bayu_pagi Temenggung
Posts : 2295 Age : 45 Location : EARTH~ Status : MaRRieD Joined : 2008-05-05
| Subject: KEHEBATAN SURAH AL-IKHLAS Thu Jun 05, 2008 1:28 pm | |
|
"Au zubillah himinashsyaitan nirrajim...bismillahirrahmannirrahim"[/size]
Tafsirannya: Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, Allah yang Maha Pemurah lagi MahaMengasihani.
Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apasajakerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblisdan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekelilingkita, mereka akanberlari keluar umpama cacing kepanasan. Sebelum anda masuk rumah, bacalahayat di atas, kemudian bacalah surah Al-Ikhlas (iaitu ayat: Qulhuwallahu ahad. Allahussamad. Lamyalid walam yu-lad. Walamyakul lahu kufuwan ahad.) sebanyak 3 kali.
Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut. Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur.
Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akansukar menjawab salamtersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat,amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.
Diriwayatkan oleh Iman Bukhari sabda Nabi Muhammad s.a.w: "Barang siapa membaca Qul huwa"llahu ahad 100,000 kalimaka sesungguhnya ia telah menebus dirinya dari Allah, maka menyeru yangmenyeru dari pihak Allah di langit dan di bumi. Kusaksikan bahwa sifulan itu telah menjadi pemendekaan Allahsesungguhnya ia adalahpemerdekaan dari sisi Allah, Sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari neraka". Inilah yang dinamakan membaca Qulhua"llah ahad satu hatam yaitu100,000 kali dengan diwiridkan seberapa ribukesanggupan kita sehari.
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakitsehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqimlalu menuju ke syurga. (Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).
Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya Siapakah antara Kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangkamasa dua-tigaminit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untukmengatam Qur'an dalam begitu cepat. Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktuitu)tidak tahu apa yang dikatakannya itu. LantasSaiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakanbahawa Saiyidina Ali betul. Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran keranaianya sama denganmembaca 30 jus Al-Quran.
Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka sayatelah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan.
Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang sahara itu seluas dari timur hingga ke barat. Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas.
Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.
Sabda Rasulullah SAW lagi:
Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, AllahhusSomad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.
Siapa membaca surah Fatihah, al-ikhlas, al-falaq, dan an-annas setiap satu sebanyak 7 kali selepas solat jumaat, nescaya terpelihara dari perkara keji dan segala bala hinggalah ke jumaat yang berikiutnya.
Jika dibaca 3 surah ini al-ikhlas, al-falaq and an-nass pagi dan petang nescaya tidak mengalami apa-apa kesusahan. ***sama-samalah kita amalkan yer...
| |
|