HomeGalleryFAQSearchMemberlistRegisterLog in
Log in
Username:
Password:
Log in automatically: 
:: I forgot my password
Jom Borak
Organisasi Teratak
PENAUNG
DYMM Sultan Teratak
DYMM Permaisuri
 
WEBMASTER
 
ADMINISTRATORS
Inspektor Sahab
Bendahara Teratak
 
MODERATORS
Temenggung Teratak
 
TDC's Logo
Designed by:
Latest topics
Poll
Teratak Dunia Cyber
Membosankan
8%
 8% [ 3 ]
Biasa sahaja
19%
 19% [ 7 ]
Menarik
50%
 50% [ 18 ]
Amat menarik
22%
 22% [ 8 ]
Total Votes : 36
Top posters
zam
 
zoulle
 
mehatespink
 
nina2519
 
bayu_pagi
 
notme
 
roll_honey
 
irees_natasha
 
notrex
 
jay
 
Who is online?
In total there is 1 user online :: 0 Registered, 0 Hidden and 1 Guest :: 1 Bot

None

Most users ever online was 70 on Thu Jun 28, 2012 3:31 pm

Share | 
 

 RUMAHTANGGA YANG IDEAL

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
bayu_pagi
Temenggung
Temenggung


Female
Posts : 2295
Age : 38
Location : EARTH~
Status : MaRRieD
Joined : 2008-05-05

PostSubject: RUMAHTANGGA YANG IDEAL   Fri Jun 20, 2008 11:05 am

Oleh

Al-Ustaz Yazid bin Abdul Qadir Jawas

Menurut ajaran Islam, rumah tangga yang ideal adalah rumah tangga yang diliputi sakinah (ketenangan jiwa), mawaddah (perasaan cinta) dan rahmah (kasih sayang). Allah Ta'ala berfirman.

"Ertinya : Dan di antara tanda-tanda (kebesaran)Nya ialah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu daripada jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan Dia menjadikan di antaramu rasa kasih dan sayang. Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang berfikir." (Ar-Ruum : 21).

Di dalam rumah tangga yang Islami, seorang suami atau isteri harus saling memahami kekurangan dan kelebihan masing-masing, serta harus tahu pula hak dan kewajipan serta memahami tugas dan fungsi masing-masing, serta melaksanakan tugas-tugas itu dengan penuh tanggung jawab, ikhlas serta mengharapkan ganjaran dan ridha daripada Allah Ta'ala.

Ia perlu dilakukan sehinggalah usaha untuk mewujudkan pernikahan dan rumah tangga yang mendapat keridhaan Allah `Azza wa Jalla menjadi kenyataan. Akan tetapi, mengingatkan keadaan manusia yang tidak mampu lepas daripada kelemahan dan kekurangan, sedangkan ujian dan cubaan selalu mengiringi kehidupan manusia. Oleh kerana itu, tidak jarang pasangan yang sedang hidup tenang, tenteram dan bahagia mendadak dilanda kemelut perselisihan dan pergolakan.

Apabila terjadi perselisihan di dalam rumah tangga, maka seharusnya ada usaha ishlah (mendamaikan) . Pertamanya, yang harus dilakukan kali oleh suami dan isteri adalah lebih dahulu saling menyedari kesalahan masing-masing, dan saling memaafkan, serta memohon kepada Allah agar disatukan hati, dimudahkan urusan di dalam ketaatan kepadaNya, dan diberikan kedamaian di dalam rumah tangganya. Jika cara tersebut gagal, maka harus ada pendamai daripada pihak keluarga suami mahupun isteri untuk mendamaikan keduanya. Mudah-mudahan Allah memberikan taufiq kepada pasangan suami isteri tersebut.

Apabila sudah diusahakan untuk berdamai sebagaimana yang disebutkan di dalam Al-Qur'an, surat An-Nisaa' ayat 34-35, tetapi masih juga gagal, maka Islam memberikan jalan terakhir, iaitu "perceraian" .

Syaikh Musthafa Al-`Adawi berkata, "Apabila masalah antara suami isteri semakin memanas, hendaklah keduanya saling memperbaiki urusan keduanya, berlindung kepada Allah daripada syaitan yang terkutuk, dan meredakan perselisihan antara keduanya, serta menguncikan rapat-rapat setiap pintu perselisihan dan jangan menceritakannya kepada orang lain.

Apabila suami marah sementara isteri ikut beremosi, hendaklah keduanya berlindung kepada Allah, berwudhu' dan bershalat dua raka'at. Apabila keduanya sedang berdiri, hendaklah duduk; apabila keduanya sedang duduk, hendaklah berbaring, atau hendaklah salah seorang daripada keduanya mencium, merangkul, dan menyatakan alasan kepada yang lainnya. Apabila salah seorang berbuat salah, hendaknya yang lainnya segera memaafkannya kerana mengharapkan wajah Allah semata."[1]

Di tempat lain beliau berkata, "Sedangkan berdamai adalah lebih baik, sebagaimana yang difirmankan oleh Allah Ta'ala. Berdamai lebih baik bagi keduanya daripada berpisah dan bercerai. Berdamai lebih baik bagi anak daripada mereka terbengkalai (tidak terurus). Berdamai lebih baik daripada bercerai. Perceraian adalah rayuan iblis dan termasuk perbuatan Harut dan Marut.

Allah Ta'ala berfirman.
"Ertinya : "Maka mereka mempelajari daripada keduanya (Harut dan Marut) apa yang (dapat) memisahkan antara seorang (suami) dengan isterinya. Dan mereka tidak dapat menimpakan kecelakaan kepada seseorang dengan sihirnya kecuali dengan izin Allah." (Al-Baqarah : 102).

Di dalam Shahih Muslim dari Shahabat Jabir bin `Abdillah Radhiyallaahu `anhuma, dia berkata, "Rasulullah shallallaahu `alaihi wa sallam bersabda, `Sesungguhnya iblis meletakkan singgahsananya di atas lautan. Kemudian ia mengirimkan bala tenteranya. Tentera yang paling hampir kedudukannya dengan iblis adalah yang menimbulkan fitnah paling besar kepada manusia. Seorang daripada mereka datang dan berkata, `Aku telah lakukan ini dan itu.' Iblis menjawab, `Engkau belum melakukan apa-apa.'' Nabi shallallaahu `alaihi wa sallam melanjutkan, `Lalu datanglah seorang daripada mereka dan berkata, `Tidaklah aku meninggalkannya sehingga aku telah berhasil memisahkan dia (suami) dan isterinya.'' Beliau melanjutkan, `Lalu iblis mendekatkan kedudukannya. Iblis berkata, `Sebaik-baik pekerjaan adalah yang telah engkau lakukan."[2]

Ini menunjukkan bahwa penceraian adalah perbuatan yang dicintai syaitan.

Apabila dikhuatiri akan terjadinya perpecahan antara suami dan isteri, hendaklah hakim atau pemimpin mengirim dua orang jurudamai. Satu daripada pihak suami dan satu lagi daripada pihak isteri untuk mewujudkan perdamaian di antara keduanya. Apabila keduanya berdamai, maka alhamdulillaah. Namun apabila permasalahan terus berlanjutan antara keduanya kepada jalan yang telah digariskan dan keduanya tidak mampu menegakkan batasan-batasan Allah di antara keduanya; iaitu isteri tidak lagi mampu menunaikan hak suami yang disyari'atkan dan suami tidak mampu menunaikan hak isterinya, serta batas-batas Allah menjadi terabai di antara keduanya dan keduanya tidak mampu menegakkan ketaatan kepada Allah, maka ketika itu urusannya seperti yang Allah firmankan:

"Ertinya : Dan jika keduanya bercerai, maka Allah akan memberi kecukupan kepada masing-masing dari kurniaNya. Dan Allah Maha Luas (kurniaNya), Maha Bijaksana." (An-Nisaa' : 130).[3]

Allah Ta'ala berfirman:

"Ertinya : Lelaki (suami) itu pelindung bagi perempuan (isteri), kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) ke atas sebahagian yang lain (perempuan), dan kerana mereka (lelaki) telah memberikan nafkah dan hartanya. Maka perempuan-perempuan yang shalihah adalah mereka yang taat (kepada Allah) dan menjaga diri ketika (suaminya) tidak ada, kerana Allah telah menjaga (mereka). Perempuan-perempuan yang kamu khuatiri akan nusyuz[4], hendaklah kamu beri nasihat kepada mereka, tinggalkanlah mereka di tempat tidur (berpisah daripada ranjang), dan (kalau perlu) pukullah mereka. Tetapi jika mereka mentaatimu, maka janganlah kamu mencari-cari alasan untuk menyusahkannya. Sungguh, Allah Maha Tinggi, Maha Besar. Dan jika kamu khuatiri terjadi persengketaan di antara keduanya, maka kirimlah seorang pendamai daripada keluarga lelaki dan seorang pendamai daripada keluarga perempuan. Jika keduanya (pendamai itu) bermaksud mengadakan kebaikan, nescaya Allah memberi taufik kepada
suami isteri itu. Sungguh, Allah Maha Mengetahui, Maha Teliti." (An-Nisaa' : 34-35).

Pada hakikatnya, perceraian dibolehkan menurut syari'at Islam, dan ini merupakan hak suami. Hukum thalaq (cerai) dalam syari'at Islam adalah dibolehkan.

Adapun hadits yang mengatakan bahawa "perkara halal yang dibenci Allah adalah thalaq (cerai)," iaitu hadits yang diriwayatkan oleh Abu Dawud (no. 2178), Ibnu Majah (no. 2018) dan al-Hakim (II/196) adalah hadits lemah. Hadits ini dilemahkan oleh Ibnu Abi Hatim rahimahullaah di dalam kitabnya, al-`Ilal, dilemahkan juga oleh Syaikh Al-Albani rahimahullaah di dalam Irwaa-ul Ghaliil (no. 2040).

Meskipun thalaq (cerai) dibolehkan di dalam ajaran Islam, akan tetapi seorang suami tidak boleh terlalu memudahkan masalah ini. Ketika seorang suami ingin menjatuhkan thalaq (cerai), dia harus berfikir tentang maslahat (kebaikan) dan mafsadah (kerosakan) yang mungkin timbul akibat perceraian agar jangan sampai membawa kepada penyesalan yang panjang. Dia harus berfikir tentang dirinya, isterinya dan anak-anaknya, serta tanggungjawabnya di hadapan Allah `Azza wa Jalla pada hari Kiamat.

Kemudian bagi isteri pula, walau bagaimana pun kemarahannya kepada suami, hendaklah dia tetap sabar dan janganlah sekali-kali dia menuntut cerai kepada suaminya (tanpa sebab yang munasabah). Kadangkala ada isteri meminta cerai disebabkan masalah kecil atau kerana suaminya menikah lagi (berpoligami) atau menyuruh suaminya menceraikan madunya. Hal ini tidak dibenarkan di dalam agama Islam. Jika si isteri masih terus menuntut cerai, maka haram ke atasnya bau syurga, berdasarkan sabda Nabi shallallaahu `alaihi wa sallam:

"Ertinya : Siapa sahaja wanita yang menuntut cerai kepada suaminya tanpa ada alasan yang benar, maka haram ke atasnya bau syurga."[5]

Abu Hurairah Radhiyallaahu `anhu berkata,

"Ertinya : Rasulullah shallallaahu `alaihi wa sallam melarang: ... dan janganlah seorang isteri meminta (suaminya) untuk menceraikan saudara (madu)nya agar memperoleh nafkahnya."[ 6]

Marilah kita berupaya untuk melaksanakan pernikahan secara Islami dan membina rumah tangga yang Islami, serta berusaha meninggalkan aturan, tata cara, upacara dan adat istiadat yang bertentangan dengan Islam. Ajaran Islamlah satu-satunya ajaran yang benar dan diredhai oleh Allah `Azza wa Jalla sebagaimana Allah `Azza wa Jalla berfirman:

"Ertinya : Sesungguhnya agama di sisi Allah hanyalah Islam." (Ali `Imran : 19)

"...Wahai Rabb kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertaqwa." (Al-Furqaan : 74).

Setiap keluarga selalu mendambakan terwujudnya rumah tangga yang bahagia, diliputi sakinah, mawaddah dan rahmah. Oleh kerana itu, setiap suami dan isteri wajib menunaikan hak dan kewajipan masing-masing sesuai dengan syari'at Islam dan bergaul dengan cara yang baik

(Disalin daripada buku Bingkisan Istimewa Menuju Keluarga Sakinah, Penulis Yazid bin Abdul Qadir Jawas, Penerbit Putaka A-Taqwa Bogor - Jawa Barat, Cet Ke II Dzul Qa'dah 1427H/Desember 2006)

_________________
~bayu_pagi~
^LiFe MusT Go oN^
::kawan-kawan takmo lawan::
Back to top Go down
View user profile http://www.yahoo.com
RfZ
Ahli Mangku Negara (A.M.N)
Ahli Mangku Negara (A.M.N)


Male
Posts : 111
Age : 32
Location : Selangor
Status : Single
Joined : 2008-06-17

PostSubject: Re: RUMAHTANGGA YANG IDEAL   Fri Jun 20, 2008 12:49 pm

Emm mmg betul tu bayu_pagi.....RfZ mmg impikan keluarga yg mcm ni..bkn RfZ nk yg jenis betul2 sama attitude dgn RfZ tp RfZ inginkan org yg sama2 leh terima lebih kurang kita...coz kalo RfZ ade yg kurang dia leh topupkan dan kalo ade yg RfZ lebih RfZ leh topup utk dia...kira sama2 cover la utk menjadi lebih serasi..

Emm syaitan mmg suka sgt kalo suami isteri tu saling marah2 ikut emosi...si jahanam tu mmg suka nk merosakkan manusia coz tu janji dan permintaan syaitan pd Allah ble Allah buang syaitan yg angkuh dan sombong tu dr SyurgaNya..

Pd bayu la,leh ke seseorang tu bahagia dgn pasangannya yg mmg la x sebijik sama karakternya tp dlm masa yg sama mereka saling melengkapi antara satu sama lain...?
Mereka syer ape yg lebih dan ape yg kurang sama2....
Back to top Go down
View user profile http://tdckita.foromotion.com
bayu_pagi
Temenggung
Temenggung


Female
Posts : 2295
Age : 38
Location : EARTH~
Status : MaRRieD
Joined : 2008-05-05

PostSubject: Re: RUMAHTANGGA YANG IDEAL   Fri Jun 20, 2008 1:11 pm

RfZ wrote:

Pd bayu la,leh ke seseorang tu bahagia dgn pasangannya yg mmg la x sebijik sama karakternya tp dlm masa yg sama mereka saling melengkapi antara satu sama lain...?
Mereka syer ape yg lebih dan ape yg kurang sama2....

insyaAllah boleh....
itu jugalah kita nie dijadikan berpasang-pasangan
utk saling melengkapi antara satu sama lain
dan terus perbaiki kelemahan ini...
tidak menjadi kerugian pon dalam r/tangga jika
masing2 punya perasaan bantu membantu, bertolak ansur, toleransi dan yg positif2 laa

Wink Wink

_________________
~bayu_pagi~
^LiFe MusT Go oN^
::kawan-kawan takmo lawan::
Back to top Go down
View user profile http://www.yahoo.com
RfZ
Ahli Mangku Negara (A.M.N)
Ahli Mangku Negara (A.M.N)


Male
Posts : 111
Age : 32
Location : Selangor
Status : Single
Joined : 2008-06-17

PostSubject: Re: RUMAHTANGGA YANG IDEAL   Fri Jun 20, 2008 1:26 pm

Emm tul tu bayu.....
Mak RfZ ade gak ckp setiap yg idup tu perlu berpasangan atau ade pasangannya utk melengkapi idup....dlm kata lain, saling melengkapi antara 1 sama lain...
Contoh ade matahari ade bulan, ade lelaki ade perempuan, ade ibu ade bapa.....mcm2 lg la

[tidak menjadi kerugian pon dalam r/tangga jika
masing2 punya perasaan bantu membantu, bertolak ansur, toleransi dan yg positif2 laa
]

Thanks bayu....
Back to top Go down
View user profile http://tdckita.foromotion.com
irees_natasha
Temenggung
Temenggung


Female
Posts : 1332
Age : 34
Location : .. My Heart ..
Status : .. My Love ..
Joined : 2008-04-03

PostSubject: Re: RUMAHTANGGA YANG IDEAL   Fri Jun 20, 2008 5:09 pm

RfZ wrote:
Emm tul tu bayu.....
Mak RfZ ade gak ckp setiap yg idup tu perlu berpasangan atau ade pasangannya utk melengkapi idup....dlm kata lain, saling melengkapi antara 1 sama lain...
Contoh ade matahari ade bulan, ade lelaki ade perempuan, ade ibu ade bapa.....mcm2 lg la

[tidak menjadi kerugian pon dalam r/tangga jika
masing2 punya perasaan bantu membantu, bertolak ansur, toleransi dan yg positif2 laa
]

Thanks bayu....


emm betul apa yang RfZ katakan .... terima lah pasangan seadanya ...
tak ada manusia di muka bumi ini yang sempurna ...

_________________


" ... tiada insan suci yg tidak mempunyai masa lampau ...
... tiada insan berdosa yg tidak punyai masa depan ..."
Back to top Go down
View user profile http://profiles.friendster.com/ivynatasha2002
bayu_pagi
Temenggung
Temenggung


Female
Posts : 2295
Age : 38
Location : EARTH~
Status : MaRRieD
Joined : 2008-05-05

PostSubject: Re: RUMAHTANGGA YANG IDEAL   Fri Jun 20, 2008 6:03 pm

betul tu...
pasangan hidup yg kita pilih adalah pilihan kita sendiri
no turning back...itu adalah keputusan kita
yang akan menemani kita hingga ke akhir hayat
baik ke buruk ke dia...terima seadanya
kerana kita sendiri blum tentu sempurna
so, give n take lah yer...

***bagi yg single ambillah apa yg korang baca di atas tuuuu...sebagai panduan utk menempuh alam rumahtangga kelak...

_________________
~bayu_pagi~
^LiFe MusT Go oN^
::kawan-kawan takmo lawan::


Last edited by bayu_pagi on Fri Jun 20, 2008 6:20 pm; edited 1 time in total
Back to top Go down
View user profile http://www.yahoo.com
irees_natasha
Temenggung
Temenggung


Female
Posts : 1332
Age : 34
Location : .. My Heart ..
Status : .. My Love ..
Joined : 2008-04-03

PostSubject: Re: RUMAHTANGGA YANG IDEAL   Fri Jun 20, 2008 6:08 pm

thanks kak bayu ... akan irees jadikan panduan sehingga ke gerbang perkahwinan nanti ... AMIN

_________________


" ... tiada insan suci yg tidak mempunyai masa lampau ...
... tiada insan berdosa yg tidak punyai masa depan ..."
Back to top Go down
View user profile http://profiles.friendster.com/ivynatasha2002
zulsa
Temenggung
Temenggung


Male
Posts : 595
Age : 38
Location : szbap
Status : three in the row
Joined : 2008-04-16

PostSubject: Re: RUMAHTANGGA YANG IDEAL   Sat Jun 21, 2008 9:37 am

Assalamualaikum...

saya amat tertarik dgn ayat dibawah nie;

Menurut ajaran Islam, rumah tangga yang ideal adalah rumah tangga yang diliputi sakinah (ketenangan jiwa), mawaddah (perasaan cinta) dan rahmah (kasih sayang).

sakinah ( ketenangan jiwa) kita sering mambaca tanpa mengetahui maksud yg tersirat dan tersurat. bagaimana interaksi diri kita dgn Allah dan agama Islam. Dimana kita memantapkan akidah kita tentang Islam. Ini tidak datang dgn sendiri. Ia perlu dicari, di tanam di hati dan dipratikan dalam kehidupan seharian.

mawaddah (perasaan cinta) suatu yg kita ada selama kita hidup. namun kita sering di kelabukan dgn cintan pasangan. padahal perasaan cinti itu universal. cinta pada keluarga, masyarakat, alam sekita dan paling penting Maha Pencipta (Allah). Jika Allah dan Rasul menjadi teris percintaan, maka tiadaasalah utk kita meuahkan cinta pada sekeliling kita.
Back to top Go down
View user profile http://insanbakti.blogspot.com/
Sponsored content




PostSubject: Re: RUMAHTANGGA YANG IDEAL   Today at 9:57 am

Back to top Go down
 
RUMAHTANGGA YANG IDEAL
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» How would you describe your ideal friend?
» Hi I'm not really sure what an ideal introduction topic title should be so I got nervous and now I don't know how to stop writing..
» Yang Wenli vs Universal
» Has anyone dealt with Ideal World shopping channel?
» Yang Zing (Cosmic Dragons) Arrived to TCG!

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Forum Komuniti Teratak :: Teratak Forum I :: Teratak Alam Perkahwinan-
Jump to: