadaan
ibu dan anak itu dilaporkan selamat dan sihat," kata jurucakap, Paul
Freundlich. Pasangan yang baru sahaja menyambut ulang tahun
perkahwinannya yang kedua pada 25 Jun lalu, sempat menyatakan ucapan
terima kasih kepada semua peminat yang sentiasa mendoakan kesejahteraan
mereka.


Pemilihan nama Sunday Rose cukup unik. Menurut ayah
Nicole, dia begitu tertarik dengan nama seorang penggiat seni sejak
awal abad di Victoria, Sunday Reed.


"Nama Sunday itu cukup bermakna buat kami," kata Antony Kidman kepada Daily Telegraph. Abang Keith pula, Shane, berasa amat berbangga hingga turut meletakkan nama Rose sempena nama mendiang nenek mereka.


Sepanjang
tempoh kehamilan, Nicole, 41, dikatakan cukup gembira dan berseri-seri,
lebih-lebih lagi selepas tinggal di rumah barunya di Nashville.


Ini
merupakan anak ketiga buat Nicole, selepas Isabella, 15, dan Connor 13,
hasil perkahwinan terdahulu bersama Tom Cruise dan pertama buat Keith.

_________________


" ... tiada insan suci yg tidak mempunyai masa lampau ...
    ... tiada insan berdosa yg tidak punyai masa depan ..."
Back to top Go down
View user profile http://profiles.friendster.com/ivynatasha2002
mehatespink
Temenggung
Temenggung


Female
Posts: 2860
Age: 26
Location: sumwhere in malaysia
Joined: 2008-04-03

PostSubject: Re: MUSIM ARTIS HOLLYWOOD DAPAT BABY   Wed Aug 06, 2008 3:54 pm

beh je angelina tu.. dpt twinss..
suke sgt tgok twins..

_________________
::mehatespink::
Back to top Go down
View user profile
irees_natasha
Temenggung
Temenggung


Female
Posts: 1332
Age: 27
Location: .. My Heart ..
Status: .. My Love ..
Joined: 2008-04-03

PostSubject: Re: MUSIM ARTIS HOLLYWOOD DAPAT BABY   Thu Aug 07, 2008 11:34 am

emm tu arrr best kan ain ...
emm kalo irees pun, kalo leh dapat dapat twins ... huhuhuhuhu
sekali kuar 4 .... pastu tak yah besalin lagi ..... hehehehhe

_________________


" ... tiada insan suci yg tidak mempunyai masa lampau ...
    ... tiada insan berdosa yg tidak punyai masa depan ..."
Back to top Go down
View user profile http://profiles.friendster.com/ivynatasha2002
mehatespink
Temenggung
Temenggung


Female
Posts: 2860
Age: 26
Location: sumwhere in malaysia
Joined: 2008-04-03

PostSubject: Re: MUSIM ARTIS HOLLYWOOD DAPAT BABY   Thu Aug 07, 2008 12:19 pm

uishhh, skali kuar 4 tu xmo la irees..
ain nk dua dlu..
then baru kuar dua lg..
hehehhee, behnye brangan..

_________________
::mehatespink::
Back to top Go down
View user profile
 

MUSIM ARTIS HOLLYWOOD DAPAT BABY

View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions of this forum:You cannot reply to topics in this forum
Forum Komuniti Teratak :: Teratak Santai :: Teratak Hiburan :: Teratak Artis Hollywood-
Post new topic   Reply to topic