irees_natasha Temenggung
Posts : 1332 Age : 42 Location : .. My Heart .. Status : .. My Love .. Joined : 2008-04-03
| |
irees_natasha Temenggung
Posts : 1332 Age : 42 Location : .. My Heart .. Status : .. My Love .. Joined : 2008-04-03
| Subject: Re: Tangisan Bulan Madu Thu Jun 19, 2008 9:54 am | |
|
Empat siri novel Tangisan Bulan Madu Alhamdulillah, akhirnya Tangisan Bulan Madu (TBM) 'The Siries' disiarkan sebelah malam setiap minggu. Ia bermula pada Khamis ini 3 April, jam 9.00 malam di TV2. Berdasarkan perancangan awal oleh pegawai RTM pada Mei 2007, drama ini untuk slot Galeri Famili jam 1.30 tengahari, Isnin-Jumaat. Waktu itu kami agak kecewa kerana mendapat slot siang yang tidak ramai penonton. Pun begitu, takdir mengubah segalanya. Kekecewaan kami terubat dengan keputusan ini.
Bagaimanapun, saya sedikit kesal kerana mempersembahkan cerita ini agar sesuai dengan sasaran penonton tengahari yakni surirumah. RTM juga mahukan konsep telenovela yang ditayangkan sepanjang hari bekerja. Ini bermakna saya perlu mengolah semula cerita ini berdasarkan beberapa 'rukun' dan 'syarat sah' telenovela. Antaranya watak jahat mesti tersangat jahat manakala watak baik mesti tersangat baik. Plot "twist and turn" dan tergantung (cliff-hanging) sangat penting dalam sesebuah telenovela. Memandangkan cadangan asal untuk tayangan Isnin-Jumaat, perlu ada 'minor cliff-hanging' untuk Isnin hingga Khamis dan 'major cliff-hanging' untuk Jumaat. Tujuannya supaya pada hari Jumaat, penonton jadi tidak sabar menunggu hari Isnin untuk mengetahuinya.
Masalahnya, novel TBM TIDAK ADA watak jahat. Watak-wataknya lebih banyak berkonflik dengan diri sendiri berbanding dengan orang lain. Ini bermakna watak utama adalah protagonis dan juga antagonis. Amira VS Amira? Novel ini juga kekurangan "twist and turn" untuk membolehkannya diadaptasi menjadi sebuah telenovela yang baik.
Mujur pengarangnya, Samsiah cukup sporting dan mudah dibawa berunding. Beliau banyak bertolak ansur bagi menyesuaikan dengan kehendak stesyen. Sekalipun tidak pernah terlibat dalam mana-mana produksi TV, Samsiah mengakui dia memahami. Atas restu Samsiah sendiri, kami menjahatkan beberapa watak kecil dalam novel ini. Syafura, Cindy, Makcik Hindun dan Hakim terpaksa memainkan peranan besar di kaca TV. Kehadiran mereka dalam novel hanya tempelen sedangkan di TV mereka cukup dominan. Apa reaksi pembaca bila melihat watak kecil diubah menjadi besar? Adakah mereka akan merestuinya?
Penerbit pula mahukan cerita ini dibiarkan tergantung pada babak terakhir. Ini sebagai persediaan kalau-kalau jumlah penonton (rating) tinggi dan stesyen meminta "TBM Musim Kedua." Jadi, jangan terkejut kalau penyudahnya agak menyimpang dari penyudah dalam karya asal. Ia memang disengajakan.
Sekiranya sejak awal lagi saya tahu bahawa drama ini untuk slot malam dan bukan berkonsepkan telenovela Isnin-Jumaat di siang hari, saya mungkin mempersembahkannya dengan cara berbeza. Memandangkan kebanyakan penonton slot malam lebih matang dan berpendidikan, berkemungkinan saya akan lebih memfokuskan kepada konflik diri watak utama. Saya akui aspek ini kurang diberi perhatian kerana memikirkan "crowd" tengahari yang lebih suka melihat konflik antara watak hitam dengan watak putih.
Apa pun, keputusan RTM untuk menukarkan tayangan pada waktu malam melegakan kami yang mengharapkan 'rating' tinggi. Pada malam Jumaat nanti, jam 9, TBM akan bersaing dengan drama seram SAKA di TV3 dan DIARI AF6 di Astro Ria. Kedua-dua rangkaian swasta berbahasa Melayu itu cukup berpengaruh ke atas penonton Melayu. Sama-sama lah kita tunggu dan lihat sejauh mana TBM dapat menyaingi kedua-dua rancangan itu dari segi jumlah penonton. Lagu Tema: Kumeniti awan yang kelabu Kutempuhi lorong yang berliku Mencari sinar yang menerangi Kegelapanku
Kupercaya pasti suatu masa Sang suria kan menyinar jua Membawa harapan yang menggunung Bersamanya...
( korus ) Engkau tiba bagaikan pelangi Tak bercahya namun kau berseri Tapi cukup menghiburkan Hati ini
Seharian waktu bersamamu Tak terasa saat yang berlalu Bagai pelangi petang kau kan pasti Pergi jua...
Komposer : Kassim Masdor Penulis Lirik : Sudirman Haji Arshad Hakcipta : EMI | |
|
sHaFiZa Temenggung
Posts : 709 Age : 45 Location : Putrajaya Status : Its complicated Joined : 2008-03-31
| Subject: Re: Tangisan Bulan Madu Thu Jun 19, 2008 10:10 am | |
| la...ade 4 buku ke.. x tau pon..aku baca smpai buku kedua jek.. tp seyes la..aku suka cite neh.. drama x dpt nk tgk sgt sbb serentak dgn citer lain yg aku dh slalu ikut.. lagu tema mmg power...seswai btol lagu Sudirman tu.. | |
|
irees_natasha Temenggung
Posts : 1332 Age : 42 Location : .. My Heart .. Status : .. My Love .. Joined : 2008-04-03
| Subject: Re: Tangisan Bulan Madu Thu Jun 19, 2008 10:11 am | |
| ooo yer ker fiza ... irees pun tak dapat nak ikut penuh sebab ada citer lain yang sama waktu dengan citer niii ....
mesti best kan .... citer la sikit fiza .... | |
|
sHaFiZa Temenggung
Posts : 709 Age : 45 Location : Putrajaya Status : Its complicated Joined : 2008-03-31
| Subject: Re: Tangisan Bulan Madu Thu Jun 19, 2008 10:14 am | |
| la..aku bru abis baca... ptot le watak cindy tu cam melampau berbnding watak dlm novel.. rupanye di ubah skit.. | |
|
Sponsored content
| Subject: Re: Tangisan Bulan Madu | |
| |
|