Tanda-Tanda Saat-Saat Kematian
a) 100 hari : Seluruh badan rasa bergegar.
b) 60 hari : Pusat rasa bergerak-gerak.
c) 40 hari : Daun dengan nama orang yang akan mati di arash akan jatuh
dan malaikat maut pun datang kepada orang dengan nama tersebut lalu mendampinginya sehingga saat kematiannya. Kadang-kadang orang yang akan mati itu akan merasa atau nampak kehadiran malaikat maut tersebut dan akan sering
kelihatan seperti sedang rungsing.
d) 7 hari : Mengidam makanan.
e) 5 hari : Anak lidah bergerak-gerak.
f) 3 hari : Bahagian tengah di dahi bergerak-gerak.
g) 2 hari : Seluruh dahi rasa bergerak-gerak.
h) 1 hari : Terasa bahagian ubun bergerak-gerak di antara waktu subuh
and asar.
i) Saat akhir : Terasa sejuk dari bahagian pusat hingga ke tulang solbi
(di bahagian belakang badan) Seelok-eloknya bila sudah
merasa tanda yang akhir sekali, mengucap dalam keadaan qiam and jangan lagi
bercakap-cakap.
******Bila Malaikat Mencabut Nyawa******
Baginda Rasullullah S.A.W bersabda:
"Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan
malaikat ke dalam
lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui
kedua-dua telapak
kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan
malaikat yang lain masuk
menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka
keluar. Datang lagi satu
kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga
sampai ke dada dan
kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan
malaikat masuk dan
menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang
dikatakan saat nazak orang
itu."
Sambung Rasullullah S.A.W. lagi:
"Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S.
akan menebarkan sayapnya
yang disebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat
kedudukannya di syurga. Apabila
orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang
berada disekelilinginya.
Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus
pandangannya kepada sayap Jibrail A.S."
Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan
sayap disebelah kiri. Maka
orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu
orang itu tidak lagi melihat
orang disekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat
neraka yang akan menjadi tempat
tinggalnya".
Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin
itu dicabut nyawanya
maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh
orang mukmin itu dari arah
mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata:
"Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini
melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan
lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T."
Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu,
maka dia pun kembali kepada Allah S.W.T. dan
menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu.
Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud:
"Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari
arah lain."
Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah
S.W.T. maka malaikat maut pun cuba mencabut roh
orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah
dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan
kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu.
Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk
mencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan
ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap
kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu
pengetahuan."
Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut
roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut
cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga
gagal melakukan sebab kaki berkata:
"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana kaki
ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat
dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri
majlis-majlis ilmu."
Apabila gagal malaikat maut, mencabut roh orang
mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari
arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri
telinga maka telinga pun berkata:
"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana
telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan
zikir."
Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang
mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak
menghampiri mata maka berkata mata:
"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata
ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab
dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan
Allah."
Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada
Allah S.W.T. Kemudian Allah S.W.T. berfirman yang
bermaksud:
Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak
tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang
beriman itu."
Sebaik saja mendapat perintah Allah S.W.T. maka
malaikat maut menghampiri roh orang itu dan
menunjukkan Asma Allah S.W.T.
Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya
kepada Allah S.W.T maka keluarlah roh tersebut dari arah
mulut dengan tenang.Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang
kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu
Bakar R.A:"Roh itu menuju ketujuh tempat:-
1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak
mereka.
5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan
tidak di langit sampai
hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak
misik.
7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa
berserta jasadnya hingga
sampai hari Kiamat."
Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok
manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat
pada hari mereka keluar dari kuburnya:-
1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah.[/size]