Selain putus cinta, hero drama Korea popular, Lee Dong-geon terpaksa menanggung kesedihan yang teramat sangat.
Ini
kerana dia kehilangan adik lelakinya, yang mati dibunuh 2 remaja
berbangsa Cina. Tragedi itu berlaku di Sydney's World Square, Sydney,
Australia, baru-baru ini, kira-kira jam 1 petang.
Difahamkan, adik aktor drama
Smile Again dan
Sweet 18 Brideini ditikam remaja berusia 18 tahun. Ketika kejadian, mangsa bukan saja
melibatkan adik Lee tetapi turut mencederakan rakan adiknya itu yang
dikenali sebagai Song.
Hasil penyiasatan, sebelum kejadian berlaku, 2 pembunuh
berkenaan dilihat mencari-cari Lee dan Song yang sedang berjalan-jalan
di pusat beli-belah berkenaan. Selepas bergelut, Lee mati di tempat
kejadian manakala Song pula cedera parah.
Walau bagaimanapun, pembunuh tersebut dapat diberkas selepas satu
jam selepas kejadian berlaku. Sebaik saja menerima berita sedih ini,
Dong-geon bersama keluarga terus terbang ke Sydney untuk mengenal pasti
mangsa.