Posts : 551 Age : 39 Location : Pasir Gudang Status : 'Hilang Secara Misteri' Joined : 2008-04-04
Subject: Ayat Kursi dan kelebihannya Wed May 21, 2008 1:36 am
SINAR CAHAYA AYAT KURSI* Dlm sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yg duduk diatas pintu rumah. Tugasnya ialah utk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan dihati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah sehinggalah Baginda mendengar jawaban salam daripada isterinya. Disaat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu.
Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:
1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.
2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dlm lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.
3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang,tidak menegah akan dia dar ipada masuk syurga kecuali maut dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya dan ahli rumah-rumah disekitarnya.
4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap2 sembahyang fardh u, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yg bersyukur,setiap perbuatan orang yg benar,pahala nabi2 serta Allah melimpahkan padanya rahmat.
5) Bar ang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.
6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.
7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.
Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S.A.W. bersabda,Sampaikanl ah pesanku biarpun satu ayat..."
Wassalam,
"Utamakan SELAMAT dan SEHAT untuk Dunia Mu, Utamakan SHOLAT dan ZAKAT untuk Akhirat Mu" ------------ --------- --------- --------- --------- -
>> Subhanallah. ..
Tujuh kalimat
Sabda Rasulullah S.A.W
" Barang siapa hafal tujuh kalima t, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa/buih laut "
1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak m elakukan sesuatu.
2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.
3. Mengucap Astagfirullah jika lidah tersilap perkataan yang tidak patut
4. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.
5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.
6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah.
7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya dari t afsir hanafi, mudah- mudahan ingat, walau lambat-lambat mudah- mudahan selalu, walau sambil lalu mudah- mudahan jadi bisa, karena sudah biasa!
mehatespink Temenggung
Posts : 2860 Age : 40 Location : sumwhere in malaysia Joined : 2008-04-03
Subject: Re: Ayat Kursi dan kelebihannya Wed May 21, 2008 11:47 am
marilah bersama-sama kita mengamalkannya
irees_natasha Temenggung
Posts : 1332 Age : 42 Location : .. My Heart .. Status : .. My Love .. Joined : 2008-04-03
Subject: Re: Ayat Kursi dan kelebihannya Wed May 21, 2008 1:20 pm
5) Bar ang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.
info yang sangat menarik dan beguna untuk di amal kan ... dunia2 jugak akhirat jgn lupa ...
pendekar laut Ahli Mangku Negara (A.M.N)
Posts : 123 Age : 44 Location : Johor Status : married Joined : 2008-05-26
Subject: Re: Ayat Kursi dan kelebihannya Mon May 26, 2008 3:44 pm
ayat kursi memang banyak kelebihannya... orang rumah pun selalu ingatkan membaca sebelum nak memulakan perjalanan..
sempoiajer79 Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K)
Posts : 352 Age : 44 Location : Tingkat Seploh... Status : Single Joined : 2008-04-24
Subject: Re: Ayat Kursi dan kelebihannya Mon May 26, 2008 4:08 pm
Title lain sikit tapi cerita ada relate dengan ayat kursi... ****************** KENAPA TAK ROGOL I ?
Seorang wanita muslim dari Malaysia yang bekerja di US, memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus. Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik kerumah dari tempat kerjanya. Kebetulandia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yanglalu lalang pada masa itu. Maklum hari sudah lewat malam. Berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut berjalan berseorangan. Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia mula rasa takut dan tak sedap hati. Apa yang saudari kita ni boleh buat adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia disaat itu.Masa dia melepasi lelaki yang bersandar itu, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya.
Keesokkan paginya, saudari ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut.Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu. Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.
Tapi perempuan Muslim ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia keseorangan di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Muslimah ini nak tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain). Dia pun tanya perogol itu "Why don't you do anything to me on that night even though you know that I'm alone?" Perogol tu jawab: "No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you. One on your right side and the other one was by your left side. If you were alone of course you will be my victim."
Saudari ni rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu.
MORAL CERITA INI: Jika kita sebagai hambaNya menurut segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan memelihara kita. Muslimah tadi pertama-tamanya menutup aurat dan memang Muslimah yang menjaga batas-batas yang ditetapkan Islam.(Kalau aurat terbuka malaikat pun malas dekat).Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga hambaNya yang sentiasa ingat akan diriNya. Ayat Kursi sememangnya adalah ayat pelindung yang mustajab...selalula h amalkannya. Bayangkan anda seorang yang selalu ingkar suruhan Allah, kufur dengan nikmatnya, sambil lewa beribadat.Dapatkah anda mendapat pertolongan sebegini dari Allah? Balasan Allah tu boleh datang semasa di dunia lagi. Di akhirat kelak memang pasti kerana itu janji Allah. Jadi, renungkanlah di mana level 'iman' kita sekarang ini. Wassalam.
Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.
Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya [Dari Abdullah bin 'Amr r.a.]
Sebuah kisah benar yang sangat sangat menarik pada pandangan saya.semoga anda semua mendapat pengajaran dan ilmu yang bermanfat.sebagai hamba kita seharusnyapercaya dengan kemampuan senjata orang mukmin iaitu DOA....semoga kita sentiasa dipelihara Allah dari kejahatan syaitan yang di rejam..... *****************************
zulsa Temenggung
Posts : 595 Age : 46 Location : szbap Status : three in the row Joined : 2008-04-16
Subject: Re: Ayat Kursi dan kelebihannya Mon May 26, 2008 7:37 pm
Sempoi.. memang benar apa yg diceritakan.. dan beberapa insiden sebegini juga berlaku di Mesir dan Malaysia.
Namun usah terlalu taksub pada ayat itu sehingga tidak mengamalkan ayat ayat yg lain. tak salah mengamalnya selalu.. namun lebih afdal di sertakan beberapa ayat yg lain dan amalan solat malam.
Penampilan diri juga penting agar ia tidak menjadi penghalang keberkatan dalam pengamalan ayat ayat itu.
sempoiajer79 Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K)
Posts : 352 Age : 44 Location : Tingkat Seploh... Status : Single Joined : 2008-04-24
Subject: Re: Ayat Kursi dan kelebihannya Tue May 27, 2008 10:08 am
Baik abg chik... saya menurut perintah.. :k:
tulah, ramai yg taksub pada satu surah/ayat jer.. sedangkan selawat2 yg lain pun byk hikmahnya... contohnya ayat 1000 dinar & selawat tafrijiyyah ada di frame kan... tapi cam selawat lain cam selawat fatih tak ramai yg tahu.. kita pun baru tahu antara hikmah2 selawat tue...
kita xtahu sgt bab2 nie.. kalau salah, tulung tunjukkan...
sHaFiZa Temenggung
Posts : 709 Age : 45 Location : Putrajaya Status : Its complicated Joined : 2008-03-31
Subject: Re: Ayat Kursi dan kelebihannya Tue May 27, 2008 11:47 am
5) Bar ang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.
jd amalan aku tiap2 kali nk kuar umah.. dh terbiase...
zulsa Temenggung
Posts : 595 Age : 46 Location : szbap Status : three in the row Joined : 2008-04-16
Subject: Re: Ayat Kursi dan kelebihannya Tue May 27, 2008 7:05 pm
Dibawah beberapa doa yg boleh diamalkan utk semua. Agar ia membantu.